Isnin, 16 September 2019

BIDALAN MELAYU LAMA SIRI 12

111. Kerja yang elok diperderas
Kerja yang buruk diperlambat

Kerja yang lebih elok dan memberi manfaat kepada semua didahulukan.


112. Lepas ditangan jangan diharap
Orang pulang jangan dinanti
Mulut manis jangan didengar

Jangan lekas percaya kepada janji atau kata-kata manis

113. Patah tongkat bertelekan
Patah hulubalang bersiak
Patah sayap berparoh

Menunaikan kewajipan bersungguh-sungguh (siak- hulubalang paling rendah pangkatnya)


114. Minta berisyarat
Beragih berambilan

Meminta pertolongan hendaklah berisyarat iaitu membawa buah tangan. Bermurah hati pula dengan ambilan atau bertujuan dibalas di kemudian hari.


115. Makin berpeluh makin berkayuh
Makin letih makin berlumba

Terus berusaha tanpa menghiraukan penat lelah


116. Sumur jernih yang disauk
Sayak landai yang dipakai
Jalan pasar yang dirempuh
Lebuh lebar yang diturut

Adat resam dan peraturan masyarakat hendaklah dipatuhi


117. Tabiat pantang berubah
Biasa jadi perangai
Telah tua jadi pakaian

Kelakuan yang buruk itu jangan dibiasakan kelak menjadi kekal sebagai perangai seseoramg


118. Tersentuh lebih daripada kena
Tersinggung lebih daripada jadi

Hendaklah sentiasa peka terhadap kesan seseuatu perbuatan dan menjangkan kemungkinan-kemungkinan yang akan berlaku


119. Tak lekang kerana panas
Tak lapuk kerana hujan
Dianjak tidak layu
Dicabut tidak mati

Adat besifat teguh dan mampu bertahan dan mengelak perubahan


120. Takut pada ular
Terkejut kepada bengkarung

Jika mempunyai perasaan takut kepada orang berkuasa perasaan takut juga kepada orang bawahannya, penolongnya dan kaum keluarganya

MEDAL OF HONOR TO ALL MY FOLLOWERS. PLACE IT TO YOUR BLOG.TQ FOR YOUR SUPPORT.

WSB

PENAFIAN / DENIAL

B'jue Corner tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan kandungan di dalam blog ini.

B'jue Corner irresponsible on any loss or damage undergone because use content in this blog.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...