Masalah
pernafasan tersekat sewaktu tidur berdengkur adalah masalah yang
disebabkan oleh tertutupnya salur pernafasan di bahagian belakang anak
tekak (pharynx) sewaktu tidur. Masalah ini menyebabkan individu yang
mengalaminya berhenti daripada bernafas dalam beberapa saat sebelum
terjaga.
Biasanya, penghidap masalah ini adalah individu yang mempunyai berat badan berlebihan, lelaki dewasa umur pertengahan,
individu yang kuat berdengkur, dan ini semua menyebabkan tidur yang
terganggu dan kebiasaannya mereka akan berasa mengantuk di siang hari.
Antara tanda dan simptom seseorang itu mempunyai masalah ini ialah:
Kekurangan pernafasan sewaktu tidur menyebabkan kurangnya bekalan oksigen ke paru paru. Ini menyebabkan salur darah ke paru paru mengalami pencerutan (vasoconstriction) dan menyebabkan meningkatnya tekanan darah dalam sistem pernafasan (pulmonary hypertension). Kekurangan pernafasan yang amat serius seterusnya menyebabkan kegagalan pernafasan Jenis 2 yang didefinisikan oleh kurangnya bekalan oksigen dalam darah (PaO2<60mmHg) dan meningkatnya pengumpulan karbon dioksida dalam darah (PaCO2>45mmHg).
Untuk mengenalpasti masalah ini, biasanya pihak hospital akan merakam aktiviti pesakit sewaktu tidur untuk mengenalpasti ada atau tidak masalah terhenti bernafas akibat salur pernafasan tertutup sewaktu berdengkur. Selain itu, Paras oksigen dalam darah juga dinilai untuk mengenalpasti jika individu tersebut mempunyai masalah pernafasan sewaktu tidur. Individu yang terjaga lebih daripada 15 kali sejam (terjaga hampir setiap 4 minit) dikatakan mempunyai masalah salur pernafasan tersekat sewaktu berdengkur.
Rawatan

- Berdengkur dengan kuat
- Mengantuk di siang hari
- Tidur yang tidak memuaskan
- Sakit kepala di siang hari
- Kurang nafsu seksual
- Kemampuan kognitif yang terganggu.
Kekurangan pernafasan sewaktu tidur menyebabkan kurangnya bekalan oksigen ke paru paru. Ini menyebabkan salur darah ke paru paru mengalami pencerutan (vasoconstriction) dan menyebabkan meningkatnya tekanan darah dalam sistem pernafasan (pulmonary hypertension). Kekurangan pernafasan yang amat serius seterusnya menyebabkan kegagalan pernafasan Jenis 2 yang didefinisikan oleh kurangnya bekalan oksigen dalam darah (PaO2<60mmHg) dan meningkatnya pengumpulan karbon dioksida dalam darah (PaCO2>45mmHg).
Untuk mengenalpasti masalah ini, biasanya pihak hospital akan merakam aktiviti pesakit sewaktu tidur untuk mengenalpasti ada atau tidak masalah terhenti bernafas akibat salur pernafasan tertutup sewaktu berdengkur. Selain itu, Paras oksigen dalam darah juga dinilai untuk mengenalpasti jika individu tersebut mempunyai masalah pernafasan sewaktu tidur. Individu yang terjaga lebih daripada 15 kali sejam (terjaga hampir setiap 4 minit) dikatakan mempunyai masalah salur pernafasan tersekat sewaktu berdengkur.
Rawatan
- Rawatan yang paling penting bagi penghidap masalah ini ialah mengurangkan berat badan. Biasanya, individu yang berjaya mengurangkan berat badan berjaya menyelesaikan masalah ini.
- Sekiranya ia masih tidak berjaya atau amat sukar dicapai, maka individu tersebut boleh mendapat rawatan sementara dengan alat bantuan pernafasan CPAP (Continuous Positive Airway Pressure) yang dapat mengelakkan salur pernafasan daripada tertutup.
- Cara rawatan yang kekal ialah dengan pembedahan membuang tonsil yang mengecilkan salur udara di kawasan anak tekak. Pembedahan uvulopalatopharyngoplasty dan tracheostomy juga ada dilakukan bagi kes kes tertentu.