Halaman

Isnin, 24 Jun 2019

Seksa Kubur

Suatu ketika, dua orang wanita Yahudi datang bertemu Sayidatina Aisyah. Mereka berceritakan tentang ahli kubur yang diseksa di dalam kubur masing-masing. Tetapi Siti Aisyah tidak mahu mempercayai cerita yang dibawa oleh dua wanita Yahudi itu. Apabila Rasulullah datang, Siti Aisyah pun menceritakna tentang kedatangan dua orang tetamu Yahudi itu. Beliau turut memberitahu apa yang telah disampaikan oleh wanita-wanita dalam cerita mereka. "Benar, memang ahli kubur itu diseksa, sehingga seksaan mereka itu terdengar oleh binatang ternakan," jawab Rasulullah S.A.W.