Jumaat, 14 Ogos 2015

Ambillah Pengajaran Bukan Dipersoalkan Kebenarannya Untuk Diri Sendiri

Roshaizad berusia 38 tahun mempunyai seorang isteri berusia 32 tahun yang cantik 
dan baik hati. Suri rumahtangga sepenuhnya. Dikurniakan dua orang anak lelaki 
berusia 8 dan 6 tahun. Beliau berkerja di sebuah syarikat antarabangsa sebagai 
maintenance engineer di samping memegang jawatan sebagai penyelia Emergency 
Responce Team ( ERT ) di kilangnya. Tugasnya agak sibuk dan adakalanya berkerja 
sehinga lewat malam dan juga di hujung minggu.
 
Januari 2009, beliau telah terlibat di dalam kemalangan jalanraya sewaktu ke 
tempat kerja pada kira-kira jam 7.30 pagi.Kereta yang dipandunya bertembung 
dengan sebuah van kilang sewaktu dia cuba memotong sebuah van kilang yang lain 
di sebuah selekoh di Gurun, Kedah.
 
Beliau telah koma selama 3 hari dan dirawat di sebuah hospital pakar selama 47 
hari lagi.Saya di antara orang yang awal sampai di hospital selepas mendapat 
panggilan dari isterinya. Saya juga di antara orang yang pertama dilihatnya 
selepas beliau sedar dari koma selepas isteri dan doktor yang merawatnya.
 
 
Sewaktu beliau koma
 
Beliau telah didatangi oleh seorang malaikat dan mengatakan padanya usia beliau 
hanya tinggal 1 jam saja iaitu pada hari Ahad, jam 1.45 petang.Walau 
bagaimanapun Allah akan menangguhkan kematiannya sekiranya ada 50 orang yang 
mendoakan secara ikhlas akan panjang usianya. Beliau agak kebinggungan ketika 
itu.Beliau bertanyakan sudah ada berapa orangkah yang mendoakannya secara ikhlas 
sehingga kini. Jawab malaikat itu hanya baru 3 orang. Malaikat menunjukkan 
sesiapakah orang-orang itu. Dilihatnya insan itu ialah isteri beliau yang 
bercucuran airmata sejak hari pertama lagi beliau di hospital itu dan juga kedua 
anak beliau yang sedang tidur tergolek di kerusi menunggu pesakit di luar wad.
 
 
Malaikat itu juga telah memperlihatkan akan mereka yang mendoakannya iaitu 
kawan-kawannya termasuk saya, ahli kariah masjid yang membacakan surah yasin 
untuknya. Ibubapanya, ibubapa isterinya, adik beradik, sahabat handai dan rakan 
sepejabat. Kesemua di antara mereka telah melawatnya dan mendoakannya tetapi 
tidak diterima oleh Allah. Beliau bertanya kepada malaikat itu, mengapa doa 
mereka tidak diterima. Malaikat menjawab, tiada keikhlasan 100% di hati mereka.
 
Masa kian suntuk. Dia pun tidak tahu mengapa malaikat memperuntukkan masa yang 
begitu singkat kepadanya untuk hidup di dunia ini. Apa yang terjadi padanya 
kini. Dia pun kurang pasti. Malaikat terus menunggu dan melihat waktu yang kian 
menghampiri jam 1.45 petang.Hanya tinggal 10 minit lagi. Adalah mustahil untuk 
mencari 47 orang yang ikhlas mendoakan panjang usianya dalam masa sesingkat itu. 
Dia bertanyakan malaikat itu, adakah tuan akan mencabut nyawa sekiranya saya 
gagal mendapat 47 orang berkenaan, Jawan Malaikat "Ya:.
 
Kurang dari 1 minit, malaikat menghampirinya dan berkata, Allah mengkabulkan doa 
mereka yang mendoakan panjang usia anda. Anda berjaya mendapat 50 orang ikhlas 
yang berbuat demikian. Roshaizad bertanya, siapakah orang-orang itu. Malaikat 
menunjukkan mereka itu. Mereka adalah jemaah anak yatim yang baru saja 
menunaikan solat dzohor sebentar tadi dan berdoa untuk anda. Anda pernah pergi 
ke rumah anak-anak yatim berkenaan pada bulan Ramadhan yang lalu dan pernah 
menghulurkan bantuan kewangan. Mereka telah terbaca di dalam akhbar harian 
berkenaan kemalangan anda dan dzhor tadi mereka telah bersolat dan berdoa untuk 
anda. Doa ikhlas mereka diterima Allah swt. Malaikat itu kemudiannya ghaib dan 
tepat 1.45 petang Roshaizad tersedar dari komanya dan meraung kesedihan.
 
Isteri beliau yang ada di sisinya turut menanggis dan juga saya. Saya sebenarnya 
tidak tahu pada ketika itu apa yang berlaku padanya di dalam komanya dan mengapa 
beliau menanggis selepas sedar dari komanya.
 
Setelah beberapa ketika barulah cerita di atas ini diceritakan pada saya untuk 
tatapan anda sekelian.
 
Apa yang disesalkan:
 
1.Beliau telah mengabaikan masa santai bersama isteri dan anaknya kerana 
mengejar duit dan tanggungjawab kerja. Sedangkan isteri dan anak-anaknya amat 
sayang padanya dan doanya amat ikhlas.
 
2.Dia telah mengabaikan tanggungjawab sosial dengan jiran dan masyarakat 
sekeliling dan ini menyebabkan mereka tidak ada rasa kasih pada saya kalaupun 
saya mati
 
3.Dia telah mengabaikan dan tidak menepati janji-janji pada kawan-kawan sehingga 
kawan-kawannya marah padanya dan sehingga doanya tidak ikhlas. termasuk dengan 
saya.
 
4.Beliau jarang pergi masjid kecuali pada hari Jumaat dan ini menyebabkan jemaah 
masjid kurang mengenalinya dan menyebabkan doanya tiada keikhlasan
 
5.Beliau jarang memberi sedekah dan amal jariah. Nasiblah sumbangan ke rumah 
anak yatim yang diberikan tempoh hari atas desakan isteri beliau.
 
6.Beliau jarang bertolak ansur dengan kakitangannya walaupun hal-hal yang remeh. 
Ini menyebabkan kakitangannya membencinya dan doa mereka juga tiada keikhlasan.
 
7.Beliau jarang berkunjung ke rumah adik beradik dan takut adik beradik meminjam 
wang dengannya. Ini menyebabkan juga tiada keikhlasan dari mereka.
 
8.Beliau banyak kali menyakiti hati hati ke dua ibubapanya kerana tidak 
menunaikan janji untuk balik ke kampung pada hari-hari tertentu lantaran kerja 
beliau. Ini menyebabkan ibubapanya marah. Kes ini hanya Allah yang tahu.
 
9.Beliau gagal menunaikan solat pada waktunya lantaran kerja beliau atau 
adakalanya tertinggal terus terutamanya solat Asar
 
10.Beliau tidak menunaikan zakat walaupun beliau memang layak berbuat demikian.
 
Sahabat:
 
Allah masih sayang pada sahabat saya ini ataupun ianya untuk memberi pengajaran 
pada kita melalui tulisan saya ini. Ambillah ikhtibar dari cerita ini.Sahabat 
saya ini masih gagal untuk mendapatkan perlindungan takaful disebabkan oleh 
kemalangan dan kecederaannya.
 
Dirikan solat tepat pada waktunya, keluarkanlah zakat. Luangkan masa bersama 
keluarga.Imarahkan masjid selalu. Baliklah selalu lihat wajah ibubapa kerana 
Allah akan memberikan pahala ke atas perbuatan kita itu. Berbaiklah dengan jiran 
dan kenalilah mereka.Bertolak ansurlah dengan mereka yang memerlukan. Ingat! 
kita akan dapat apa yang kita telah beri. Selalulah memberi. 
 
Wallahu a’lam. 
Wasalamualaikum wbr. 

MEDAL OF HONOR TO ALL MY FOLLOWERS. PLACE IT TO YOUR BLOG.TQ FOR YOUR SUPPORT.

WSB

PENAFIAN / DENIAL

B'jue Corner tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan kandungan di dalam blog ini.

B'jue Corner irresponsible on any loss or damage undergone because use content in this blog.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...