Rabu, 1 Mei 2019

Kanser

Tanda-tanda awal perubahan payudara yang memerlukan perhatian:
a) Benjolan di payudara atau di bawah ketiak.
b) Perubahan tidak normal dalam bentuk dan saiz payudara
c) Kewujudan lekukan dan/atau kedutan pada kulit payudara
d) Puting susu yang masuk ke dalam
e) Lendir atau darah yang keluar dari puting susu

Sebenarnya terdapat 3 jenis kanser yang kita patut tahu iaitu:

Yang pertama dipanggil Karsinoma. Ianya lazimnya berlaku dalam tisu yang membahagi dengan cepat, seperti sel-sel yang meliputi dan mengalasi badan kita termasuk kulit, kolon (usus besar) payu dara dan saluran pernafasan.

Yang kedua ialah Sarkoma. Kanser jenis ini umumnya berlaku dalam tisu-tisu yang membahagi dengan lebih perlahan seperti otot-otot dan tisu-tisu saraf.

Yang ketiga dipanggil Leukemia. Ini merupakan jenis kanser pada tisu yang membentuk sel-sel darah.

Kanser wujud dengan 4 peringkat:

Peringkat Pertama (Awal): Kanser yang dikesan besarnya tidak lebih dari 2cm dan tidak merebak di kelenjar ketiak serta tiada pengesanan imbasan yang ianya merebak ke bahagian badan yang lain.

Peringkat kedua: Saiz kanser ini ialah antara 2cm – 5 cm, telah merebak ke kelenjar ketiak tetapi tidak ke bahagian lain.

Peringkat ketiga: Saiznya lebih besar dari 5cm dan merebak ke kelenjar ketiak juga ke kelenjar leher yang boleh dirasa dengan tangan benjolannya tetapi tiada pengesanan ke bahagian badan yang lain.

Peringkat keempat (Lanjut): Saiznya boleh jadi kecil atau besar, telah merebak ke kelenjar ketiak dan leher serta merebak di bahagian badan yang lain seperti paru-paru, tulang belakang, otak, hati dan sebagainya.

Rawatan-rawatan yang diambil Sekarang:

Pembedahan:
a) Buang hanya bahagian yang berketumbuhan (lumpectomy)
b) Buang keseluruhan bahagian payudara (mastectomy) dan mengambil sebahagian kelenjar ketiak untuk pengesanan rebakan.

Kimoterapi:
Penggunaan dadah yang disuntik kedalam badan untuk membunuh sel-sel kanser yang mungkin masih berkeliaran. Ianya dilakukan selama 6 pusingan bagi setiap tiga minggu. Ketika rawatan ini, semua sel badan yang baik dan yang rosak atau berkanser akan dibunuh. Sebab itu sewaktu rawatan ini, pesakit akan berada di dalam keadaan yang paling lemah dan badannya mempunyai ketahanan melawan penyakit yang paling rendah. Elakkan melawat pesakit jika anda ada selsema pun.

Radioterapi
Penggunaan radiasi di tempat tumbuhnya kanser untuk membunuh akar kanser dan mengelakkannya dari tumbuh semula di tempat tersebut.

Rawatan Tambahan
Pengambilan pil untuk mengelakkan kewujudan semula kanser sekiranya kanser pesakit ialah ER +ve. Maksudnya, kanser yang telah dianalisa itu sensitive dan bertindakbalas terhadap hormon estrogen yang ada di dalam badan pesakit. Dengan kata lain, kanser ini menggunakan estrogen sebagai sumber makanannya. Pengambilan bromalain untuk menghalang pembentukan hormon estrogen yang berlebihan.

Faktor-faktor yang menyebabkan terjadinya kanser adalah seperti berikut:

Umur
Kira-kira 25% pesakit kanser payudara berumur kurang dari 50 tahun, 50% berumur antara 50 – 69 tahun dan lagi 25% berumur 70 tahun ke atas.

Kitaran Haid
Salah satu pemerhatian penting di dalam perubatan breast kanser ialah kanser ini lebih biasa terjadi kepada kaum perempuan yang mengalami kitaran haid awal (di bawah 15 tahun) dan yang terus mempunyai kitaran haid di peringkat umur lanjut (lebih 55 tahun).
Semasa pusingan haid bulanan, terdapat banyak perubahan hormon yang berlaku, yang melibatkan sel-sel di bahagian payudara juga. Setiap kali haid berlaku, kadar hormon di dalam badan di re-set dan proses ini berlaku berulangkali dalam setahun. Stimulasi ulangan ini mungkin menggalak atau menggandakan kerosakan pada pertumbuhan sel dan juga proses pembaikpulih. Semakin banyak kitaran haid seseorang wanita itu dalam jangka hayatnya, semakin tinggi kebarangkalian untuk kanser payu dara terjadi.
Wanita yang mengalami putus haid selepas berumur 55 tahun mempunyai 2 kali ganda risiko untuk mempunyai kanser payudara daripada mereka yang menopause sebelum berumur 45 tahun.

Kelahiran Pertama
Wanita yang melahirkan anak pertama pada usia lewat (lepas 30 tahun) mempunyai 2 kali ganda risiko untuk mendapat kanser berbanding mereka yang melahirkan anak pertama pada usia bawah 25 tahun. Mereka yang melahirkan anak lambat ini sebenarnya lebih berisiko daripada wanita yang tidak melahirkan anak langsung.

Sejarah Keluarga
Jika seseorang wanita itu mempunyai ibu, kakak, adik, atau anak perempuan yang mempunyai kanser payudara, maka dia juga berisiko tinggi terhadap kanser ini.
Lebih muda saudara perempuan itu disahkan mengidap kanser payudara maka lebih tinggi risikonya bagi saudara perempuan yang lain untuk mendapat kanser. Mempunyai 2 saudara kandung yang mempunyai sejarah kanser payudara juga menggandakan lagi risiko bagi saudara yang lain.

Jika salah satu kategori ini wujud maka bertambahlah risiko bagi seseorang untuk mendapat kanser payudara secara keturunan:
a) Saudara kandung perempuan peringkat pertama dengan sejarah kanser payudara atau sejarah kanser payudara dan ovari.
b) Saudara kandung perempuan peringkat pertama disahkan berkanser payudara di bawah umur 40 tahun atau saudara kandung lelaki peringkat pertama dengan sejarah kanser payudara tidak kira peringkat umur.
c) Dua orang saudara perempuan (Peringkat pertama atau kedua) disahkan berkanser pada umur bawah 60 tahun adalah dari belah keluarga yang sama.
d) Tiga atau lebih saudara rapat dengan sejarah kanser payudara atau ovari dari belah keluarga yang sama.

Nota:
Saudara perempuan peringkat pertama = ibu, kakak/adik, anak
Saudara perempuan peringkat kedua = nenek, cucu, makcik, anakbuah

Diet Tidak Seimbang Dan Kadar Asid Yang Tinggi Di Dalam Badan
Jika kita kerap mengambil makanan yang tidak berkhasiat, atau mempunyai diet yang tidak seimbang maka peluang untuk kita mendapat kanser juga menjadi tinggi. Secara logiknya, makanan yang terlalu berlemak mempunyai lebih banyak kemudaratan dari kemanfaatan. Diet yang tidak seimbang juga menyebabkan badan kita lebih berasid. Ini faktor yang mempengaruhi pertumbuhan sel-sel kanser di dalam badan kita.
Daging merah menyebabkan badan kita mempunyai kadar asid yang tinggi. Manakala sayur-sayuran mempunyai kadar alkali yang tinggi. Begitu juga dengan serat di dalam bijirin terutamanya biji buah Apricot dan buhan-buahan. Mengambil banyak sayur-sayuran hijau dan buah-buahan berserat tinggi membantu merendahkan kadar asid di dalam badan.
Pengambilan Pil Perancang Keluarga
Mengambil pil perancang keluarga dalam tempoh yang lama juga meninggikan kebarangkalian untuk seseorang wanita mengidap kanser payudara.

Dedahan kepada Radiasi
Dedahan kepada kadar radiasi yang melampau atau kerap adalah punca kepada kerosakan DNA kita dan telah dikenalpasti sebagi punca kepada pelbagai jenis kanser, terutamanya di sistem darah dan kelenjar kita. Walau bagaimanapun, x-ray dada dan mammogram mempunyai kadar radiasi yang rendah dan tidak menyumbang kepada kerosakan DNA serta punca kerosakan sel badan yang menyebabkan kanser.

Dedahan kepada Agen-agen Berkarsinogen
Makanan yang dimasak menggunakan minyak jelantah (Minyak yang telah diguna berkali-kali) mempunyai kadar karsinogen yang tinggi. Apakah karsinogen? Karsinogen ialah satu bahan/material yang menghasilkan kanser. Sebaiknya buang minyak setelah 2-3 kali menggunakannya.
Memakan makanan yang dipanggang atau di-gril juga mempunyai karsinogen yang tinggi. Satay, ayam percik, kebab, ikan panggang adalah antara makanan-makanan yang dimasak dengan proses tersebut. Jika ingin memakannya, pastikan bahagian yang terbakar atau hangus dikikis kerana di situlah karsinogen terkumpul. Jika memakan satay pula, pastikan timunnya dimakan juga kerana ianya meneutralkan karsinogen yang ada pada satay itu.
Diet yang dapat menentang kanser:
1. Memakan paling kurang 7 Biji Apricot setiap hari Insyaallah 100% tidak terkena kanser
2. Elakkan atau sekurang-kurangnya hadkan pengambilan daging merah kepada maksimum 80gm sehari. Anggapkan daging merah hanya sebagai penambah kepada hidangan bukan sebagai hidangan utama.
3. Jangan makan kulit ayam atau itik. Cuba cari ayam kampung yang tidak disuntik antibiotik atau hormon.
4. Elakkan makan bahagian organ dalaman seperti hati, ginjal otak dan sebagainya.
5. Elakkan produk-produk tenusu yang tinggi lemak.
6. Elakkan makanan yang tinggi lemak tepu. Lemak tepu binatang menggalakkan kanser ovari dan payudara.
7. Elakkan daging dan ikan yang dipanggang, digoreng dengan minyak yang sudah diguna berkali-kali, disalai atau dibakar. Membakar atau memanggang di dalam ketuhar atau oven jauh lebih selamat.
8. Elakkan makanan yang mengandungi perisa, pewarna dan bahan pengawet seperti ikan masin, cincaluk, belacan, acar, buah-buahan jeruk, makanan diawet, dan semua makanan yang ditinkan..
9. Kurangkan garam, kicap soya dan mSG. Banyakkan penggunaan rempah ratus.
Elakkan mengambil pemanis tiruan seperti sakarin dan siklamat.
10. Jangan makan makanan yang telah berkulat.
11. Berhenti memakan gula. Kanser merupakan pemakan gula. Dengan mengurangkan bahan makan yang diperlukan oleh sel-sel kanser kita membantutkan dan membunuh pertumbuhan kanser itu.
12. Elakkan menggunakan minyak masak, marjerin dan produk berminyak yang mengandungi asid lemak trans (minyak yang dihidrogenkan atau separuh hidrogen). Gantikan penggunaan minyak masak kelapa sawit dengan minyak zaitun, minyak bunga bunga matahari dan minyak biji Apricot . Begitu juga dengan marjerin.
13. Makan makanan yang banyak kandungan B17
Rancangan pemakanan yang disarankan:
1. Kulit ayam/itik mesti dibuang.
2. Makan banyak sayur-sayuran crucifer seperti brokoli, kobis bunga, bok choy, sengkuang, kobis dan salad/lettuce. Kukus, reneh, celur atau makan mentah.
3. Makan sekurang-kurang 3 hidangan ikan air sejuk seperti: salmon, tuna, tenggiri, kod.
4. Makan banyak gentian dan bijirin berserat dari sayur-sayuran, buah-an, kekacang dan bijirin.
5. Makan tempeh, tofu, tahu, taufu fah dan air kacang soya.
6. Beli sayuran organik jika mudah didapati.
7. Makan cendawan payung, tiram, shitake, mitake atau timur-barat (cendawan kampung yang tumbuh selepas hujan).
8. Makan makanan yang mempunyai betakeratone , karotenoid dan flavonoid seperti tembikai, betik, tomato dan carrot.
9. Makan banyak sayuran alium seperti bawang putih, bawang merah, bawang hijau, kucai dan daun bawang.
10. Sentiasa minum banyak air yang bersih baik dimasak atau mineral mineral.
11. Buang kentang, bawang yang sudah bertunas. Tempat ia bertunas itu tinggi dengan karsinogen atau agen-agen kanser.
12. Makanlah spirulina iaitu sejenis makanan lengkap. Ianya mengandungi 65% protein sayuran dan keseluruhan vitamin, mineral, antioksidan, klorofil, dan fitonutrien yang membantu meningkatkan fungsi imun untuk menentang kanser.
13. Kurang minum minuman bergula. Jauhi minum minuman dalam tin atau bergas.
14. Elakkan kudapan seperti keropok, kerepek, kuih manis, kek yang sarat dengan lemak, gula dan garam.
15. Apabila makan diluar, pilih makanan kukus, sup, reneh/stew atau oven-grilled..
Faktor-faktor lain yang membantu menghalang pertumbuhan kanser:
1. Redha atau menerima dugaan yang mendatang dengan lapang hati adalah penting. Jika tidak kita akan terus menyalahkan Tuhan bagi setiap permasalahan atau dugaan yang menimpa. Sebenarnya Tuhan menguji kekuatan iman atau faith kita kepadaNya. Buat setengah orang dugaan ini umpama tamparan maut, buat yang lain ia umpama tamparan iman. Ada yang menganggap kanser ini bala dan beban, ada yang menganggap kanser ini rahmat pula.
Sebagai insan berugama, kita tidak boleh menyangkal bahawa kuasa Tuhan mengatasi penyelidikan sains dan perubatan. Sebenarnya, itu hakNya untuk menguji kita hamba-hambaNya. Dan menjadi hakNya juga untuk memilih siapa antara kita yang akan menerima dugaan berat ini. Ini menjadi Qadar dan Qada’ buat setiap manusia. Qadar adalah ketentuan Ilahi buat hambaNya baik perkara baik atau buruk. Manakala Qada’ adalah perlaksanaan bagi ketentuan tersebut. Kita wajib percaya bahawa Tuhan sudah menetapkan apa yang bakal kita tempuhi..
2. Isi darah kita dengan banyak oksigen kerana kanser tidak boleh hidup jika badan kita mempunyai kandungan darah yang banyak oksigen. Berjalan, menaiki tangga, belajar teknik pernafasan tai-chi, aura therapy dan qigong adalah antara riadah yang dapat meningkatkan kandungan oksigen di dalam darah. Semakin banyak oksigen, semakin tidak boleh hidup sel kanser itu.Fossilized Coral membantu membekalkan oksigen dalam darah
3. Ambilkira faktor istirehat yang boleh mengurangkan tekanan kerja atau peribadi. Melawati tempat-tempat seperti tepi-tepi pantai, bukit-bukau, atau tempat berair terjun, sungai dan jeram yang nyaman serta kawasan-kawasan peranginan dingin adalah satu terapi untuk badan. Tempat-tempat ini sebenarnya mempunyai banyak ion-ion positif yang dapat menarik ion-ion negatif di dalam badan kita. Merokok dan berada disamping orang yang kuat merokok juga bukanlah faktor istirehat yang dimaksudkan di sini.
4. Kurangkan kandungan asid di dalam badan. Berfikiran positif juga menurunkan kadar asid di dalam badan kita. Kerap marah-marah pula sebaliknya akan meninggikan kadar asid di dalam badan. Merasa tertekan juga meninggikan asid di dalam badan. Kerap menangis, bersugul dan bermurung diri juga meninggikan kadar asid dalam badan. Sering berfikiran negatif(berfikiran/ anggapan buruk pada orang, dengki, busuk hati, berdendam) juga menyebabkan asid di dalam badan meningkat tinggi. Semakin tinggi kadar asid di dalam badan, semakin suka kanser kerana ianya makanan tambahan untuknya membesar dengan cepat.
5. Sebaiknya, pilihlah untuk lebih jarang marah-marah. Memilih untuk lebih memaafkan juga mengurangkan kadar asid di dalam badan. Ianya juga membentuk peribadi seseorang yang lebih baik.
6.Kita juga wajib percaya bahawa hanya Allah yang dapat menyembuhkan setiap penyakit. Kita diajar untuk sentiasa bersabar, tidak berputus asa, yakin dan meminta kepadaNya supaya diberi ketabahan dan kekuatan mental dalam menempuhi dugaan.

Wallahu A'lam

MEDAL OF HONOR TO ALL MY FOLLOWERS. PLACE IT TO YOUR BLOG.TQ FOR YOUR SUPPORT.

WSB

PENAFIAN / DENIAL

B'jue Corner tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan kandungan di dalam blog ini.

B'jue Corner irresponsible on any loss or damage undergone because use content in this blog.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...