Suatu ketika, dua
orang wanita Yahudi datang bertemu Sayidatina Aisyah. Mereka
berceritakan tentang ahli kubur yang diseksa di dalam kubur
masing-masing. Tetapi Siti Aisyah tidak mahu mempercayai cerita yang
dibawa oleh dua wanita Yahudi itu. Apabila Rasulullah datang, Siti
Aisyah pun menceritakna tentang kedatangan dua orang tetamu Yahudi itu.
Beliau turut memberitahu apa yang telah disampaikan oleh wanita-wanita
dalam cerita mereka. "Benar, memang ahli kubur itu diseksa, sehingga
seksaan mereka itu terdengar oleh binatang ternakan," jawab Rasulullah S.A.W.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan