Jantung adalah pertahanan terakhir 
tubuh selain otak yang menentukan kehidupan seseorang. Jika aliran darah
 tidak lancar boleh menyebabkan stroke dan kematian.
Jantung manusia 
mengepam darah ke seluruh tubuh secara tetap iaitu lebih kurang 4-5 
liter darah setiap minit. Oleh sebab itu jika aliran darah tersebut 
tidak lancar boleh mengakibatkan kerosakan otot jantung yang menyebabkan
 gangguan pam jantung (stroke) dan kematian.
Laporan Health Priorities WHO mendedahkan pada tahun 2004 kadar kematian
 yang paling tinggi di kalangan rakyat Malaysia adalah serangan sakkit 
jantung. Tidak hairanlah penyakit jantung masih menjadi pembunuh senyap 
yang menakutkan. Tapi masyarakat kurang mengenali gejala penyakit ini.
Berdasarkan kajian dari MiDAS di Milan, Itali tahun 2006 lalu, lebih 
kurang 52% penderita penyakit jantung tidak mengeluh sakit dada atau 
sering disebut dengan silent ischemia.
Penyakit jantung adalah penyakit akibat pembuluh darah arteri koroner 
tersumbat, iaitu pembuluh darah yang mengalirkan darah dengan membawa 
zat makanan dan oksigen yang diperlukan otot jantung agar boleh 
berfungsi mengepam darah ke seluruh tubuh.
Rasa sakit yang terasa di bahagian kiri dada adalah akibat kurangnya 
oksigen yang dialirkan ke otot jantung kerana penyempitan tersebut.
Lima tanda atau gejala penyakit jantung (serangan jantung) yang sering terjadi adalah:
1. Rasa tertekan (dada terasa seperti ditimpa beban, sakit, tersepit dan
 terbakar) yang menyebabkan sesak nafas dan tercekik di leher.
2. Rasa sakit ini boleh menjalar ke lengan kiri, leher dan punggung.
3. Rasa sakitnya boleh berlangsung lebih kurang 15-20 minit dan terjadi secara terus menerus.
4. Timbul peluh dingin, tubuh lemah, jantung berdebar dan bahkan hingga pengsan.
5. Rasa sakit ini boleh berkurang semasa sedang berehat, tapi akan bertambah teruk jika sedang melakukan aktiviti.
Pemicu serangan jantung antara lain senaman yang berlebihan, marah yang 
mengeluarkan banyak emosi atau kegiatan lain yang dilakukan secara 
berlebihan.
Walaupun demikian, pengesanan awal dan rawatan cepat semasa terjadinya 
serangan boleh mencegah dari bahaya kematian dan stroke di kemudian 
hari.
Salah satu cara yang boleh menangani penyumbatan pembuluh darah adalah 
dengan angiografi koroner. Prosedur pemeriksaan ini menggunakan sinaran X
 (X-ray) yang bertujuan memeriksa struktur pembuluh darah jantung, ruang
 jantung, katup jantung dan otot jantung dengan kamera khas.
Sehingga kini pemeriksaan tersebut masih menjadi standard untuk melihat 
bahagian-bahagian pembuluh darah yang tersumbat kerana ia memiliki 
tingkat ketepatan paling tinggi iaitu mendekati 100 percent.
Namun bukan bererti penyakit ini tidak boleh dicegah, ada dua cara 
pencegahan yang boleh dilakukan agar terhindar dari penyakit jantung 
iaitu pencegahan primer dan pencegahan sekunder.
Pencegahan utama, iaitu berusaha agar terhindar dari penyakit jantung 
sebelum dikesan tapi terdapat faktor risiko dari faktor keturunan atau 
memiliki diabetes.
Pencegahan kedua, iaitu pencegahan dari seorang penderita penyakit 
jantung agar terhindar berulangnya tersumbatnya pembuluh darah kembali. 
Perkara yang harus dilakukan adalah mengawal kadar lemak darah 
kolesterol, menjaga tekanan darah agar terkawal, berhenti merokok, 
menghindari makanan berlemak, cukup makan sayur dan buah, bersukan 
secara teratur, mengurangi berat badan serta stress.
Sumber: HairanBlog melalui isuhangat



