Rumah adalah tempat perlindungan dan beristirahat. Pastinya setiap orang inginkan ketenangan setiap kali berada di rumah.
Dalam mencari ketenangan, tentu sahaja
kita memerlukan rumah yang bersih tanpa wujudnya barang-barang yang
boleh mendatangkan kemusyrikan kepada kita.
Rasulullah SAW bersabda:
“Empat perkara yang membawa
kebahagian iaitu Isteri Solehah, Tempat tinggal yang luas, jiran yang
baik dan Kenderaan yang selesa” – (Ibnu Hibban)
Manakala Allah SWT berfirman:
“Allah menjadikan untuk kamu rumah-rumah kamu sebagai tempat yang menyenangkan” – (Surah an-Nahl : 80)
Oleh itu, dalam menghias rumah, tidak harus wujudnya unsur-unsur berbentuk syirik seperti patung.
Ini kerana, dlm mencari ketenangan, kita
juga mengharapkan supaya Malaikat Rahmat masuk ke dalam rumah, kerana
malaikat tidak akan masuk ke dalam rumah yang mengandungi patung.
Rasulullah SAW bersabda:
“Sesungguhnya Malaikat tidak akan masuk ke rumah yang di dalamnya ada patung” – (Bukhari dan Muslim)
Begitu juga dengan rumah-rumah yang dihiasi dengan gambar yang berbentuk lucah, wanita tidak berpakaian dan seumpamanaya.
Kadang kala, terdapat rumah yang
mempunyai kawasan yang luas dan pada zahirnya kelihatan tenang dan
cantik tetapi malangnya tidak dimasuki Malaikat sebab wujudnya
gambar-gambar berunsur kemaksiatan, patung-patung hiasan dan
seumpamanya.
Cacatkan Angota Patung
Sekiranya terdapat perhiasan berbentuk
patung di dalam rumah, maka hendaklah dicacatkan anggotanya seperti
patahkan kepala patung tersebut atau yang sewaktu dengannya.
Ini berdasarkan sebuah hadis yang
menceritakan tentang keengganan Jibrail a.s memasuki rumah Rasulullah
SAW kerana di pintu rumahnya ada sebuah patung. Hari berikutnya pun
Jibrail masih tidak mahu masuk, sehingga dia mengatakan kepada Nabi
Muhammad:
“Perintahkanlah supaya memotong
kepala patung itu. Maka dipotonglah ia sehingga keadaannya menjadi
seperti sepohon pokok” – (Riwayat Abu Daud, Nasai dan Termizi dan Ibnu
Hibban)
Dengan kecacatan tersebut, tiada kemungkinan patung itu akan diagung-agungkan.
Bagaimanapun, patung-patung permainan
yang digunakan oleh anak-anak perempuan dibolehkan dalam Islam kerana
permainan sebegini ini sekurang-kurangnya boleh mengajar anak-anak untuk
masa akan datang cara mendidik anak-anak mereka.
Perhiasan Yang Di Benarkan dan Yang Tidak Di Benarkan Dalam Islam
Menyentuh isu perhiasan yang dibolehkan
dalam Islam, adalah seperti ayat-ayat suci al-Quran, pokok, gambar
pemandangan dan benda yang tidak bernyawa. Tidak salah dalam Islam
membuat perhiasan daripada gambar berbentuk pemandangan laut,
perkampungan, pohon di hutan, sungai dan sebagainya yang selari
dengannya.
Cuma, yang tidak dibenarkan oleh Islam
antaranya ialah gambar-gambar artis yg memperagakan auratnya untuk
tatapan umum atau gambar Orang Kafir (orang bukan Islam) yang melakukan
musyrik terhadap Allah SWT.
Islam tidak menggalakkan gambar-gambar seperti ini kerana ia melambangkan keagungan atau timbul perasaan memuja mereka.
Menggantungkan gambar-gambar Orang Alim
dibenarkan sebab ia dilihat dari sudut ketokohan dan kelebihan ilmunya
dan Islam juga mengharuskan gambar sebegini untuk dijadikan contoh.
Begitu juga dengan gambar-gambar keluarga atau haiwan yang diambil secara fotografi dibenarkan kerana boleh menjdi kenangan.
Seksaan Pada Hari Kiamat
Islam melarang perhiasan pinggan mangkuk
yg diperbuat dari emas dan perak kerana bilamana adanya perhiasan
sebegini di rumah, kemungkinan besar akan menimbulkan perasaan atau
sifat sombong, riak dan ingin menunjuk-nunjuk kemewahan yang ada
padanya.
Larangan ini adalah untuk menjaga hati
fakir miskin supaya tidak merasa rendah diri atau wujudnya perbezaan
atau jurang yang berlebihan antara golongan kaya dan miskin.
Manakala bekas-bekas acuan kuih-muih yang
berbentuk haiwan, ia dibolehkan kerana acuan-acuan ini akan dibuat
dalam bentuk makanan yang akhirnya akan dimakan, tidak disimpan dan
tidak kekal maka ia dibolehkan.
Begitu juga halnya dengan permaidani yang
ada gambar binatang, tidak haram diletakan di dalam rumah sebab ia
diletakkan di dalam kedudukan rendah. Permaidani akan dipijak dan ia
akan tidak membayangkan ia diagungkan.
Islam juga mengingatkan, orang yang mengukir dan memahat patung akan menerima azab yang dahsyat pada hari kiamat.
Sabda Rasulullah SAW:
“Sesungguhnya orang yang paling
berat seksaannya pada hari kiamat ialah orang yang membuat ukiran atau
memahat patung ini. Dalam satu riwayat lain diterangkan: Orang yang
menandingi kuasa ciptaan Allah”. – (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Dalam hadis lain.
Rasulullah s.a.w bersabda:
“Sesiapa yang membuat patung,
pada hari kiamat nanti dia akan dipaksa untuk meniupkan roh pada
patungnya itu, pada hal dia selamanya tidak dapat meniupkan roh itu”. –
(Riwayat Bukhari)
Maksud hadis ini ialah, Allah SWT akan
menyuruh orang yang membuat patung itu meniup roh sehingga boleh dan ini
tentu sahaja merupakan satu seksaan dan penghinaan kerana bukan kerja
manusia meniupkan roh.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan