Halaman

Sabtu, 28 Oktober 2017

Cara Pemanduan Kereta Ketika Kecemasan

BREK GAGAL BERFUNGSI


  • Seseorang pemandu menekan injak brek, tetapi injak brek terus menyentuh lantai.
  • Pamkan injak brek dengan segera, bagi memulihkan tekanan brek.
  • Sekirannya gagal, tarikkan brek tangan beransur-ansur, tukar gear rendah dengan menggunakan kuasa pemampatan enjin untuk memperlahankan kenderaan.
  • Sekiranya, brek terus gagal berfungsi ketika berada di atas bukit, bukit curam atau kenderaan itu membahayakanpengguna Jalan raya yang lain, segera carikan objek untuk digesel seperti semak ditepi Jalan , rel adang dan bahu Jalan, agar kenderaan dapat dikawal dan memperlahankannya.
  • Gunakan hon dan lampu untuk memberi amaran kepada lain-lain pemandu dan penjalan kaki.

KENDERAAN TERBABAS


  • Sekiranya bahagian belakang kenderaan terbabas, lepaskan pedal pemecut dengan segera.
  • Pusingkan stereng mengikut arah belakang yang terbabas itu.
  • Jangan gunakan brek dalam keadaan ini.

PEMECUT TERLEKAT

  • Jika jalan raya selamat, cuba tarikkan injak pemecut yang terlekat dengan hujung kasut anda.
  • Sekiranya tidak boleh, matikan suis enjin dan gunakan brek untuk cuba memberhentikan kenderaan.
  • Pegang stereng dengan kuat, supaya tidak terkunci semasa suis enjin dimatikan.
  • Berhenti segera ditempat yang selamat dan baiki injak pemecut yang rosak.
  • Jikalau gagal hubungi mekanik.

BONET TERBUKA

  • Brek secara beransur-ansur.
  • Naik ke atas bahu Jalan.
  • Lihat melalui tingkap untuk panduan dan berhenti memandu.
  • Sentiasa pastikan bahawa bonet itu ditutup rapat selepas kenderaan digerakkan.

TAYAR PECAH

  • Pegang stereng dengan erat.
  • Jika tayar belakang yang pecah, kenderaan akan tidak stabil iaitu membelok ke kiri dan ke kanan.
  • Brek perlahan-lahan dan berhati-hati.
  • Brek dengan tiba-tiba menyebabkan kenderaan berpusing dan sukar dikawal.
  • Naik ke atas bahu Jalan perlahan-lahan di kawasan rata dan selamat untuk menukar tayar.
  • Jangan tukar tayar di kawasan bahaya.
  • Nyalakan lampu kecemasan atau meletakkan alat-alat kecemasan yang lain agar pemandu kenderaan lain akan mengetahui ada kecemasan di hadapan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan