Khamis, 26 September 2019

TEMUDUGA SEBAGAI "CALON JENAZAH"

SEMUA AKAN DIKEHENDAKI HADIR TANPA SEBARANG PENGECUALIAN

KEKOSONGAN JAWATAN:
A. Ahli Syurga Dari Awal.
B. Ahli Neraka Dari Awal.
C. Ahli Neraka Sementara Kemudian Akan Dilantik Jadi Ahli Syurga.

EMPAT GANJARAN LUMAYAN (khas untuk jawatan A):

1. Nikmat kubur.
2. Perlindungan di Padang Mahsyar.
3. Keselamatan Meniti Titian Sirat.
4. Syurga yang kekal abadi.

TARIKH TEMUDUGA:

Bila-bila masa secara adhoc bermula dari saat membaca iklan ini.

LOKASI TEMUDUGA:
Di dalam kubur (alam barzakh).

KELAYAKAN:
Anda tidak perlu bawa siji-sijil,termasuk sijil saham termasuk saham Internet.
Anda tidak perlu bawa pingat , Mercedes mata belalang atau kad kredit.
Anda tidak perlu bawa wang atau harta serta emas yang anda kumpul.
Anda tidak perlu berparas rupa yg cantik, hensem atau berbadan tegap atau seksi.
Sila bawa dokumen asal iaitu : Iman dan Amal serta sedekah jariah sebagai sokongan.

PANEL / PENEMUDUGA:

Mungkar dan Nakir.

ENAM SOALAN BOCOR:
1. Siapa Tuhan anda?
2. Apa Agama anda?
3. Siapa Nabi anda?
4. Apa Kitab anda?
5. Di mana Kiblat anda?
6. Siapa Saudara anda?

CARA MEMOHON:


Anda cuma perlu menunggu penjemput yang berkaliber untuk menjemput anda. Ia akan menjemput anda pada bila-bila masa saja (mungkin sekejap lagi). Ia akan berlembut kepada orang-orang tertentu dan akan bengis kepada orang-orang tertentu. Ia diberi nama Izrail.


TIPS UNTUK BERJAYA DALAM TEMUDUGA TERTUTUP INI:
Hadis hasan yang diriwayatkan oleh Ahmad Hanbal, yang bermaksud begini:
   
Sabda Rasulullah SAW:


"Sesungguhnya apabila jenazah seseorang itu diletakkan di
dalam kuburnya, sesungguhnya jenazah itu mendengar suara terompah kasut) orang-orang yang menghantarnya ke kubur pada  saat mereka meninggalkan tempat itu. Jika mayat itu seorang muslim, maka solat yang dilakukannya  ketika beliau masih hidup di dunia akan diletakkan di kepalanya, puasanya diletakkan di sebelah kanannya, zakatnya  diletakkan di sebelah kirinya dan amalan kebajikan daripada sedekah jariah, silaturrahim, perkara kebajikan dan ihsan diletakkan dihujung dua kakinya.

Ia akan didatangi malaikat dari aras kepala, maka solat itu berkata kepada malaikat : dari arasku tidak ada jalan masuk. Kemudian malaikat berpindah ke sebelah kanan, maka puasa berkata kepadanya : dari arasku tidak ada jalan masuk. Kemudian malaikat berpindah kesebelah kiri, maka zakat berkata kepadanya : dari arasku tidak ada jalan masuk. Kemudian di datangi dari arah kedua hujung kakinya dan berkatalah amal-kebajikan : di bahagianku tidak ada jalan masuk.
Maka malaikat berkata kepadanya : Duduklah kamu. Kepadanya (mayat) memperlihatkan matahari yang sudah mula terbenam, lalu malaikat bertanya kepada mayat itu : Apakah pandangan kamu tentang seorang laki-laki (Muhammad) yang kamu dahulu sentiasa bercakap tentangnya; dan bagaimana penyaksian kamu kepadanya? Maka berkata mayat itu : Tinggalkan aku sebentar, aku hendak sembahyang. Maka berkata malaikat : Sesungguhnya engkau akan mengerjakan solat (boleh saja solat) tetapi jawab dahulu apa yang kami tanya ini. Apakah pandangan kamu tentang seorang laki -laki Muhammad) yang kamu dahulu sentiasa bercakap tentangnya; dan bagaimana penyaksian kamu kepadanya? Maka berkata mayat itu: Laki-laki itu ialah! Nabi Muhammad saw dan aku naik saksi bahawa nabi Muhammad saw itu ialah pesuruh Allah yang membawa kebenaran daripada Allah Subhanahu Wata'ala. Maka malaikat berkata kepada mayat itu :
 Demikianlah kamu dihidupkan dan begitu juga kamu dimatikan dan dengan demikian juga kamu dibangkitkan semula diakhirat insya'Allah. Kemudian dibuka baginya satu pintu syurga, maka dikata padanya itulah tempat kamu dan itulah janji Allah bagi kamu dan kamu akan berada di dalamnya. Maka bertambahlah gembira mayat itu. Kemudian dilapangkan kuburnya seluas 70 hasta dan disinari cahaya baginya".
Sila war-warkan tawaran jawatan kosong ini kepada semua sahabat.

Wallahu-a'lam. Semoga berjaya dalam temuduga ini.
Sila lihat tawaran-tawaran lain sebelum menjadi jenazah:

Rabu, 25 September 2019

Perbezaan Antara Lelaki Dan Wanita

Salah satu tips bagaimana kita dapat mengeratkan lagi perhubungan antara suami dan isteri ialah dengan mengetahui dan memahami perbezaan sifat antara lelaki dan wanita.

Berikut ini disenaraikan beberapa perbezaan yang perlu kita ambil tahu dan faham supaya kita dapat bertolak ansur antara satu sama lain.
——————————————————————————————-
* Wanita menarik nafas lebih kerap daripada lelaki, manakala lelaki menarik nafas lebih dalam daripada wanita.

* Sistem badan lelaki dan wanita pun tidak sama. Lelaki lebih banyak memerlukan oksigen berbanding wanita supaya mereka dapat menukarnya menjadi tenaga.

* Kulit lelaki lebih kasar, kulit perempuan lebih halus.

* Perempuan lebih halus suara berbanding lelaki yang kasar dan besar suaranya.

* Lelaki memiliki tulang anggota yang lebih panjang berbanding wanita. Tulang wanita bukan sekadar lebih kecil malah susunannya berbeza disebabkan wanita diciptakan Tuhan dengan struktur tubuh bagi melahirkan anak.

* Demikian juga pada segi psikologi, wanita secara umum lebih bersikap mudah mengikut kata hati, lebih berminat kepada cinta dan kasih sayang dan hubungan perasaan.

* Apabila mengamati benda, kedua-duanya juga berbeza. Lelaki lebih menggunakan pengamatan tumpuan. Manakala wanita menggunakan lebih pengamatan luas dan membesar. Pengamatan lelaki ibarat cahaya laser yang menumpu kepada sesuatu objek. Manakala, pengamatan wanita ibarat lampu suluh, yang membuka; menampakkan banyak benda;

* Wanita mahu mengambil tahu semua perkara. Daripada perkara kecil sehingga perkara besar. Sementara lelaki hanya menumpukan kepada matlamat utama.

* Cuba perhatikan kepada wanita, apa yang mereka bawa apabila berjalan keluar rumah. Tengok sahaja pada beg tangan mereka. Lebih besar daripada lelaki.

* Lelaki membawa beg kecil sahaja. Di dalamnya hanya ada lesen kenderaan, duit ,surat-surat penting dan kad kredit bank.

* Dalam beg tangan wanita semuanya ada. Di dalam beg tangan perempuan ada dompet duit, kad kredit, buku bank, buku cek, ada alatan make-up, cermin, sikat rambut, tisu muka, pengetip kuku, kunci, pen, pensel, ubat sakit kepala, gambar suami, gambar anak, cermin mata hitam, buku telefon, tuala ehem.. ehemm…dan macam-macam lagi.

* Kenapa sedemikian dilakukan oleh wanita? Jawabnya kerana wanita memikirkan pelbagai kemungkinan perkara yang boleh berlaku. Mereka lebih peka, apabila sesuatu terjadi, persediaan sudah pun dilakukan. Ini bermakna pemikiran dan penumpuan wanita lebih lebar.

* Pada lelaki, cukup dengan lesen memandu dan duit. Sebab mereka mahu sampai ke matlamat. Duit untuk membeli. Lesen memandu supaya selamat daripada disoal polis.

* Demikianlah perbezaan yang wujud antara lelaki dan wanita. Kerana itu, tidak hairan apabila suami isteri ini melihat banyak perkara secara berbeza. Urusan-urusan rumah tangga kadang-kadang ditangani secara berbeza.

* Contohnya, suami isteri yang kedua-duanya bekerja, mereka terpaksa keluar dari rumah awal pagi. Dalam banyak hal, wanita bekerja yang paling kerap bersungut. Suaminya, apabila keluar sahaja dari rumah, yang dibawa hanya kunci kereta, masuk dalam kereta dan hidupkan enjin, kemudian tunggu isteri. Matlamat nya ialah hanya mahu ke pejabat.

* Manakala si isteri, memikirkan apa yang anak bawa ke sekolah, baju di ampaian siapa hendak ambil, anak belum pakai baju lagi, anak belum makan lagi. Kalau bolehnya, dia mahu memikirkan semua benda, kerana padanya, apabila sesuatu terjadi, bagaimana kesudahannya? Biar lewat ke tempat kerja, asalkan semuanya beres.

* Apabila si suami dan si isteri ke kompleks membeli belah. Si isteri, apabila masuk sahaja ke pusat membeli belah dia melihat banyak benda dahulu, satu persatu, perlahan-lahan, dari atas ke bawah, kain ini dipegang, diperhatikan dieselkan. Kemudian pegang pula kain lain, selepas berjam-jam barulah dibuat pilihan membeli. Pendek kata, si suami yang menjadi pengikut setia mudah bosan.

* Bagi lelaki apabila hendak membeli sesuatu, terus dituju ke tempat yang ingin dibeli dan membeli. Membeli belah pada lelaki tidak mengambil masa yang lama seperti perempuan.

* Contoh-contoh tersebut menunjukkan wanita mengamati sesuatu berbeza daripada lelaki. Sebab itu, jangan bergaduh selepas membeli belah, jangan bergaduh ketika mahu ke tempat kerja.

* Si isteri jangan putus asa melihat si suami, apabila keluar sahaja dari rumah terus masuk kereta.Tanpa mengangkat botol susu anak, kain lampin anak, dan berbagai lagi untuk dibawa ke rumah pengasuh.

* Akuilah kita berbeza. Perbezaan bukan untuk bermusuh, sebaliknya bagi saling membantu dan berkasih sayang. Kerana kita berbeza, kita lebih berkasih sayang.

* Jangan disebabkan perbezaan pada cara berkasih sayang antara lelaki dengan seorang wanita, maka timbul krisis rumah tangga berpuluh tahun. Tentulah kerana perbezaan yang ada antara kita itu, maka kita lebih berkasih sayang. Kerana itu, kita berbeza supaya saling sayang menyayangi.

Wallahu'alam.

Selasa, 24 September 2019

Mandi Wiladah

Perkara Wajib mandi hadas besar;


Bagi lelaki 2 perkara:

1. keluar air mani

2. berjimak, waimah berjimak kerana berzina pun kena juga mandi. Tak keluar mani pun kena mandi juga.

 

Bagi perempuan:

1, Haid

2. Wiladah (melahirkan anak)

3. Nifas

4. Berjimak, waimah berjimak kerana berzina pun kena juga mandi.


Rasanya setakat mandi selepas haid dan berjimak tu semua orang tahu.
Yang selalu wanita confuse (apatah lagi lelaki) ialah berkaitan dengan kelahiran. Selepas melahirkan anak setiap wanita ISLAM kena mandi:


1.      Mandi hadas kerana melahirkan (WILADAH. Yakni, sebaik sahaja kepala bayi keluar.

2.  Mandi hadas habis nifas (darah yang keluar selepas bersalin) maka diwajibkan mandi hadas.

Niat mandi boleh pakai satu sahaja, tak perlu spesifik.
Cuma niatkan:


"Sahaja aku mandi hadas besar ke atas tubuhku yang diwajibkan ke atas ku kerana Allah Taala".

Saya teringat orang tua-tua kita tak kasi org dalam pantang tu mandi basahkan kepala, takut masuk anginla, sejukla... saya terfikir balik, takkan suruhan agama sanggup diketepikan semata-mata nak jaga pantang.
Lagipun mandi wajib selepas melahirkan tu SEKALI je setiap kelahiran..katalah anda seorang yang betul-betul kuat berpantang.. . dalam masa 40/60 hari tu, cuma sekali je mandi basah rambut, bukan tiap-tiap hari. Mandilah dengan air panas... kita tak suruh mandi dng air sejuk..
cuma pastikan air tu tak jadi air musta'mal. Itu sahaja.


Jadi, bakal ibu dan bakal bapa, harap tak ambil remeh perkara ini. Yang lelaki tu ingatkanlah isteri-isteri anda dan adik-adik perempuan dan yang perempuan tu ingatkanlah diri anda dan saudara-mara perempuan yang lain..InsyaAllah

Mungkin bagi sesetengah orang yang kata ini soal "remeh" (walaupun ini sebenarnya tak remeh) dapat dikongsi dan diamalakan bersama.

Wallahua'lam.

Isnin, 23 September 2019

SEBAB MATA LELAKI GEMAR LIHAT BADAN WANITA....

Malam pasangannya siang, 
Jaga pasangannya tidur,
Rajin pasangannya malas, 
Dan lelaki pasangannya perempuan. 
 
Kerana perempuan adalah pasangan kepada lelaki, maka Allah telah menciptakan bentuk
badan wanita itu dapat memikat hati lelaki. 
 
Bila berkata tentang terpikat, maka ia ada hubung kait dengan nafsu.
 
Jika ia ada hubungkait dengan nafsu, ianya ada hubungan pula dengan bisikan syaitan. 
 
Jadi untuk mengawal nafsu, mestilah dikawal dengan iman. 
 
Untuk mendapatkan iman mesti menurut perintah Allah dan RasulNya dan menjauhi 
laranganNya. Pada mata lelaki, perempuan ini adalah simbol. Simbol apa, semua orang
tahu. Orang lelaki mempunyai imaginasi yang nakal jika  tidak dikawal dengan iman.
Maka mata lelaki ini selalu menjalar apabila terlihat seorang perempuan. Setiap 
bentuk badan seorang perempuan boleh dihayati oleh seorang lelaki dengan 
berbagai-bagai tafsiran nakal nafsu. 
 
Apabila seorang lelaki terlihat seorang perempuan, maka perkara pertama yang akan 
dilihatnya ialah rambut wanita berkenaan. Maka akan ditafsirlah berbagai-bagai cara
oleh seorang lelaki akan rambut wanita berkenaan. 
 
Oleh kerana itulah wanita wajib menutup rambutnya. Apabila rambut wanita itu telah 
ditutup, maka mata lelaki itu akan turun ke bawah melihat bentuk lehernya, maka 
wajiblah wanita itu menutup lehernya. Maka mata lelaki itu akan turun lagi melihat 
bentuk payu daranya, maka wanita itu berkewajipanlah menutup bentuk payu daranya 
dengan melabuhkan tudungnya. 
 
Setelah itu mata lelaki akan turun lagi melihat bentuk ramping pinggangnya, maka  
labuhkanlah pakaian supaya tidak ternampak bentuk pinggangnya, maka mata lelaki itu
akan melihat pula akan bentuk punggungnya, maka wajiblah wanita itu membesarkan 
pakaiannya agar bentuk punggung tidak kelihatan, dan lelaki itu akan pula melihat 
bentuk pehanya, maka janganlah sesekali wanita itu memakai kain yang agak ketat 
sehingga terlihat bentuk pehanya walau sedikit, maka akan dilihat lagi oleh lelaki 
itu akan bentuk kakinya pula, maka janganlah wanita itu berseluar, kerana 
terus-terang pihak lelaki bercakap, walau muslimah itu bertudung labuh, berbaju 
labuh, jika beliau memakai seluar,walau nampak besar sedikit, nafsu kami lelaki 
akan terusik secara sepontan, entah tak tahu Kenapa? 
 
Mata lelaki ini nakal, setelah tidak ternampak akan bentuk kakinya, maka akan 
dilihatlah pula akan mata lelaki itu kepada kakinya, maka wajiblah wanita itu untuk
menolong lelaki itu tidak berdosa,  menutup kakinya dengan melabuhkan kain, atau 
memakai stokinyg warnanya jangan sesekali berwarna kulit perempuan, maka mata 
lelaki ini akan kembali ke atas, akan melihat pula bentuk tangan wanita itu, maka 
tolonglah wahai muslimah, agar melabuhkan tudung menutupi bentuk tangannya yang 
indah pada pandangan lelaki. 
 
Maka wahai lelaki,  janganlah pula kamu melihat mukanya, kerana ia akan menimbulkan
fitnah, kecuali jika kamu wahai lelaki, ingin meminangnya. 
 
Jika wanita itu cukup soleh, takut mukanya yang cantik akan menimbulkan fitnah, 
maka berpurdahlah kamu, jika itu lebih baik untuk kamu. 
 
Tetapi mata lelaki ini ada satu lagi jenis penyakit,iaitu mata lelaki itu akan 
tertangkap dengan sepontan jika ia terlihat warna yang menyerlah atau terang jika 
ianya berada pada perempuan. 
 
Maka oleh itu wahai perempuan, tolonglah jangan memakai pakaian yang warnanya 
terang-terangan sangat. 
 
Jika  hendak pakai pun, pakailah untuk suami.  Itulah wahai muslimah, jika anda 
semua ingin tahu apakah dia mata lelaki itu, dan perlu diingatkan, jika semua aurat
telah ditutup, jangan anggap tugas kita telah selesai, perlulah pula kita menjaga 
kehormatan diri masing-masing, jangan keluar orang-orang,keluarlah dengan mahram, 
atau keluarlah sekurang-kurangnya 3 wanita agar tidak diganggu gangguan luar, mata
lelaki pula janganlah menjalar langsung kepada muslimah, walau muslimah itu telah 
menutup aurat, insyaAllah selamat dunia akhirat. 
 
Seperti firman Allah,"Dan tundukkanlah pandanganmu dan jagalah kemaluanmu".  Dunia 
sekarang telah banyak yang cacat celanya, sehingga ketaraf seseorang yang memakai 
tudung masih beliau tidak menutup aurat, dan pada kaum lelaki, mata kamu itu wajib 
untuk tidak mencuricuri melihat wanita muslimah, kerana ia dilarangi oleh Allah SWT. 
 
Ingat-ingatkanlah wahai muslimin  muslimat. Sekilau-kilau berlian paling menarik 
untuk dicuri.. Seindah-indah ciptaan adalah yang paling sukar untuk dijaga… 
 
Wallahu’alam.………………….

Ahad, 22 September 2019

BANGSA YANG HILANG (The Lost Tribe)

Apakah kepentingan mencari bangsa yang hilang bagi Yahudi?Bagi Yahudi Ortodoks tiada apa kepentingan yang amat perlu pun.Jika ada,hanyalah untuk menjejak sejarah mereka sahaja.Tetapi bagi Yahudi Zionis,teramat perlu.KERANA MEREKA AMAT PERCAYA DENGAN RAMALAN DI DALAM KITAB-KITAB AGAMA LEBIH-LEBIH LAGI DI DALAM ALQURAN.Mengikut daftar bangsa yang hilang di dalam Kitab Yahudi Kuno,terdapat 12 puak Yahudi di masa lalu:
1. Reuben
2. Simeon
3. Levi
4. Judah
5. Issachar
6. Zebulun
7. Dan
8. Naphtali
9. Gad
10. Asher
11. Joseph
12. Benjamin
Di dalam 12 puak yang hilang ini,hanya keturunan Nabi Yusuf a.s. sahaja yang hilang daripada rekod Yahudi.Keturunan Nabi Yusof a.s menurunkan dua puak yang lain iaitu Manasseh dan Ephraim.Mengikut satu kitab Yahudi, satu 'lost tribe' Bani Israel (yang mendapat petunjuk ILAHI, iaitu beragama Islam) akan membunuh Yahudi Zionis di Palestin.Di dalam kitab Yahudi kuno yang lain pula,ada mencatatkan golongan Manasseh (anak kepada Nabi Yusuf a.s.) bakal menyembelih Yahudi jahat (Zionis/Yahudi Kabbalah) di Palestin. Setelah Yahudi membuat pencarian, terdapat banyak puak golongan Manasseh di sebelah timur. Antaranya, Afghanistan , Pakistan Utara (Patan/Pashtun) , sedikit India, sedikit Myanmar, sedikit China, sedikit Jepun, sedikit Filipina, sedikit Western Samoa, sedikit Tonga, sedikit Ecuador , sedikit Madagascar dan sedikit Hawaii.

Namun begitu kesemua mereka tahu tentang asal-usul mereka (bercanggahan dengan prinsip 'lost tribe'). Termasuk di Afghanistan dan Pakistan Utara juga (namun yang beragama Islam cuma di Afghanistan dan Pakistan Utara - sebab itu mereka diserang oleh Yahudi Amerika dan Russia).Dalam pada itu, seorang professor di Amerika bernama Ralph Olssen telah membuat hipotesis baru. Pada mulanya Yahudi Zionis menyangkakan Red Indian Amerika adalah ibu bagi segala orang-orang Manasseh 'the lost tribe'. Tetapi kesemua keputusan DNA adalah negatif. Kemudian Prof Ralph Olssen mengkaji secara mendalam tentang Book of Mormon (yang diselewengkan dari satu manuskrip kuno) dan membuat kajian DNA sekali. Keputusan beliau adalah, ibu bagi segala keturunan Manasseh adalah orang-orang Melayu di Semenanjung Tanah Melayu. Untuk menguatkan lagi cerita, tidak ada seorang Melayu pun yang tahu mengenai salasilah keturunan Bani Israel mereka.MALA ADALAH THE LOST TRIBE YANG SEBENAR,LEBIH TERSEMBUNYI DARI THE TRIBE OF DAN.Jadi kalau berpandu kepada kitab Yahudi tua bahwa 'lost tribe' dari kalangan Manasseh (anak Nabi Yusuf a.s.) yang bakal berada di barisan hadapan tentera Imam Mahdi dan bakal menyembelih orang-orang Yahudi di Palestin dan bakal juga memadamkan Israel daripada peta dunia adalah terdiri daripada orang-orang Melayu. Ini tidak bercanggahan dengan mana-mana hadis mengenai Imam Mahdi.
Mengikut manuskrip kuno yang diseleweng menjadi Book of Mormon itu lagi,sebahagian daripada Melayu Semenanjung (termasuk Selatan Thai) juga adalah dari keturunan Bani Israel , iaitu dari kumpulan Lehi (iaitu terus dari Manasseh , iaitu anak kepada Nabi Yusuf a.s. . Nabi Yusuf ada 2 orang anak sahaja, iaitu Manasseh dan Ephraim). Mengikut DNA yang dilakukan kepada 86 lelaki Melayu oleh seorang professor perempuan di UKM baru-baru ini, terdapat 27% variant Mediterranean dalam darah DNA Melayu. Dalam kamus sains, DNA Mediterranean adalah dari bangsa Euro-Semitik termasuk dari Bani Israel!
Hipotesis ini terdapat separuh kebenaran di dalam kesamaran.Orang Melayu bukanlah 100% berasal dari keturunan Manasseh (Yahudi Kuno) tetapi teori Ralph Olssen mengenai pengembaraan bangsa yang hilang 'the lost tribe' ke Bumi Mala adalah sesuatu yang menarik dan amat bertepatan dengan apa yang dibincangkan sebelum ini.Kenapa Ralph Olssen menyebut Tanah Melayu ini 'Bumi Mala'?Apakah yang diceritakan di dalam manukrip kuno tentang satu bangsa misteri yang berjalan dan berlayar ke hujung dunia
Wallahu’alam.

Sabtu, 21 September 2019

Nasi Lemak

Suatu hari, seorang ibu menghantar anaknya yang baru berusia 5 tahun menaiki bas ekspres Kuala Lumpur-Kangar. Ibu itu berpesan pada pemandu bas "Encik.. tolong tengokkan anak saya ya... Nanti kalau sampai di Ipoh ... cakap pada anak saya."

Sepanjang perjalanan, si anak ini cerewet sekali. Setiap seminit dia akan bertanya pada penumpang disebelahnya.. "Sudah sampai Ipoh belom?"

Hari mulai malam dan anak itu masih terus bertanya-tanya. Penumpang di sebelahnya menjawab.."Tidor aje la.. Belom sampai lagi ni.. nanti kalau sampai saya akan kejutkan!"

Tapi si anak tidak mahu diam.. dia pergi ke depan dan bertanya pada pemandu untuk kesekian kalinya,

"Pakcik.. sudah sampai Ipoh ke belum?"

Pemandu yang sudah keletihan menjawap soalan itu berkata.. "Belom! Tidur aja la! Nanti kalau dah sampai kat Ipoh...pasti dikejutkan.. !"

Kali ini, si anak tidak bertanya lagi, dia tertidur nyenyak sekali. Kerana suara si anak tidak kedengaran lagi.. semua orang di dalam bas lupa pada si anak, sehingga ketika sampai di Ipoh .. tidak ada seorang pun yang membangunkannya. Hinggalah melepasi Alor Setar.. si anak masih tertidur dan tidak bangun-bangun.

Tersedarlah si pemandu yang dia lupa membangunkan si anak. Lalu ia bertanya pada para penumpang..

"Encik-encik dan puan-puan sekalian.. bagaimana ni....perlukan kita hantar semula anak ini?"

Para penumpang pun merasa bersalah kerana turut melupakan si anak dan setuju menghantar si anak kembali ke Ipoh...Maka berpatah kembalilah rombongan bas itu menuju ke Ipoh ..

Sesampai di Ipoh... si anak dibangunkan.

"Nak! Sudah sampai di Ipoh!Cepat bangun!" Kata Pemandu..

Si anak bangun dan berkata..

"Oh sudah sampai ya!"

Lalu si anak pun membuka beg pakaiannya dan mengeluarkan nasi bungkusnya.. Seluruh penumpang kehairanan.. . "Bukankah kamu hendak turun di Ipoh?"tanya pemandu kebingungan.

"Tidak lah.. mama saya pesan.. kalau sudah sampai di Ipoh .. saya boleh makan nasi bungkus ni!"

p/s: Apakah perasaan anda jika anda ialah pemandu?hehehehe

Jumaat, 20 September 2019

KISAH PEMUDA BERIBU-BAPAKAN BABI

Nabi Musa adalah satu-satunya Nabi yang boleh bercakap terus dengan Allah S.W.T
Setiap kali dia hendak bermunajat, Nabi Musa akan naik ke Bukit Tursina. Di atas
bukit itulah dia akan bercakap dengan Allah.Nabi Musa sering bertanya dan Allah akan
menjawab pada waktu itu juga. Inilah kelebihannya yang tidak ada pada nabi-nabi lain.
Suatu hari Nabi Musa telah bertanya kepada Allah. "Ya Allah, siapakah orang di syurga
nanti yang akan berjiran dengan aku?".

Allah pun menjawab dengan menyatakan nama orang itu, kampung serta tempat tinggalnya.
Setelah mendapat jawapan, Nabi Musa turun dari Bukit Tursina dan terus berjalan
menuju ke tempat yang diberitahu. Setelah beberapa hari di dalam perjalanan akhirnya
sampai juga Nabi Musa ke tempat berkenaan.

Dengan pertolongan beberapa orang penduduk di situ, beliau berjaya bertemu dengan
orang tersebut. Setelah memberi salam beliau dipersilakan masuk dan duduk di ruang
tamu.

Tuan rumah itu tidak melayan Nabi Musa. Dia masuk ke dalam bilik dan melakukan
sesuatu di dalam. Sebentar kemudian dia keluar sambil membawa seekor babi betina
yang besar. Babi itu didukungnya dengan cermat. Nabi Musa terkejut melihatnya. "Apa
hal ini?, kata Nabi Musa berbisik dalam hatinya penuh kehairanan.

Babi itu dibersihkan dan dimandikan dengan baik. Setelah itu babi itu dilap sampai
kering serta dipeluk cium kemudian dihantar semula ke dalam bilik. Tidak lama
kemudian dia keluar sekali lagi dengan membawa pula seekor babi jantan yang lebih
besar. Babi itu juga dimandikan dan dibersihkan. Kemudian dilap hingga kering dan
dipeluk serta cium dengan penuh kasih sayang. Babi itu kemudiannya dihantar semula
ke bilik.

Selesai kerjanya barulah dia melayan Nabi Musa. "Wahai saudara! Apa agama kamu?".
"Aku agama Tauhid", jawab pemuda itu iaitu agama Islam. "Habis, mengapa kamu membela
babi? Kita tidak boleh berbuat begitu." Kata Nabi Musa.

"Wahai tuan hamba", kata pemuda itu. "Sebenarnya kedua babi itu adalah ibubapa
kandungku. Oleh kerana mereka telah melakukan dosa yang besar, Allah telah menukarkan
rupa mereka menjadi babi yang hodoh rupanya. Soal dosa mereka dengan Allah itu soal
lain. Itu urusannya dengan Allah. Aku sebagai anaknya tetap melaksanakan kewajipanku
sebagai anak. Hari-hari aku berbakti kepada kedua ibubapaku sepertimana yang tuan
hamba lihat tadi. Walaupun rupa mereka sudah menajdi babi, aku tetap melaksanakan
tugasku.", sambungnya.

"Setiap hari aku berdoa kepada Allah agar mereka diampunkan. Aku bermohon supaya
Allah menukarkan wajah mereka menjadi manusia yang sebenar, tetapi Allah masih belum
memakbulkan lagi.", tambah pemuda itu lagi.

Maka ketika itu juga Allah menurunkan wahyu kepada Nabi Musa a.s. 'Wahai Musa, inilah
orang yang akan berjiran dengan kamu di Syurga nanti, hasil baktinya yang sangat
tinggi kepasa kedua ibubapanya. Ibubapanya yang sudah buruk dengan rupa babi pun dia
berbakti juga. Oleh itu Kami naikkan maqamnya sebagai anak soleh disisi Kami."

Allah juga berfirman lagi yang bermaksud : "Oleh kerana dia telah berada di maqam
anak yang soleh disisi Kami, maka Kami angkat doanya. Tempat kedua ibubapanya yang
Kami sediakan di dalam neraka telah Kami pindahkan ke dalam syurga."

Itulah berkat anak yang soleh. Doa anak yang soleh dapat menebus dosa ibubapa yang
akan masuk ke dalam neraka pindah ke syurga. Ini juga hendaklah dengan syarat dia
berbakti kepada ibubapanya. Walaupun hingga ke peringkat rupa ayah dan ibunya seperti
babi. Mudah-mudahan ibubapa kita mendapat tempat yang baik di akhirat kelak.

Walau bagaimana buruk sekali pun perangai kedua ibubapa kita itu bukan urusan kita,
urusan kita ialah menjaga mereka dengan penuh kasih sayang sebagaimana mereka menjaga
kita sewaktu kecil hingga dewasa.

Walau banyak mana sekali pun dosa yang mereka lakukan, itu juga bukan urusan kita,
urusan kita ialah meminta ampun kepada Allah S.W.T supaya kedua ibubapa kita diampuni
Allah S.W.T.

Doa anak yang soleh akan membantu kedua ibubapanya mendapat tempat yang baik di
akhirat, inilah yang dinanti-nantikan oleh para ibubapa di alam kubur.

Erti sayang seorang anak kepada ibu dan bapanya bukan melalui hantaran wang ringgit,
tetapi sayang seorang anak pada kedua ibubapanya ialah dengan doanya supaya kedua
ibubapanya mendapat tempat yang terbaik di sisi Allah.

Untuk mengetahui lebih mendalam kisah alam akhirat sila dapatkan buku terbitan
syarikat Nurulhas yang berjudul: BILA IZRAIL A.S. DATANG MEMANGGIL.

Wallahu’alam.

Khamis, 19 September 2019

Doakan ibu bapa

Dato' Dr. Fazilah Kamsah pernah berkata..... .

" setiap pagi sedekahkan al-fatihah kepada kedua ibu bapamu ( tak kira masih hidup @ telah tiada )".......... nescaya pintu rezekimu akan terbuka buat kamu...

Berdasarkan Hadith Nabi :
"Tidak akan terputus rezeki seseorang selagi dia tidak meninggalkan doa kepada kedua orang tua nya dalam sehari"

Huraian hadith:
- jangan sesekali meninggalkan doa kepada kedua ibubapa (baik yang hidup mahupun yang sudah tiada )
- Allah akan memurahkan rezeki kepada mereka yang tidak putus berdoa kepada kedua ibu bapa (walaupun ada ibu bapa yang leka, doakan agar mereka berubah)
- Ingatlah bahawa keredhaan ibu bapa adalah keredhaan Allah
- Semasa berdoa, berdoalah dengan bersungguh2. ...tadah tangan dan bayangkan wajah kedua orang tua k ita , termasuk guru2 k ita dan mereka yang banyak menolong k ita (berdoa perlu benar2 bersungguh2)
- Mereka yang lupa berdoa kepada kedua orang tua, akan disempitkan rezeki oleh Allah

Kesimpulannya:
- Bagi yang berniaga, tak perlu ada ilmu pelaris..... . Cuma jangan lupa doakan ibu bapa k ita setiap hari
- Rezeki bukan sahaja berupa wang ringgit, tetapi segala nikmat yang kita dapat dari Allah (e.g. makan, kesihatan, kasih sayang, ilmu dsb nya..)
InsyaAllah
Berusaha dan bertawakal.. ...insyallah , - rezeki itu bukan kerana ada sijil SPM,
(kata Azmil Mustapha)... ..Mari kita cuba .Allahhuakhbar. ...

Insya Allah

Wallahu’alam !

Rabu, 18 September 2019

BIDALAN MELAYU LAMA SIRI 14

131. Hulu baik pandai bertenggang
Hulu malang salah gelagat
Hulu mujur pandai bertengkar
Hulu baik pandai memakai

Bertindak secara bijak bila berhubung dengan orang lain


132. Orang pembengis besar hutangnya
Orang penderas lekas kena
Orang pencemas mati jatuh
Orang pendingin mati hanyut

Jika bertindak tergesa-gesa tanpa berfikir pasti akan kecundang


133. Urat dipupuk dengan tengguli
Pucuk direndam dengan gula
Namun peria pahit jua

Sesuatu benda atau seseorang kekal dengan sifat asalnya


134. Hujan tak sekali jatuh
Simpai tak sekali erat

Sesuatu kerja itu tidak dapat diselesaikan serentak. Kemewahan itu diperolehi secara beransur-ansur


135. Tiada puji yang membawa kenyang
Tiada umpat yang membunuh

Jangan hiraukan pujian atau cemuhan kerana tidak membawa faedah.


136. Tak ada periuk mangkuk menjerang
Tak ada kait topang dipakai

Buatlah dengan apa yang ada dan sentiasa mencuba hingga berjaya


137. Tersentuh lebih daripada kena
Tersinggung lebih daripada jadi

Hendaklah sentiasa peka terhadap kesan tindakan yang diambil dan petanda-petanda yang boleh menjadi petunjuk kepada kemungkinan-kemungkinan yang akan berlaku.

Selasa, 17 September 2019

BIDALAN MELAYU LAMA SIRI 13

121. Tertidur terlalu mati
Bersembunyi terlalu hilang
Angan lalu faham tertumbuk

Orang yang tahu hendaklah memberi khidmatnya kepada masyarakat yang memerlukan


122. Tambah air, tambah sagu
Tambah tetamu, tambah makanan

Lebih banyak dibuat lebih banyak pendapatan, lebih banyak pendapatan lebih banyak yang diperlukan, tanpa kesudahan.


123. Tentang air lepaskan tuba
Tentang ikan yang akan mati
Tentang ukur maka dikerat
Tentang rasuk pasang rangka
Tentang kasau letak atap

Buat sesuatu kena pada tempatnya


124. Terpijak pada arang hitam telapak
Terpijak pada kapur putih telapak
Terseludup padfa galah panjang bongkok punggung

Salahlaku akan diketahui jua kerana perasaan bersalah tergambar di kelakuan seseorang


125. Tersisih antah dan beras
Berbeza kumpai dan kiambang

Seseorang yang sama ada cerdik atau sebaliknya akan dapat dibezakan oleh orang banyak


126. Terapung sama hanyut
Terendam sama basah
Tertelungkup sama makan tanah
Tertelentang sama minum embun

Ahli-ahli dalam kumpulan hendaklah bersatu padu dan bersama-sama menghadapi kesukaran


127. Tinggi kerana dianjung
Besar kerana ditambah
Tumbuh kerana ditanam

Seseorang pemimpin menikmati penghormatan dan sanjungan kerana orang banyak bersedia mematuhi arahannya.


128. Tuah kerbau gemuk
Tuah jelapang berisi
Tuah manusia maufakat

Kebergunaan sesuatu atau seseorang itu bergantung kepada sifat-sifatnya


129. Setiap ketuk berundang-undang
Dalam setiap kerut budi merangkak

Seseorang pemimpin itu hendaklah memberi tumpuan kepada isu-isu yang penting dalam masayarakat.


130. Ular dipalu jangan mati
Pemalu jangan patah
Tanah dipalu tidak berlekuk

Keputusan yang dibuat hendaklah adil

Isnin, 16 September 2019

BIDALAN MELAYU LAMA SIRI 12

111. Kerja yang elok diperderas
Kerja yang buruk diperlambat

Kerja yang lebih elok dan memberi manfaat kepada semua didahulukan.


112. Lepas ditangan jangan diharap
Orang pulang jangan dinanti
Mulut manis jangan didengar

Jangan lekas percaya kepada janji atau kata-kata manis

113. Patah tongkat bertelekan
Patah hulubalang bersiak
Patah sayap berparoh

Menunaikan kewajipan bersungguh-sungguh (siak- hulubalang paling rendah pangkatnya)


114. Minta berisyarat
Beragih berambilan

Meminta pertolongan hendaklah berisyarat iaitu membawa buah tangan. Bermurah hati pula dengan ambilan atau bertujuan dibalas di kemudian hari.


115. Makin berpeluh makin berkayuh
Makin letih makin berlumba

Terus berusaha tanpa menghiraukan penat lelah


116. Sumur jernih yang disauk
Sayak landai yang dipakai
Jalan pasar yang dirempuh
Lebuh lebar yang diturut

Adat resam dan peraturan masyarakat hendaklah dipatuhi


117. Tabiat pantang berubah
Biasa jadi perangai
Telah tua jadi pakaian

Kelakuan yang buruk itu jangan dibiasakan kelak menjadi kekal sebagai perangai seseoramg


118. Tersentuh lebih daripada kena
Tersinggung lebih daripada jadi

Hendaklah sentiasa peka terhadap kesan seseuatu perbuatan dan menjangkan kemungkinan-kemungkinan yang akan berlaku


119. Tak lekang kerana panas
Tak lapuk kerana hujan
Dianjak tidak layu
Dicabut tidak mati

Adat besifat teguh dan mampu bertahan dan mengelak perubahan


120. Takut pada ular
Terkejut kepada bengkarung

Jika mempunyai perasaan takut kepada orang berkuasa perasaan takut juga kepada orang bawahannya, penolongnya dan kaum keluarganya

Ahad, 15 September 2019

BIDALAN MELAYU LAMA SIRI 11

101. Mencencang berlandasan
Melompat bersetumpu
Menjunjung bersenggulung

Jika hendak mengerjakan sesuatu, sediakan alat syaratnya terlebih dahulu.


102. Kuat ikan kerana sirip
Kuat burung kerana sayap
Kuat ketam kerana sepit

Tiap-tiap seseorang sedikit sebanyak ada kuasanya atau kelebihannya


103. Jika menebang menuju pangkal
Jika melanting menuju tangkai

Berbuat sesuatu hendaklah dengan maksud dan tujuannya


104. Belayar bernakhoda
Berjalan dengan yang tua
Berkata dengan yang pandai

Segala pekerjaan baik dikerjakan dengan pimpinan orang yang telah berpengalaman.


105. Hulu mujur pandai bertengkar
Hulu baik pandai memakai

Orang yang pandai hidup dan pandai membawa diri dalam pergaulan selalu selamat dan disukai ramai (hulu mujur ialah ahli nujum atau pandai untung; hulu baik ialah penghias atau pandai dandan)


106. Dek lama lupa
Dek tua mamai
Dek ramai cacau
Dek banyak ganggu

Perilaku manusia berubah-ubah disebabkan keadaan.


107. Dukun sehembus
Bidan seurut
Mualim sekitab

Ilmu pada sesuatu peringkat atau taraf itu adalah satu tujuannya. Kalau hendak berubat, bersalin atau berilmu, janganlah terlalu memilih guru atau pakar sebab semuanya adalah diiktiraf.


108. Elok bahasa bagi bekal hidup
Elok budi bagi bekal mati
Elok bangsa bagi bekal merantau

Kehalusan bahasa dan tingkahlaku seseorang itu dipuji semasa hidup, tetapi budi pekerti dan amal soleh akan dikenang manusia setelah mati.


109. Kerja beragak tak menjadi
Kerja beransur tak bertahan

Kerja yang dibuat secara beransur-ansur lebih cepat daripada yang ditunda


110. Kerja orang muda bergegas
Kerja orang tua berjudai

Kerja orang muda dilakukan secara tergesa-gesa, manakala orang tua membuat kerja lambat tetapi tak berhenti-henti

Sabtu, 14 September 2019

BIDALAN MELAYU LAMA SIRI 10

91. Sekali merengkuh dayung dua tiga pulau terlampau
Sekali mebuka peti dua tiga hutang langsai

Gunakan masa dengan bijak. Beberapa kerja boleh dibuat serentak.


92. Sakit ditawar
Deman diseka
Luka dibalut

Sesiapa yang melakukan kesalahan/kejahatan hendaklah memperbaiki/meperbetulkannya.


93. Salah ditimbang
Hutang dibayar
Pinjam dikembalikan
Diberi mendapat sahaja

Sesorang harus menerima padahnya jika ia membuat kesalahan


94. Salah rupa salah tampan
Salah duduk salah tegak
Salah lihat salah pandang

Perbuatan yang menyalahi adat buat apa pun tidak akan diterima oleh masyarakat


95. Semut dipijak tak mati
Alu tertarung patah tiga

Sesorang ketua hendaklah berhemah dan berlemah lembut dengan pengikutnya namun hendaklah tegas bila perlu


96. Sempit lalu
Longgar ditokok

Seseorang yang bersifat luwes tidak mudah diperdayakan


97. Seruas tebu yang berulat
Seruas yang dibuang

Tindakan yang berpatutan dengan kesalahan, lakukan dalam kesederhanaan dan tidak melampaui tahap kesalahan yang dilakukan


98. Sumbing-sumbing dititik
Patah-patah dikimpal
Rimbun-rimbun ditutuh
Buruk-buruk dibaharui
Robek-robek ditumpang

Tiap-tiap yang rosak diperbaiki begitu juga peraturan atau keadaan hendaklah mengikut zaman.


99. Sambil menyerodok bergalas lalu
Sambil menyelam minum air
Sambil berdiang nasi masak
Sambil duduk meraut ranjau
Sambil berjalan meninjau jarah

Elok buat dua tiga pekerjaan sekali lalu, walaupun dalam keadaan lapang (jarah ialah penyamun atau perompak)


100. Tembaga menunjukkan senam
Besi menunjukkan karat
Keris menunjukkan pamur
Manikam menunjukkan cahaya

Baik orang mahu pun barang mempunyai tanda-tanda atau sifat-sifatnya yang menunjukkan baik atau buruknya.

Jumaat, 13 September 2019

BIDALAN MELAYU LAMA SIRI 9

81. Yang dimakan rasa
Yang dilihat rupa
Yang didengar bunyi

Apa sahaja yang dibuat, buatlah dengan baik.


82. Yang lurus jadi tangkai sapu
Yang bongkok jadi tangkai bajak
Sepotong kecil jadi papan tuai
Yang kecil jadi pasak sunting
Kepeningan jadi kayu api
Abunya jadi pupuk padi

Setiap orang ada sumbangannya kepada masyarakat tidak kira sama ada ianya ada kelemahan atau kekuatan.


83. Yang membunuh memberi bangun
Yang mencanang yang merampas
Yang berhutang yang membayar

Undang-undang hendaklah adil, mereka yang bersalah hendaklah dihukum setimpal dengan kesalahannya.


84. Nanang seribu akal
Hening hulu bicara
Fakir pelita hati
Dengan sabar kebenaran datang

Berfikir sebelum bercakap. Jika tiada yang hendak dicakapkan lebih baik berdiam diri.


85. Penghulu lantai negeri
Cerdik pandai pagar kukuh
Alim ulama suluh bendang
Bunda kandung hiasan kampong

Penghulu tegak di pintu adat
Malim tegak di pintu agama
Manti tegak di pintu susah
Dubalang tegak di pintu mati

Setiap anggota masyarakat hendaklah tahu peranaan masing-masing dan laksanakan dengan penuh tanggongjawab.


86. Panjang mahu dikerat
Senteng mahu disambung
Singkat mahu diulas
Kurang mahu ditambah

Setiap orang hendaklah menerima kelemahan diri dan bersedia menerima nasihat orang lain


87. Resap air ke permatang
Resap minyak ke kuali
Yang mengebat tali
Yang membungkus daun

Ahli sekeluarga biasanya tolong menolong apabila mendapat kesusahan terutamanya apabila berhadapan dengan ancaman luar


88. Rumah bertungganai
Kampong ada tuannya
Negeri berpenghulu
Rantau beraja

Setiap organisasi ada ketua atau pemimpinnya


89. Sabut nyata terapung
Kalau untung batu jelas terbenam
Ikhtiar memilih
Untung menyudahi

Menjadi tanggongjawab setiap orang berusaha sekuat yang mungkin. Namun kesudahannya ditentukan oleh Allah


90. Sekali memberi tahu
Kedua memberi ingat
Ketiga membuat jeran

Seseorang itu haruslah diberi peluang untuk memperbaiki kelemahan/keburukannya sebelum dihukum

Khamis, 12 September 2019

BIDALAN MELAYU LAMA SIRI 8

71. Tidur menelentang menghitung kasau
Menelungkup menghitung lantai
Menghereng menghitung dinding

Setiap perbuatan hendaklah dirancang dan dilaksanakan dengan rapi agar berjaya.


72. Laut dalam boleh diukur
Bumi luas dapat digali
Bukit tinggi dapat diruntuh
Lurah dalam dapat ditimbusi

Semua yang susah dapat diselesaikan, yang kusut dapat dileraikan jika semua mahu berusaha bersungguh-sungguh


73. Melompat sama patah
Merunduk sama bongkok
Mendapat sama melaba
Kehilangan sama rugi

Jika merantau bekerjasamalah dan tolong menolong dengan teman seperantauan untuk kebaikan bersama.


74. Memahat menuju batas
Melempar menuju tampuk
Menebang menuju pangkal

Sesuatu pekerjaan itu hendaklah dibuat mengikut aturannya


75. Mencari tuah ke yang menang
Mencari contoh ke yang selesai
Mencari teladan ke yang baik

Hendaklah membentuk diri dari model yang baik, jangan mengikut contoh yang tidak baik


76. Mendapat sama berlaba
Kehilangan sama ruginya
Yang ada sama dibahagi

Berkongsilah hasil usaha bersama.


77. Mengebat sekebat erat
Melangkah selangkah sampai
Berkata sepatah sedang

Apabila sesuatu itu dipersetujui hendaklah ditunaikan


78. Hendak makan isi durian
Hendak mendapat madu lebah
Sakit senang perlu dirasakan

Tidak ada kejayaan tanpa bersusah payah atau bekerja keras


79. Hendak tahu tentang kayu besar
Lihat ke pangkalnya
Hendak tahu tentang ombak besar
Lihat ke pasirnya

Jika hendak mengenali seseorang bergaullah dengannya


80. Yang buta pengembus lesung
Yang pekek pemasang bedil
Yang lumpuh penghuni rumah
Yang patah pengejut ayam
Yang bingung disuruh-suruh
Yang cerdik bawa beria
Yang kaya tempat bergantung

Setiap orang ada sumbanganya di dalam masyarakat oleh yang demikian sentiasa hormatilah keupayaan dan kelemahan seseorang.

MEDAL OF HONOR TO ALL MY FOLLOWERS. PLACE IT TO YOUR BLOG.TQ FOR YOUR SUPPORT.

WSB

PENAFIAN / DENIAL

B'jue Corner tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan kandungan di dalam blog ini.

B'jue Corner irresponsible on any loss or damage undergone because use content in this blog.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...