Halaman

Rabu, 3 April 2019

Tips Penjagaan Kulit Badan Buat Lelaki


Orang lelaki juga ada rutin untuk menjaga kebersihan diri . Mereka juga inginkan kulit yang sihat dan bersih serta lembut.
Dah banyak saya tengok orang lelaki yang betul-betul jaga kulit dan kesihatan mereka .
Di sini saya ingin kongsikan Tips penjagaan kulit badan buat lelaki

  • Bila mandi air panas jangan terlalu lama, ini kerana air panas akan membuat kulit jadi kering dan senang mendatangkan kedutan dan rekahan.

  • Gunakan sabun yang tidak terlalu kuat, seeloknya gunakan sabun yang boleh memberi kelembapan pada kulit. Sabun mandi digunakan setiap hari jadi cari lah yang betul-betul sesuai buat kulit anda.

  • Jika kulit anda terlalu kasar , cari pelembab dan rajin-rajin lah sapu keseluruh badan agar kulit tidak kering dan menjadi keras. Kalau kulit berminyak cari pelembap yang oil-free , untuk yang normal cari pelembab yang tidak terlalu kuat.

  • Selepas mandi , lap tubuh badan dengan cara yang lembut , seeloknya hanya tekap-tekap agar kelembabapan kulit tidak hilang.

Tidak susah kan? Jadi jagalah kulit badan anda selalu agar sentiasa bersih dan sihat

Tiada ulasan:

Catat Ulasan