Alamak jerawat di muka? Walau jerawat kecil sekalipun kita, kaum wanita sudah terasa kesannya, malah ada yang stress sebab jerawat naik di muka. Tapi tahukah anda, ada beberapa tabiat kecil atau buruk yang dalam diam anda lakukan sebenarnya mendorong ke arah tumbuhnya jerawat.
Apakah?
1. Terlalu kerap cuci muka
Walaupun ia adalah penting untuk menjaga kulit anda supaya sentiasa bersih tetapi perlu diingatkan mencuci terlalu kerap hanya akan membuat jerawat lebih teruk. Sebaliknya, basuh muka anda pada waktu pagi apabila anda bangun dan pada waktu malam sebelum tidur.
2. Bersungguh-sungguh menggosok kulit anda
Menyental kulit anda dengan tuala kecil, loofah, atau pencuci pengelupasan akan menyebabkan kerengsaan ketara – dan mungkin menjadi lebih teruk pada kulit berjerawat anda. Untuk mengelakkan jerawat, sentiasa basuh dengan hanya air suam dan pembersih yang lembut.
3. Tidak bersihkan kulit yang berpeluh
Selepas anda melakukan senaman, kulit anda boleh ditutup dengan peluh. Jangan biarkan ianya sebati pada kulit anda sebaliknya sentiasa mandi atau cuci dengan segera selepas berpeluh.
4. Sentiasa gatal untuk kutil dan sentuh jerawat
Ya, penulis faham anda geram dengan jerawat yang naik di muka tetapi jangan memilih untuk menyentuhnya kerana ini hanya boleh menyebabkan kemerahan meningkat, nanah meresap ke dalam kulit lalu mengakibatkan parut. Sebaliknya, pastikan tangan anda jauh daripada muka, biarkan jerawat dirawar dengan bantuan losyen anti-jerawat atau krim.
5. Pastikan produk rambut tidak terkena pada muka
Adalah penting untuk memastikan semburan rambut, gel, mousse, atau produk rambut yang lain jauh dari muka anda untuk menghalangnya memasuki liang kulit anda. Pastikan anda menutup muka ketika menggunakan produk tersebut agar tidak terkena wajah.
6. Makan makanan yang berminyak
Ini kebiasaan yang selalu dilakukan malah hal ini sememangnya tidak boleh dielakkan, makan makanan berminyak. Lebih-lebih lagi makanan ringan menjadi kesukaan semua orang. Walaupun makanan yang anda makan tidak menyebabkan jerawat, makanan berminyak boleh menjadikan kulit berjerawat teruk kerana minyak yang berlebihan. Jadi berpegang kepada diet yang sihat tanpa berminyak demi kesihatan anda juga.
7. Menggunakan kosmetik yang mengandungi minyak
Jika anda mempunyai kulit berjerawat, janganlah beli produk yang mengandungi minyak. Apabila anda membeli alat solek dan produk kulit yang lain, carilah produk yang bebas minyak dengan label “non-acnegenic” atau “non-comedogenic” untuk membantu mencegah jerawat.
8. Menghentikan rawatan jerawat anda
Jika anda menggunakan ubat-ubatan preskripsi untuk masalah jerawat, ia adalah berita baik kerana kini wajah anda sedang dalam rawatan. Jika sudah pulih, itu tidak bermakna anda berhenti menggunakan ubat tersebut.
BLOG TEMPAT APA SAJA NAK AKU MASUKKAN DAN POST. MOGA MEMBERI MANFAAT. SELAMAT BERLAYAR........
Ahad, 26 Ogos 2018
Tabiat kecil atau buruk mendorong ke arah tumbuhnya jerawat
Label:
Kesihatan
Sabtu, 25 Ogos 2018
~Proses Pembuatan Mutiara Emas Di Filipina~
Mutiara emas ini memang jarang didengari sekarang kerana satu-satunya tempat yang tinggal di dunia untuk menternak tiram ini adalah di Pulau Palawan dekat barat daya Filipina. Ladang tiram yang sebesar 500km ini terletak jauh dari pencemaran dan bandar sekitar supaya semua tiram ni mampu menghasilkan mutiara emas bermutu.
Pengarah dan pengasas ladang ini ialah Jacques Branell dan beliau selalu turun ke pulau ini nak memantau kualiti mengupah sekumpulan polis untuk menjaga keselamatan di kawasan penternakan beliau. Hasil dari itu, Syarikat Jacques Brannel telah menggunakan lebih dari 100 pekerja dari Filipina dan sudah membuka lebih dari 12 buah kedai untuk menjual hasil mutiara tersebut.
credit: penpatah
Label:
ragam
Jumaat, 24 Ogos 2018
Tips Jika Kereta Anda Ditenggelami Banjir
Di Malaysia, kejadian banjir sering kali
berlaku dan banyak rumah-rumah yang rosak, begitu juga dengan kenderaan.
Ramai yang tidak mengetahui apa yang harus dilakukan sekiranya kereta
anda ditenggelami oleh banjir yang melanda. Di sini disediakan beberapa
tips penting yang perlu anda lakukan sekiranya kereta anda ditenggelami
banjir.
1. Selepas banjir surut, periksa kereta
anda. Sekiranya keseluruhan kereta anda tenggelam termasuk Enjin dan
bahagian dalam kabin kereta.
2. Jangan cuba hidupkan enjin kereta.
Tindakan ini biasanya akan menyebabnya supaya anda punya kereta terpaksa
membayar lebih tinggi untuk membaiki kereta kerana apabila anda cuba
menghidupkan enjin kereta, aliran elektrik akan mengalir ke dalam semua
sistem elektronik enjin termasuk kotak komputer (untuk kereta suntikan
elektronik) dan sekiranya masih terdapat saki baki air di dalam alat
berkenaan, akan berlaku litar pintas yang mana alat tersebut terpaksa di
ganti.
3. Kos untuk sebuah kotak komputer
bergantung kepada jenis kereta, cc dan pilihan pengguna. Tindakan di
atas juga akan menyebabkan kesemua sensor yang biasanya akan beroperasi
semasa kita menyalakan suis enjin kita terbakar dan biasanya satu sensor
harganya tidak berapa mahal tetapi kesan daripada sensor yang tidak
berfungsi boleh menyebabkan kos yang tinggi. Kita ambil contoh, sensor
untuk mengesan atau untuk mengarah minyak kotak gear mengalir dengan
baik di dalam kotak gear apabila tidak berfungsi akan menyebabkan
pengagihan minyak kotak gear tidak sekata dan paling lama kotak gear
tersebut boleh berfungsi dengan baik adalah 2 hingga 3 bulan. Selepas
itu, keseluruhan kotak gear terpaksa diganti. Ini adalah salah satu
sebab kenapa apabila kita membeli kereta baru, waranti kereta akan
termansuh apabila kita mengubahsuai sistem elektirk kereta termasuk
sistem audio kereta kerana apabila sensor tidak menerima jumlah elektrik
yang cukup, ia tidak dapat berfungsi dengan baik dan peralatan yang
berkaitan dengannya akan rosak.
4. Apabila sampai ke bengkel, baraikan kereta anda keseluruhannya termasuk kesemua penutup alat elektronik.
5. Periksa palam pencucuh kereta anda.
Pastikan ianya tidak berair. Kalau berair maksudnya air telah masuk ke
dalam enjin. Periksa juga minyak enjin. Pastikan minyak enjin tidak
bercampur air. Dan tidak terkecuali periksa minyak petrol. Selepas semua
peralatan elektronik telah dipastikan kering sepenuhnya (biasanya 2
atau 3 hari). Boleh dihidupkan enjin tetapi jangan cuba jalankan kereta
kerana kotak gear belum diperiksa.
6. Sekiranya enjin boleh dihidupkan,
murahlah belanja jika tidak mungkin akan mencecah ribu-ribu. Periksa
minyak kotak gear, biasanya ia berwarna merah dan kalau bercampur air,
warnanya akan bertukar menjadi warna air bandung (merah susu). Jika
bercampur air, tukar minyak gear, jalankan kereta untuk 2-5 minit dan
periksa kembali minyak gear. Ulang tindakan ini sehingga minyak kotak
gear menjadi betul-betul merah jernih atau tidak bercampur air. Biasanya
proses ini perlu diulang sehingga 7-8 kali dan akan menggunakan lebih
kurang 15-20 liter minyak kotak gear.
Sekiranya tiada kerosakkan yang
melibatkan peralatan elektronik, kos cuma akan melibatkan upah, minyak
enjin, minyak kotak gear dan beberapa peralatan yang sensitif kepada air
seperti penapis udara (original).
Label:
panduan
Khamis, 23 Ogos 2018
Ketahui Asal Usul Minyak Wangi Kasturi
Dari ‘Aisyah r.a, “Seorang wanita
bertanya kepada Nabi S.A.W tentang cara mandi dari haid. Beliau lalu
memerintahkan wanita itu bagaimana cara mandi. Beliau bersabda:
“Ambillah sepotong kapas yang diberi kasturi lalu bersucilah.” Wanita
itu bertanya, “Bagaimana aku bersucinya? Beliau menjawab: “Bersucilah
dengan kapas itu!” Wanita itu berkata lagi, “Bagaimana caranya aku
bersuci?” Beliau bersabda: “Bersucilah dengan menggunakan kapas itu!”
Wanita itu bertanya lagi, “Bagaimana caranya?” Maka Beliau berkata,
“Subhaanallah. Bersucilah kamu!” Lalu aku menarik wanita itu kearahku,
lalu aku katakan, “Kamu bersihkan sisa darahnya dengan kapas itu.” (HR
al-Bukhari)
Ramai yang biasa mendengar atau pernah mendengarnya tetapi tidak pernah tahu apa dan dari mana asal-usulnya. Itulah kasturi. Apa sahaja haruman, wangian dan kebaikan akan dikaitkan dengan kasturi. Di atas adalah antara hadis-hadis Nabi s.a.w. yang menyebutkan tentang kasturi.
Kasturi bertindak sebagai agen penyebar
haruman selain dipercayai mempunyai kelebihan dalam dunia perubatan
tradisional. Ia merupakan entiti paling berharga yang didatangkan dari
tubuh kijang jantan.
‘BAHAWA dinding-dinding syurga itu
batu-bata dari perak dan emas. Tanahnya pohon kimkuma (Za’faran) dan
buminya kasturi.’ Mengamati petikan hadis riwayat Al-Bazzar ini
membayangkan kepada kita betapa keenakan bauan kasturi itu sudah lama
disebut dan disampaikan dari mulut ke mulut.
Sekian lama merentangi latar zaman,
waktu dan masyarakat, rahsia kehebatan kasturi terus diperkata.
Hinggakan apa sahaja yang berbau harum dikaitkan dengannya.
Ungkapan ‘seharum kasturi’ juga mudah ditemui dalam bait puisi turun-temurun, lirik lagu cinta dan juga bicara romantis.
Namun, sejauh manakah kita mengetahui
dari mana datangnya bahan yang istimewa ini? Bagi yang keliru, kasturi
disangkakan ekstrak pati bunga, buah-buahan atau kulit kayu, sebagai
mana dalam industri pembuatan minyak wangi.
Sebenarnya, istilah kasturi (bahasa Inggeris: musk) merujuk kepada kandungan yang terdapat dalam bintil kelenjar kijang jantan.
Walaupun kerap ditemukan di bahagian
antara perut dan genital, kasturi juga bukan janggal jika ia tumbuh di
bahagian-bahagian lain haiwan tersebut, seperti di leher, badan atas dan
juga kepala.
Apabila tertanggal atau dipotong dari
tubuh kijang tersebut, bintil kasturi yang mengering membuatkan
kandungan berwarna merah keperangan berubah menjadi hitam dan keras.
Jika ditekan kuat atau diketuk, butiran
kecil akan terkeluar darinya dan bahan itulah yang dicampur bersama
minyak atau ekstrak wangian beralkohol.
Sejak ratusan tahun lalu, ia digunakan
dalam pembuatan wangi-wangian. Kasturi juga bertindak sebagai agen
penyebar haruman selain dipercayai menjadikan bau haruman lebih tahan
lama. Pendek kata, ia merupakan produk haiwan yang paling berharga dan
haiwan tertentu sahaja menghasilkannya.
Dalam dunia ini, hanya terdapat lima
jenis haiwan yang menghasilkan kasturi iaitu kijang jantan, lembu,
musang, kura-kura dan tikus. Apa yang dimaksudkan adalah rodensia besar
seperti memerang iaitu tikus muskrat (Ondatra zibethicus). Bukan tikus
yang macam kita jumpa di lorong dan longkang, tapi jenis tikus yang
besar saiznya.
Paling popular adalah kasturi kijang jantan yang hidup di pergunungan Himalaya.
Dalam bidang perubatan tradisional
kasturi dipercayai mampu mengembalikan kesedaran seseorang yang pitam
atau pengsan, melancarkan peredaran darah, merangsang penyingkiran darah
haid, mengurangkan kesan bengkak dan meredakan kesakitan.
Oleh kerana spesies kijang yang
menghasilkan kasturi sukar ditemui, saintis beralih kepada sains dan
teknologi untuk mengembangkan potensi perubatan.
Ia dilakukan dengan penternakan artifisial mamalia tersebut seterusnya mengekstrak bintil kasturi tanpa perlu membunuh kijang. Pengambilan bintil kelenjar itu secara berjadual menggalakkan penghasilan kasturi sekali gus mendorong upaya reproduksinya.
Kasturi diangkat sebagai penawar ajaib
di kalangan masyarakat konvensional di Nepal, Pakistan, Siberia dan
Mongolia. Di India pula, penggunaan kasturi telah lama diserap dalam
kaedah perubatan Ayurveda. Kononnya, ia mampu meredakan penyakit asma,
ekzema, demam, sakit kepala dan ulser. Bagaimanapun, pembuktian klinikal
masih dijalankan tentang dakwaan tersebut.
Kegunaan paling popular adalah dalam
industri pembuatan minyak wangi. Baik minyak wangi atau atar yang
didatangkan dari Mekah atau India, terdapat juga pengusaha yang
memasukkan butiran kasturi itu ke dalam botol jualan. Ia akan menambah
nilai harganya.
Ada yang keliru tentang hukum ia
digunakan untuk bersembahyang, dianjurkan pertanyaan ini kepada Mufti
Johor, Datuk Noh Gadot berkata, kekeliruan mengenai hukum sah dibawa
sembahyang ini terjadi memandangkan kasturi berasal dari haiwan.
Selain faktor itu, bintil kelenjar ini
juga ‘dipisahkan’ dari tubuh haiwan tersebut ketika ia masih hidup, atau
tidak disembelih. “Sama seperti bulu kambing (yang telah dibersihkan)
digunakan sebagai alas atau dijadikan sebahagian daripada pakaian ketika
bersembahyang, begitulah juga dengan kasturi.
“Hakikatnya, ia adalah entiti yang wujud
secara sendiri pada tubuh haiwan itu. Oleh kerana sifatnya yang bersih,
kasturi tidak melanggar syarat sah solat bagi seseorang yang memakai
harumannya,” jelas beliau lg.
KHASIAT MINYAK KASTURI
Memberi kekuatan pada roh:
Haruman adalah santapan roh, manakala kasturi adalah merupakan sewangi-wangi dan sebaik-baik haruman sebagaimana sabda
Nabi SAW:“Sebaik-baik wangian adalah minyak kasturi” (Hadis Riwayat Muslim)
Haruman adalah santapan roh, manakala kasturi adalah merupakan sewangi-wangi dan sebaik-baik haruman sebagaimana sabda
Nabi SAW:“Sebaik-baik wangian adalah minyak kasturi” (Hadis Riwayat Muslim)
- Menenangkan Jiwa
- Mencerdaskan akal dan menyihatkan otak
- Menghilangkan ketakutan dan kebimbangan
- Menghilangkan debaran jantung
- Menghilangkan Sesak Nafas
- Melegakan Lelah (Asma)
- Menyedarkan orang yang pengsan
- Memperkuatkan organ luaran tubuh
- Memperkuatkan organ dalaman tubuh
- Menghilangkan rasa gementar
- Menghilangkan sejuk tubuh
- Membuang angin yang berlebihan dalam tubuh
- Menawarkan racun atau bisa-bisa binatang
- Menghilangkan kesakitan sewaktu kencing
- Menjernihkan mata putih pada mata
- Berfungsi memelihara kesihatan secara keseluruhan
- Mencegah wabak penyakit
- Menghindarkan dari angin Ahmar
- Menghilangkan sakit kepala
- Melindungi dari gigitan nyamuk dan lalat
- Darah gemuruh
- Sesak nafas
- Selsema
- Hysteria
- Menyejukan badan
- Melembutkan kulit
- Urut sakit sendi
- Rawatan luka luar dan dalam
- Sengatan serangga
Menurut Imam Syafie R.A. bahawa antara
perkara yang dapat menguatkan badan jasmani ialah dengan mencium
bau-bauan yang harum (spt kasturi).
Label:
Kesihatan
Rabu, 22 Ogos 2018
Kebaikan Mandi Songsang
Mandi songsang adalah satu kaedah terapi
yang amat hebat dan menghasilkan kesan yang menakjubkan kepada
pengamalnya. Apakah itu mandi songsang?
Lazimnya pada masa sekarang ramai orang
akan mandi dengan menjiruskan air bermula pada bahagian kepala. Situasi
ini sebenarnya akan memberikan impak yang buruk kepada otak seterusnya
akan memberikan kesan yang buruk pada kesihatan diri.
Sistem saraf pendarahan otak akan
mengecut kerana siraman air tersebut. Ini akan membuatkan sistem otak
akan terjejas. Cara mandi biasa akan menyebabkan sistem pertahanan badan
akan menjadi lemah. Seluruh sistem hormon dan kimiawi badan adalah
diatur dan disettingkan di dalam kepala, maka cara mandi biasa lebih
banyak akan memberikan impakm yang buruk kepada sistem pertahanan badan.
Jadi, apa itu mandi songsang? Mandi
songsang adalah amalan membasahkan tubuh badan bermula dari kaki dan
beransur-ansur membasahi bahagian atas badan kemudian diakhir dengan
kepala. (kecuali mandi hadas besar di mulakan dari siraman di kepala.)
KEBAIKAN DAN KELEBIHAN (IN SYA ALLAH)
Menjadikan pengamalnya AWET MUDA DAN FRESH.
Mengembangkan salur darah otak- menjadikan sistem darah di bahagian otak jadi bertambah baik untuk berfungsi.
Menjadikan sistem pertahanan badan akan bertambah baik fungsinya seterusnya menjana sistem hormon badan dengan lebih hebat untuk tahap kesihatan yang maksimum.
Mengurangkan tekanan (Stress ) yang telah dihasilkan oleh otak.
Melancarkan perjalanan darah.
Menjadikan pengamal semakin pintar
Meninggikan daya ingatan
Mengelakkan atau Mengurangkan sakit kepala
Menjadikan state mood yang tenang dan ceria
Menjadikan jiwa sentiasa bersemangat
Memiliki daya ketahanan mental
Menambahkan semangat berani
Menguatkan gusi dan gigi
Label:
Kesihatan
Selasa, 21 Ogos 2018
~Kurangkan Mata Sembap Tanpa Kos Yang Tinggi~
Gaya hidup yang aktif dan
tidak mendapat tidur dan rehat yang cukup boleh menyebabkan mata menjadi
sembap langsung menampakkan penampilan kita lesu dan tidak bermaya.
Wanista ada beberapa tips untuk mengurangkan masalah mata sembap dan
lingkaran gelap bawah mata menggunakan bahan semula jadi dan tidak
memerlukan kos yang tinggi.

1. Sudu
Sejukkan sudu dalam peti sejuk semalaman. Letak sudu tersebut pada mata yang sembap pada bahagian bawah mata.

2. Susu
Rendam kapas dalam susu dan letak di bawah mata anda untuk beberapa minit. Kandungan asid laktik dalam susu tersebut membantu mengurangkan lingkaran gelap bawah mata.

3. Lemon
Letak hirisan lemon pada bahagian mata dan biarkan selama 20 minit ( hati-hati jangan sampai jus lemon termasuk dalam mata)

4. Timun + lemon
Rendam hirisan timun dalam jus lemon 3-5 minit. Letakkan hirisan timun yang sudah direndam lemon di atas mata selama 10- 15 minit.

5. Uncang teh
Uncang teh yang telah digunakan masih ada fungsi yang lain . Sejukkan uncang teh di dalam peti sejuk dan letakkan di bahagian mata selama beberapa minit.

6. Ubi kentang
Potong ubi kentang dalam potongan kecil berbentuk separuh dan letakkan di bawah mata selama 20 minit.
Via

1. Sudu
Sejukkan sudu dalam peti sejuk semalaman. Letak sudu tersebut pada mata yang sembap pada bahagian bawah mata.

2. Susu
Rendam kapas dalam susu dan letak di bawah mata anda untuk beberapa minit. Kandungan asid laktik dalam susu tersebut membantu mengurangkan lingkaran gelap bawah mata.

3. Lemon
Letak hirisan lemon pada bahagian mata dan biarkan selama 20 minit ( hati-hati jangan sampai jus lemon termasuk dalam mata)

4. Timun + lemon
Rendam hirisan timun dalam jus lemon 3-5 minit. Letakkan hirisan timun yang sudah direndam lemon di atas mata selama 10- 15 minit.

5. Uncang teh
Uncang teh yang telah digunakan masih ada fungsi yang lain . Sejukkan uncang teh di dalam peti sejuk dan letakkan di bahagian mata selama beberapa minit.

6. Ubi kentang
Potong ubi kentang dalam potongan kecil berbentuk separuh dan letakkan di bawah mata selama 20 minit.
Via
Label:
Kesihatan
Isnin, 20 Ogos 2018
~Kenapa Lelaki Suka Mendiamkan Diri Apabila Menghadapi Masalah?~
Kerana itu sikap seorang lelaki
Tetapi, itulah sikap seorang lelaki. Apabila mereka menghadapi masalah, mereka akan menjauhkan diri supaya tidak diganggu. Mereka akan mengambil masa untuk memikirkan bagaimanakah caranya untuk menyelesaikan masalah tersebut. Mereka akan selidik cara-cara yang terbaik supaya masalah tersebut dapat diselesaikan dengan sempurna.
Apabila mereka menyendiri, mereka tidak suka diganggu. Jadi apabila kamu keep on asking the same question, mereka akan rasa rimas dan tertekan. Ini membuatkan mereka semakin menjauhkan diri daripada anda.
Anda perlu ingat, cara yang diambil oleh lelaki untuk menyelesaikan masalah adalah berbeza dengan cara yang diambil oleh wanita. Lelaki akan lebih mendiamkan diri ketika menghadapi masalah.
Tetapi wanita pula akan lebih suka berkongsikan masalah dengan bercerita masalah tersebut kepada orang lain. Jadi apabila mereka melihat si dia sedang menghadapi masalah, mereka akan cuba memaksa pasangan mereka untuk berkongsikan masalah tersebut (seperti wanita). Ini adalah berbeza sama sekali dengan sikap seorang lelaki kerana lelaki tidak menyelesaikan masalah dengan cara sebegitu.
Apa yang perlu anda lakukan?
Sekiranya kamu merasakan si dia sedang kusut, menyendiri, dan menghadapi masalah, tanyalah adakah si dia memerlukan masa untuk menyendiri buat seketika. Jika si dia mengatakan ya, maka berikanlah si dia masa seperti yang diminta. Tetapi jika si dia menggelengkan kepala, anda berikan juga masa tersebut kepadanya buat sementara (kerana lelaki mempunyai ego yang tinggi).
Berikan si dia masa untuk sendirian. Jangan ganggu hidupnya sehingga si dia dapat menyelesaikan masalah tersebut. Lagi kurang anda mengganggunya, lagi cepat masalah tersebut dapat diselesaikan. Dan lagi cepat juga anda dapat kembali bersama dengannya semula.
Kadang-kadan mereka tidak faham kenapa acik mendiamkan diri apabila menghadapi masalah. Tetapi selepas acik terangkan kepada mereka kenapa acik jadi sebegini, kenapa acik jadi sebegitu, barulah beliau faham sebabnya. Dan kini mereka akan memberikan acik ruang dan masa untuk bersendirian ketika saya memerlukannya.
Mudah-mudahan dengan artikel ini dapatlah kamu memahami kenapa lelaki akan suka mendiamkan diri apabila mereka menghadapi masalah. Janganlah salahkan mereka kerana itu memang sikap seorang lelaki.
Ingatlah, salah satu tips dalam berpasangan adalah saling memahami. Fahamilah sikap pasangan anda agar sama-sama dapat membina percintaan yang bahagia selamanya.
credit: akupenghibur
Label:
ragam
Ahad, 19 Ogos 2018
~8 Tanda Anda Perlu Mula Cari Pekerjaan Baru~
1. Sudah tidak ada passion dalam bekerja
Anda mesti rasa sengsara jika terpaksa bangun pagi setiap hari ke pejabat dan perlu lakukan kerja-kerja yang anda tidak suka.
Perasaan bosan di mana apabila bekerja anda lakukan ala kadar sahaja. Untuk berjaya dalam kerjaya, anda perlu ada perasaan ‘seronok’ dan semangat untuk melakukan yang terbaik, barulah dapat naik pangkat dan gaji.
2. Masalah kewangan syarikat
Jangan cari masalah dengan pilih untuk setia dengan syarikat yang asyik melengah-lengahkan bayaran gaji anda. Anda ada pelbagai bil untuk dibayar jadi masalah kewangan syarikat adalah masalah kewangan anda juga.
3. Tidak suka dengan rakan sekerja/bos
Perkara ini sebenarnya biasa berlaku dalam mana-mana syarikat. Anda perlu cuba atasi perkara ini terlebih dahulu Namun jika ianya melampau dan melarat, dan anda tidak nampak sebarang penyelesaian lain, rasanya eloklah anda angkat kaki dari situ.
4. Rasa tertekan dan negatif yang konsisten
Tekanan di tempat kerja sebenarnya merupakan perkara biasa. Namun jika ia sampai menjejaskan fikiran, ketenangan dan kehidupan anda, ada baiknya anda cari pekerjaan baru. Tekanan di tempat kerja sebenarnya boleh menjejaskan kesihatan anda secara fizikal atau mental malah lebih teruk lagi jika kedua-duanya sekali.
5. Tidak serasi dengan budaya syarikat / sudah hilang kepercayaan dengan syarikat
Mungkin ada etika atau polisi syarikat yang anda rasa salah tetapi anda ‘paksa’ diri mematuhinya demi memenuhi kehendak kerja.
Misalnya jika syarikat anda jenis yang mengamalkan rasuah untuk mendapatkan kontrak ataupun anda perlu menemani klien ke tempat-tempat hiburan walhal anda bukan orang yang selesa dengan persekitaran begitu.
6. Kerja sehingga hilang keseimbangan hidup
Anda perlu pertimbangkan untuk mula mencari kerja baru jika kebanyakan masa anda dihabiskan untuk bekerja sehingga tidak ada masa untuk diluangkan bersama keluarg.
7. Tidak ada peluang untuk menonjolkan bakat atau kebolehan anda
Adakah pihak pengurusan masih tidak ‘nampak’ kebolehan anda walaupun anda telah berusaha bersungguh-sungguh? Semua cadangan anda tidak pernah diterima pakai dan anda juga tidak dapat kenaikan pangkat walaupun sudah bertahun-tahun memberi sumbangan?
Jangan buang masa anda dan pergilah tempat yang boleh memberikan anda peluang-peluang tersebut.
8. Kerja makin bertambah tapi gaji tetap sama
Ini juga salah satu tanda anda perlu mencari pekerjaan baru. Terutama sekali jika anda dapati prestasi syarikat makin maju dan stabil tetapi tidak ada sebarang ganjaran yang diberikan kepada pekerja-pekerja. Tidak ada untungnya biarkan diri anda ‘diperah’ ,dibuli dan dipergunakan oleh majikan.
Label:
Renungan
Sabtu, 18 Ogos 2018
10 Surah Penerang Hati Dari Rasulullah
10 surah mujarab sebagai penerang hati dari Nabi Muhammad S.A.W. yang disuruh kita mengamalkannya dalam kehidupan seharian kita.
Semoga ianya dapat menjadi peringatan dan saling berpesan-pesanan antara kita semua.
1. SURAH AL-FATIHAH
Amalkan membaca Surah Al-Fatihah semasa
hendak tidur diikuti dengan membaca Surah Al-Ikhlas 3 kali, Surah
Al-Falaq dan Surah An-Nas. Insya’Allah akan aman tenteram dan terjauh
daripada gangguan syaitan.
Dianjurkan juga membaca surah ini
sebanyak 44 kali untuk mengubati sakit mata, perut, gigi dan
lain-lainnya dengan izin Allah s.w.t.
Untuk mencegah kemarahan Allah, bacalah surah ini sebanyak 17 kali sehari iaitu dengan mengerjakan solat 5 waktu.
2. SURAH YAASIN
Telah bersabda Rasulullah s.a.w.,
sesungguhnya bagi setiap sesuatu itu ada hati, dan hati Al-Qur’an ialah
Surah Yaasin iaitu jantung Al-Qur’an. Sesiapa yang membaca Surah Yaasin,
nescaya dituliskan oleh Allah pahala menyamai sepuluh kali membaca
Al-Qur’an seluruhnya. (Hadis riwayat At-Tarmizi dari Anas r.a.)
Rasulullah s.a.w. juga bersabda : Surah
Yaasin dinamakan di dalam kitab Taurat dengan sebutan “At-Mu’ammah”
(yang umum), yang mengumumkan pembacanya dengan kebaikan dunia dan
akhirat, menanggung segala bala baik dari kesusahan di dunia mahu pun
akhirat. Pembaca juga akan dilindungi dari setiap keburukan dan
kejahatan serta segala hajat dan kemahuan akan Allah kabulkan. Jika
dibaca dalam satu malam semata-mata mengharapkan keredaan Allah, nescaya
Allah akan mengampunkan dosanya. (Hadis riwayat Malik, Ibnu-Sunni dan
Ibnu Hibban).
Surah Yaasin ni juga jika diamalkan, akan terselamatlah kita dari kehausan di hari KIAMAT.
3. SURAH AT-DHUHAN
Dibaca sekali pada malam Jumaat agar kita terselamat dari huru hara di Padang Mahsyar.
4. SURAH AL-WAQI’AH
Menurut beberapa hadis Rasulullah s.a.w.,
mereka yang mengamalkan membaca Surah Al-Waqi’ah pada tiap-tiap malam,
insya’Allah tidak akan merasai kepapaan. Mereka yang membacanya sebagai
wirid, insya’Allah akan beroleh kesenangan selama-lamanya. Mereka yang
membacanya sebanyak 14 kali setiap lepas solat Asar, insya’Allah akan
dikurniakan dengan rezeki yang banyak.
Selepas solat Isyak, ambillah segelas air
lalu bacalah Surah Al-Fatihah sekali, Ayatul Qursi sekali dan Surah
Al-Waqi’ah ayat 35-38 sebanyak 7 kali. Tiup dalam air dan minum. Dalam
hati, niat untuk menjaga kecantikan diri dan kebahagiaan rumahtangga
kita. Makna Surah Al-Waqi’ah Ayat 35-38 ialah: “Sesungguhnya, Kami
telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa. Serta
Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh), yang
tetap mencintai jodohnya serta yang sebaya dengan umurnya.
5. SURAH AL-KAUSAR
Sesiapa yang mengamalkan membaca surah
ini sebanyak 1,000 kali, maka Allah s.w.t. akan menghasilkan hajatnya
termasuk rezeki dan kenaikan pangkat. Sesiapa yang membaca 1,000 kali
juga selepas solat Isyak hingga dia tertidur, insya’Allah dia dapat
melihat Rasulullah s.a.w. dalam tidurnya.
6. SURAH AL-KHAAFIRUUN
Sesiapa yang membaca Surah Al-Khaafiruun,
maka bandingannya seperti membaca seperempat Al-Qur’an, disamping
terlepas dari syirik, terjauh dari godaan syaitan dan terlepas dari
peristiwa yang mengejutkan (Riwayat At-Tarmizi).
Sebelum tidur, bacalah surah ini agar kita mati dalam iman serta membersihkan kotoran dalam diri kita.
7. SURAH AL-MULK
Sebuah lagi Surah dari Al-Qur’an iaitu
Surah Al-Mulk mempunyai fadilat dan faedah yang amat besar bagi sesiapa
yang mengamalkan membacanya. Menurut beberapa hadis Rasulullah s.a.w.,
mereka yang mengamalkan membaca akan surah ini, akan mendapat syafaat
dan keampunan dosa-dosanya. Mereka yang membacanya pada setiap malam,
insya’Allah, akan terselamat dari azab kubur.
8. SURAH AL-IKHLAS
Rasulullah s.a.w. pernah bersabda kepada isteri kesayangan baginda, Siti Aisyah, antara mafhumnya :
“Wahai Aisyah isteri ku, sebelum kamu
tidur, khatamlah dulu Al-Qur’an.” Siti Aisyah lalu berkata, “Wahai suami
ku, saya tidak mampu khatam Al-Qur’an sebanyak 30 juzuk itu.” Apabila
mendengar kata-kata Siti Aisyah tersebut, Rasulullah s.a.w. sambil
tersenyum lalu menjawab, “Barangsiapa yang membaca 3 kali sebelum tidur,
seolah-olah ia telah khatam Al-Qur’an keseluruhannya.”
Dari Rasulullah s.a.w. pernah bersabda
kepada Saidina Ali r.a., “Sesiapa hendak pergi musafir, kemudian ketika
dia hendak meninggalkan rumahnya, ia membaca surah Al-Ikhlas 11 kali,
maka Allah memelihara rumahnya sampai ia kembali.
Ibnu Said Al-Khanafi menerangkan : “Surah
ini dinamakan Surah Al-Ikhlas, ertinya bersih atau lepas. Maka barang
siapa yang membacanya dan mengamalkannya dengan hati yang ikhlas, maka
ia akan dilepaskan kesusahan duniawi, dimudahkan di dalam gelombang
sakratulmaut, dihindarkan dari kegelapan kubur dan kengerian hari
kiamat.”
9. SURAH AL-FALAQ
Siti Aisyah menerangkan : “Bahawa
Rasulullah s.a.w. pada setiap malam apabila hendak tidur, Baginda
membaca Surah Al-Ikhlas, Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas lalu ditiupkan
pada kedua telapak tangan, kemudian disapukan keseluruh tubuh dan
kepala.
Barang siapa terkena penyakit kerana
perbuatan syaitan atau manusia, hendaklah membaca Surah Al-Falaq dan
Surah An-Nas sebanyak 41 kali selama 3 hari, 5 hari atau 7 hari
berturut-turut.
Barang siapa yang takut akan godaan
syaitan dan manusia, takut dalam kegelapan malam atau takut dengan
kejahatan manusia, bacalah Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas sebanyak 100
kali.
10. SURAH AN-NAS
Surah An-Nas adalah surah yang terakhir
(ke-114) dalam Al-Qur’an. Nama An-Nas diambil dari kata An-Nas yang
berulang kali disebut dalam surah ini yang bermaksud manusia. Surah ini
termasuk dalam golongan surah makkiyah. Isi surah ini adalah bagi
menganjurkan manusia memohon perlindungan kepada Allah dari godaan
syaitan baik yang berasal dari golongan manusia mahu pun jin.
Surah An-Nas ini juga adalah penerang hati.
Label:
panduan
Jumaat, 17 Ogos 2018
Kita Umat Yang Terakhir
Ada tiga tanda fenomena dari
tanda-tanda Kiamat yang perlu di ambil perhatian sekarang ini oleh umat
manusia pada umumnya dan umat Islam khasnya. Dua di antara tiga tanda
itu termasuk dalam kategori tanda-tanda besar Kiamat. Satu lagi termasuk
di dalam tanda besar, namun ada pula yang menyebutnya sebagai tanda
penghubung antara tanda-tanda kecil Kiamat dengan tanda-tanda besar
Kiamat.
Tanda penghubung antara tanda-tanda kecil
Kiamat dengan tanda-tanda besar Kiamat ialah diutusnya Imam Mahdi. Imam
Mahdi merupakan tanda Kiamat yang menghubungkan antara tanda-tanda
kecil Kiamat dengan tanda-tanda besar Kiamat.
Masih ramai yang belum menyadari bahawa
keadaan dunia sekarang ini ialah dalam situasi dimana hampir semua
tanda-tanda kecil Kiamat telah muncul. Cuba perhatikan beberapa contoh
tanda-tanda kecil Kiamat di bawah ini:
- Perceraian banyak terjadi
- Banyak terjadi kematian mendadak (tiba-tiba)
- Banyak Quran diberikan hiasan
- Masjid-masjid dibangunkan dengan megah
- Perjanjian dan transaksi tidak dipatuhi
- Berbagai peralatan muzik dimainkan
- Berbagai jenis khamr (Arak) diminum manusia
- Perzinaan dilakukan terang-terangan
- Para pengkhianat diberi kepercayaan (menjadi pemimpin)
- Orang yang amanah dianggap pengkhianat
- Tersebarnya Pena (banyak buku diterbitkan)
- Pasar-pasar (Mall, Plaza, Supermarket) Berdekatan
- Penumpahan darah dianggap perkara yang kecil
- Makan riba
Jadi kalau kita teliti contoh-contoh di
atas, jelas kita sudah menjumpai ciri-ciri tersebut di zaman ini.
Apabila kita membuka kitab para Ulama yang menghimpun hadits-hadits
mengenai tanda-tanda kecil Kiamat, lalu kita baca satu per satu
hadits-hadits tersebut hampir pasti setiap satu hadits selesai kita baca
kita akan berkata di dalam hati: “Wah, yang ini sudah..!”
Jika tanda-tanda kecil Kiamat sudah
hampir muncul kesemuanya, ini bermaksud dunia sekarang ini sedang
menunggu kedatangan tanda-tanda besar Kiamat. Oleh itu, dalam waktu
terdekat ini kita semua harus bersiap-siap untuk menyambut kedatangan
tanda penghubung antara tanda-tanda kecil Kiamat dengan tanda-tanda
besar Kiamat, iaitu diutusnya Imam Mahdi.
“Aku khabarkan berita gembira mengenai
Al-Mahdi yang diutus Allah ke tengah ummatku ketika banyak terjadi
perselisihan antara manusia dan gempa-gempa. Ia akan memenuhi bumi
dengan keadilan dan kejujuran sebagaimana sebelumnya dipenuhi dengan
kesewenang-wenangan dan kezaliman.” (HR Ahmad)
Muhammad s.a.w mengisyaratkan adanya dua
tanda menjelang perutusan Imam Mahdi di tengah ummat Islam. Pertama
ialah banyak terjadi perselisihan antara manusia dan kedua terjadinya
banayak gempa bumi. Subhaanallah. Jika kita perhatikan keadaan dunia
ketika ini, banyak sangat berlaku pergaduhan dan peperangan. Gempa bumi
juga silih berganti di serata tempat.
Kedatangan Imam Mahdi merupakan tanda
Akhir Zaman yang jelas-jelas harus di ambil berat oleh kita dalam waktu
terdekat ini. Kita diperintahkan untuk segera berbai’at dan bergabung ke
dalam barisannya sebab episod-episod berikutnya merupakan rangkaian
perang yang dipimpin Imam Mahdi untuk menakluk negara-negara yang
dipimpin oleh para Mulkan Jabriyyan (Para penguasa yang mengabaikan
kehendak Allah dan RasulNya).
“Ketika kamu melihatnya (Imam Mahdi) maka
ber-bai’at-lah dengannya walaupun harus merangkak-rangkak di atas salji
kerana sesungguhnya dia adalah Khalifatullah Al-Mahdi.” (HR Ibnu Majah)
Imam Mahdi akan mengibarkan panji-panji
Al-Jihad Fi Sabilillah untuk memerdekakan negeri-negeri yang selama ini
dikuasai oleh para Mulkan Jabriyyan. Beliau akan mengetuai pembebasan
dunia dari penghambaan manusia kepada hanya untuk memperhambakan diri
kepada Allah semata-mata. Beliau akan memastikan bahawa dunia diisi
dengan sistem dan peradaban yang mencerminkan kalimatthoyyibah Laa ilaha
illAllah Muhammadur Rasulullah dari timur hingga ke barat.
Ghazawaat (perang-perang) tersebut akan
dimulai dari jazirah Arab kemudian Persia (Iran) kemudian Rom (Eropah
dan Amerika) kemudian terakhir melawan pasukan Yahudi yang dipimpin
langsung oleh puncak fitnah, iaitu Dajjal. Pasukan Imam Mahdi Insya
Allah akan diizinkan Allah untuk meraih kemenangan dalam peperangan
tersebut.
“Kamu akan perangi jazirah Arab dan Allah
akan beri kemenangan kamu keatasnya, kemudian kamu akan menghadapi
Persia dan Allah akan beri kemenangan kamu keatasnya, kemudian kamu akan
perangi Rom dan Allah akan beri kemenangan kamu keatasnya, kemudian
kamu akan perangi Dajjal dan Allah akan beri kemenangan kamu keatasnya.”
(HR Muslim)
Lalu Nabiyullah Isa ’alihis-salaam akan
turun dari langit dihantar oleh dua malaikat di kanan dan kirinya.
Menurut hadits-hadits yang ada, Nabi Isa putra Maryam ’alihis-salaam
akan datang sesudah pasukan Imam Mahdi selesai memerangi pasukan Rom
menjelang menghadapi perang berikutnya melawan pasukan Dajjal. Pada
waktu itulah Nabi Isa a.s akan Allah takdirkan turun ke muka bumi untuk
bergabung ke dalam pasukan Imam Mahdi dan membunuh Dajjal dengan izin
Allah.
Ketika Imam Mahdi dan pasukannya
mendengar khabar bahawa Dajjal telah muncul dan bermerajalela menabur
fitnah dan kekacauan di muka bumi, maka Imam Mahdi mengarahkan
pasukannya ke kota Damaskus. Ketika pasukan Imam Mahdi menunggu Subuh di
sebuah masjid yang terletak di sebelah timur kota Damaskus, tiba-tiba
turunlah Nabi Isa a.s dihantar oleh dua malaikat di menara putih masjid
tersebut. Maka Imam Mahdi mempersilakan Nabi Isa ’alihis-salaam untuk
mengimami sholat Subuh, namun ditolak olehnya dan Nabi Isa
’alihis-salaam menyuruh Imam Mahdi untuk menjadi imam solat Subuh
tersebut sedangkan Nabi Isa ’alihis-salaam menjadi makmum di
belakangnya. Subhanallah.
Masjid yang dipercayai tempat turunnya Nabi Isa a.s
“Turunlah Isa putra Maryam
’alihis-salaam. Berkata pemimpin mereka Al-Mahdi: “Mari pimpin solat
kami.” Berkata Isa ’alihis-salaam: “Tidak. Sesungguhnya sebahagian
mereka pemimpin bagi yang lainnya sebagai penghormatan Allah bagi Umat
ini.” (Al Al-Bani dalam ”As-Salsalatu Ash-Shohihah”)
Saudaraku, marilah kita bersiap-siap akan kedatangan tanda-tanda
Akhir Zaman ini. Tanda-tanda yang akan mengubah wajah dunia dari wajah
yang penuh kezaliman menuju keadilan di bawah naungan Syariat Allah dan
kepemimpinan Imam Mahdi beserta Nabiyullah Isa ’alihis-salaam.Ya Allah,
masukkanlah kami ke dalam barisan pasukan Imam Mahdi yang akan
memperoleh satu dari dua kebaikan: ’Isy Kariman (hidup mulia di bawah
naungan Syariat Allah) au mut syahidan (atau Mati Syahid). Amin ya Rabb.
Sumber
Sumber
Label:
Renungan
Khamis, 16 Ogos 2018
Wajarkah Mengharamkan Penggunaan Cermin Gelap?
Oleh Mohammad Agus Yusoff
Ramai
pengguna jalan raya merungut apabila disaman oleh JPJ kerana
menggunakan cermin gelap. Mereka bertanya, untuk apa JPJ mengharamkan
penggunaan cermin gelap sedangkan cuaca kita panas?
Selain itu, mereka menyatakan penggunaan cermin gelap juga memberikan banyak kelebihan seperti menjimatkan minyak kerana dapat mengurangkan penggunaan hawa dingin, pemandu dan penumpang berasa selesa dan ini boleh mengurangkan risiko kemalangan.
Mengapa Cermin Gelap Dilarang di Malaysia?
Di Malaysia, mengapa pula JPJ melarang penggunaan cermin gelap ini? Apakah dengan mengharamkannya, maka boleh mengurangkan kadar kemalangan?
Rakyat tidak yakin larangan penggunaan cermin gelap boleh mengurangkan kadar kemalangan kerana ada faktor lain yang lebih signifikan seperti kualiti jalanraya yang tidak baik, garisan putih yang pudar di kebanyakan jalanraya, sikap pemandu yang cuai dan tidak sabar, serta faktor keadaan kenderaan yang tidak layak berada di atas jalan raya seperti tayar botak dan pengubahsuaian terhadap enjin.
Tidak hanya itu. Jika alasannya adalah untuk mencegah jenayah, berapa peratuskan kadar jenayah yang berlaku disebabkan oleh pengguna kereta bercermin gelap?
Dengan banyak persoalan yang ditimbulkan, rakyat mahu tahu apakah faktor utama JPJ mengharamkan penggunaan cermin gelap? Pertanyaan ini wajar kerana JPJ hanya membenarkan kereta kenamaan sahaja yang menggunakan cermin gelap atas alasan keselamatan. Pertanyaan mereka ialah, apakah orang kenamaan sahaja yang perlu selamat dan tidak rakyat jelata? Mengapa diamalkan peraturan double standard ini?
Peruntukan Undang-Undang Melarang Penggunaan Cermin Gelap
Sebenarnya, tidak ramai rakyat yang tahu peruntukan undang-undang yang melarang penggunaan cermin gelap. Larangan tersebut diperuntukkan di bawah kaedah 11(a) dan 11(b), Kaedah-Kaedah Kenderaan Motor (Larangan Mengenai Jenis-Jenis Kaca Tertentu) 1991.
Mengikut kaedah ini, JPJ mengharamkan pemasangan cermin gelap, kecuali kepada golongan tertentu sahaja seperti Raja-raja Melayu, hakim mahkamah tinggi, pemimpin tertinggi polis dan tentera, menteri-menteri dan juga kepada golongan yang menghadapi masalah kesihatan atau dengan ancaman keselamatan.
Pun begitu, negara kita bukanlah mengharamkan sama sekali penggunaan cermin gelap. Negara kita benarkan juga, tetapi sesuai dengan peruntukan Kaedah 5(1) dan Kaedah 5(3), Kaedah-Kaedah Kenderaan Motor (Larangan Mengenai Jenis-Jenis Kaca Tertentu) Pindaan 2000.
Kaedah ini menetapkan cermin cermin depan hendaklah telus cahaya tidak kurang 70%. Cermin belakang dan tepi hendaklah telus cahaya tidak kurang dari 50%. Terdapat pengecualian pada kawasan 20% memanjang sebelah atas cermin hadapan kenderaan dan pada tingkap tepi semua jenis kenderaan dan pada tingkap tepi semua jenis bas atau caravan kecuali bagi tingkap di sebelah kiri atau kanan pemandu.
Dengan peraturan yang melarang penggunaan cermin gelap dan dengan kehendak rakyat yang mahukan pemasangan cermin gelap, maka apakah tindakan terbaik JPJ? Apakah terus mengekalkan peraturan sedia ada atau mengkaji semula larangan ini?
Selain itu, mereka menyatakan penggunaan cermin gelap juga memberikan banyak kelebihan seperti menjimatkan minyak kerana dapat mengurangkan penggunaan hawa dingin, pemandu dan penumpang berasa selesa dan ini boleh mengurangkan risiko kemalangan.
Mengapa Cermin Gelap Dilarang di Malaysia?
Di Malaysia, mengapa pula JPJ melarang penggunaan cermin gelap ini? Apakah dengan mengharamkannya, maka boleh mengurangkan kadar kemalangan?
Rakyat tidak yakin larangan penggunaan cermin gelap boleh mengurangkan kadar kemalangan kerana ada faktor lain yang lebih signifikan seperti kualiti jalanraya yang tidak baik, garisan putih yang pudar di kebanyakan jalanraya, sikap pemandu yang cuai dan tidak sabar, serta faktor keadaan kenderaan yang tidak layak berada di atas jalan raya seperti tayar botak dan pengubahsuaian terhadap enjin.
Tidak hanya itu. Jika alasannya adalah untuk mencegah jenayah, berapa peratuskan kadar jenayah yang berlaku disebabkan oleh pengguna kereta bercermin gelap?
Dengan banyak persoalan yang ditimbulkan, rakyat mahu tahu apakah faktor utama JPJ mengharamkan penggunaan cermin gelap? Pertanyaan ini wajar kerana JPJ hanya membenarkan kereta kenamaan sahaja yang menggunakan cermin gelap atas alasan keselamatan. Pertanyaan mereka ialah, apakah orang kenamaan sahaja yang perlu selamat dan tidak rakyat jelata? Mengapa diamalkan peraturan double standard ini?
Peruntukan Undang-Undang Melarang Penggunaan Cermin Gelap
Sebenarnya, tidak ramai rakyat yang tahu peruntukan undang-undang yang melarang penggunaan cermin gelap. Larangan tersebut diperuntukkan di bawah kaedah 11(a) dan 11(b), Kaedah-Kaedah Kenderaan Motor (Larangan Mengenai Jenis-Jenis Kaca Tertentu) 1991.
Mengikut kaedah ini, JPJ mengharamkan pemasangan cermin gelap, kecuali kepada golongan tertentu sahaja seperti Raja-raja Melayu, hakim mahkamah tinggi, pemimpin tertinggi polis dan tentera, menteri-menteri dan juga kepada golongan yang menghadapi masalah kesihatan atau dengan ancaman keselamatan.
Pun begitu, negara kita bukanlah mengharamkan sama sekali penggunaan cermin gelap. Negara kita benarkan juga, tetapi sesuai dengan peruntukan Kaedah 5(1) dan Kaedah 5(3), Kaedah-Kaedah Kenderaan Motor (Larangan Mengenai Jenis-Jenis Kaca Tertentu) Pindaan 2000.
Kaedah ini menetapkan cermin cermin depan hendaklah telus cahaya tidak kurang 70%. Cermin belakang dan tepi hendaklah telus cahaya tidak kurang dari 50%. Terdapat pengecualian pada kawasan 20% memanjang sebelah atas cermin hadapan kenderaan dan pada tingkap tepi semua jenis kenderaan dan pada tingkap tepi semua jenis bas atau caravan kecuali bagi tingkap di sebelah kiri atau kanan pemandu.
Dengan peraturan yang melarang penggunaan cermin gelap dan dengan kehendak rakyat yang mahukan pemasangan cermin gelap, maka apakah tindakan terbaik JPJ? Apakah terus mengekalkan peraturan sedia ada atau mengkaji semula larangan ini?
Label:
Renungan
Rabu, 15 Ogos 2018
5 Fungsi Terbina Pada Peranti Android Yang Tidak Digunakan Ramai
Blog amanz.my
Pada
hari ini, boleh dikatakan majoriti daripada rakyat Malaysia
menggunakan peranti berasaskan Android. Secara kasarnya, Android
digunakan pada peranti keluarga Samsung Galaxy, Sony Xperia, HTC One,
HTC Desire, dan pelbagai peranti dari syarikat lain termasuk Huawei,
Alcatel, Motorola, Lenovo dan sebagainya.
Namun, boleh dikatakan
ramai pengguna tidak menggunakan sepenuhnya fungsi-fungsi yang
ditawarkan dan didatangkan terbina pada peranti Android mereka. Berikut
merupakan antara fungsi menarik yang terdapat pada peranti Android,
dan boleh digunakan anda bermula hari ini;
Sokongan Kabel OTG

Peranti
yang menggunakan Android 3.1 dan terkini hadir dengan sokongan kabel
OTG. Jadi, apakah itu kabel OTG? Kabel OTG merupakan kabel yang hadir
dengan sambungan mikro-USB dan perumah USB.
Menggunakannya,
pengguna boleh menghubungkan mikro-USB ke peranti Android mereka, dan
kemudiannya menghubungkan peranti USB lain menggunakan penyambung
perumah USB yang disediakan.

Kabel
OTG ini dijual pada harga sekitar RM10 (mungkin terdapat lebih murah).
Antara fungsi utama yang kami dapati boleh digunakan menggunakan kabel
OTG adalah termasuk untuk sambungkan storan USB (PenDrive, thumbdrive
dan sebagainya), menghubungkan telefon pintar lain (untuk membaca fail
atau untuk pengecasan sementara) dan beberapa fungsi yang lain.
Google Now
Salah satu fungsi menarik pada Android yang kurang ditekankan oleh pengeluar peranti adalah Google Now.
Google
Now boleh dikatakan sebagai pembantu peribadi maya anda.
Menggunakannya, pengguna boleh mengawalnya menggunakan arahan suara dan
mendapat balasan dengan lebih pantas berbanding perkhidmatan
seumpamanya yang lain.

