Halaman

Selasa, 25 Julai 2017

Amalan Yang Boleh Membantu Kita Keluar Daripada Segala Kesempitan. Selepas Amalkannya, Rezeki Akan Datang Melimpah. In Shaa Allah.

Amalan Mudah Ikut
Ini amalan yang diajarkan oleh Rasulullah s.a.w kepada seseorang yang datang mengadu padanya tentang hidupnya yang dirundung kesempitan hidup.

1. Beri Salam
Bila pulang dan ada orang di rumah, Rasulullah s.a.w minta kita beri salam.
“Assalammualaikum warah matullahi wabarakatuh”
Maksudnya: “Semoga keselamatan, keberkatan dan kasih sayang (rahmat) dari Allah SWT menyertai anda / kalian.”
Bila tiada orang di rumah, Rasulullah minta beri salam kepada diri Baginda sebagaimana ucapan yang biasa disebut dalam tahiyat akhir.
“Assalamu’alaika aiyuhan Nabiyu warahmatullayhi wabarakatuh”
Maksudnya: “Salam atasmu wahai Nabi dan rahmat Allah dan keberkatanNya.”


2. Baca Surah Al-Ikhlas
Selepas beri salam pada orang yang di rumah atau pada Rasulullah s.a.w bacalah surah Al-Ikhlas.

Dalam riwayat yang lain diceritakan kalau seseorang membaca surah Al-Ikhlas
1 kali – Dirinya akan diberkati.
2 kali – Dirinya diberkati, ahli keluarganya diberkati.
3 kali – Dirinya diberkati, ahli keluarganya diberkati, jiran tetangganya diberkati.

“Hatta jiran tetangga yang bukan Islam sekali pun Allah berkati. Cuma cara keberkatan itu berbeza. Bagi kita pula Allah berkati apabila hidup kita dengan mereka berbaik-baik, tak bergaduh, tak berbalah. Itulah keberkatannya.”

Kisah Orang Yang Mendatangi Rasulullah s.a.w

Selang beberapa waktu, selepas orang itu mengamalkan apa yang Rasulullah s.a.w ajar, dia datang kembali kepada Baginda dan memberitahu hidupnya sudah berubah.

Kalau dulu sempit, sekarang jadi lapang. Dulu susah, sekarang jadi senang. Dulu rezekinya sempit, sekarang melimpah-limpah kepada jiran tetangganya. Mereka pun mendapat sama keberkatan yang diamalkan.


Tapi masa yang sama seseorang perlulah BERUSAHA. Maksud daripada amalan tersebut. Allah tunjukkan jalan-jalannya. Macam mana nak lapangkan kehidupan, kita kenalah berusaha. Bukan bermakna Rasulullah s.a.w ajar kita tak buat apa-apa atau berpeluk tubuh sahaja. Bukan begitu.


Begitulah dalam meniti kehidupan ini, berusahalah untuk menghidupkan sunnah Rasulullah s.a.w dengan banyak membaca surah Al-Ikhlas.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan