Halaman

Sabtu, 17 Jun 2017

Assayahid Imam Hassan Al-Banna

1.Bangunlah sembahyang apabila saudara mendengar azan walau bagaimana keadaan sekalipun
*Wahai kawanku,Segeralah tunaikan solat di awal waktu dikala mendengar azan.Usahakanlah semampu terdaya.Ini membuktikan kesungguhan anda.Di situ ada sumber kejayaan,di situ ada sumber pertolongan,di situ ada sumber taufiq.Perhatikanlah banyak perintah Al-Quran....dimulakan dengan menyebut solat di awalnya.Perhatikanlah Tuhan mensyariatkan solat...juga di medan perang.Walaupun...disaat genting dan cemas.

2.Bacalah Al-Quran atau tatapilah buku-buku atau pergilah mendengar perkara yang baik-baik ataupun amalkanlah zikrullah dan jangan sama sekali saudara menggunakan masa untuk perkara yang tidak berfaedah
*Wahai kawanku,Bacalah Al-Quran dan cuba memerhati mesejnya.Selalulah berzikir dan cari ilmu walaupun sedikit.Kurangilah dengan masa yang tidak bertujuan .Sesungguhnya Al-Quran adalah sumber asli lautan ilmu,sumber hidayah kepada anda dan saya.Bacalah Al-Quran,kelak ia memberi syafaat.Sentiasalah membaca,menghafal,dan...cuba hayati mesej arahannya.Selalu berzikir dan terus berzikir!!!Disini ada ketenteraman,di sini ada kedamaian,di sini ada kesalaman.Jadilah hamba yang sejahtera.

3.Berusahalah untuk bertutur di dalam BAHASA ARAB YANG BETUL kerana ianya merupakan salah satu daripada syiar ISLAM.
*Wahai kawanku,Dorongkanlah diri untuk menguasai Bahasa Al-Quran.Mulakan dulu walaupun sepatah perkataan.Sebenarnya anda telah lama bermula.Iaitu sejak anda solat setiap hari.Sebut dulu walaupun tak faham.Antara malapetaka pertama menimpa umat kita....ialah kecuaian menguasai bahasa Agamanya.Juga mengutamakan bahasa pasar.Ayuh!!!Apa tunggu lagi???Bukalah ruang walaupun seminit!!!

4.Janganlah banyak bertengkar dalam apa-apa perkara sekalipun kerana pertengkaran kosong tidak akan memberi apa-apa faedah
*Wahai kawanku,Usahlah bertarung idea tanpa adabnya!!!Berdebatlah jika kiranya membuahkan kebaikan.Awasilah pertengkaran kerana di sana ada unsur lain membisikkan.Syaitan namanya!!!

5.Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang dan tenteram
*Wahai kawanku,Senyumlah selalu tetapi bersederhanalah dalam ketawa!!!Rasulullah adalah yang paling banyak senyum.Beliau ketawa kena pada tempatnya.Tapi berpada-pada saja,wahai kawan!Plato juga berharap agar pementasan hiburan...yang tidak bermutu,terlalu banyak ketawa ****h,hanyalah di tonton oleh golongan abdi dan orang upahan asing!Begitu juga Aristotle berpendapat,supay golongan belia ditegah daripada menyaksikan hiburan-hiburan yang membolehkan perbuatan ketawa berlebih-lebihan,supaya tidak menular keburukan dalam diri!

6.Janganlah banyak bergurau kerana para pejuang tidak mengerti melainkan bersungguh-sungguh
*Wahai kawanku,Seriuslah selalu dn berguraulah berpatutan.Tanpa serius hilanglah kesungguhan!!!Tanpa bergurau,tawarlah kehidupan.Kata seorang penyair:Berikan kerehatan pada jiwamu yang sibuk dengan berfikir,ubati dengan bergurau,Tapi,kalau mengubatinya dengan bergurau mestilah dalam batas.Seperti kau masukkan garam ke dalam gulai.

7.Janganlah bercakap lebih nyaring daripada kadar yang diperlukan oleh pendengar kerana ianya sia-sia malah menyakiti hati orang
*Wahai kawanku,kawallah nada suaramu setakat yang diperlukan oleh pendengar di depanmu.Janganlah jadi seperti orang ****h.Bahkan menyakit hati orang lain pula!!!Luqman al-Hakim juga mencela orang yang tidak pandai menjaga nada suara pada tempatnya.Itulah katanya suara keldai!!!Surah Al-Isra' memberi tips kepada kita...Jangan keraskan suaramu dalam solat,tapi jangan pula merendahkannya.Carilah jalan di tengah antara keduanya.

8.Jauhilah daripada mengumpat peribadi orang dan mengecam pertubuhan-pertubuhan dan janganlah berkata-kata melainkan yang memberikan kebaikan
*Wahai kawanku,Usahlah umpat mengumpat.Usahlah merendah-rendahkan pertubuhan lain.Bercakaplah jika ada unsur kebajikan.Ayuh!!!Hindarilah...mengumpat!Tidak sekali mencabuli jemaah-jemaah lain!!Perkatakanlah kebaikan demi kebajikan bersama.Sukakah anda memakan daging,pasti anda suka!Tapi sukakah anda memakan daging kawan anda yang telah mati??Sekali-kali tidak!!Begitulah dosa-dosa orang yang mengumpat.Bertaubatlah jika anda mengumpat,tapi mesti minta ampun terhadap orang umpatanmu bersama!!!Boleh mengumpat...apabila ada tujuan syari'e:
#Untuk menuntut keadilan apabila di zalimi
#Untuk menghapuskan kemungkaran
#Kerana memberi amaran kepada Muslim tentang kejahatan
#Kerana mengisytiharkan kefasikan dan kejahatan.

9.Berkenal-kenalan dengan saudara Muslim yang saudara bertemu dengannya sekalipun ia tidak meminta untuk berkenalan kerana asas gerakan dakwah kita adalah berkenalan dan berkasih sayang
*Wahai kawan,Luaskanlah interaksimu dengan umat manusia sekalipun mereka tidak diminta berbuat demekian...Salam kasih sayang adalah untuk semua,Salam kemesraan adalah untuk sejagat.Hulurkanlah,hulurkanlah salam perkenalan....!Lihatlah pensyariatan ibadah haji.Pelbagai bangsa datang berkunjung!!!Pelbagai darjat datang berkunjung!!Sama-sama menjunjung obor suci ,tidak mengenali tapi tak sepi.

10.Kewajipan kita adalah lebih banyak daripada waktu yang kita ada.Oleh itu bantulah saudaramu tentang cara-cara bagaimana hendak menggunakan masa dengan berfaedah dan jika saudara mempunyai tugas sendiri maka ringkaskanlah pelaksanaannya.
*Wahai kawanku,Maksimumkanlah faedah waktu anda dan tolonglah orang lain supaya memanfaatkan masa.Hadkan masa penuaiannya.Biasakan hidup berjadual.Bijaksanakanlah menggunakan waktu anda!Bersegeralah,kerana...Sabda Nabi Sallallahu'alaihiwasallam bermaksud:"Bertindak segeralah melakukan amal...."(diulang 7 kali)Sayanglah masa saudaramu!!Hormatilah waktu mereka!!Usahlah berbicara meleret-leret...tanpa haluan dan nokhtahnya...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan