Ahad, 18 November 2018

~Cara Membunuh Lipas, Jangan Sesekali Pukul Pada Perut Lipas~

AMARAN
JANGAN TENGOK KALAU GELI
IBU MENGANDUNG TIDAK DIGALAKKAN TENGOK!


Lipas merupakan serangga merayap yang sering ditemui di kawasan-kawasan yang kotor, tidak terkecuali juga di dalam rumah anda. Bagi kebanyakkan orang, mereka akan berasa geli dan cuba untuk memukul haiwan ini sehingga mati, tetapi tahukah anda bahawa cara anda itu adalah salah?







Apabila anda melihat binatang lipas di rumah, jangan memukulnya pada bahagian perutnya, kerana isi perut lipas sangat bahaya.

Dalam perut Lipas terdapat cacing halus/lembut yg akan hidup meskipun di luar dari tubuh lipas. Bila cacing ini sudah berada di luar dari tubuh lipas (perut) dia akan bergerak untuk mencari tempat baru.

Cacing ini bentuknya sangat pendek, halus dan lembut akan terlihat pada mata kasar bila jarak pandang sekitar 10-20cm.

Cara hendak melihat cacing lipas, letak isi perut lipas di atas kertas hitam atau cermin. Cacing perut lipas akan bergerak-gerak.

Sangat berbahaya apabila cacing ini sampai menyentuh kulit tubuh kita (terutama kaki) kerana dapat masuk melalui pori-pori kulit atau jika ada luka terbuka pada kulit luar.




*drysheet*

Sabtu, 17 November 2018

Sejarah berkaitan sambutan hari bapa


Sambutan hari bapa bermula di Amerika Syarikat dengan ideanya dicetuskan oleh seorang wanita, Sonora Dodd dari daerah Spokane. Beliau mahu sesuatu dilakukan untuk mengenang bapanya, William Smart, seorang veteran perang saudara yang ditinggalkan oleh isterinya dan membesarkan enam orang anak secara bersendirian di sebuah ladang kecil.

Hari bapa yang pertama disambut pada tahun 1910 dengan mengambil sempena tahun kelahiran William Smart sendiri.
Sejak tahun 1972, ia disambut setiap tahun apabila bekas Presiden AS, Richard Nixon menandatangani satu undang-undang awam yang menjadikan hari tersebut dicatat di dalam kalendar.
Tarikh yang diakui secara rasmi di berlainan negara.

Ahad ketiga bulan Jun - Amerika Syarikat, Afrika Selatan, Argentina, Bahamas, Bangladesh, Belanda, Bulgaria, Chile, China, Colombia, Costa Rica, Cuba, Cyprus,Filipina, Greece, Guyana, Hong Kong, India, Ireland, Jamaica, Jepun, Kanada, Malaysia, Malta, Mauritius, Mexico, Pakistan, Panama, Paraguay, Perancis, Peru, Puerto Rico, Singapura, Slovakia, Sri Lanka, Switzerland, Trinidad dan Tobago, Turki, United Kingdom, Venezuela, Zimbabwe.

23 Jun - Nicaragua, Poland, Uganda.

30 Julai - Vietnam.

Ahad ketiga bulan Julai - Uruguay.

Ahad terakhir bulan Julai - Republik Dominican.

23 Mordad (bulan kelima kalendar Iran) - Iran.

Ahad kedua bulan Ogos - Brazil.

8 Ogos - Taiwan.

Ahad pertama bulan September - Australia, New Zealand.

Ahad kedua bulan November - Estonia, Finland, Norway, Sweden.

5 Disember - Thailand.

23 Februari - Belarus, Rusia, Ukraine.

19 Mac - Bolivia, Honduras, Itali, Liechtenstein, Portugal, Sepanyol.

5 Mei - Romania.

8 Mei - Korea Selatan.

Hari Ascension - Jerman.

Ahad pertama bulan Jun - Lithuania.

5 Jun (Hari Perlembagaan) - Denmark.

Ahad kedua bulan Jun - Austria, Belgium, Ecuador.

17 Jun - El Salvador, Guatemala.

Pelbagai cara Hari Bapa disambut oleh semua penduduk dunia untuk menghargai jasa seorang bapa, Antara aktiviti aktiviti yang dilakukan boleh lihat disini

Jumaat, 16 November 2018

Kesalahan ketika mandi yang perlu anda ketahui

Anda pasti pernah dengar atau sering dileteri kerana selalu mandi malam kerana mandi malam dikatakan akan menyebabkan paru-paru anda masuk air? Namun sebenarnya ia tidak benar sama sekali.

Tetapi kali ini kami ingin berkongsi dengan anda tentang beberapa kesalahan ketika mandi yang boleh anda elakkan.

Mengabaikan sesetengah bahagian
Apabila anda mandi, adakah anda pasti akan membersihkan keseluruhan badan anda ? Selalunya bahagian belakang leher, celah jari kaki, tumit, dan bawah lengan antara yang selalu diabaikan.

Mandi dengan air panas terlampau lama
Mandi dengan air panas akan mendorong kepada masalah kulit kering dan untuk menambah segarkan badan selepas penat seharian, mandi dengan air sejuk akan memberi kesan yang lebih baik.

Mandi dengan sabun terlampau banyak
Buih sabun yang terlampau banyak akan menghilangkan minyak semulajadi pada kulit. Terdapat bahan yang dinamakan surfactant yang akan menarik air dan minyak semulajadi daripada kulit.

Tidak membilas badan dengan sabun sebersihnya
Bahan kimia terdapat pada sabun akan membawa kepada kerengsaan kulit. Namun terdapat juga jenis pembersihan kulit yang memang dicipta untuk memberi kelembapan pada kulit. Tetapi kalau anda menggunakan sabun mandi biasa, pastikan bilas betul-betul dengan air bersih.

Mengelap dengan tuala secara kasar
Antara tabiat yang membawa kepada rambut rosak adalah mengeringkan rambut secara kasar menggunakan dengan tuala. Begitu dengan badan anda . Jadi keringkan badan badan menggunakan tuala secara lembut , jangan secara menggosok atau terlalu kasar kerana ingin mengejar masa.

Membersihkan rambut sebagai bahagian terakhir
Bahan dalam syampu dan kondisioner boleh menyebabkan masalah kulit seperti jerawat. Jadi pastikan anda membersihkan bahagian muka dan badan dengan betul dan teliti selepas membersihkan rambut.

Tidak menyapu produk pelembapan
Waktu terbaik untuk meyapu losyen dan krim pelembap adalah selepas waktu mandi. Selain lebih mudah menyerap, rutin ini juga akan membantu dalam mengelakkan masalah kulit kering kerana kulit kehilangan pelelembapan semulajadi selepas mandi.

Memakai 'mask' muka selepas mandi
Mask muka sepatutnya dipakai sebelum membersihkan muka. Membersihkan muka sebelum dan selepas memakai mask akan membuatkan kulit wajah jadi kering. Produk yang mahu dipakai selepas mandi haruslah yang jenis menghidrasi dan bersifat 'mengunci' kelembapan bukan bersifat 'pembersihan'.

Khamis, 15 November 2018

10 Sejarah Kopi Yang Anda Perlu Tahu



Kopi ialah minuman utama dunia selain teh. Aromanya cukup membuatkan kita terangsang dan kepahitannya cukup untuk membuatkan badan kita terasa segar. Namun tahukah anda dari mana datangnya benih kopi ini? Dan bagaimanakah ia diperkenalkan sebagai minuman? Hari ini saya ingin berkongsi 10 Fakta Menarik Tentang Kopi.

Kambing Menari
Legenda menarik tentang kopi bermula dengan kambing. Semasa zaman Euthopia, gembala kambing mula tertarik dengan kopi sewaktu melihat kambing-kambingnya menjadi lincah dan 'berjoget-joget' akibat memakan buah kopi. Kesan kafein dalam kopi membuatkan kopi itu lain daripada yang lain.

Bukan Minuman
Asalnya biji kopi adalah sesuatu yang dimakan. Puak-puak di Afrika mencampurkan buah kopi dengan bahan berlemak untuk dijadikan makanan dalam bentuk bebola. Kegunaannya adalah untuk memberi tenaga.

Kebangkitan Islam
Islam sangat menyumbang kepada kepopularitian kopi kerana sewaktu itu arak diharamkan namun tidak pada kopi.

Bean Belt
Bean Belt merujuk kepada kawasan tropika dan khatulistiwa di mana hanya negara di garisan ini sahaja yang mengeluarkan kopi. Hawaii adalah satu-satunya negeri di Amerika yang mengeluarkan kopi.


Kedai Kopi Diharamkan di England
Pada tahun 1675, Raja England menitahkan semua premis kopi ditutup dan diharamkan kerana baginda mempercayai bahawa kedai kopi adalah sarang konspirasi terhadap pemerintahnnya.

Beza Arabica dan Robusta
Tahukan anda 70% kopi yang diminum di seluruh dunia adalah Arabica, kopi yang lebih halus dan beraroma tinggi manakala selebihnya adalah Robusta, kopi yang lebih pahit dan mempunyai kafein 50% lebih tinggi berbanding Arabica.

Permintaan Kopi
Untuk pengetahuan semua, kopi adalah komoditi kedua tertinggi yang didagangkan. Yang pertama adalah Petroleum.


Proses Kopi
Kopi bermula daripada buah-buah kopi yang merah menyala. Kemudian ianya dipetik, dikeringkan dan dikupas sehingga yang tinggal adalah biji kopi yang hijau. Selepas itu ia akan dipanggang dengan suhu 500F atau 260 darjah celcius. Beberapa minit kemudian biji kopi akan meletup seperti bertih dan mengembang dua kali ganda dari saiznya. Kemudian beberapa minit lagi kopi akan meletup semula. Letupan kedua bermaksud biji kopi itu sudah siap untuk dijadikan kopi.


Kopi Segera Lahir Pada Zaman George Washington
Tahukan anda bahawa kopi segera yang berada digondola-gondola shopping mall ini berasal hanya daripada seorang lelaki biasa di Guatemala yang berbangsa Belgian. Kopi segera mula diperkenalkannya pada tahun 1906 iaitu semasa pemerintahan George Washington.


Ekspresso
Espresso dibaca dengan 3 suku kata E-Spress-Oh. Nama ini bukanlah merujuk kepada jenis kopi, teknik panggang atau kisar. Ia adalah sejenis teknik membancuh kopi.
Americano pula berasal dari glosari Amerika sewaktu Perang Dunia Kedua, dimana ia dibancuh seperti ekspresso namun dicairkan sedikit dengan air atas permintaan mereka semasa perang.


Jadilah selepas anda meminum apa jua kopi selepas ini anda pasti akan tersentum lebar kerana anda tahu sejarah kopi tersebut. Cerita tentang kopi yang lebih menarik disini.

Rabu, 14 November 2018

Akibat Terlalu.....

1.Terlalu lama berdiri - merosakkan tulang. Urat sekitar kaki menjadi kembang.

2. Terlalu lama duduk - merosakkan lipatan daging. Akan mudah dihinggapi penyakit tua. Tubuh badan menjadi kendur.

3. Terlalu lama berjalan - merosakkan urat.

4. Terlalu lama melihat - merosakkan darah.

5. Terlalu banyak tidur - merosakkan tenaga. Menjadi pemalas. Jauh jodoh!

6. Terlalubanyak ketawa/gembira - merosakkan usus.

7. Terlalu kerap marah - merosakkan hati. Cepat kelihatan tua.

8. Terlalu banyak berfikir - merosakkan limpa. Kulit muka cepat berkedut.

9. Terlalu banyak bersedih - merosakkan jantung.

10. Terlalu merana - merosakkan paru-paru.

11. Terlalu takut - merosakkan ginjal. Apabila fungsi ginjal terjejas, boleh mengakibatkan gejala kencing manis dan lemah jantung.

12. Terlalu kerap terkejut - merosakkan pundi hempedu. Gejala pening kepala kerap dialami.

13.. Terlalu banyak makan - merosakkan pencernaan. Mudah mengalami keletihan, malas dan selalu mengantuk.

14. Terlalu banyak minum minuman berais - merosakkan otot & lambung. Badan menjadi lembik. Berat badan meningkat. Mudah diserang penyakit & tidak kelihatan awet muda.

15. Terlalu banyak masa lapang - merosakkan fikiran. Kelapangan masa yang terlalu banyak menimbulkan berbagai khayalan dan menimbulkan berbagai penyakit jiwa, kecuali masa lapang diisi dgn aktiviti hidup yg positif .

16. Terlalu banyak blogwalking / facebook - nanti bos marah. Dah ... pegi sambung buat keje tu.

Punca Anak Derhaka Kepada Ibu Bapa


Ada sesetengah pihak mengatakan untuk mendisiplinkan remaja, ibu bapa perlu bersifat garang terhadap anak. Itulah cara yang digunakan oleh ibu bapa mereka ketika mereka kecil dulu dan dengan cara berkenaanlah semua anak berjaya dalam hidup.

Pendekatan lembut dan garang adalah pendekatan yang ekstrem di mana lembut adalah keterlaluan positif manakala garang adalah keterlaluan negatif. Lembut menyebabkan perasaan kita merana kerana ingin menjaga perasaan anak remaja.

Sebaliknya garang menyebabkan perasaan kita terjaga, manakala si anak mungkin memendam dendam dalam hati. Keseimbangan di antara kedua-dua garis hujung berkenaan adalah pendekatan tegas. Ketegasan membuatkan perasaan kedua-dua belah pihak terjaga.

Kajian pakar menunjukkan bahawa apabila ibu bapa selalu melakukan kekasaran terhadap remaja biasanya mereka akan memberontak. Perbuatan seperti mencubit, merotan, memukul dengan objek, boleh dikategorikan sebagai pendidikan dengan cara yang keras. Hampir tiada unsur pendidikan langsung dengan cara kekerasan berkenaan jika tidak dilakukan dengan cara yang berhikmah.

Firman Allah SWT bermaksud: “Maafkan mereka, minta keampunan bagi mereka dan bermusyawarahlah dalam urusan...” (Surah Ali-Imran, ayat 159).

Ada dua kemungkinan yang akan berlaku apabila remaja diperlakukan dengan keras iaitu melantun atau menyerap. Kemungkinan pertama dia akan melawan kembali kekerasan, akibatnya beliau akan membesar menjadi seorang yang suka memberontak dan keras jiwa.

Kemungkinan kedua pula, beliau akan bersabar dengan kekerasan dan memendam dalam jiwa. Akibatnya beliau membesar menjadi seorang yang pemurung dan lemah jiwa. Kedua-duanya akan memberi hasil yang buruk.

Tunjuk cara efektif

Islam mengajar dan menunjukkan cara yang efektif dengan menyuruh setiap yang menjadi tonggak utama seperti ibu bapa supaya berlemah-lembut, belas kasihan sehingga anak mereka membesar di jalan yang lurus, terdidik dengan semangat berani berterus-terang dan bebas diri.

Banyak petunjuk diberikan Islam mengenai berlemah-lembut, berkata baik dan berbudi bahasa antara satu sama lain dalam al-Quran dan sunnah.

Firman Allah SWT bermaksud: “Sesungguhnya Allah menyuruh menjalankan keadilan, berbuat baik dan memberi kepada kaum kerabat.” (Surah An-nahl, ayat 90)

FirmanNya lagi bermaksud: “Dan orang yang menahan marahnya, dan orang yang suka memaafkan orang lain, dan Allah sangat suka kepada orang yang berbuat baik.” (Surah Ali-Imran, ayat 134)

Kesihatan jiwa

Ibu bapa perlu mengambil contoh daripada pengajaran berkenaan dan mengamalkannya andai kata mereka benar-benar mahukan kesihatan jiwa anak terpelihara. Kesihatan jiwa adalah salah satu penentu kebahagiaan anak.

Jika ibu bapa sendiri selalu berkeras, maka ibu bapalah yang melakukan kezaliman ke atas anak. Mereka akan mendapati bahawa mereka sudah menanam benih-benih kerosakan ke dalam jiwa anak.

Dalam sebuah kisah, datang seseorang kepada Umar bin Al-Khattab mengadu penderhakaan anaknya. Maka Umar pun memanggil anak orang itu, lalu memarahinya. Maka berkata si anak: “Wahai Amirul Mukminin! Tidakkah ada hak anak ke atas ayahnya? Umar menjawab: Bahkan ada.

Berkata anak itu: “Apa dia, wahai Amirul Mukminin? Umar menjawab: Hendaklah ia memilih ibunya (daripada keturunan yang baik), dan memberi nama yang baik, dan mengajar membaca al-Quran.

Lalu si anak itu berkata: “Wahai Amirul Mukminin, sesungguhnya ayah saya tidak melakukan suatu pun daripada perkara itu. Ibu saya adalah seorang zanjuyah (bekas hamba hitam), dulu isteri kepada seorang Majusi dan dia juga menamakan saya Jo’ul (lipas), dan dia belum mengajar saya satu huruf pun daripada al-Quran.”

Mendengar kata-kata si anak itu, maka Umar pun berkata kepada si ayah: “Engkau datang mengadu penderhakaan anakmu. Sebenarnya engkau telah menderhakainya sebelum dia menderhakaimu, dan engkau telah merosakkannya sebelum dia merosakkanmu.”

Demikianlah Umar Al-Khattab meletakkan sebab penderhakaan si anak tadi ke atas bahu ayahnya, kerana dia melalaikan pendidikannya. Marilah kita cermin diri kita dan meneliti sama ada penderhakaan atau masalah ditimbulkan anak sebenarnya mungkin berpunca daripada kita, Mari kita saksikan kisah kisah pengajaran untuk pedoman bersama menghargai jasa ibu kita disini.

Selasa, 13 November 2018

9 Makanan Terbaik Di Malaysia

Pemilihan 9 makanan yang terbaik di Malaysia ini berdasarkan menu pilihan ramai rakyat Malaysia pada setiap masa tidak kira dimana jua hidangan itu dinikmati. Antara 9 makanan terbaik ialah:-

Nasi lemak



1. Ahhhh, Nasi Lemak terkenal. Bayangkan, santan berkualiti, beras wangi dengan timun, sambal, dan ikan bilis. Terdapat dalam seribu satu bentuk yang berbeza, dari cara pembungkusan nasi lemak di kedai mamak, nasi lemak goreng, nasi lemak ayam berempah, dan bermacam2 lagi. Perkara yang akan berterusan tentang hidangan ini ialah,Ia sesuatu yang boleh menyebab kan semua orang duduk dan makan bersama-sama.

Roti Canai dan Teh Tarik


2. fuhh, Roti Canai memang femes waktu pagi. Ikatan persaudaraan selalu dikukuhkan apabila kita duduk satu meja di kedai mamak beramai2 dengan Teh Tarik hangat di tangan 1 roti canai segar dari kuali pemanggang, sedikit seanyak dapat menghangatkan badan dalam kesejukan pagi. Hakikat nya roti yang dibuat daripada doh, minyak sapi, telur, tepung, dan air ini sangat menyelerakan jika dimakan panas panas. roti canai sedikit sebanyak telah pun menjadi sebahagian daripada kehidupan setiap rakyat di Malaysia, yang dihidangkan besama kari ikan,ayam dan semestinya kuah dal

Asam Laksa


3. Satu kebanggaan khususnya di Malaysia yang sekarang telah pun diletakkan dalam yang 10 makanan terbaik di seluruh dunia, asam laksa adalah satu sup wangi berperisa kuah asam, dengan serpih ikan mackarel, pudina, nanas, salad, dan mi.Ia dinikmati di seluruh Malaysia, terdapat pelbagai perbezaan yang menggunakan kombinasi bahan-bahan berbeza,sekaligus membuat masakan Malaysia unik.

Nasi Ayam


4. Terdapat pelbagai jenis nasi ayam di luar sana, dari varian Hainan dengan ayam kukus lancar, nasi ayam Melayu dengan herba wangi itu, ayam panggang, ayam madu, dan lain lain lagi. Walaupun nasi ayam Ipoh telah diumumkan sebagai nasi ayam yang terbaik di Malaysia, namun masih lagi terdapat banyak tempat tempat besar yang menyediakan nasi ayam yang boleh didapati di setiap Bandar.


Rojak


5. rojak adalah salad buah-buahan / sayur dengan pes gelap udang .Ia juga telah menjadi salah satu makanan yang terkenal di malaysia.rojak boleh dibeli dari penjaja tepi jalan di mana-mana sahaja, dan seperti banyak makanan Malaysia yang lain, ia boleh didapati dalam jenis yang berbeza, jadi ada banyak pilihan untuk semua orang.


Sate


6. Ah, Sate. daging diperap, dibakar, dihidangkan dengan cili manis atau kuah kacang, atau dengan nasi impit, beras yang telah dibalut dalam daun pandan dan dimasak di dalamnya. tiada peraturan sebenar untuk apa yang anda ingin makan bersama sate anda.sate yang paling sering dilihat adalah sate ayam dan daging, namun sesetengah gerai dan restoran menawarkan daging rusa,kuda, dan mana-mana daging lain yang anda boleh bayangkan pada sebatang kayu ..xD

Lontong


7. Fikirkan lontong seperti vanila, kerana ia tidak benar-benar menyelerakan, tetapi apabila dibawa bersama-sama dengan perisa lain, kombinasi yang terhasil adalah luar biasa. Lontong ,adalah beras, digulung dalam daun pisang dan dikukus sebelum dipotong ke menjadi bentuk empat segi, dan kemudian dimakan dengan pelbagai sos dan masakan yang berbeza. Digunakan dalam Soto, lactucarium lactucarium, dan dengan Satay.

Nasi Dagang


8. 'Beras Perdagangan' secara literal, nasi dagang ialah beras yang dikukus didalam santan dan dimakan dengan kari ikan dan sayur-sayuran pilihan, telur rebus, dan pelbagai hidangan daging yang berbeza.Ia berasal dari pantai Timur Malaysia,nasi dagang adalah makanan yang benar-benar disukai dan boleh dinikmati seluruh rakyat malaysia.

Char Koay Teow


9. char koay teow adalah koay teow yang digoreng bersama kicap, cili, udang, belacan, beansprouts, daun kucai,telur dan kerang, Char Koay Teow adalah popular di seluruh Malaysia.

Makanan di Malaysia sungguh banyak pilihan untuk di nikmati kerana setiap negeri terdapat menu menu yang tersendiri. Sehinggakan Malaysia di namakan syurga makanan dunia. Lebih maklumat lanjut tentang makanan terbaek boleh kunjungi Web ini.

Isnin, 12 November 2018

~"Flying Fox" Antarabangsa Yang Terletak Antara Sempadan Sepanyol & Portugal~



Sekiranya anda pandang buat kali pertama, anda mungkin tidak akan perasan bahawa sebenarnya terdapat satu kabel keluli menghubungkan Sanlucar de Guadiana, di Andalucia, Sepanyol, ke Alcoutim, di Algarve, Portugal. Dengan kepanjangan melebihi 720 meter panjang, laluan umpama 'flying fox' ini hanya satu-satunya di dunia digunakan untuk menyeberangi sebuah sempadan antarabangsa dengan membawa pelancong meluncur di atas Sungai Guadiana pada kelajuan antara 70 dan 80 kilometer sejam.

Platform perlepasan terletak di tepi istana Sanlúcar de Guadiana, hampir 100 meter di atas sungai. Titik pendaratan adalah lebih kurang 15 meter, di Alcoutim, bagi mewujudkan sudut purata bagi kecondongan penurunan kira-kira 12.47%, yang boleh mencatatkan masa perjalanan dalam masa kurang daripada satu minit. Lawatan itu, sebaik sahaja selesai, pelawat akan dibawa naik ke dalam feri dan dibawa kembali ke Sepanyol di seberang sungai. Para peserta boleh mendapatkan sijil, membeli gambar-gambar atau menyewa topi keledar berkamera untuk memfilemkan perjalanan mereka.

Laluan "flying fox" ini telah dibiayai sepenuhnya secara persendirian oleh seorang warga Inggeris, David Jarman. "Dua kampung di sebelah dua negara, terpisah oleh sebatang sungai 150 meter lebar - cara ini yang nampak lebih menyerlah pada saya," katanya.

Pada hari yang sibuk, laluan ini akan yang mengambil masa 24-30 orang untuk setiap jam, pada harga €15 bagi setiap orang. Laluan ini juga berfungsi 200 hari setahun: proses penutupan dibuat pada separuh kedua bulan November dan separuh kedua bulan Februari. Ia akan memberi pekerjaan kepada 5 hingga 7 orang di kedua-dua belah sempadan.










*Algarve / Financial Times*

Ahad, 11 November 2018

Rahsia! 5 Cara Dan Gaya Berfikir Diluar Kotak

5 Cara Berfikir yang Insyallah boleh membuat kita mencapai apa yang kita citakan.

1 . Berfikir Besar.
Kalau anda pernah membaca buku The Magic of Thinking Big, atau Berfikir dan Berjiwa Besar, anda pasti tahu betapa menguntungkan mempunyai cara fikir besar. Berfikir besar bererti meyakinkan diri sebenarnya berkemampuan besar dalam diri kita untuk mewujudkan apapun yang kita fikirkan. Berfikir besar bererti tidak membatasi diri anda dengan keadaan tertentu, sebaliknya anda melihat segala sesuatu dari segala arah. Berfikir besar bererti berani menetapkan tujuan hidup yang besar, dan sebagai hasilnya anda akan mendapatkan hasil yang besar.

2 . Berfikir Progresif.
Berfikir progressif jangka panjang bererti melihat segala sesuatu jauh ke masa depan. Seseorang yang berfikir panjang akan melihat segala sesuatu dari kemungkinan-kemungkinan yang boleh terjadi , bukan hanya apa yang ada sekarang. Berfikir panjang bererti memikirkan hasil akhir dari segala sesuatu. Memikirkan berterusan, apakah ini baik atau lebih baik. Apakah ini sama dengan tujuan akhir saya?

3 . Berfikir Positif.
Anda mesti sudah faham mengenai berfikir positif. Hampir setiap hari di banyak media, blog, buku, seminar, berfikir positif diajarkan. Berfikir positif bererti melihat segala sesuatu dari sisi baik sahaja.

4 . Berfikir Sugestif.
Contohnya begini, jika orang positif melihat sesuatu dari sisi positif, maka berfikir sugestif melihat sesuatu dari sisi neutral. Kemudian berusaha membuatnya menjadi lebih baik. Misalnya jika orang yang berfikir positif terjatuh, maka ia akan mengatakan. “Aku tak apa-apa, aku ok sahaja.” Sebaliknya orang yang berfikir sugestif akan berkata, “Aduh, lututku luka, aku akan mencari cara untuk menyembuhkannya!”

5 . Berfikir di luar Kotak.
Atau Think out of the box adalah cara berfikir yang sangat baik, di mana seseorang itu tidak terpaku hanya pada satu pola atau kebiasaan-kebiasaan tertentu sahaja. Seseorang yang berfikir di luar kotak, adalah orang yang tidak membataskan fikiran dan dirinya. Dengan demikian selalu ada idea-idea yang tidak diduga yang terkadang muncul dari fikirannya.Orang yang berfikir diluar kotak pasti adalah orang yang kreatif.

Sumber

Sabtu, 10 November 2018

Sifat Malu Perempuan‏

Biasa kita mendengar, lelaki diistilahkan sebagai kumbang dan wanita pula sebagai bunga. Kalau kumbang suka kepada bunga, lelaki tentulah suka kepada wanita. Sejak remaja lagi keinginan lelaki kepada wanita sudah berputik. Lalu wanita menjadi sasaran usikan lelaki, baik di sekolah, di jalan-jalan raya, di pasar raya, di perhentian bas dan bahkan boleh dikatakan di mana-mana ruang dan peluang. Selagi usikan itu tidak diberi perhatian oleh wanita itu mereka akan terus mencuba dan terus mencuba.
 
Apakah keistimewaan wanita sehingga begitu kuat menarik perhatian lelaki? Sememangnya wanita lain daripada lelaki, terdapat banyak kelainannya.
 
Dalam sebuah hadis, Nabi S.A.W bersabda yang bermaksud: “Terdapat 99 bahagian tarikan pada wanita berbanding lelaki, lalu Allah kurniakan ke atas mereka sifat malu.” (Hadis riwayat Baihaqi)
 
Wanita, apapun yang dilakukannya akan mendapat perhatian lelaki, kalau dia berbuat baik, dikagumi, apabila berbuat jahat diminati, apabila dia memakai pakaian menutup aurat dilihat menawan, apabila berpakaian tidak menutup aurat (seksi) dilihat menggoda, dan macam-macam lagi yang menarik perhatian.
 
Oleh sebab itu Allah S.W.T. mengurniakan kepada wanita sifat malu. Dengan sifat malu itu mereka akan berfikir panjang sebelum melakukan sebarang tindakan. Kalau hendak buat jahat dia akan memikirkan kalau-kalau orang nampak, hendak dedahkan aurat dia takut orang mengganggunya, hendak berjalan seorang dia takut ada orang mengusiknya.
 
Begitulah peranan malu yang boleh membantu dalam tindak-tanduk seorang wanita. Tapi apa halnya kalau tidak tahu malu ? Tentulah mereka tidak akan memikirkan semua itu. Pedulikan apa orang kata, pedulikan kalau orang tengok, tak kisah kalau orang mengganggu dan mengusik, bahkan mereka rasa senang, seronok dan bahagia bila dalam keadaan begitu.
 
Dalam sebuah hadis riwayat Bukhari, Nabi S.A.W. bersabda yang bermaksud: “Jika kamu tidak malu, buatlah sesuka hatimu.”
 
Hadis ini merupakan sindiran dalam tegahan. Sifat malu itu adalah pokok akhlak yang mulia dan budi pekerti yang terpuji. Tidak payah diletakkan sifat malu ini di atas neraca akal pun sudah mengakui sebagai suatu sifat yang perlu ada pada diri manusia.
 
Barangkali wanita hari ini kebanyakkannya tidak malu atau kurang malu sebab itu mereka sanggup melakukan apa saja dosa dan maksiat.
 
Atau barangkali jika sifat malu yang dikurniakan Allah itu sudah tidak berfungsi sepenuhnya. Kalau demikian, bererti tiada iman di dada mereka.
 
Jelasnya, mereka tidak takut kepada Allah, tidak gerun kepada neraka Allah dan tidak cinta kepada syurga Allah. Mereka langsung tidak takut dengan hukuman yang bakal Allah timpakan ke atas mereka. Ini tandanya mereka tiada iman.
 
Apabila tidak beriman, maka sifat malu yang sedia ada itu secara automatik akan hilang. Inilah realiti yang tidak boleh dinafikan, buktinya boleh dilihat di mana-mana. Melalui media cetak saperti majalah Hai, Mangga, URTV dan sebagainya, media elektronik seperti rancangan-rancangan hiburan dan bahkan di hadapan mata kita sendiri berbagai ragam dan kemungkaran berlaku, tidak berkecuali dilakukan oleh wanita.
 
Sayang, wanita yang sepatutnya lebih istimewa daripada lelaki menjadi serendah-rendahnya hanya disebabkan sifat malunya tidak berfungsi sepenuhnya.
 
Tapi percayalah, kalau semua wanita boleh mengekalkan sifat malunya tentulah mereka akan berpakaian sopan, berakhlak mulia dan ketika itu mereka akan disegani oleh semua pihak. Dengan ini akan terhindarlah gejala buruk yang menimpa kaum wanita.

Jumaat, 9 November 2018

Antara Sombong..Bongkak..Angkuh Dan Takbur‏

Sombong, bongkak, angkuh atau takbur mempunyai satu pengertian yang sama, iaitu sifat mazmumah (sifat tercela @ keji). Sekelumit sifat itu menjadi kebencian dan kemurkaan Allah serta boleh menghalang kita mendapat balasan syurga.
 
Firman Allah yang bermaksud:Sesungguhnya mereka yang sombong untuk taat sebagai hamba-Ku, mereka akan masuk neraka jahanam sebagai makhluk yang hina (Al-Mukmin:60)
Sifat sombong atau takbur boleh dikenali melalui dua jenis, iaitu takbur zahir dan takbur batin. Takbur zahir boleh dilihat melalui percakapan dan tindakan. Gayanya angkuh, mulutnya tajam, mudah menghina orang yang dianggap lebih rendah ilmu pengetahuan daripadanya. Kadangkala ia boleh dilihat melalui percakapan iaitu tidak mahu mengaku kalah, menganggap dirinya sentiasa benar dan tidak mahu mendengar atau mengikut nasihat orang lain.
 
Imam Al-Ghazali berkata : Orang yang takbur marah apabila ditegur sedangkan kalau menegur orang lain, caranya keras dan kasar.
 
Takbur batin adalah membesarkan diri dalam hati dan ini maksiat hati yang dicela. Contohnya, iblis menganggap dirinya lebih baik dan mulia daripada Nabi Adam.Dengan angkuhnya ia enggan tunduk kepada Nabi Adam sehingga menyebabkan Allah melaknat iblis dan seluruh keturunannya. Takbur juga boleh dibahagi kepada tiga, iaitu takbur terhadap Allah, takbur terhadap rasul-Nya dan takbur sesama manusia. Takbur kepada Allah bermaksud tidak mempedulikan perintah Allah, tidak menghiraukan ancaman-Nya dan memandang rendah segala syariat dan peraturan-Nya.
 
Takbur terhadap Rasulullah s.a.w ialah enggan mengikut petunjuk dan sunnahnya. Orang Quraisy pada zaman Rasulullah enggan mengikutnya kerana baginda anak yatim piatu. Orang Yahudi pula enggan berbuat demikian kerana baginda bukan daripada keturunan Bani Israel. Orang Yahudi berasa diri mereka lebih tinggi daripada orang lain, iaitu takbur sesama manusia. Mereka sering memandang rendah terhadap orang lain kerana menganggap diri mereka berilmu, kaya dan berpangkat sedangkan manusia dijadikan sama di sisi Allah.
 
Takbur adalah penyakit hati yang bahaya. Orang yang berpenyakit tidak boleh menjadi pendakwah kerana tindak tanduknya akan menampakkan akhlaknya yang buruk. Lebih bahaya lagi jika dia mewakili jemaah kerana nama jemaah akan turut mendapat tempiasnya. Imam Ghazali memberi beberapa panduan untuk mengelakkan sikap takbur yang ada dalam diri manusia, iaitu:
 
1. Apabila berjumpa kanak2, anggaplah mereka lebih mulia daripada kita kerana kanak2 belum dibebani dosa.
 
2. Apabila berhadapan dengan orang tua pula, anggaplah mereka juga lebih mulia kerana mereka lebih lama beribadah daripada kita.
 
3. Apabila berjumpa orang alim, anggaplah dia lebih mulia kerana banyaknya ilmu di dadanya.
 
4. Apabila melihat orang jahil anggaplah mereka lebih mulia kerana berbuat dosa kerana kejahilan sedangkan kita dosa dalam keadaan mengetahuinya.
 
5. Apabila berjumpa orang jahat, jangan anggap kita mulia. Tetapi, katakan, mungkin orang jahat itu akan bertaubat pada masa tuanya, sedangkan kita belum tahu bagaimana akhirnya kehidupan kita.
 
6. Apabila bertemu orang kafir katakan, belum tentu dia akan kafir selama-lamanya.
 
Ya Allah..hiasilah kami dengan sifat mahmudah.. dan jauhkan kami dari sifat mazmumah
Ya Allah tetapkanlah hati kami dan janganlah Engkau pesongkan hati kami setelah Engkau memberi hidayah kepada kami
Amin……

Khamis, 8 November 2018

WUDUK

1. Ketika berkumur, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah,ampunilah dosa mulut dan lidahku ini".
Penjelasan nombor 1 : Kita hari-hari bercakap benda-benda yang tak berfaedah.
2. Ketika membasuh muka, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, putihkanlah muka ku di akhirat kelak, janganlah Kau hitamkan muka ku ini".
Penjelasan nombor 2 : Ahli syurga mukanya putih berseri-seri.
3. Ketika membasuh tangan kanan, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, berikanlah hisab-hisab ku di tangan kanan ku ini".
Penjelasan nombor 3 : Ahli syurga diberikan hisab-hisabnya di tangan kanan .
4. Ketika membasuh tangan kiri, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, janganlah Kau berikan hisab- hisab ku di tangan kiri ku ini".
Penjelasan nombor 4 : Ahli neraka diberikan hisab- hisabnya di tangan kiri .
5. Ketika membasuh kepala, berniatlah kamu dengan,"Ya Allah, lindunganlah daku dari terik matahari di padang Masyar dengan Arasy Mu".
Penjelasan nombor 5 : Panas di Padang Masyar macam matahari sejengkal di atas kepala.
6. Ketika membasuh telinga, berniatlah kamu dengan,"Ya Allah, ampunilah dosa telinga ku ini"
Penjelasan nombor 6 : Hari-hari mendengar orang mengumpat, memfitnah dll.
7. Ketika membasuh kaki kanan, berniatlah kamu dengan."Ya Allah, permudahkanlah aku melintasi Ttitian Siratul Mustaqqim".
Penjelasan nombor 7 : Ahli syurga melintasi titian dengan pantas sekali.

8. Ketika membasuh kaki kiri, berniatlah kamu dengan,"Ya, Allah, bawakanlah daku pergi ke masjid-masjid, surau-surau dan bukan tempat-tempat maksiat"
Penjelasan nombor 8 : Qada' dan Qadar kita di tangan Allah. Ramai di antara kita yang tidak sedar akan hakikat bahawa setiap yang dituntut dalam Islam mempunyai hikmahnya yang tersendiri.
· Pernah kita terfikir mengapa kita mengambil wuduk sedemikian rupa?
· Pernah kita terfikir segala hikmah yang kita perolehi dalam menghayati Islam?
· Pernah kita terfikir mengapa Allah lahirkan kita sebagai umat Islam?

Rabu, 7 November 2018

Tentang KISMIS

Ada dikatakan bahawa “Barangsiapa memakan kismis merah sebanyak 21 biji setiap hari sebelum sarapan pagi, maka dia tidak akan tertimpa penyakit kecuali kematian”. “Biasakanlah memakan kismis karena kismis dapat menghilangkan kepahitan (empedu/cairan kuning), menghilangkan lendir, menyehatkan badan, membaguskan rupa, menguatkan saraf dan menghilangkan letih”. Imam Ali pula pernah berkata: “Barangsiapa memakan 21 biji kismis merah, maka dia tidak akan melihat pada jasadnya suatu yang tidak disenangi”. “Kismis dapat menguatkan jantung, menghilangkan penyakit, menghilangkan panas dan memulihkan kesehatan jiwa”. Pada riwayat lain dari Abi Ja’far At-thusi disebutkan bahwa kismis dapat menghilangkan lendir dan menyehatkan jiwa.

Selasa, 6 November 2018

Tips Bagaimana Untuk Rasa Seronok Bekerja

Tips utama : Cuba buat seolah2 pejabat tu rumah korang
Oppss jangan salah anggap. Saya tak suruh korang tidur kat pejabat tu seperti korang tidur kat rumah korang sendiri. Pejabat is pejabat. Pejabat ialah tempat kita kerja. Korang tak boleh suka2 buat macam rumah sendiri. Tapi apa yang saya cuba sampaikan ialah, korang mesti cuba untuk TUKAR SUASANA pejabat tu macam seolah2 korang sedang berada di rumah korang.
Macammana nak tukar suasana?
  • 1- Hias tempat duduk
Korang boleh letak bunga dalam pasu kecil dan letakkan atas meja kerja korang. Boleh juga lekatkan gambar2 suami/isteri, anak2, ibu bapa atau gambar sesiapa saja yang korang suka. Ada kawan saya dia letak gambar ‘Siti Nurhaliza’ kat meja dia…huhu. Selain itu, boleh juga lekatkan kata2 motivasi yang boleh membakar semangat korang.
  • 2- Jangan biarkan meja bersepah
Susunla dokumen dan kertas2 atas meja korang dengan rapi. Jangan biarkan ia berserabut, bersepah dan kusut masai. Sebab ia hanya akan memeningkan kepala korang.
Atas meja saya, saya letakkan 2 ‘tray’. Satu tray untuk kerja/dokumen yang belum settle dan 1 tray untuk kerja/dokumen yang dah settled. Jadi meja saya sangat kemas sehingga mendapat pujian dari kawan2 saya… :)
  • 3- Sembur ‘air freshener’ kegemaran anda
Ini bagi pejabat yang kedekut la. Contohnya pejabat tempat saya kerja ni, tak ada disediakan penyembur ‘air freshener’. Budget tak cukup katanya. Takper, diorang tak sediakan, saya boleh beli sendiri. Jadi, saya ambil inisiatif untuk beli ‘air freshener’ kegemaran saya sendiri. Setiap sejam, saya akan semburkan ‘air freshener’ untuk memberikan kesegaran di tempat duduk saya. Sampai Amoi yang duduk depan saya tu pun turut sama meniru saya dengan membeli air freshener dia sendiri… haha
  • 4- Tukar ’style’ tempat duduk sekali sekala
Biasanya apabila saya rasa sedikit bosan dengan style meja saya, saya akan lakukan beberapa pertukaran ’style’. Contohnya, saya akan tukar tempat letak tray dokumen, tukar gambar2 yang dilekatkan, tukar posisi meja, tukar bunga, tukar gambar desktop dan macam2 lagi la. Pendek kata, saya akan cuba ubah ’style’ meja tempat duduk saya tu menjadi lebih ‘fresh’ dan ‘baru’. Dengan itu, saya dapat merasakan satu suasana yang berbeza dan ‘fresh’ jer gitu…
  • 5- Pergi ‘kacau’ orang lain atau ‘merewang’ sekejap bila rasa bosan
Saya kalau rasa bosan jer, terus pergi ‘jalan2′ atau ‘merewang’ ke department lain untuk ‘tukar angin’ dan cari ‘mood’ baru. Ada orang kata perbuatan saya ni sebagai ‘mengulor’ atau ‘ponteng’ kerja. Tapi pada saya, kita kadangkala perlu juga buat begitu untuk memberikan ’semangat baru’ atau tukar angin. Jangan lebih2 dah la. Biasanya kalau saya bosan,saya akan pi ke tempat kawan2 baik saya dan tegur/berbual2 sekejap dengan diorang. Biasanya masa yang saya ambil hanya sekitar 5 minit jer…pastu saya kembali semula ke meja saya dan sambung kerja… Dengan cara ini, rasa bosan saya dapat dikurangkan dan rasa lebih bersemangat untuk meneruskan kerja…
Begitulah beberapa tips yang saya sendiri amalkan dalam usaha saya untuk menjadikan kerja yang saya lakukan lebih seronok dan tidak bosan.
Korang pulak, apa korang buat kalau rasa bosan kerja? Ada apa2 tips atau petua yang korang amalkan untuk rasa lebih seronok bekerja?

Isnin, 5 November 2018

Diagnosis Masalah Sistem Break

Sistem brek merupakan sistem yang sangat penting dalam sesebuah kenderaan. Kerosakan pada sistem ini boleh menyebabkan anda terlibat dengan kemalangan. Namun ada banyak komponen di dalam sistem ini dan setiap kerosakan pada ko mponen tersebut memberikan masalah yang berbeza antara satu sama lain.



1.  BREAK BERFUNGSI TETAPI PEDAL PERLU DITEKAN JAUH
     Kebarangkalian:

  • Cecair brek berada di paras rendah
  • Air di dalam saluran paip brek
  • Pad brek yang hampir habis
2. PEDAL BREK TERLALU KERAS
      Pedal brek untuk kereta moden dibantu oleh brek booster yang mengambil tekanan vakum daripada enjin. Jadi jika anda terasa pedal brek  anda menjadi keras, kebarangkalian:
  • Masalah vakum Servo
  • Brek rosak
  • Saluran brek tersumbaT
3.TIADA TEKANAN PADA BREK,PEDAL TERUS RAPAT KE LANTAI KETIKA DITEKAN DAN BREAK TIDAK BERFUNGSI
Kebarangkalian:
  • Pam utama rosak/bocor.
  • Kebocoran pada saluran brek
  • Kebocoran pada pam brek dram belakang
  • Angin di dalam saluran paip brek
4. BREAK TERASA ‘SPONGY’,PERLU DIPAM BEBERAPA KALI BARU BERFUNGSI
Kebarangkalian:
  •  Angin di dalam saluran paip brek
5.KERETA ‘MENARIK’ KE SATU ARAH(KE KIRI @ KE KANAN) KETIKA MEMBREK
Kebarangkalian:
  • Angkup brek (brake calliper) pada salah satu bahagian telah rosak atau tersangkut

6. PEDAL BREK BERGEGAR KETIKA MEMBREK
Kebarangkalian:
  • Permukaan cakera brek tidak rata. Perlu di ‘skim’ semula (jika masih tebal) atau ditukar terus.

7. BREK BERBUNYI
Kebarangkalian:
  •  Pad brek sudah habis Pad brek sudah terlalu lama dan material sudah menjadi keras Menggunakan pad brek tiruan
automaskulin.karangkraf.com

MEDAL OF HONOR TO ALL MY FOLLOWERS. PLACE IT TO YOUR BLOG.TQ FOR YOUR SUPPORT.

WSB

PENAFIAN / DENIAL

B'jue Corner tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan kandungan di dalam blog ini.

B'jue Corner irresponsible on any loss or damage undergone because use content in this blog.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...