BLOG TEMPAT APA SAJA
NAK AKU MASUKKAN DAN
POST.
MOGA MEMBERI MANFAAT.
SELAMAT BERLAYAR........
Halaman
▼
Jumaat, 3 November 2017
Berapakah Berat Yang Boleh Dipikul Oleh Seekor Semut?
Kita pernah melihat seekor semut mengheret makanan atau
mangsanya yang lebih besar daripada saiz badannya. Sebenarnya, semut
adalah serangga yang sangat kuat. Seekor semut boleh membawa barang yang
30 kali lebih berat daripada berat badannya. Kekuatan semut terletak
pada rangka di luar badannya yang dikenali sebagai ‘exoskeleton'.
sekadar gambar hiasan
`Exoskeleton' dan susunan otot khas pada tubuh semut memberi
kekuatan kepada semut. `Exoskeleton' melindungi semut daripada cuaca,
kecederaan dan kehilangan air. Lapisan pada rangka itu mengandungi
pelbagai organik yang dikenali sebagai `chitin'. Seperti manusia, semut
hidup dalam kelompok masyarakatnya sendiri dan mempunyai tiga bidang
kepakaran dalam mencari makanan. Kepakaran iaitu terbahagi kepada
mengumpul, memburu dan penanam. Sistem itu dipercayai telah wujud sejak
kira-kira 40 juta tahun lalu. Di Amerika Utara, terdapat beberapa
spesies semut yang mempunyai watak tersendiri ini termasuklah tukang
kayu, askar, pengumpul biji-bijian, penanam kulat malah pencuri dan
peminta sedekah. Wohoo..cool!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan