Dari ‘Aisyah r.a, “Seorang wanita
bertanya kepada Nabi S.A.W tentang cara mandi dari haid. Beliau lalu
memerintahkan wanita itu bagaimana cara mandi. Beliau bersabda:
“Ambillah sepotong kapas yang diberi kasturi lalu bersucilah.” Wanita
itu bertanya, “Bagaimana aku bersucinya? Beliau menjawab: “Bersucilah
dengan kapas itu!” Wanita itu berkata lagi, “Bagaimana caranya aku
bersuci?” Beliau bersabda: “Bersucilah dengan menggunakan kapas itu!”
Wanita itu bertanya lagi, “Bagaimana caranya?” Maka Beliau berkata,
“Subhaanallah. Bersucilah kamu!” Lalu aku menarik wanita itu kearahku,
lalu aku katakan, “Kamu bersihkan sisa darahnya dengan kapas itu.” (HR
al-Bukhari)
Ramai yang biasa mendengar atau pernah mendengarnya tetapi tidak pernah tahu apa dan dari mana asal-usulnya. Itulah kasturi. Apa sahaja haruman, wangian dan kebaikan akan dikaitkan dengan kasturi. Di atas adalah antara hadis-hadis Nabi s.a.w. yang menyebutkan tentang kasturi.
Kasturi bertindak sebagai agen penyebar
haruman selain dipercayai mempunyai kelebihan dalam dunia perubatan
tradisional. Ia merupakan entiti paling berharga yang didatangkan dari
tubuh kijang jantan.
‘BAHAWA dinding-dinding syurga itu
batu-bata dari perak dan emas. Tanahnya pohon kimkuma (Za’faran) dan
buminya kasturi.’ Mengamati petikan hadis riwayat Al-Bazzar ini
membayangkan kepada kita betapa keenakan bauan kasturi itu sudah lama
disebut dan disampaikan dari mulut ke mulut.
Sekian lama merentangi latar zaman,
waktu dan masyarakat, rahsia kehebatan kasturi terus diperkata.
Hinggakan apa sahaja yang berbau harum dikaitkan dengannya.
Ungkapan ‘seharum kasturi’ juga mudah ditemui dalam bait puisi turun-temurun, lirik lagu cinta dan juga bicara romantis.
Namun, sejauh manakah kita mengetahui
dari mana datangnya bahan yang istimewa ini? Bagi yang keliru, kasturi
disangkakan ekstrak pati bunga, buah-buahan atau kulit kayu, sebagai
mana dalam industri pembuatan minyak wangi.
Sebenarnya, istilah kasturi (bahasa Inggeris: musk) merujuk kepada kandungan yang terdapat dalam bintil kelenjar kijang jantan.
Walaupun kerap ditemukan di bahagian
antara perut dan genital, kasturi juga bukan janggal jika ia tumbuh di
bahagian-bahagian lain haiwan tersebut, seperti di leher, badan atas dan
juga kepala.
Apabila tertanggal atau dipotong dari
tubuh kijang tersebut, bintil kasturi yang mengering membuatkan
kandungan berwarna merah keperangan berubah menjadi hitam dan keras.
Jika ditekan kuat atau diketuk, butiran
kecil akan terkeluar darinya dan bahan itulah yang dicampur bersama
minyak atau ekstrak wangian beralkohol.
Sejak ratusan tahun lalu, ia digunakan
dalam pembuatan wangi-wangian. Kasturi juga bertindak sebagai agen
penyebar haruman selain dipercayai menjadikan bau haruman lebih tahan
lama. Pendek kata, ia merupakan produk haiwan yang paling berharga dan
haiwan tertentu sahaja menghasilkannya.
Dalam dunia ini, hanya terdapat lima
jenis haiwan yang menghasilkan kasturi iaitu kijang jantan, lembu,
musang, kura-kura dan tikus. Apa yang dimaksudkan adalah rodensia besar
seperti memerang iaitu tikus muskrat (Ondatra zibethicus). Bukan tikus
yang macam kita jumpa di lorong dan longkang, tapi jenis tikus yang
besar saiznya.
Paling popular adalah kasturi kijang jantan yang hidup di pergunungan Himalaya.
Dalam bidang perubatan tradisional
kasturi dipercayai mampu mengembalikan kesedaran seseorang yang pitam
atau pengsan, melancarkan peredaran darah, merangsang penyingkiran darah
haid, mengurangkan kesan bengkak dan meredakan kesakitan.
Oleh kerana spesies kijang yang
menghasilkan kasturi sukar ditemui, saintis beralih kepada sains dan
teknologi untuk mengembangkan potensi perubatan.
Ia dilakukan dengan penternakan artifisial mamalia tersebut seterusnya mengekstrak bintil kasturi tanpa perlu membunuh kijang. Pengambilan bintil kelenjar itu secara berjadual menggalakkan penghasilan kasturi sekali gus mendorong upaya reproduksinya.
Kasturi diangkat sebagai penawar ajaib
di kalangan masyarakat konvensional di Nepal, Pakistan, Siberia dan
Mongolia. Di India pula, penggunaan kasturi telah lama diserap dalam
kaedah perubatan Ayurveda. Kononnya, ia mampu meredakan penyakit asma,
ekzema, demam, sakit kepala dan ulser. Bagaimanapun, pembuktian klinikal
masih dijalankan tentang dakwaan tersebut.
Kegunaan paling popular adalah dalam
industri pembuatan minyak wangi. Baik minyak wangi atau atar yang
didatangkan dari Mekah atau India, terdapat juga pengusaha yang
memasukkan butiran kasturi itu ke dalam botol jualan. Ia akan menambah
nilai harganya.
Ada yang keliru tentang hukum ia
digunakan untuk bersembahyang, dianjurkan pertanyaan ini kepada Mufti
Johor, Datuk Noh Gadot berkata, kekeliruan mengenai hukum sah dibawa
sembahyang ini terjadi memandangkan kasturi berasal dari haiwan.
Selain faktor itu, bintil kelenjar ini
juga ‘dipisahkan’ dari tubuh haiwan tersebut ketika ia masih hidup, atau
tidak disembelih. “Sama seperti bulu kambing (yang telah dibersihkan)
digunakan sebagai alas atau dijadikan sebahagian daripada pakaian ketika
bersembahyang, begitulah juga dengan kasturi.
“Hakikatnya, ia adalah entiti yang wujud
secara sendiri pada tubuh haiwan itu. Oleh kerana sifatnya yang bersih,
kasturi tidak melanggar syarat sah solat bagi seseorang yang memakai
harumannya,” jelas beliau lg.
KHASIAT MINYAK KASTURI
Memberi kekuatan pada roh:
Haruman adalah santapan roh, manakala kasturi adalah merupakan sewangi-wangi dan sebaik-baik haruman sebagaimana sabda
Nabi SAW:“Sebaik-baik wangian adalah minyak kasturi” (Hadis Riwayat Muslim)
Haruman adalah santapan roh, manakala kasturi adalah merupakan sewangi-wangi dan sebaik-baik haruman sebagaimana sabda
Nabi SAW:“Sebaik-baik wangian adalah minyak kasturi” (Hadis Riwayat Muslim)
- Menenangkan Jiwa
- Mencerdaskan akal dan menyihatkan otak
- Menghilangkan ketakutan dan kebimbangan
- Menghilangkan debaran jantung
- Menghilangkan Sesak Nafas
- Melegakan Lelah (Asma)
- Menyedarkan orang yang pengsan
- Memperkuatkan organ luaran tubuh
- Memperkuatkan organ dalaman tubuh
- Menghilangkan rasa gementar
- Menghilangkan sejuk tubuh
- Membuang angin yang berlebihan dalam tubuh
- Menawarkan racun atau bisa-bisa binatang
- Menghilangkan kesakitan sewaktu kencing
- Menjernihkan mata putih pada mata
- Berfungsi memelihara kesihatan secara keseluruhan
- Mencegah wabak penyakit
- Menghindarkan dari angin Ahmar
- Menghilangkan sakit kepala
- Melindungi dari gigitan nyamuk dan lalat
- Darah gemuruh
- Sesak nafas
- Selsema
- Hysteria
- Menyejukan badan
- Melembutkan kulit
- Urut sakit sendi
- Rawatan luka luar dan dalam
- Sengatan serangga
Menurut Imam Syafie R.A. bahawa antara
perkara yang dapat menguatkan badan jasmani ialah dengan mencium
bau-bauan yang harum (spt kasturi).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan