Selasa, 17 September 2019

BIDALAN MELAYU LAMA SIRI 13

121. Tertidur terlalu mati
Bersembunyi terlalu hilang
Angan lalu faham tertumbuk

Orang yang tahu hendaklah memberi khidmatnya kepada masyarakat yang memerlukan


122. Tambah air, tambah sagu
Tambah tetamu, tambah makanan

Lebih banyak dibuat lebih banyak pendapatan, lebih banyak pendapatan lebih banyak yang diperlukan, tanpa kesudahan.


123. Tentang air lepaskan tuba
Tentang ikan yang akan mati
Tentang ukur maka dikerat
Tentang rasuk pasang rangka
Tentang kasau letak atap

Buat sesuatu kena pada tempatnya


124. Terpijak pada arang hitam telapak
Terpijak pada kapur putih telapak
Terseludup padfa galah panjang bongkok punggung

Salahlaku akan diketahui jua kerana perasaan bersalah tergambar di kelakuan seseorang


125. Tersisih antah dan beras
Berbeza kumpai dan kiambang

Seseorang yang sama ada cerdik atau sebaliknya akan dapat dibezakan oleh orang banyak


126. Terapung sama hanyut
Terendam sama basah
Tertelungkup sama makan tanah
Tertelentang sama minum embun

Ahli-ahli dalam kumpulan hendaklah bersatu padu dan bersama-sama menghadapi kesukaran


127. Tinggi kerana dianjung
Besar kerana ditambah
Tumbuh kerana ditanam

Seseorang pemimpin menikmati penghormatan dan sanjungan kerana orang banyak bersedia mematuhi arahannya.


128. Tuah kerbau gemuk
Tuah jelapang berisi
Tuah manusia maufakat

Kebergunaan sesuatu atau seseorang itu bergantung kepada sifat-sifatnya


129. Setiap ketuk berundang-undang
Dalam setiap kerut budi merangkak

Seseorang pemimpin itu hendaklah memberi tumpuan kepada isu-isu yang penting dalam masayarakat.


130. Ular dipalu jangan mati
Pemalu jangan patah
Tanah dipalu tidak berlekuk

Keputusan yang dibuat hendaklah adil

MEDAL OF HONOR TO ALL MY FOLLOWERS. PLACE IT TO YOUR BLOG.TQ FOR YOUR SUPPORT.

WSB

PENAFIAN / DENIAL

B'jue Corner tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan kandungan di dalam blog ini.

B'jue Corner irresponsible on any loss or damage undergone because use content in this blog.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...