Halaman

Jumaat, 21 Julai 2017

5 barang bukan mainan yang kanak-kanak gemar main!

1. Kotak

Selalunya, jika anak anda dapat mainan baru, paling lama mereka main dengan mainan tersebut adalah 15 minit, selepas itu mereka akan mula bermain dengan kotak. Memang agak pelik, tetapi secara jujurnya, bolehkah anda menyalahkan mereka? Kanak-kanak boleh memikirkan pelbagai perkara kreatif yang boleh dilakukan pada sebuah kotak; anda pasti akan berasa kagum dengan betapa luasnya imaginasi mereka.

Ada kanak-kanak yang mengubah kotak menjadi kubu, ada yang berangan ia adalah sebuah kapal angkasa, dan ada juga yang akan berpura-pura menganggap ia adalah sebuah gua gelap. Sememangnya, ia satu hiburan tanpa henti untuk kanak-kanak ini! Cuma, pastikan anda mengawasi anak anda semasa mereka bermain kerana tempat-tempat ini bukanlah dicipta untuk dijadikan mainan.

2. Bakul Dobi

Iya, kanak-kanak sukakan bakul dobi. Kami pasti anda pernah mengalami keadaan di mana semua baju ahli keluarga anda bergelimpangan di seluruh pelusuk rumah, hanya kerana anak anda ingin masuk ke dalam “kapal angkasa” dia. Kami tahu untuk mengemas semula adalah satu perkara yang menyusahkan, jadi apa kata anda sertai anak anda dalam “kapal angkasa” nya itu buat sementara waktu?

3. Alat Kawalan Jauh

Oh, alat kawalan jauh. Ramai kanak-kanak yang sudah menonton filem Star Wars akan berpura-pura yang alat kawalan jauh mereka di rumah itu adalah pedang cahaya light sabers. Kami pun pasti anda pernah melakukannya sekali dalam hidup anda! Tetapi, pastikan yang mereka meletakkan semula alat kawalan jauh tersebut di tempat asalnya kerana alat kawalan jauh ini memang ada perangai pelik untuk menghilang dikala anda sangat perlu menggunakannya!
Juga, pastikan yang mereka tidak cuba untuk mengeluarkan bateri, kerana bateri boleh mendatangkan bahaya tercekik, terutamanya buat anak-anak kecil.

4. Botol Minuman

Sebenarnya, kami mengambil kira apa botol sekalipun. Kanak-kanak suka meletakkan barang ke dalam botol, dan mereka meletakkan pelbagai benda pelik di dalamnya, selalunya gabungan barangan yang mereka jumpa di dalam rumah dan sabun serta syampu dari bilik air.
Cuma pastikan yang botol yang anak anda main adalah botol plastik, kerana botol kaca boleh pecah dan mencederakan mereka.

5. Telefon Bimbit

Kalau anda selalunya bermain game di telefon bimbit anda, kanak-kanak pula tidak kisah sangat pasal main game apps tersebut. Mereka lebih suka untuk mencampak telefon anda atau cuba untuk menghidupkan lampu flashlight. Kanak-kanak memang ada hubungan pelik dengan telefon bimbit kerana kebanyakkan anak-anak yang ternampak telefon, tanpa mengira usia, pasti akan bergerak menuju ke peranti tangan tersebut.
Sebab itulah anda perlu pastikan yang iPhone mahal anda jauh daripada jangkauan mereka, terutamanya sebab anak-anak kecil memang ada habit untuk mencampak barang ke sekeliling mereka.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan