Halaman

Isnin, 26 Jun 2017

Gua Krubera, Gua Yang Paling Dalam Di Dunia Sehingga Digelar ‘Pintu Masuk ke Dalam Kerak Bumi’

Gua Krubera merupakan satu-satunya gua di muka bumi yang mempunyai kedalaman maksimum! Terletak di Abkhazia, Georgia, kedalaman Gua Krubera dari pintu masuk gua adalah sekitar 7,208 kaki (2,197 meter).
 
Memandangkan ia merupakan satu-satunya gua yang dikenalpasti mempunyai kedalaman mencecah melebihi 2,000 meter, Gua Krubera telah diisytiharkan dengan gelaran ‘Pintu Masuk ke Dalam Kerak Bumi’.
 
Gua ini juga mempunyai dua puncak gunung di mana salah satunya diukur pada ketinggian 1,300 meter manakala satu lagi pada 2,197 meter. Bagi sesiapa yang berminat untuk melakukan pengembaraan ekstrem di gua tersebut, ini dia peta lokasi ke Krubera-Voronya.

Peta lengkap untuk ke Gua Krubera
Sumber: Gizmodo


Penemuan Gua Krubera dikatakan berlaku pada sekitar tahun 1960 apabila Alexander Kruber, seorang ahli geografi menjadi penjelajah pertama yang berjaya menemui gua tersebut. Namun pada ketika itu, mereka hanya berjaya menyusuri kedalam sehingga 180 meter sahaja. Penemuan gua tersebut menarik minat ramai pengembara lain dari seluruh dunia untuk mencatatkan rekod baru kedalaman gua tersebut.

Kemudian menjelang tahun 1980, satu ekspedisi yang diketuai oleh seorang pengembara Rusia-Poland telah menemui tiga lagi gua di kawasan puncak gunung tersebut. Tiga gua itu adalah gua Siberia, gua Henrich dan juga gua Berchil.
 
Pada 1999 pula, Yury Kasyan mengetuai satu ekspedisi untuk menerokai gua tersebut bersama-sama dengan Persatuan Pengkaji Gua Ukraine (Ukr. S.A) telah menemui dua lagi cabang baru di dalam gua tersebut. Satu digelar sebagai ‘Cabang Utama’ yang diukur pada 740 meter manakala satu lagi dikenali sebagai Cabang Nekuybyshevskaya dengan kedalaman sehingga 500 meter.

Pada Ogos tahun berikutnya, kumpulan yang sama kembali menerokai gua tersebut sehingga mencecah kedalaman 1,200 meter.

Bulan September tahun yang sama pula, pasukan pengembara Ukr. S.A. telah bergabung dengan MTDE dan meneruskan misi mereka untuk meneroka kedalaman gua tersebut. Pada ketika itu, mereka berjaya mencatat sejarah baru apabila mencecah sehingga pada kedalaman 1,410 meter.

Sekitar bulan Januari 2001, kumpulan Ukr. S.A. sekali lagi berusaha untuk mencapai kedalaman maksimum di Gua Krubera. Pada tahun itu, Gua Krubera dicatatkan sebagai gua terdalam di dunia setelah kumpulan ini berjaya meneroka sehingga 1,710 meter atau 5,610 kaki!

Dalam eksplorasi tersebut, terdapat banyak lagi pasukan pengembara dari negara lain yang turut sama menyertai aktiviti tersebut. Antaranya adalah dari Rusia, Bulgaria, Perancis, United Kingdom, Ireland, Sepanyol, Lithuania dan juga Moldova.

Ekspedisi seterusnya diteruskan lagi oleh kumpulan Kasyan dan sekitar Ogos hingga Spetember 2009, mereka berjaya meneroka sehingga kedalaman 1,557 meter!

Penerokaan terakhir hanya berlaku pada sekitar Ogos tahun 2012 apabila seramai 59 orang pengembara berjaya menuruni gua tersebut sehingga ke bahagian yang paling dalam. Pada misi kali ini, kumpulan pengembara tersebut mengambil masa selama 27 hari dalam melaksanakan misi mereka di mana terdapat beberapa kumpulan pengembara yang telah membina kem-kem bawah tanah di dalam gua tersebut.
 
Individu yang menempah namasekali gus berjaya mencapai rekod kedalaman terbaru Gua Krubera adalah Gennadiy Samokhin.Pada ketika itu, beliau berjaya menerokai kedalaman gua pada kedalaman yang paling maksimum iaitu 2,197 meter!
 
Kredit: Robbie Shone

Tiada ulasan:

Catat Ulasan