Pernah anda sakit di bahagian abdomen/perut? Perut memulas nak buang air besar? Perut kembung sebab ada angin lebihan yang perlu dibebaskan segera? Sakit atau ketidakselesaan perut jenis ini memang normal dan biasanya kita tahu apa yang perlu dilakukan kerana saraf dan memori sudahpun menyimpan tindakan susulan automatik yang akan terjadi. Bagaimana pula kalau sakit perut di bahagian abdomen yang berulang-ulang dan tidak hilang sakitnya?
Rasa sakit di bahagian perut inilah yang perlu kita ambil berat. Ngeri di bahagian bawah perut sebelah kanan yang sekejap ada, sekejap takde bak biskut chipsmore rupa-rupanya salah satu tanda gejala radang appendik. Penting rupanya untuk kita tahu tanda atau gejala sakit perut yang normal ataupun tidak.
- Peringkat awal. Tanda awal yang biasa berlaku ialah bila kita mula rasa sakit dari bahagian pusat dan kemudian melarat ke bahagian bawah abdomen/perut. Posisinya lebih kurang kalau kita letak tapak tangan kita di bawah hujung tulang rusuk kanan. Kat situlah yang kita akan rasa berdenyut-denyut.
- Jika radang merebak ke tisu sekitar, rasa sakit bawah perut akan rasa lebih kuat dan mungkin semakin teruk. Rasa sakitnya tidak konsisten tapi rasa berdenyut tu memang berulang-ulang.
- Loya dan muntah-muntah. Ramai yang sangka mungkin salah makan atau keracunan makanan. Maka, ubat tahan muntah dan loya menjadi pilihan ramai doktor. Ini pentingnya kita tahu gabungan gejala dan tanda sakit perut yang luar biasa.
- Hilang selera makan. Bila dah selalu muntah dan rasa loya, mana mungkin nak makan dengan berselerakan? Jadi, kalau kita sakit perut lebih dari 3 hari, selera makan pun hilang, eloklah segera ke klinik atau hospital berdekatan untuk pemeriksaan rapi. Isteri saya memang hilang selera makan dan memang kena telan juga makanan berupa bubur untuk membekalkan tenaga, tapi berat badan memang susut hampir 2 kilo.
- Cirit-birit. Ini antara gejala awal berlaku radang appendik. Ianya tidaklah lama sebab perut kita tidak terlalu padat dengan makanan. Maka, air besar juga kelihatan sedikit luar biasa. Penting untuk tahu, mana yang biasa dan luar biasa!
- Sembelit. Ada sesetengah pesakit appendik rasa susah nak buang air besar (tapi tidak pada isteri saya).
- Sukar kentut. Ini antara tanda/gejala penting sakit perut atau radang appendik. Memang amat susah untuk buang angin bila seseorang tu appendiknya sudah bengkak. Jadi, jangan marah kalau insan tersayang anda kentut. Itu tandanya dia sihat!
- Bengkak pada abdomen/perut. Memang tak berapa nampak sebenarnya, tapi kalau betul-betul appendik kita bengkak (di dalam perut), memang akan boleh dilihat jika kita berbaring. Akan nampak sedikit bengkakan di sekitar bawah perut kanan. Biasanya kalau ditekan, memang terasa sakit dan tak selesa.
- Demam. Ini soalan nombor 1 yang doktor akan tanya dan biasanya kita yang sakit perut tak demampun (berlaku pada isteri saya). Jadi, kalau ada rasa badan panas sedikit (lebih 37 degree), pastikan kita maklumkan pada doktor.
- Kedudukan lutut. Bagi pesakit ini, bila ditarik kedua lutut ke arah dada, rasa sakit perut tu akan berkurang dan lebih selesa.
Apa nak buat kalau ada tanda dan gejala sakit perut seperti di atas?
- Bertenang. Jangan panik. Periksa suhu badan dan kekerapan sakit perut anda. Catatkan bacaan dan selang masa sakit perut. Minta tolong ahli keluarga anda yer.
- Terus ke klinik atau hospital. Ceritakan segala-galanya kepada doktor bertugas. Contohnya berapa lama dah sakit, berak ok atau tak, air kencing warna apa. Kadang-kadang doktor tak akan bertanya kepada pesakit. Maka, bertanyalah dan berceritalah kepada mereka!
- Kalau doktor kata semuanya ok? Kalau anda sudah acap kali berulang ke klinik @ hospital yang sama, apa kata anda cuba ke klinik lain dan cuba jalani ujian yang lebih lanjut. Ujian apa yang sesuai untuk kita tahu yang kita bukan radang appendik?
Ujian apa yang perlu dijalani untuk penyakit appendik?
- Ujian ultrasound dapat menjelaskan kalau ada bengkak di bahagian bawah perut kanan. Kos ujian ultrasound sekitar RM90 (hospital swasta).
- Ujian darah yang lengkap akan memberikan petunjuk kepada serangan bakteria/virus dalam sistem pertahanan badan kita. Biasanya, bacaan sel darah putih dalam darah menunjukkan bacaan yang tinggi.
- Ujian air kencing juga diperlukan untuk mengesan kehadiran bakteria dalam urin kita. Kos ujian darah dan air kencing sekitar RM80 dan mengambil masa selama lebih kurang 2 jam untuk mendapat keputusannya (hospital swasta).
Inilah senarai 10 gejala radang appendik/sakit perut. Jangan terkejut jika kanak-kanak seawal 3 tahun juga boleh mendapat sakit perut appendik ini. Kita yang dewasa apatah lagi. Jika appendik membengkak dan bernanah, ia memang di tahap yang serius sehingga ada kes yang membawa kepada kematian.
Sentiasalah bertanya dan awasi kesihatan diri sendiri, isteri dan anak-anak kita supaya langkah
pencegahan sakit perut mahupun radang appendik ini dapat dicegah lebih awal.
Perhatian: Kalau perlu, minta doktor lakukan ujian darah, ultrasound dan sebagainya sebab sudah banyak cerita, ramai yang ingat hanya sakit perut biasa tapi tersedar ianya radang appendik bila sudah pecah bengkaknya.
Sumber & rujukan :[ 1 ][ 2 ]
BLOG TEMPAT APA SAJA NAK AKU MASUKKAN DAN POST. MOGA MEMBERI MANFAAT. SELAMAT BERLAYAR........
Halaman
▼
Tiada ulasan:
Catat Ulasan