Khamis, 13 Disember 2018

Sejarah Restoran McDonald

Pada tahun 1940, dua bersaudara bernama Richard dan Maurice McDonald memiliki impian untuk membuka sebuah restoran. Berkat keberanian dan kegigihan mereka, lahirlah sebuah restoran yang dinamakan dengan McDonald 's Famous BBQ. Dengan menawarkan 40 menu makanan yang disajikan, restoran ini menjadi salah satu restoran terkenal di California, Amerika. Dimana lokasi tersebut adalah tempat berdirinya Restoran McDonald's pertama.



Pada tahun 1945, restoran McDonald 's mengalami kerugian. Pada tahun yang sama juga seorang peniaga bernama Ray Kroc bergabung bersama McDonald 's. Ray Kroc memiliki banyak idea yang berani dan bernas untuk menaikkan restoran McDonald 's dari kerugian. Salah satu ideanya yang paling ekstrem adalah menghapuskan hampir seluruh menu BBQ yang selama ini disajikan, kecuali Hamburger. Sebabnya, hasil kajian Kroc memperlihatkan bahawa menu terkenal di restoran ini adalah Hamburger. Pada masa itu menu Hamburger yang mereka ada memang memiliki permintaan penjualan yang amat baik dan tinggi.

Bermula dari menu Hamburger yang ingin dijual, Kroc mula mengganti konsep restoran McDonald 's menjadi fast food restaurant. Hasilnya menerapkan konsep ini, muncul pula idea bernas Kroc yang lainnya. Tahun 1955, Kroc membuat perubahan lainnya dengan mewujudkan francais pada Restoran McDonald 's bermula dari seluruh Amerika sehingga seluruh dunia.

Kejayaan mengunakan sistem francais ini membuat Kroc akhirnya berpikir. Mesti ada jaminan bahawa semua restoran McDonald 's yang ada di seluruh dunia memiliki standart yang tinggi. Sehingga sistem dan penjenamaan dari restoran pun boleh diurus dengan lebih tersusun. Melahirkan idea untuk membina Hamburger University pada tahun 1961.

Kegigihan dan kerja keras Kroc dan McDonald bersaudara, membuat restoran McDonald 's kini mencapai jumlah 14.000 yang ada di 60 negara berbeza di dunia. Angka pengunjung restoran ini mencapai 22juta orang / sehari atau 14ribu pengunjung/ seminit. Tidak heranlah McDonald 's dilabel sebagai industri kuliner paling berjaya di dunia. Seiring berjalannya waktu, restoran McDonald 's terus melakukan inovasi-inovasi bisnes lainnya yang selalu menarik hati pengunjungnya. Sempena Piala Dunia 2014 McDonald memperkenalkan produk terbarunya iaitu new fry boxes

Rabu, 12 Disember 2018

Merah Jambu itu Warna Syahwat

Apa itu Warna Syahwat dan maksudnya? Merah Jambu menurut kata Dr. HM Tuah Iskandar Al-Haj, Warna Pink ini merupakan Warna Syahwat. Wah! kali pertama mengetahuinya. Adakah Pink warna Lucah? atau bermaksud Keghairahan Seksual? Stop! Aduyai.. nanti Geng Pinky sentap weh! Warna Syahwat yang dimaksudkan adalah Semangat Dalaman dan bukan nafsu yang mendorong ke arah seksual.






Oh! dah Faham. So, Ingat Pink, ingat Syahwat! Ya, Warna Syahwat itu adalah warna semangat. Oleh itu Marilah kita berpakaian bewarna Merah Jambu untuk meningkatkan tahap semangat dalam kehidupan.


Pink Warna untuk Berkasih Sayang

Dari Kata-Kata Ceramah Dato' Dr Fadzilah Kamsah, Warna (pink) Merah Jambu akan meningkatkan motivasi kerja seseorang. Pink juga sinonim dengan warna berkasih sayang. Satu warna istimewa yang memiliki pesona yang mampu melembutkan jiwa seseorang. Manakala Ruang bewarna Merah Jambu diakui mampu mewujudkan suasana romantik.





Merah Jambu Aura Feminin

Merah Jambu merupakan warna kuat aura femininnya dan telah didominasi oleh kaum hawa secara total sehinggakan kaum lelaki segan untuk mengenakan warna pink dalam kehidupan seharian mereka. Walaupun ada lelaki yang berani mencuba namun aura feminin dalam Kelembutan Merah Jambu segera menarik tumpuan ramai hingga timbul rasa tidak selesa. Ia diakui oleh Pelakon Maskulin Malaysia, Fahrin Ahmad yang gemar Baju bewarna Pink ini. Tiba-tiba rasa nak dengar Lagu Kumpulan Feminin pulak.. Oh Memori.

Entri asal sepenuhnya: Maksud Merah Jambu Warna Syahwat.

Selasa, 11 Disember 2018

Lelaki Mudah Dekati Wanita Bersifat Keibuan….‏

DALAM memilih jodoh, lelaki sering bersandarkan paras rupa atau kecantikan wanita.
Kecantikan sesuatu yang subjektif. Apapun, wanita harus menjadikan diri mereka cantik dalam segala aspek. 

Jika ciri yang diperturunkan ini anda miliki, ia mungkin boleh dianggap satu pakej wanita idaman yang diingini lelaki sebagai pasangan hidup satu hari nanti. 

* Keibuan. Inilah sikap sebenar wanita yang membuatkan lelaki teruja padanya. Banyak lelaki terpikat pada wanita yang bersikap keibuan, lembut, mengambil berat dan penuh kasih sayang.
Wajah keibuan sesungguhnya mampu membuat lelaki berasa tenteram ketika sedang dalam keadaan tertekan, cemas dan gelisah serta senang hati ketika mahu bermanja. Jangan tunggu sampai melahirkan anak baru hendak menonjolkan sikap keibuan. Setiap wanita ada potensi memiliki sikap keibuan dalam diri masing-masing. 

* Keanak-anakan. Dalam batas yang wajar, sifat keanak-anakan seorang wanita menjadi daya tarikan di mata lelaki. Mereka rasa terhibur dengan keletah anda, tetapi tentulah bukan sifat keanak-anakan yang melampau dan menyakitkan hati sebaliknya sikap keanak-anakan yang menyenangkan.
Kemanjaan wanita boleh membangkitkan naluri kebapaan dan kelelakian, malah wanita yang ceria membuat lelaki lebih ghairah. 

* Penuh pengertian. Pengertian wanita sering membuat lelaki berasa dihargai dan diterima seadanya seperti perasaan mudah memaafkan dan memilih waktu yang tepat untuk berbincang masalah.
Contohnya ketika lelaki melakukan kesilapan, wanita yang penuh pengertian tidak terus mengeluarkan kata-kata kasar atau menuduh yang bukan-bukan sebaliknya cuba mengerti duduk perkara sebenar. 

* Menghargai. Wanita yang menghargai lelaki adalah wanita idaman lelaki. Berbeza dengan wanita yang suka diperlakukan dengan lembut, lelaki suka dihargai, dipuji dengan tulus ikhlas dan diberi kepercayaan. Penghargaan daripada wanita membuat lelaki berasa bangga. 

* Menjaga penampilan. Lelaki menyukai wanita yang pandai menjaga penampilannya agar sentiasa kelihatan cantik, bersih, kemas dan menarik. Penampilan yang baik menunjukkan wanita itu menghargai dirinya. Dia akan murah senyuman, pandai merawat dan menjaga kesihatan tubuhnya, meningkatkan kualiti hidup serta memberi yang terbaik kepada dirinya.
Dia bersyukur dengan dirinya dan secara tidak langsung memancarkan pesona yang menyebabkan lelaki juga menyukainya. Apabila sudah berumah tangga, wanita berkenaan terus menjaga penampilan dirinya dan kesihatan tubuh badan walau sudah beranak-pinak. Siapa yang tidak suka isteri yang kelihatan cantik dan ramping walau sudah punya anak tiga? 

* Pandai berbicara. Lelaki tertarik dengan wanita yang pandai berkomunikasi dan boleh diajak berbual. Walaupun topik perbualan yang disukai lelaki berbeza dengan topik kegemaran wanita, wanita berkenaan dapat mengimbanginya.
Dia bukan sekadar teman berbual yang pasif, tetapi memberi tindak balas dan pendapat yang baik. Dia juga tahu menjadi pendengar yang baik serta mengalihkan topik agak serius kepada perbualan yang lebih menarik. Lelaki juga gemar wanita yang suka bergurau dan pandai berjenaka serta boleh menerima jenaka lelaki dengan baik dan berfikiran terbuka. 

* Pandai bergaul dan menyesuaikan diri. Wanita yang pandai bergaul dan menyesuaikan diri mempunyai nilai lebih di mata lelaki. Wanita tahu menghadapi orang yang lebih tua dan cara berhadapan dengan orang yang lebih muda. Apabila berhadapan dengan suasana baru, wanita itu cepat menyesuaikan diri. 

* Menghormati diri sendiri. Lelaki suka wanita yang menghormati dirinya sendiri sebagai seorang wanita, bersikap sopan dan mempunyai etika. Wanita yang menghormati dirinya sendiri mempunyai keyakinan serta tahu apa yang baik dan buruk diperlakukan oleh seorang lelaki terhadap dirinya. 

* Simpati dan prihatin. Lelaki suka wanita yang murah hati, mengambil berat, simpati pada nasib mereka yang susah, sayangkan kanak-kanak dan tidak memilih bulu.
Ada kecantikan dalaman pada dirinya yang memancar keluar dengan indah dan mempesona.

Isnin, 10 Disember 2018

Rahmat Ujian‏

”Dan sesungguhnya akan Kami berikan cubaan kepadamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah- buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar.” QS Al-Baqarah : 155
Ketika manusia sedang diuji Allah SWT, seringkali ia merasa seolah- olah ujian yang diterimanya adalah yang paling berat. Tidak ada yang lebih berat cubaannya selain yang terjadi pada dirinya.
Untuk menghilangkan persepsi semacam itu, ketika Allah memberikan ujian kepada orang-orang mukmin, Allah SWT melafazkan “bisyai’in” yang ertinya “sedikit”.
Ini dimaksudkan agar sebagaimanapun besarnya ujian Allah yang diberikan kepada orang-orang beriman, masih lebih kecil bila dibandingkan dengan azab Allah kepada orang kafir di dunia atau akhirat.
Allah bukannya tidak mampu memberi pahala kepada orang yang beriman tanpa mengujinya; tentu sahaja mampu. Tetapi mengapa harus ada ujian berupa ketakutan, kelaparan dan sebagainya?
Maksud ujian yang Allah berikan adalah untuk mengetahui mana dari hambaNya yang layak untuk berdakwah dan berjihad di jalan Allah dan mana yang tidak. Oleh kerana itu, ketika kita mendapat hidayah dari Allah dengan menjadi seorang da’i, itu pada dasarnya adalah penghargaan dari Allah.
Dengan menganggapnya sebagai penghargaan, kita tidak mudah merasakan kelelahan, bingung dan jauh dari segala keluh kesah. Memang dalam perjalanan dakwah ada rintangan dan ujian, tetapi itulah seninya berdakwah.
Ujian yang diberikan Allah kepada para hambaNya di muka bumi ini dibagi dalam empat kategori, iaitu :
 
1. Ujian merupakan realiti kemanusiaan.
Setiap manusia pasti di uji. Kita sebagai manusia jangan sampai takut diuji, kerana ujian itu pasti kita alami.
 
2. Ujian merupakan realiti keimanan.
Kalau seorang manusia biasa sahaja pasti diuji oleh Allah, apalagi sebagai seorang mukmin. Pada dasarnya harus ada ujian untuk mengetahui kebenaran keimanan seorang mukmin. Kadang-kadang ada orang yang merasakan keimanannya sudah benar lantaran hidupnya dipermudahkan sahaja tanpa pernah mengalami ujian.
Orang seperti ini seharusnya justeru bertanya tentang kebenaran imannya, mengapa hidupnya santai dan mudah sahaja.
Perkara ini kerana Allah menyatakan :
“Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan (saja) mengatakan : ‘kami telah beriman’, sedang mereka tidak diuji lagi ? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang berdusta ” QS Al-Ankabut : 2-3
3. Ujian merupakan realiti dakwah.
Sebenarnya secara automatik seorang mukmin adalah seorang da’i. Jadi kalau seorang mukmin sahaja pasti diuji, apalagi seorang da’i yang tidak hanya memikirkan dirinya sendiri, tetapi juga memikirkan umat.
 
4. Ujian merupakan nilai keimanan.
Ini ertinya semakin tinggi tingkat keimanan seseorang, akan semakin tinggi ujiannya, semakin tinggi ujian Allah dan lulus, maka semakin tinggi pula keimanannya.
Berbahagialah orang yang sering mendapat cubaan/ujian dari Allah SWT kerana dengan hal itu peluang untuk meningkatkan darjat keimanannya akan semakin besar.
Mudah-mudahan segala ujian yang kita terima mampu dilalui dengan sabar dan tawakal, tanpa keluh kesah, sehingga membawa kita menjadi orang yang meraih kemenangan.
p/s: Ujian itu tanda ALLAH sayangkan kita ^_^

Ahad, 9 Disember 2018

6 Makanan Dan Minuman Unik Malaysia Yang Ada Diseluruh Dunia

1.Teh Tarik




Menyediakan Teh Tarik telah menjadi satu bentuk seni dan telah bertukar menjadi unsur ikonik dalam budaya tempatan. Berasal dari Malaysia minuman tempatan yang menakjubkan kini terkenal di seluruh dunia dan ia memegang tempat yang istimewa di hati orang-orang yang menikmati ia.

Malaysia berbangga dengan minuman teh mereka yang terkenal; Teh Tarik kini diterima secara meluas di negara-negara seperti Singapura, Indonesia dan kebanyakan negara-negara Asia dan juga di Eropah dan Amerika. Mungkin satu fakta yang lebih penting daripada minuman itu sendiri adalah budaya yang membuatnya. Teh tarik kini diiktiraf oleh kerajaan sebagai satu bahagian penting dalam warisan makanan Malaysia dan telah menganjurkan beberapa kempen dan aktiviti untuk menggalakkan amalannya.

2.Nasi Lemak


Tidak perlu dikatakan lagi, nasi lemak yang diminati telah mengukuhkan kedudukannya sebagai hidangan kebangsaan Malaysia, salah satu yang dimakan untuk sarapan pagi, makan tengah hari, makan malam dan makan lewat malam. Hidangan nasi yang dimasak dengan santan kelapa begitu sinonim dengan makanan Malaysia dikebanyakan restoran Melayu dan China . Manakala di United Kingdom dinamakan sebagai "Nasi Lemak Chinese Takeaway".

3.White Coffee


Berasal daripada Ipoh Old Town, kopi putih telah dipilih sebagai minuman rasmi bagi Malaysian Pavilion untuk Shanghai World Expo 2010 di China.

Jenama yang paling popular dan benar benar kopi putih, Oldtown White Coffee dinikmati di negara-negara di seluruh dunia termasuk Filipina, Amerika Syarikat, United Kingdom, New Zealand, China, Thailand, Brunei, Australia dan banyak lagi. Produk Oldtown White Coffee dieksport ke lebih daripada 13 buah negara.

Sebenarnya Oldtown White Coffee diperbuat daripada formula proprietari tiga jenis biji kopi untuk memberikan rasa yang akan memuaskan dan membangkitkan selera. Kacang Arabica yang unggul, dari kehalusan, dan kopi khas gred mewah adalah dibancuh, memberikan kopi aroma yang tersendiri dan berstruktur; Robusta adalah kopi yang sebenar, kukuh dan, baik, rasa yang teguh; dan Liberica meninggalkan aftertaste berlarutan.

4.Roti canai dengan Kuah kari


Kebanyakan restoran Malaysia di luar negara tidak lengkap dengan menu roti canai dalam senarainya. Roti canai telah dieksport ke pasaran luar negara dengan kaedah produk sejuk beku ke seluruh negara di seluruh dunia!

5.Char Kway Teow


Memang kelazatan char kway teow terbukti kerana boleh ditemui pada negara-negara luar termasuk Amerika Syarikat dan United Kingdom sebagai jenama dalam masakan Malaysia disana. Yang terbaik char kway teow di luar Malaysia dikatakan berada di C & R Cafe di London.

6.Satay Dengan Kuah Kacang


Sebut sahaja 'Sate' sudah tentu orang-orang yang tahu hidangan istimewa ini akan mula menelan air liur! Salah satu kehebatan makanan dari masyarakat Melayu untuk himpunan resepi masakan dunia, ia telah dibuktikan oleh permintaan kebanyakan orang lain sebagai pembuka selera mereka.

Cara penyediaan di seluruh dunia sedikit berbeza untuk hidangan lazat ini. Apabila melawat tempat-tempat di seluruh dunia seperti London, Paris, Las Vegas atau New York, kita boleh mencuba pelbagai variasi Satay dan menikmati pelbagai rasa, tekstur dan variasi daging dan sayur-sayuran.

Berbangga lah kita dengan produk makanan kita telah terkenal di seluruh dunia. Produk makanan Malaysia diseluruh dunia lihat disini

Sabtu, 8 Disember 2018

Mahar atau wang hantaran; Mengapa ia perlu mahal?



Bercakap mengenai perkahwinan, perkara pertama yang akan didahulukan atau dititik beratkan sebelum merancang majlis perkahwinan adalah penetapan nilai wang hantaran.

Kalau dahulu, nilai wang hantaran ditetapkan mengikut kemampuan pihak lelaki asalkan tidak rasa terbeban untuk menyediakannya kepada pihak perempuan.

Namun, di zaman sekarang, semuanya nyata terlalu berbeza.

Sejajar dengan perubahan masa dan taraf pendidikan, ibu bapa sekarang ini sudah ‘berani’ meletakkan nilai wang hantaran yang tinggi kepada bakal menantu lelaki sekiranya ingin menikahi anak perempuan mereka.

Sekarang ini juga, kajian mengenai penetapan nilai wang hantaran yang diberikan kepada pihak perempuan mengikut taraf akademik juga dibuat di laman Facebook. Antara nilainya:

- UPSR & PMR : RM2,000 – RM4,000
- SPM : RM4,000RM8,000
- STPM & DIPLOMA : RM8,000 – RM12,000
- IJAZAH : RM12,000 – RM15,000
- IJAZAH SARJANA : RM15,000 – RM20,000
- IJAZAH KEDOKTORAN : RM20,000 – RM30,000

 
Sekiranya pihak lelaki sendiri mempunyai kemampuan dan simpanan wang yang sangat kukuh, tiada salahnya untuk meminta nilai wang hantaran yang tinggi. Tiada salah juga kalau ingin mengadakan majlis resepsi yang ‘grand’, memakai pakaian yang mahal dan dihiasi dengan pelbagai barangan kemas.

Tetapi, bagaimana pula kalau permintaan nilai wang hantaran yang tinggi tidak dapat dipenuhi oleh pihak lelaki? Mampukah untuk pihak lelaki menyediakannya?

Sebenarnya, di dalam Islam sendiri, isu mengenai perkahwinan itu terlalu mudah. Perkara yang wajib yang perlu dipenuhi adalah pemberian Mas Kahwin atau Mahar, manakala pemberian wang hantaran adalah adat semata-mata.

Hantaran hanyalah tradisi atau adat yang telah berakar umbi di dalam masyarakat kita. Sedangkan tidak ada satu dalil pun di dalam Al-Quran mahu pun As-Sunnah yang menyatakan mesti menyediakan pemberian wang hantaran untuk pengantin wanita.

Tidak ada apa yang dikenali kini dalam Islam dengan hantaran. Jauh sekali istilah serba satu, serba dua, belanja hangus dan macam-macam istilah yang hanya memeningkan kepala pengantin lelaki sahaja.

Yang wajib adalah tetap pemberian mas kahwin. Mas kahwin boleh terdiri dari emas, duit, besi atau sekadar bacaan dari Al-Quran.

Firman Allah S.W.T yang bermaksud, “Berikanlah kepada orang-orang perempuan itu mas kahwin mereka.” – An-Nisaa’; 4.

Sabda Rasulullah S.A.W pula yang bermaksud, “Sesungguhnya nikah yang paling besar keberkatannya ialah yang paling murah (rendah) maharnya.” HR Al-Baihaqi.

Tetapi, ramai di kalangan kita takut untuk tidak mempunyai perkahwinan yang tidak ‘meriah’ dan ‘menarik’. Antara sebab yang dirisaukan adalah risau dengan cakap-cakap masyarakat sekeliling, malu dengan permintaan hantaran yang rendah, atau pun menjaga status serta mempunyai perasaan ingin bersaing dengan orang lain.

Walhal, mengadakan walimah atau majlis sambutan adalah untuk menghebahkan kepada umum mengenai satu ikatan yang sah sudah dijalinkan selain ingin mengukuhkan silaturrahim dengan semua pihak.

Apakah dengan meminta wang hantaran yang tinggi akan menjaminkan majlis yang sempurna? Tidak akan turunkah hujan ketika persandingan dilangsungkan? Atau, apakah semua tetamu akan hadir sekiranya majlis yang ‘grand’ dijalankan?

Perlu diingatkan, Islam itu terlalu mudah. Cuma, masyarakat kita yang suka menyusahkan diri dengan pelbagai perkara yang tidak sepatutnya. Akhirnya, perkahwinan yang masih awal dibebani dengan masalah hutang yang menimbun.

Jadi, perbelanjaan untuk menguruskan perkahwinan itu tidak perlulah terlalu mengikut nafsu sehingga membawa kepada pembaziran. Menguruskan perkahwinan juga boleh digunakan dengan prinsip berbelanja mengikut kemampuan.

Meletakkan nilai hantaran yang tinggi sebagai tanda ukuran hebatnya seseorang gadis itu belum menjaminkan dirinya adalah terbaik untuk menjadi isteri yang solehah. Nilai wang yang tinggi belum tentu juga si isteri dapat membantu suaminya merentasi titian Siratul Mustaqim di akhirat kelak.

Justeru itu, perbincangan yang baik perlu dijalankan secara hemah antara pasangan agar Baiti Jannati dapat didirikan dengan sempurna di atas dunia yang sementara ini. Wallahualam.

“Sesungguhnya wanita-wanita yang paling diberkati dan menjadi keutamaan adalah yang paling rendah mas kahwinnya.” HR Ibn Hibban.





Jumaat, 7 Disember 2018

Apakah Tanda-Tanda berlakunya Fenomena El Nino

Kenali Apakah Tanda-Tanda berlakunya Fenomena El Nino dan Bagaimana Musim Kemarau Panjang ini boleh berlaku. Tetapi, sebelum itu Apa pula kaitan Musim Monsun Barat Daya dengan Fenomena El Nino ini. Sebenarnya Cuaca Panas Kering baru-baru ini masih belum boleh dikatakan sebagai El Nino. Ia hanya kesan dari Angin Monsun Barat Daya yang merupakan sebahagian dari Proses Pembentukan kejadian El Nino.






Musim Kering Monsun Barat Daya
dan Cuaca panas di Malaysia sejak bulan Mei lalu adalah sebahagian proses pembentukan Fenomena El Nino yang dijangka melanda negara akhir bulan ini sehingga September depan. Walaupun cuaca panas, purata suhu di kebanyakan tempat masih kekal pada paras normal, dengan tertinggi mencecah 35 darjah Celsius.


Bagaimana Berlakunya El Nino

El Nino terjadi apabila berlaku peningkatan lebih tinggi daripada biasa suhu air di permukaan Lautan Pasifik berdekatan Garisan Khatulistiwa, iaitu melebihi 0.5 darjah Celsius.


Musim Kering Angin Monsun Barat Daya

Malaysia kini sedang mengalami Musim Kering disebabkan Monsun Barat Daya. Monsun Barat Daya yang bermula sejak 15 Mei lalu, turut menyumbang kepada peningkatan suhu. Dalam tempoh ini, taburan hujan berkurangan secara mendadak dan ini menyebabkan cuaca menjadi panas. Musim Kering melanda Malaysia baru-baru Ini masih bukan disebabkan Fenomena El Nino kerana peningkatan suhu dan musim kering memang akan berlaku pada Musim Monsun Barat Daya ini. Selain cuaca yang amat kering, musim Monsun Barat Daya juga boleh menyebabkan berlakunya kebakaran hutan di Sumatera dan Semenanjung Malaysia, sekali gus akan menyebabkan berlakunya jerebu.


Ketika Negara dilanda Musim Kering Monsun Barat Daya, keadaan akan menjadi lebih buruk sekiranya dilanda El Nino dalam kategori kuat yang boleh menyebabkan jerebu lebih teruk dan tebal. Ini akan memberi kesan terutama kepada kesihatan, sektor pertanian, sektor penerbangan dan aktiviti luar. Rujuk: Penyakit Suhu Panas Luar Biasa Strok Haba (Heat Stroke).


3 Kategori dan Tanda terjadinya El Nino

Kesan dan Tanda-Tanda El Nino boleh diukur mengikut 3 kategori utama, iaitu Tahap Lemah, Sederhana dan Kuat. Setiap kategori ditentukan berdasarkan Tahap Kenaikan Suhu Air di Lautan Pasifik. Apabila El Nino melanda, maka berlakunya peningkatan suhu yang menyebabkan kekeringan melampau, sehingga membawa kepada ancaman jerebu. Huraian El Nino selengkapnya di Apakah Fenomena El Nino.

Thread merujuk Artikel Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), Datuk Che Gayah Ismail yang dipetik dari Sumber asal: Tanda-Tanda El Nino dan Musim Kering Monsun Barat Daya - Ketahui Sejarah Musim El Nino dan Bacaan suhu paling panas yang pernah direkodkan di Malaysia.

Khamis, 6 Disember 2018

7 Tempat Menakjubkan Di Bumi


1. Terokai ke dalam gua nymphs dan terpesona oleh warna indah hijau, biru dan biru gemerlapan diMelissani Cave

Click Here To Zoom

2. Kagum memandang megah pagoda di bawah anda dari bahagian atas Lawkaoushaung Temple di Bagan dan melihat pemandangan belon udara panas terapung semasa musim panas

Click Here To Zoom

3. Apabila di Victoria Falls, salah satu air terjun terbesar dan termegah di dunia, melihat pemandangan moonbows menakjubkan dari tebing Zambezi di Tongabezi

Click Here To Zoom

4. Penduduk glowworms di Waitomo Caves Glowworm dapat meyaksikan galaksi lampu berkelipan sekurang-kurangnya sekali dalam hidup mereka

Click Here To Zoom

5. Tarik nafas dalam dalam untuk salah satu pemandangan yang paling nyata di bumi di padang teres padi yang terbesar di dunia Yuanyang Rice Paddies, di mana kolam petak padi menyusur jauh di luar mata kasar anda.

Click Here To Zoom

6. Jika anda fikirkan masa depan untuk anak-anak, fikirkan sekali lagi untuk mencuba! Tanpa ciri-ciri keselamatan,Swing At The End Of The World yang tergantung 2,660 meter di atas paras laut mungkin akan menjadi percubaan paling berani dalam hidup anda

Click Here To Zoom

7. Terlopong mulut anda melihat warna terang biru, hijau, kuning, oren, emas, merah dan coklat yang membentuk air panas ketiga terbesar di dunia - Grand Prisma Spring

Inilah kehebatan alam ciptaannya yang mengkagumkan, lebih menarik boleh disini

Rabu, 5 Disember 2018

~Blue Lake: Air Tasik Paling Jernih Di Dunia~


Planet kita mempunyai banyak tempat-tempat yang indah, khazanah, dan bersejarah. Tetapi, salah satu keajaiban yang sebenar ialah tempat yang mempunyai air yang paling jernih. Ia membawa rasa yang luar biasa apabila bersantai dan berasa seperti berasa di tempat yang suci serta memberi rasa keghairahan kepada mana-mana pengunjung. Sudah tentu, terdapat banyak tempat di dunia dengan tasik dan sungai yang mempunyai air yang jernih di sekeliling mereka.

Tetapi, tempat yang mempunyai keadaan air paling jernih dan jelas hingga ke dasar adalah Blue Lake di New Zealand. Ia mempunyai penglihatan yang jelas sehingga pada kedalaman 80 meter iaitu sebanyak sedalam 262 kaki.












*drysheet

Selasa, 4 Disember 2018

Motivasi Untuk Kejayaan

1. Fikirkan Boleh - Tidak Ada Yang Mustahil Sebelum Dicuba . Kenapa perlu mengalah sebelum mencuba? Kalau orang lain boleh melakukan, kenapa anda tidak? Inilah cogan kata yang perlu kita sematkan dalam minda dan hati kita. Dengan berpegang kepada cogan kata ini, tiada apa yang mustahil dalam hidup anda.
 
2. Anda bukan gagal, cuma belum berjaya. Jangan cepat melabelkan diri sendiri sebagai seorang yang `GAGAL’. Kesannya amat buruk sekali. Anda bukan gagal, tetapi belum berjaya. Mungkin anda hanya perlukan selangkah lagi untuk berjaya, jadi kenapa berhenti sekarang?
 
3. Berdikari - Jangan Terlalu Bergantung Kepada Orang Lain. Semua manusia dalam dunia ini mempunyai kelebihan yang tersendiri. Anda juga tidak terkecuali. Apa yang anda perlu lakukan ialah mengenali potensi diri dan menggilapnya. Anda boleh melakukannya sendiri tanpa bergantung kepada orang lain. Anda ada kekuatan yang tidak dimiliki oleh orang lain.
 
4. Berfikir Secara Kreatif. Dengan berkreatif, anda akan melihat `cahaya-cahaya’ baru yang boleh menerangi `kegelapan’ selama ini. Kadangkala perkara itu bukanlah sukar pun, tetapi oleh kerana anda menyempitkan pemikiran, akhirnya anda rasa terhimpit dan hilang motivasi. Oleh itu, belajarlah untuk berkreatif.
 
5. Bersikap Positif dan Optmitis. Langit tidak akan selamanya mendung, alam tidak akan selamanya malam. Pasti suatu ketika fajar akan menyinsing datang menebarkan sinarnya. Jangan berputus asa dengan rahmat Tuhan. Berbaik sangka denganNya dan berusahalah sehingga berjaya.
 
6. Berilah sedikit masa untuk berjaya. Ia seperti anda bercucuk tanam. Jika hari ini anda menyemai pokok durian, mungkin lima tujuh tahun nanti barulah anda mendapatkan hasilnya. Begitu juga dalam karier dan kerjaya. Anda perlukan masa untuk mendaki tangga kejayaan.
 
7. Rujuk matlamat hidup- Adakah anda di atas landasannya? Jika ya, jangan gundah gulana. Anda tidak akan tersesat selagi di atas landasan yang betul. Teruskan dengan jadual perancangan anda dan tingkatkan usaha lagi.
 
8. Pertingkatkan Ilmu dan Kemahiran. Mungkin bukan kerana anda tidak boleh berjaya, tetapi ada beberapa `kelengkapan’ yang masih belum dimiliki. Ia adalah ilmu dan kemahiran. Anda boleh mendapatkannya melalui pendidikan formal atau tidak formal. Tetapi ada satu sistem pendidikan yang mempunyai kesan yang sangat hebat, iaitu pengalaman. Belajarlah daripadanya.
 
9. Fahami fitrah alam; Kejayaan bukan sesuatu yang mudah. Jika anda hendak menjadi seorang yang tewas, ianya sangat mudah. Jika hendak mendapatkan wang, anda perlu bekerja. Tetapi jika hendak kehilangan wang, anda boleh mencampakkannya ke mana-mana. Mudah bukan? Itulah hukum alam; kejayaan bukan sesuatu yang mudah. Jangan rasa lemah dan longlai semata-mata kerana ianya sukar. Mungkin itu adalah petanda kejayaan yang semakin hampir.
 
10. Tuhan akan bersama dengan kebenaran. Buatlah sesuatu berasaskan kebenaran, pasti Tuhan akan bersama dengan anda. Jika Tuhan Yang Sangat Berkuasa itu turut bersama, apakah lagi yang anda inginkan?

Isnin, 3 Disember 2018

Cium anak pun boleh dapat pahala

Barangsiapa yang mengembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah. Orang yang menangis takutkan Allah diharamkan oleh Allah akan api neraka ke atas tubuhnya.

Ciumlah anakmu kerana pahala setiap ciuman itu dibalas dengan satu darjat syurga. Nisbah di antara dua darjat ialah 500 darjat. Syurga itu ialah sebuah kampung kesenangan, tiada masuk ke dalamnya melainkan orang yang menyukai kanak-kanak.

Barangsiapa keluar ke pekan Muslim dan membeli barang-barang dan kembali ke rumah
dengan buah tangan untuk anak-anaknya, nescaya mendapat rahmat daripada Allah dan
tidak diseksa di Akhirat kelak.

Muliakan anak-anak dengan mengajar mereka adab dan ilmu agama. Barangsiapa
memuliakan anak-anaknya dalam keadaan jahil dia turut menanggung tiap-tiap dosa yang
dilakukan oleh anaknya itu dan barangsiapa membekalkan anaknya itu turut diperolehinya.

Aqrak pernah terlihat Nabi SAW mencium cucu baginda Hassan. Aqrak berkata;
“Anakku sepuluh orang banyaknya, namun tiada seorang pun yang pernah aku cium.”
Sabda Nabi SAW; “Orang yang tidak menyayangi tidak pula akan disayangi..”
Barangsiapa ke pasar dan membeli sesuatu barang untuk ahli keluarganya dan dia
memikulnya ke rumah; pahalanya seperti dia memikul sedekah untuk orang yang sangat
berhajat. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka
barangsiapa menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi
Ismail.
Seorang lelaki bertanya; “Ya Rasulullah, kepada siapakah harus aku berbakti? ”
Jawab baginda; “Berbaktilah kepada ibu bapamu.”
Kata lelaki itu lagi; “Ibu bapaku sudah tiada lagi.”
Sabda Nabi SAW; “Kalau begitu berbaktilah kepada anakmu, ibubapa berhak
terhadap dirimu dan anakmu pula berhak ke atas dirimu.”

Ahad, 2 Disember 2018

Sebahagian Wasiat Rasulullah SAW kepada Saidina Ali

Sabda Rasulullah SAW:
Wahai Ali !


1) Orang yang murah hati itu hampir kepada Allah, hampir kepada rahmatNya dan jauh daripada siksaanNya. Dan orang yang kikir itu jauh drp Allah, jauh drp rahmatNya dan hampir kepada siksaanNya.

2) Sesiapa yang memberi makan kepada seorang muslim dengan senang hati, nescaya Allah tuliskannya 1000 kebajikan, dihapuskan 1000 kejahatan dan diangkat 1000 darjat.
3) Bersedeqahlah untuk keluargamu yang telah mati. Allah SWT telah mewakilkan beberapa malaikat yang akan membawa sedeqah orang yang hidup kepada orang yang mati itu, maka sukacitalah mereka (orang mati) lebih daripada sukacitanya semasa di dunia sambil berkata : Ya Tuhanku, ampunilah orang yang menerangkan kubur kami dan gembirakanlah dia dengan syurga sebagaimana dia telah mengembirakan kami dengan sedeqahnya.
4) Banyak tidur itu mematikan hati dan menghilangkan keelokan. Banyak dosa itu mematikan hati dan mewariskan penyelesaian.
5) Jika Allah murka terhadap seseorang nescaya ia beri rezeki harta yang haram. Apabila ia sangat murka terhadapnya, nescaya ia wakilkan syaitan yang memberkatkan hartanya yang haram itu.Lalu syaitan itu menjadi kawannya dan menyibukkannya daripada urusan agamanya dengan dunia, serta ia mudahkan kepadanya segala urusan dunianya sambil berkata : Sesungguhnya Allah itu Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.
6) Wahai Ali !
Tiada agama bagi orang yang tidak takutkanNya.
Tiada akal bagi orang yang tidak ada pemeliharaannya
Tiada iman bagi orang yang tidaka ada wara'nya
Tiada ibadah bagi orang yang tidaka ada ilmunya
Tiada perikemanusiaan bagi orang yang tidaka ada sedeqahnya
Tiada keamanan bagi orang yang tidaka ada rahsianya
Tiada taubat bagi orang yang tidaka ada taufik baginya
Tiada kemurahan hati bagi orang yang tidaka ada malunya


7) Sebaik-baik manusia di sisi manusia ialah orang dapat memberi manfaat kepada manusia lain. Manusia yang paling jahat ialah orang yang panjang umurnya dan buruk amalannya. Manusia yang paling baik ialah yang panjang umurnya dan baik amalannya. Dan manusia yang paling dibenci Allah ialah makan bersendirian dan menegah kawannya, memukul hambanya, memuliakan orang kaya dan menghina orang fakir. Dan yang lebih jahat drp itu ialah orang hidup dalam keadaan haram dan mati dalam keadaan haram. Dan yang lebih jahat drp itu ialah orang yang panjang umurnya, buruk amalnya dan tidak bertaubat walhal ia tamak dalam mendapatkan keampunanNya. Dan yang lebih jahat drp itu ialah orang yang menzahirkan persahabatannya dengan seorang muslim sedangkan ia melakukan sebaliknya. Dan yang lebih jahat drp itu ialah orang yang hilang permulaan umurnya dalam kelalaian sedangkan penghabisan umurnya ia malas taat kepada Allah.
8) Tanda-tanda iaitu bagus jiwa dan batin kepada Allah dan bagus khidmat.

9) Wahai Ali !
Orang mukmin itu ada tiga tanda iaitu :
1) benci terhadap harta yang tidak dapat menolongnya di akhirat,
2) benci terhadap perempuan yang menjadi fitnah dalam agama
3) benci berkata-kata dalam hal kehormatan manusia

10) Wahai Ali !
Orang berakal itu ada tiga tanda iaitu :
1) menggunakan dunia untuk manfaat akhirat
2) menanggung kekasaran orang
3) sabar atas segala kesusahan


11) Wahai Ali !
Orang berilmu itu ada tiga tanda iaitu :
1) berkata benar
2) menjauhkan yang haram
3) merendah diri


12) Wahai Ali !
Orang yang takut kepada Allah itu ada tiga tanda iaitu :
1) memelihara diri daripada berdusta dan berbuat buruk
2) menjauhi kawan yang jahat
3) meninggalkan perkara yang separuh halal kerana takut jatuh kepada yang haram


13) Wahai Ali !
Kebenaran itu ada tiga tanda iaitu :
1) sembunyikan ibadah
2) sembunyikan sedeqah
3) sembunyikan musibah


14) Wahai Ali !
Orang yang 'abid itu ada tiga tanda iaitu :
1) benci kepada nafsunya
2) sentiasa menghisabkan nafsunya
3) memanjangkan berdiri mengadap Allah


15) Wahai Ali !
Orang yang soleh itu ada tiga tanda iaitu :
1) memperbaiki perkara yang melibatkan antara dirinya dengan Allah dengan amal soleh
2) memperbaiki agamanya dengan amal
3) suka bagi manusia apa yang dia suka bagi dirinya

16) Wahai Ali !
Orang yang beruntung itu ada tiga tanda iaitu :
1) makanan yang halal
2) duduk bersama ulama'
3) solat fardhu berjemaah


17) Wahai Ali !
Orang yang mukmin itu ada tiga tanda iaitu :
1) segera dalam taat kepada Allah
2) menjauhkan segala yang haram
3) berbuat baik kepada orang yang berbuat jahat kepadanya


18) Wahai Ali !
Orang yang murah hati itu ada tiga tanda iaitu :
1) memberi maaf kepada orang yang bersalah ketika ia mampu membalas kesalahan itu
2) mengeluarkan zakat
3) suka bersedeqah


19) Wahai Ali !
Orang yang peramah itu ada tiga tanda iaitu :
1) menghubungkan orang yang memutuskannya (persaudaraan)
2) memberi orang yang menegahnya
3) memaaf orang yang menzaliminya


20) Wahai Ali !
Orang yang sabar itu ada tiga tanda iaitu :
1) sabar atas taat menjalankan perintah Allah
2) sabar menghadapi musibah
3) sabar menerima qadha Allah


21) Wahai Ali !
Orang yang bertaubat itu ada tiga tanda iaitu :
1) menjauhkan yang haram
2) menuntut ilmu
3) tidak akan kembali membuat dosa spt tidak akan kembali susu yang diperah ke tempatnya.


22) Sesiapa yang memerintah berbuat baik dan mencegah kemungkaran, nescaya Allah akan menghinakan musuhnya. Sesiapa yang benar dalam segala perkara, nescaya Allah murka kerana murkanya. Apabila seorang anak yatim menangis, nescaya bergoncanglah 'arasy, maka diserukana : Wahai Jibril ! Luaskan neraka untuk orang yang membuat anak yatim itu menangis dan luaskan syurga untuk orang yang membuat anak yatim itu ketawa.
23) Jibril mengharap menjadi manusia kerana 7 perkara :
1) solat fardhu berjemaah
2) menghadiri majlis ulama'
3) menziarah orang sakit
4) memberi minuman
5) mendamaikan dua saudara yang bermusuhan
6) memuliakan jiran
7) memuliakan anak yatim

Sabtu, 1 Disember 2018

Panduan Kawal Kemarahan


Sifat pemarah itu berasal daripada sifat sombong (ego). Lagi besar ego seseorang lagi besar marahnya.
Ini berkaitan pula dengan kedudukan seseorang. Kalau tinggi kedudukan seseorang, besar pangkatnya, banyak hartanya, ramai pengikutnya, maka akan tinggilah ego seseorang dan akan menjadi-jadilah pemarahnya.
Sebaliknya jikalau kurang segalanya, maka akan kuranglah egonya dan akan kurang jugalah pemarahnya.
Sifat pemarah ini ada pada hampir semua orang seperti juga hasad dengki.
Setiap kelemahan dan kesilapan manusia adalah ujian untuk kita.
Allah mahu melihat bagaimana sabarnya kita dan malunya kita kepada Allah dengan mengucapkan ” Inna lillahi wainna lillahi raji’un.”.
Pernah ditanya Ahnaf bin Qais, bagaimana dia boleh mengekalkan sifatnya yang lemah lembut itu. Ahnaf menjawab : ” Aku belajar dengan Qais bin Asim iaitu pada satu hari sedang berehat-rehat, masuk hambanya membawa panggang besi yang berisi daging panggang yang masih panas. Belum sempat daging itu diletakkan dihadapan Qias, tanpa sengaja besi pemanggang yang panas itu jatuh terkena anak kecil Qais.”
“Menjerit-jeritlah si anak, kesakitan dan kepanasan sehingga meninggal dunia. Qais yang melihat peristiwa itu dengan tenang berkata kepada hambanya yang sedang pucat dan menunggu hukuman” Aku bukan sahaja tidak marah kepada kamu tetapi muali hari ini aku akan membebaskan kamu.” Begitulah sopan santunnya dan pemaafnya Qais bin Asim” Kata Ahnaf mengakhiri ceritanya.
Bukannya Qais tidak menyayangi anaknya tetapi Qais memandang segala kejadian itu adalah dari Allah.
Jikalau dia bertindak memarahi hambanya, maka hakikatnya dia memarahi Allah. Dia redha dengan ujian yang ditimpakan kepadanya.
Tidak ada di dalam kamus hidupnya perkataan kalau atau barangkali. Hatinya tidak terasa dia “tuan” kerana apa yang ada padanya dirasakan amanah dari Allah. Yang bila sampai ketikanya Allah akan ambil kembali.
Kita mesti ubati hati kita. Kita kita mesti membuangkan rasa rasa “ketuanan” kita yang menyebabkan kita menjadi pemarah dengan melakukan mujahadatun nafsi.

Di antara langkah yang perlu kita hadapi untuk menghilangkan marah ialah :
  • (1) Mula-mula kita perlu malu dengan Allah s. w. t akan segala tindak-tanduk kita. Allah memerhatikan segala perlakuan dan sikap biadab kita.
  • (2) Bila datang rasa hendak marah, ingatlah kita ini hanyalah manus! ia yang hina.
  • (3) Banyakkan berdiam diri dan berdoa kepada Allah agar Allah selamatkan kita daripada sifat marah.
  • (4) Hendaklah ingat kesan daripada sifat marah itu mungkin akan membawa kepada permusuhan dan pembalasan dendam dari orang yang anda marahi.
  • (5) Cuba bayangkan betapa buruknya rupa kita ketika kita sedang marah. Ianya lebih buruk daripada perlakuan seekor binatang jikalau anda didalam keadaan yang marah.
  • (6) Apabila datang marah, banyakkan baca Ta’awwuz ( A’uzubillahi minas Syaitanirrajim ) kerana marah itu datangnya daripada syaitan.
  • (7) Apabila marah sedang memuncak, ambil wudhu keranawudhu dapat menenangkan api kemarahan yang sedang membara.
  • (8) Jikalau tidak boleh hilang marah dengan hal tersebut di atas, hendaklah tidur. Kerana ianya akan meredakan perasaan marah apabila bangkit daripada tidur
  • (9) Tauhid kita perlu tepat. Setiap sesuatu itu datangnya dari Allah dan akan kembali kepada Allah. Kenapa kita perlu marah.
Kalau kita bersalah, kita tidak suka orang memarahi kita. Maka begitulah orang lain yang melakukan kesilapan, juga tidak suka dimarahi.
Tegurlah dengan lemah lembut dan kasih sayang.
Satu cara lagi, apabila datangnya marah, sedangkan anda berdiri, maka duduklah, sekiranya duduk, maka bersandarlah, Insha Allah kemarahan akan mulai reda.
Dengan cara demikian, seperti ulasan saudara fansuri, keegoan akan berkurangan.
Tetapi apa yang berlaku, apabila naik marah, yang bersandar akan mula menetapkan duduknya dan seterusnya berdiri, maka kemarahan sudah tidak dapat dikawal.

Apabila anda hendak marah…saya sarankan anda ingat kisah “PAKU DI DINDING” ini.
Ada seorang pemuda yang sangat pemarah. Dia tidak dapat mengawal kemarahannya walaupun ianya hanya satu masalah kecil sahaja.
Pada suatu hari, bapanya telah menghadiahkannya dengan seguni paku.
“Untuk apakah paku-paku ini ayah?” tanya pemuda tersebut.
“Setiap kali kamu marah, kamu pakulah tembok batu di hadapan rumah kita ini, bagi melepaskan kemarahan mu” jawab ayahnya.
Pada hari yang pertama sahaja, pemuda itu telah memaku sebanyak 37 batang paku pada tembok batu tersebut.
Selepas beberapa minggu, setelah dia dapat mengurangkan kemarahannya, jumlah paku yang digunakan juga berkurangan.
Dia mendapati, adalah lebih mudah mengawal kemarahannya dari memukul paku menembusi tembok batu tersebut. Akhirnya tibalah pada suatu hari, di mana pemuda tersebut tidak marah, walau sekali pun.
Dia pun memberitahu ayahnya mengenai perkara tersebut dengan gembira.
Bapanya mengucapkan tahniah dan menyuruh dia mencabut kembali paku itu satu persatu, pada setiap hari yang ia lalui tanpa kemarahan.
Hari berganti hari, dan akhirnya dia berjaya mencabut kesemua paku-paku tersebut.
Pemuda tersebut lantas memberitahu perkara tersebut kepada bapanya dengan bangganya.
Bapanya lantas memimpin tangannya ke tembok tersebut dan berkata ‘”Kau telah melakukannya dengan baik, anakku, tetapi lihatlah kesan lubang-lubang di tembok batu tersebut, tembok itu tidak akan kelihatan sama lagi seperti sebelumnya. Bila kau menyatakan sesuatu atau melakukan sesuatu ketika marah, ianya akan meninggalkan kesan parut dan luka, sama seperti ini.
Kau boleh menikam seseorang dengan pisau dan membunuhnya.
Tetapi ingatlah, tak kesah berapa kali kau memohon maaf dan menyesal atas perbuatam mu, namun lukanya masih tetap ada.
Luka di hati adalah lebih pedih dari luka fizikal”’.
Sahabat adalah permata yang sukar dicari.
Mereka membuatkan kamu ketawa dan menggalakkan mu ke arah kejayaan.
Sahabat juga adalah seorang pendengar, berkongsi suka dan duka dan sentiasa membuka hatinya kepada kita .
Maafkan saya sekiranya saya pernah meninggalkan kesan berlubang di dinding hati anda.
Artikel disumbangan oleh : Uwais

Jumaat, 30 November 2018

Panduan Bagaimana Menyayangi Seseorang

1. Sayangi dia dengan hati, bukan dengan perasaan.
Jika anda meletakkan sesuatu perhubungan berdasarkan perasaan, ianya akan gagal kerana perasaan sentiasa berubah dari masa ke semasa.
2. Sayangi dia seadanya.
Di dunia terdapat hampir 6 billion manusia dengan 6 billion personaliti. Dia sememangnya seorang yang istimewa dan biarkan ianya kekal begitu. Jangan sesekali terfikir untuk mengubah apa-apa tentang dia kerana sekali anda mengubah, selamanya anda akan terus mengubah dirinya. Tentu anda masih ingat, anda terpikat padanya kerana dia adalah dia. Maka, tiada alasan untuk anda mengubah dia untuk menjadi seseorang yang lain.
3. Sayangi dia sepenuh hati.
Sesungguhnya dia telah banyak bekorban untuk anda. Dengan kelebihan yang ada padanya, dia berpeluang untuk menjalin hubungan dengan seseorang yang lebih sempurna tapi demi cinta, dia telah memilih diri anda. Maka, jangan sesekali cuba untuk mempermain-mainkan keluhuran cintanya.
4. Hormati pendirian dan keputusan dia.
Jangan anda merayu dan jangan mencipta alasan supaya dia menerima cinta anda kerana kelak, yang anda akan dapat darinya hanyalah cinta simpati dan bukannya cinta setulus hati.
5. Yakinkan diri anda akan keistimewaan dia.
Dia adalah satu-satunya di dunia ini dan jangan mengharapkan kesempurnaan dari dia kerana dia telahpun cukup sempurna semenjak anda mula terpikat padanya.
6. Sangka baik padanya.
Sentiasa bersangka baik padanya jika kita juga mahukan sebegitu darinya. Pastikan anda akan sentiasa meletakkan diri anda di tempatnya sebelum melakukan apa-apa. Jika anda sendiri tidak dapat menerimanya, apatah lagi dia.
7. Jangan berjanji menyayangi dia untuk selama-lamanya.
Kerana selama-lamanya bagi anda mungkin akan berakhir keesokkan harinya, tapi berjanjilah untuk menyayangi dirinya seolah-olah setiap hari itu adalah hari yang terakhir untuk anda berdua.
8. Berikan kepercayaan anda padanya.
Percayalah kepadanya, nescaya dia akan melindunginya sepenuh jiwa dan raga.
9. Jangan sesekali meninggalkan dia tanpa sebarang alasan.
Dia bukan hanya akan setakat menangis kecewa dan kemudiannya meneruskan hidup seperti biasa, ketahuilah bahawa jiwanya akan mati secara perlahan.
10. Jangan cepat berbangga dengan diri anda.
Memenangi hatinya bukanlah satu kejayaan yang mutlak tetapi anugerah itu hanya layak anda perolehi setelah anda berjaya menyayanginya sehingga ke akhir hayat. Ketahuilah, dia memilih anda adalah kerana dia percaya bahawa anda adalah seorang yang jujur dan akan menepati janji. Anda telah bersusah payah dan berusaha sedaya upaya untuk memenangi cintanya, maka dengan itu haruslah juga anda berusaha untuk terus menyintai dirinya dengan apa jua keadaan sekalipun.
Artikel disumbangkan oleh : Farah

Khamis, 29 November 2018

Kebaikan Senyum Pada Kesihatan



Senyum itu sedekah. Kenapa kita digalakkan sentiasa senyum??
Ini kerana senyum memberi kebaikan kepada kesihatan. Antaranya:

1. Senyum meningkatkan sistem imun
Apabila kita senyum, fungsi imun menjadi bertambah baik, kemungkinan pada kita senyum, kita lebih tenang dan relaxs


2. Senyum Mengurangkan sakit
Kajian mendapati senyum membebaskan endorfin, penahan sakit secara semulajadi dan serotonin. Ketiga-tiga sebatian ini menjadikan kita berasa sihat.


3. Senyum melegakan stress

Dengan keadaan kehidupan yang sibuk kini menjadikan diri kita sentiasa stress. Cuba ubatinya dengan senyum. Senyum membantu kita daripada nampak lesu dan tidak bersemangat. Apabila stress menerpa, cuba amik masa untuk mengukir senyuman, stress akan semakin berkurangan dan anda bertambah semangat.


4. Senyum menurunkan tekanan darah
Tahukah anda senyum dapat menurunkan tekanan darah kita? Cuba amik alat mengukur tekanan darah. Lakukan sebelum dan selepas senyum. Lihat perbe2aannya.


5. Senyum menjadikan wajah awet muda
Otot-otot yang berkerja ketika kita senyum akan menyebabkan kita nampak sentiasa awet muda. Tidak perlu dapatkan rawatan muka di salun-salun kecantikan, lakukan senaman dan tersenyum setiap masa.


6. Senyum menjadikan kita nampak anggun
Kita lebih tertarik kepada orang yang tidak lekang dari senyuman. Wajahnya nampak anggun dan lembut serta mesra. Maka kita akan lebih terdorong untuk berurusan dengan orang sebegini. Justeru, hiasilah wajah kita dengan senyuman.


7. Senyum menukar mood kita
Ketika sedang berduka. Cubalah mengukir senyuman di bibir. Senyum boleh ‘menipu’ tubuh kita untuk membantu kita menukar mood kepada menjadi lebih ceria.


8. Senyum akan menjangkit
Apabila kita senyum kepada orang lain, mereka tentu akan membalas senyuman kita. Apabila semua orang senyum, rasa gembira tiba-tiba muncul. Maka wujudlah suasana yang membahagiakan dan menyihatkan.

9.Senyum dapat ganjaran
Pelbagai ganjaran istimewa anda akan dapat dari senyuman, Lihat senyum dengan berganjaran disini

MEDAL OF HONOR TO ALL MY FOLLOWERS. PLACE IT TO YOUR BLOG.TQ FOR YOUR SUPPORT.

WSB

PENAFIAN / DENIAL

B'jue Corner tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan kandungan di dalam blog ini.

B'jue Corner irresponsible on any loss or damage undergone because use content in this blog.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...