Menariknya,
selain daripada sokongan tersebut, pengguna boleh menetapkan beberapa
perkara seperti lokasi tempat kerja, lokasi tempat tinggal, pasukan
sukan kegemaran dan sebagainya, serta mendapat notifikasi berkenaan
dengannya serta-merta.
Bagi kami, kami gemarkan integrasinya
dengan Google Calendar, sekaligus mengeluarkan notifikasi dengan
mengira keadaan trafik supaya kita boleh sampai ke sesuatu lokasi pada
waktu yang ditetapkan.
Pemasangan Aplikasi Melalui Web
Walaupun
gemar menggunakan peranti mudah-alih, namun kami lebih selesa
menggunakan pelayar web untuk mencari aplikasi baru dan sebagainya.
Untuk
memudahkan perkara tersebut, Google sedia memberikan kemudahan untuk
memasang aplikasi terus daripada web ke peranti mudah-alih anda.

Pengguna
hanya perlu ke halaman Google Play Store, memilih aplikasi yang
berkenaan, dan menekan butang “Pasang” pada ruangan yang disediakan.
Pengguna seterusnya boleh membaca apakah kebenaran yang akan digunakan
oleh sesuatu aplikasi, dan seterusnya memilih peranti yang ingin
dipasang aplikasi berkenaan.
Sokongan Input Suara Bahasa Malaysia
Bermula Android 4.0, pihak Google telah menyertakan sokongan input suara dalam bahasa Malaysia.
Menggunakannya
ia dilihat menyokong pelbagai jenis slanga, dan input suara ke teks
dilihat berfungsi hampir 75% tanpa sebarang masalah.
Untuk mengubahnya, pengguna hanya perlu mengubah pilihan bahasa dictation kepada Bahasa Malaysia, dan menggunakannya pada peranti mereka.
Android Device Manager
Salah
satu fungsi baru yang diperkenalkan Google pada tahun lepas adalah
Android Device Manager. Menggunakannya, pengguna boleh mengetahui
lokasi semasa peranti mereka, disamping membuat beberapa kawalan
seperti mengeluarkan bunyi peranti (sekiranya tidak mengetahui lokasi ia
diletak), ataupun memadam data pada peranti berkenaan.

Layari : Halaman Pengurus Peranti Android
Label:
panduan
Selasa, 14 Ogos 2018
~Hukum Dan Hikmah Memotong Kuku~
Kuku yang dicipta oleh Allah swt mempunyai peranan dan kepentingannya kepada manusia. Dalam Islam, kuku berperanan dalam beberapa hukum yang tidak seharusnya diabaikan oleh umat Islam. Walaupun dilihat seolah-olah perkara kecil, kadang-kadang ia menjadi perkara besar. Contohnya ketika seseorang masih dalam ihram haji atau umrah didenda membayar dam kerana memotong kuku. Demikian juga kuku boleh menyebabkan tidak sah wuduk atau mandi junub, jika air tidak atau terhalang sampai ke kuku.
Hukum dan Hikmat Memotong Kuku
Memotong kuku termasuk dalam amalan sunat. Hal ini disebut dalam hadis iaitu daripada Saidatina Aisyah yang maksudnya “Sepuluh perkara yang dikira sebagai fitrah (sunnah) iaitu memotong misai, memelihara janggut, bersugi, memasukkan air ke dalam hidung, memotong kuku, membasuh sendi-sendi, mencabut bulu ketiak, mencukur bulu ari-ari, bersuci dengan air (beristinjak). Berkata Zakaria “Aku lupa yang ke-10 kecuali berkumur” (Riwayat Muslim)
Memotong kuku adalah sunat bagi lelaki dan perempuan sama ada kuku kaki atau tangan. Adapun hikmat daripada pensyariatan memotong kuku adalah menghilangkan kekotoran yang melekat atau berkumpul di celahnya. Kotoran itu jika tidak dibersihkan akan dan boleh menghalang air ketika bersuci. Selain itu, jika kuku dibiarkan panjang segala kekotoran atau najis akan terlekat padanya dan nescaya ia menjejaskan kesihatan.
Cara dan benda untuk memotong kuku.
Sunat memotong kuku bermula daripada tangan kanan, kemudian tangan kiri, memotong kuku kaki kanan,kemudian kaki kiri. Menurut Imam Nawawi, sunat memotong kuku bermula dari jari tangan kanan keseluruhannya dari jari telunjuk hingga ke jari kelingking dan diikuti ibu jari. Kemudian tangan kiri bermula dari jari kelingking hingga ibu jari. Sementara kuku kaki pula bermula dari kaki kanan daripada jari kelingking hingga ibu jari. Kemudian kaki kiri daripada ibu jari hingga kelingking.
Harus seseorang memotong menggunakan gunting, pisau atau benda khas seperti alat pemotong kuku supaya tidak memudaratkan kuku atau jarinya. Selesai memotong kuku segeralah membasuh tangan dengan air. Ada riwayat mengatakan bahawa makruh memotong kuku dengan menggunakan gigi kerana boleh mewarisi penyakit kusta.
Waktu Memotong Kuku
Islam juga mengambil kira waktu memotong kuku yang tidak tertakluk kepada panjang kuku tersebut. Kuku harus dipotong pada bila-bila masa. Walau bagaimanapun, jangan membiarkan kuku tidak dipotong melebihi 40 hari. Hal ini diriwayatkan daripada Anas bin Malik yang bermaksud “Sudah ditentukan waktu bagi kami memotong misaim, memotong kuku, mencabut bulu ketiak dan mencukur bulu ari-ari agar kami tidak membiarkannya lebih daripada 40 malam”. (riwayat Muslim)
Menurut Imam Syafie dan ulamaknya, sunat memotong kuku sebelum mengerjakan solat Jumaat seperti disunatkan mandi, bersugi, berharuman, berpakaian kemas sebelum ke masjid.
Diriwayatkan daripada Abu Said al-Khudri dan Abu Hurairah katanya, Rasulullah saw bersabda yang bermaksud “Sesiapa yang mandi pada hari Jumaat, bersugi, berwangian jika memilikinya dan memakai pakaian yang terbaik, kemudian keluar rumah hingga sampai ke masjid, dia tidak melangkahi orang yang bersaf, kemudian mengerjalan solat sunat, dia diam ketika imam keluar (berkhutbah) dan tidak berkata apa-apa hinga selesai solat, maka jadilah penebus dosa antara Jumaat itu dengan Jumaat sebelumnya” (Riwayat Ahmad).
Daripada Abu Hurairah maksudnya “Nabi saw memotong kuku dan menggunting misaim pada hari Jumaat sebelum baginda keluar untuk solat” (Riwayat al-Bazzar dan al-Tabrani). Sementara itu, menurut Ibnu Hajar, sunat memotong kuku pada Khamis, pagi Jumaat atau Isnin.
Menanam Potongan Kuku
Islam sangat perihatin terhadap memuliakan anak Adam, termasuklah anggota badanya. Kuku yang dipotong, sunat ditanam dalam tanah sebagai tanda hormat kerana ia adalah anggota manusia.
Memotong Kuku Ketika Haid, Nifas dan Junub
Kitan al-Ihya’ ada menyatakan bahawa jika seseorang dalam keadaan junub atau berhadas besar, jangan memotong rambut, kuku atau mengeluarkan darah atau memotong sesuatu yang jelas daripada badannya sebelum mandi junub. Ini kerana potongan itu akan kembali kepadanya dengan keadaan junub.
Memanjangkan Kuku
Tabiat memanjangkan kuku bertentangan dengan sunnah Rasulullah saw yang menggalakkan supaya memotong kuku. Jika dibiarkan kuku panjang, nescaya banyak perkara yang membabitkan hukum seperti wuduk, mandi wajib dan sebagainya. Selain itu, antara perkara sunat dilakukan kepada orang sakit atau nazak adalah mengelokkan diri iaitu dengan memotong kuku, misaim, mencabut bulu ketiak, cukur bulu ari-ari, bersugi, mandi, berwangian dan memakai pakaian bersih.
halaqah.net
Label:
Kesihatan
Isnin, 13 Ogos 2018
Hijau dan Putih Adalah Warna Kegemaran Rasulullah
Annas bin Malik mengatakan, “Warna
yang paling disukai oleh Rasulullah saw adalah hijau.” Namun selain itu
Rasul juga ternyata menyukai warna putih. Ada juga keterangan bahwa Nabi
Muhammad saw pernah memakai pakaian berwarna hitam, merah hati, kelabu
dan warna campuran.
Imam Al-Ghazali dalam Ihya’ Ulumiddin berkata : ” Yang amat disukai oleh Nabi saw ialah warna putih.”
Ibnu Hajjar dalam Tanbih Al Akhbar
mengatakan: “Pada hari raya kami disuruh memakai pakaian berwarna hijau
kerana warna hijau lebih utama. Adapun warna hijau adalah afdhal
daripada warna lainnya, sesudah putih.”
Ibnu Ady meriwayatkan dari Jabir r.a yang
berkata: “Aku pernah melihat Nabi saw memakai serban hitam yang
dipakainya pada hari raya…”
Al Baihaqi meriwayatkan hadis dari Jabir
r.a katanya : “Pernah Rasulullah saw berpakaian yang bercorak merah pada
dua hari raya dan pada hari Jumat.”
Al-Bukhari meriwayatkan dari Ibnu Abbas
r.a. dia berkata : “Pernah Nabi saw keluar dengan kepala yang dibalut
sehelai kain yang berwarna kelabu.”
Imam Bukhari meriwayatkan hadis dari Anas
r.a, beliau pernah melihat : “Nabi saw menutup kepalanya dengan kain
biasa yang bercorak-corak warnanya.”
Label:
panduan
Ahad, 12 Ogos 2018
Ketahui 8 Ciri Manusia Melalui Tandatangan
Mempunyai keyakinan yang tinggi dan
personaliti yang baik. Namun, bersifat kikir mereka juga percaya kepada
kebahagiaan dalam kehidupan manusia.
2. Dua Titik Di Bawah Tanda Tangan
Mereka boleh dikatakan berjiwa romantis.
Mudah ganti pasangan seperti menukar baju. Memilih orang yang memiliki
kecantikan dan mereka sendiri berusaha untuk kelihatan menarik dan
mereka ini juga mudah menarik perhatian orang lain.
3. Satu Titik Di Bawah Tanda Tangan
Lebih cenderung kepada seni klasik serta perkara yang mudah dan tenang. Jika orang lain yang telah hilang kepercayaan kepada
anda, anda tidak akan sesekali kembali kepada mereka dan ini menunjukkan mereka seorang yang tetap pendirian.
anda, anda tidak akan sesekali kembali kepada mereka dan ini menunjukkan mereka seorang yang tetap pendirian.
4. Tiada Garis atau Titik Di Bawah Tandatangan
Mereka ini selalu senang hidup dalam
dunia sendiri dan mereka juga jarang mau mendengar pendapat orang
lain.Mereka ini boleh di kategorikan sebagai pencinta alam tetapi mereka
juga mempunyai sifat agak kikir.
5. Tiada Persamaan Antara Nama dan TandaTangan
Maksudnya tanda tangan mereka tidak
menonjolkan nama mereka. Golongan ini mencoba untuk kelihatan bergaya,
suka menyembunyikan sesuatu. Mereka jarang untuk berterus terang tetapi
mereka merupakan pendengar yang baik dan senantiasa memberi perhatian
tentang apa yang orang lain sedang katakan.
6. Ada Persamaan Antara Nama dan Tandatangan
Mereka ini berkeinginan untuk menjadi
bijak tetapi mereka tidak pernah berpikir. Mereka ini tidak konsisten,
dan selalu menukar idea atau pandangan sendiri seperti angin. Golongan
ini tidak pernah berpikir baik buruk tentang sesuatu perkara. Biasanya,
orang lain bisa mengambil hati mereka dengan hanya memuji.
7. Tanda Tangan dengan Huruf Yang Tidak Bersambung
Mereka ini sangat baik terhadap orang
lain. Mempunyai hati yang baik, tidak mementingkan diri dan siap
berkorban untuk kepentingan dan kebahagiaan orang yang di sayangi. Tapi
apabila terlalu banyak perkara yang mereka pikirkan, ini menyebabkan
mereka akan cepat tersinggung.
8. Tanda Tangan yang Lengkap Seperti Nama
Mereka sangat baik hati dan bisa
menyesuaikan diri dengan suasana apa saja dan siapa saja yang mereka
temui. Golongan ini juga sangat teguh pendirian serta pendapat dan
memiliki keinginan yang sangat kuat dalam mendapatkan sesuatu.
Label:
ragam
Langgan:
Catatan (Atom)
PENAFIAN / DENIAL
B'jue Corner tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan kandungan di dalam blog ini.
B'jue Corner irresponsible on any loss or damage undergone because use content in this blog.
B'jue Corner irresponsible on any loss or damage undergone because use content in this blog.