Adakah anda selalu malas mandi ketika
pulang pada waktu malam? Sebenarnya ada kebaikan juga untuk mandi pada
waktu malam, sila ikuti kenyataan di bawah seperti yang dinyatakan oleh
Spark Life (18/08/10) berikut.
1. Menyegarkan dan akan merasa sangat rilek
Mandi di malam hari membuat anda lebih
segar dan menenangkan fikiran. Jika ingin tidur dengan keadaan yang
sangat segar pasti anda selesa untuk terus tidur.
2. Waktu yang panjang
Semua orang akan mandi di waktu pagi,
sehingga anda terpaksa mandi dengan cepat sekiranya sudah lewat untuk
pergi ke kerja. Ini berbeza jika anda mandi di malam hari. Anda
mempunyai waktu yang lebih lama sehingga boleh membersihkan tubuh dengan
lebih bersih. Jadi, waktu tubuh badan anda akan lebih bersih.
3. Dapat mandi dengan fikiran yang tenang
Mandi di pagi hari boleh membuat anda
sedikit tekanan kerana berkemungkinan anda mempunyai banyak urusan pada
hari tersebut. Di malam hari, anda tidak akan memikirkan hal-hal
tersebut, sehingga anda boleh mandi dengan lebih tenang.
4. Menurunkan tekanan darah
Menurut Buzzle.com, mandi di malam hari
boleh menurunkan tekanan darah dan menghindarkan anda dari tekanan.
Tenaga akan kembali, dan tubuh anda akan kembali tenang.
5. Memulihkan ketegangan otot
Setelah seharian beraktiviti, otot-otot
tubuh anda boleh terlampau tegang dan kaku. Mandi di malam hari,
terutamanya dengan air yang panas, boleh mengendurkan otot yang keras.
Tubuh badan akan terasa lebih ringan, dan sengal-sengal di tubuh badan
anda akan hilang.
Jika tidak suka mandi dengan air dingin
di malam hari, anda boleh menggunakan air panas. kesannya juga akan
lebih baik untuk tubuh badan. Adakah anda lebih suka mandi pada waktu
siang atau malam?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan