Halaman

Sabtu, 30 September 2017

Koleksi Petua-petua untuk anda

1- Masalah kencing tidak lawas
Atasi masalah kencing tidak lawas dengan menggunakan air basuhan beras yang ketiga. Minum air basuhan tersebut segelas setiap hari dan lihatlah perbezaannya.

02- Bibir Merekah
Minum air kelapa muda yang dicampur dengan kuning telur dan sedikit madu lebah. Amalkan meminumnya sekali dalam sehari dan nantikan hasilnya.

03- Segarkan Kulit Muka
Sapukan jus epal hijau kemuka dan biarkan selama 5 hingga 10 minit kemudian cuci muka dengan air bersih.

04- Rawati Kulit Melecur
Tuangkan susu cair atau susu pekat manis keatas bahagian yang terkena air panas. Pastinya ia tidak akan mengelembung dan berparut.

05- Merawat Sakit Tekak
Jika anda menghidap sakit tekak, anda perlu mendapatkan beberapa keping asam keping. Asam keping ini hendaklah dibakar hingga menjadi hangus. Setelah itu ditumbuk dan digaul dengan sedikit air sirih. Setelah itu sapukan pada bahagian tekak anda yang sakit. Insya Allah tekak anda akan sembuh seperti sediakala.

06- Mengurangkan Batuk
Ambil satu ataupun dua sudu nasi panas yang baru saja masak. Kemudian masukkan ke dalam cawan dicampurkan sedikit air. Setelah itu, embunkan nasi tersebut selama semalam. Keesokan harinya, minumlah air tersebut. Ulangi petua ini hingga beberapa hari. Insya Allah, batuk anda akan sembuh dengan segera.

07- Asma/Sesak Nafas
Ambil 4-5 helai daun buah keras laut. Ramaskanlah daun tersebut dengan air bersih. Kemudian saringlah setengah gelas. Embunkan semalaman sebaik-baiknya dilakukan pada waktu pagi. Apabila bangun tidur, ambil air tersebut dan dicampur dengan sedikit madu. Minumlah berulangkali setiap pagi ramuan ini.

08- Menurunkan panas badan
Daun bunga raya amat berguna unutk menurunkan panas badan ketika demam. Ambil beberapa helai daun bunga raya dan ramas di dalam air hingga hancur.Sapukan pada kepala dan seluruh tubuh hingga basah. Biar kering sendiri dan ulang lagi hingga reda panasnya.

09- Manfaat Air Nenas
Kencing batu karang menyakitkan, badan berasa tidak arah dan demam. Setiap kali buang air berasa sakit. Mungkin petua ini dapat membantu anda. Kupas sebiji nenas dan cincang.Campur segelas air serta sedikit garam dan dikisar halus.Minum air nenas segelas setiap hari sehingga penyakit anda nampak pulihnya.

10- Menyegarkan Mata Gatal dan Letih
Ambil beberapa helai daun sireh muda. Kemudian, cuci bersih. Ramas-ramaskan ia dan masukkan ke dalam air suam. Selepas itu, tapis airnya. Selanjutnya rendamkan mata sambil kerdipkan berulang kali. Lakukan selalu dan hasilnya anda akan merasai perubahannya.

11- Penawar Resdung
Petua yang paling mudah dan berkesan ialah dengan mengamalkan menyedut air ke dalam hidung (seperti sebelum kita ber wuduk).Kemudian picit sebelah hidung dan hembuskan sekuat hati. Buatlah berulang-ulang kali sehingga selesai kedua-duanya. Selepas itu basuhlah muka dengan bersih. Lakukan ini setiap kali setelah sampai ke satu-satu destinasi, baik ke pejabat,bersantai, beriadah atau pulang ke rumah malah ke mana saja. Kesannya sungguh menakjubkan.

12- Sembuhkan luka selepas bersalin
Bagi wanita yang baru bersalin dan ingin luka cepat sembuh, anda boleh amalkan petua berikut: Mula-mula ambil beberapa helai daun jambu batu dan dua keping asam keping. Kemudian rebus sehingga mendidih. Biarkan seketika sehingga air tadi menjadi suam. Cuci bahagian luka tadi dengan menggunakanair tersebut.
Insya Allah luka akan cepat sembuh.

13- Legakan Sakit Kepala
Setiap orang mungkin mengalami sakit kepala yang amat sangat akibat tekanan di tempat kerja dan sebagainya.Jadi untuk menghilangkan rasa sakit kepala itu, ambil tiga atau empat keping asam gelugor atau asam keping. Rendamkan dalam air suam semalaman. Minum air tersebut pada keesokkan harinya. Insyaallah sakit kepala anda akan hilang serta merta.

14- Kilatkan rambut dengan biji betik
Ambil biji betik yang sudah masak sebanyak dua genggam, Bersihkan kulit biji yang berair itu, dan jemursampai kering. Bila sudah kering, gorengkannya tanpa minyak sampai hangus. Setelah itu bolehlah ditumbuk atau digiling biji betik itu hingga lumat. Pindahkan pada piring dan bancuh dengan air. Sebelum menggunakannya bersihkan rambut anda terlebih dahulu . Keringkan rambut anda dan sapukan bahan tadi tanpa syampu. Anda akan dapat lihat hasilnya. Rambut anda akan kelihatan hitam dan berkilat.

15- Hilangkan Lemak
Jika anda mengalami masaalah berat badan anda boleh menggunakan air asam jawa sebagai minuman harian.ini kerana, air asam jawa boleh menjadi alternatif bagi mengurangkan lemak dalam badan anda. Caranya; Ambil sebuku asam jawa, Ramas dengan air sebanyak satu gelas. Masukkan air asamjawa tadi kedalam peti sejuk. Minum air tadi selepas makan tengahari atau selepas makan malam. Amalkan meminumnya setiap hari dan anda akan dapati tubuh anda bertambah segar dan langsing.

16- Merawat Ketumbit
Jika ada dikalangan keluarga atau rakan-rakan anda menghadapi masaalah ketumbit di mata, Tak perlulah risau kerana ianya mudah dirawat dengan bawang putih sahaja. Caranya, ambil seulas bawang putih, guris sedikit bahagian hujungnya dengan kuku agar keluar airnya dan sapukan pada kelopak mata yang ber ketumbit tadi 3 kali sehari. Insyaallah ketumbit akan beransur baik dalam masa singkat.


17- Menghilangkan Panau.
Panau adalah sejenis penyakit kulit yang tidak menyakitkan. Namun ianya membuat kulit anda kelihatan tidak menarik. Oleh yang demikian jika anda mengalami masaalah panau, cubalah petua di bawah ini:
Ambil lengkuas atau bawang putih, gosokkan pada panau itu sehingga kulit anda terasa perit dan kemerah-merahan. Ulangi selama seminggu. Insyaallah panau anda akan beransur hilang dan kulit anda akan kelihatan lebih menarik.

18- Melangsingkan badan.
Melangsingkan badan,cara paling mudah dan murah ialah:
1-Dua biji lobak merah dipotong
2-Sebiji mentimun segar,
3-Sebiji limau nipis,
Kemudian ketiga-tiga bahan ini dikisar dan diperah airnya untuk diminum.Amalkan dua kali sehari setiap pagi dan malam. Insyaallah badan yang gedempol akan beransur langsing dan menarik.

19- Awet muda dan menarik.
Wajah anda kelihatan tua kurang menarik dan berminyak.
Amalkan ketiga-tiga cara di bawah.
1-Banyakkan ketenangan, berzikir dan sentiasa mengingati Allah.
2-Minum segelas air suam setiap pagi sebaik bangun tidur.
3-Makan sehelai daun pegaga segar setiap hari selama 40 hari.

20- Khasiat bawang putih.
Mereka yang menghidap lelah dan semput seringkali menghadapi masaalah bila termakan makanan dingin seperti rambutan, mentimun dan betik. Untuk ke klinik kita akan mengambil masa dan kos yang tinggi, Oleh itu cubalah petua di bawah:
Dua ulas bawang putih-ditumbuk,
Tiga sudu minyak masak.
Campurkan kedua bahan tadi dan sapu pada leher, dada dan belakang. Dalam masa sepuluh minit kita akan lihat perubahannya. Ia juga boleh digunakan ketika batuk.

21- Sakit Tekak
Sakit tekak sewaktu bangun pagi?Terus kebilik air dan tepukkan air sejuk di tengkuk anda. pastinya kahak akan "longgar" dan mudah keluar selepas itu.
Hilangkan atau elakkan sakit tekak dengan meminum air tomato seminggu 3 kali. Sakit atau perit tekak akan hilang.

22- Merdukan Suara
Merdukan suara dengan air suam yang diperahkan limau nipis. campurkan gula batu dan biarkan semalaman. Keesokkannya, sebelum gosok gigi atau berkumur dan minum air itu.

23- Rawat Muntah
Rawati muntah kanak-kanak dengan daun limau purut. Tumbuk atau mesinkan dengan campurkan sedikit air. Minum seperti biasa. ia akan beransur sembuh.

24- Hilangkan sedu
Hilangkan sedu dengan menarik nafas sedalam yang boleh, lakukan 3 atau 4 kali. Pastinya sedu anda beransur hilang selepas itu.

25- Hilangkan kutu
Hilangkan kutu pada rambut dengan beberapa biji bawang putih yang ditumbuk lumat. Campur dengan minyak masak dan lumurkan pada rambut. Balut dengan kain selama sejam sebelum dicuci.

26- Segarkan Diri
Ingin segar diwaktu pagi? Selepas bangun daripada tidur, minum terus air suam. Amalan ini dipercayai awet muda sejak turun temurun.

27- Hilangkan batuk
Hilangkan batuk dengan mengambil sedikit gula melaka dan makan. anda akan lihat hasilnya yan memuaskan setelah beberapa ketika.

28- Segarkan Mata
Segarkan mata dengan beberapa helai daun sirih muda, cuci bersih. Ramas dan masukkan kedalam air suam dan tapis airnya. Rendamkan mata sambil kerdipkan mata berulangkali.
Segarkan mata dengan menggunakan uncang teh yang telah digunakan. Tekap ke mata anda. Hasilnya mata anda akan terasa sejuk dan segar.

29- Gusi bengkak
Atasi bengkak gusi dengan menghancurkan umbut nenas. Campurkan dengan sedikit garam halus. Tampalkan pada gusi yang ada kesan bengkak. Biarkan sehingga kering.

30- Suara Serak
Atasi suara serak dengan sebuku asam jawa, rendam dan ramas didalam air. Kemudian campur dengan segelas air sejuk. Masukkan ke dalam peti sejuk. Minum dua kali sehari.
Atasi suara serak dengan dua biji bawang besar, Buang kulit dan mesin hingga hancur, tapiskan dan ambil airnya. Minum sekadar dua kali sehari selama dua hari berturut-turut.
Ubati suara serak dengan beberapa biji limau nipis dan mesinkannya dengan dicampur sedikit air lalu dipanaskan, kemudian sedutkan wapnya melalui mulut beberapa kali.

31- Badan Lesu
Sekiranya anda sering diserang angin yang menyebabkan badan lesu, didihkan daun mengkudu dan sedikit halia. saringkan airnya dan minum pagi dan petang.

32- Sembuhkan luka
Sembuhkan luka dengan daun lidah buaya (aloe vera) dan sapukan lendirnya pada luka tersebut. dengan caratersebut, luka akan sembuh dengan lebih cepat.

33- Sengatan kala jengking
Redakan kesakitan akibat disengat kala jengking dengan menumbuk lada hingga halus dan dicampur dengan minyak kelapa. Tampalkan pada tempat yang terkena sengat tadi.

34- Hilangkan jerawat batu
Hilangkan jerawat batu dengan ambil sedikit beras, tumbuk hingga halus dan campurkan dengan sedikit air. Gunakan pada waktu hendak tidur, tiga kali seminggu.

35- Serikan wajah
Serikan wajah dengan rendamkan teh semalaman. Sapukan seluruh muka keesokkan harinya sebelum mandi. Wajah anda akan berasnsur-ansur licin serta kelihatan segar.

36- Menyegarkan kulit muka
Segarkan kulit muka dengan perahan jus epal hijau yang dikatakan menyegarkan kulit muka. Sapu kemuka dan biarkan selama 5 hingga 10 minit kemudian cuci muka dengan air bersih.

37- Rawat kulit melecur
Rawati kulit yang melecur dengan susu cair atau susu pekat manis. Tuang keatas bahagian yang terkena air panas. Pastinya ia tidak akan mengelembung dan berparut.

38- Hilangkan bau mulut
Hilangkan bau mulut dengan menumbuk lumat sepuluh kuntum bunga cengkih dan tiga ulas bawang putih. Gosokkan pada gigi dan berkumur hingga bersih. Lakukan 3 hari sekali.

39- Masalah kencing manis
Ubati kencing manis dengan hempedu ayam. Simpannya di dalam peti sejuk. Esoknya ketika hempedu itu telah beku, telannya bersama air sejuk. Lakukan selama seminggu.

40- Minyak hilangkan ketuat
Jika minyak menggoreng anda sudah terlalu hitam, jangan di buang. Gunakan ia untuk menghilangkan ketuat. Caranya sapu minyak tersebut pada ketuat dan ulangi langkah tersebut 3-4 kali sehari sehingga ketuat itu hilang.

41- Timun atasi panas badan
Bagi ibu-ibu yang baru bersalin pasti akan mengalami panas di badan. Ambil timun kemudian kisar bersama garam. Tapis dan ambil airnya. Kemudian simpan di dalam peti sejuk. Barulah diminum.

42- Masalah senggugut
Daun betik dikatakan boleh menghilangkan sengugut. Ambillah segengam ditumbuk dan airnya hendaklah diminum pada setiap pagi selama tiga hari pada setiap bulan.

43- Kulit perut berkedut
Elakkan kulit dibahagian perut berkedut dengan sesudu air kecil air limau nipis, sesudu air kapur sirih dan 20 titik minyak kayu putih. Gaul dan sapu pada kesan-kesan pecah dalam masa dua minggu.

44- Masalah kembung perut
Atasi masaalah kembung perut dengan dua ulas bawang putih. Bakar bawang putih tersebut dan kupas kulitnya dahulu serta makanlah bawang putih berkenaan.

45- Masalah sesak nafas
Atasi masaalah sesak nafas dengan merebus beberapa biji buah mata kucing. Apabila ia mendidih, sejukkan dan minum. Buat seberapa banyak yang boleh dan amalkannya selalu.

46- Masalah kencing tidak lawas
Atasi masalah kencing tidak lawas dengan menggunakan air basuhan beras yang ketiga. Minum air basuhan tersebut segelas setiap hari dan lihatlah perbezaannya.

47- Melegakan tekak perit
Rendamkan sebiji buah kembang semangkuk di dalam mangkuk, biarkan seketika kemudian minum airnya.

48- Elak gatal ulat bulu
Parut sepotong kunyit, campurkan dengan kapur sirih dan air. panaskan ramuan ini di atas api dan setelah dingin, sapukan pada bahagian yang gatal dan bengkak.


Source: Famili Azam Dot Com | Laman Famili Berinformasi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan