Ahad, 18 Oktober 2015

ADAB ZIARAH PESAKIT

Mungkin ramai antara kita kurang arif mengenai etika melawat pesakit malah ramai tidak tahu apa harus dibawa untuk pesakit, memadaikah sekadar datang dengan tangan kosong?

Melawat pesakit adalah satu keperluan, bukan untuk pesakit saja, malah untuk diri sendiri. Bagi pesakit, ketika inilah mereka sangat memerlukan sokongan moral untuk menguatkan semangat melawan penyakit dan diharap kedatangan kita boleh menceriakannya.

Melawat pesakit juga boleh menimbulkan keinsafan dan kesedaran kepada pelawat untuk menjaga kesihatan dengan lebih baik. Malah tidak salah jika kita berdoa dengan pesakit supaya dia sabar menghadapi dugaan dan untuk kesejahteraan bersama kerana orang sakit termasuk dalam golongan yang makbul doanya.

Apabila hendak melawat pesakit, kita perlu ada niat baik iaitu mahu menziarahi, ingin menggembirakan dan mengeratkan perhubungan dengan pesakit.

Sebaik-baiknya ketahui dulu keadaan kesihatan pesakit dengan bertanya ahli keluarganya atau kakitangan perubatan. Satu perkara penting ialah kita mesti menanam tekad untuk menunjukkan wajah ceria dan bersikap positif. Keceriaan adalah ‘wabak baik’ yang mudah merebak dan ia boleh membuatkan pesakit berasa senang hati dengan kehadiran anda. Fikiran dan emosi yang tenteram akan membuatkan badan memberi tindak balas lebih baik terhadap rawatan.

Secara umumnya antara adab atau etika yang perlu dipatuhi ialah:

*Ketahui keadaan sebenar pesakit sama ada dia mempunyai harapan sembuh, kritikal atau sekadar sakit biasa – Ia boleh dijadikan panduan untuk banyak perkara termasuk topic perbualan, tempoh ziarah, doa atau keperluan lain yang boleh anda bantu.

*Singkatkan masa lawatan – Tempoh melawat tertakluk kepada keadaan pesakit, kesesuaian masa, jumlah pesakit di dalam bilik dan jumlah pelawat yang datang menziarah. Ada yang menyarankan tempoh lawatan tidak melebihi 20 minit.

Kita perlu faham, pesakit ditahan di dalam wad untuk membolehan dia mendapat rehat yang secukupnya, tertutama bagi yang menjalani pembedahan atau rawatan penyakit kronik. Lawatan yang terlalu lama boleh membuatkan pesakit berasa letih.

Lebih lama kita melawat, kita akan bertanya lebih banyak soalan yang dikhuatiri tidak disenangi pesakit. Oleh itu berhati-hati apabila berbual supaya tidak menyentuh topic sensitive membabitkan penyakitnya, kecuali jika pesakit sendiri yang bercerita.

Ini kerana sesetengah pesakit tidak mahu mendedahkan penyakit dihadapi, terutama jika ia boleh member tanggapan negative pada orang lain seperti jangkitan penyakit kelamin.

Selain mematuhi peraturan hospital, memendekkan masa lawatan boleh member peluang kepada orang lain untuk menziarahi pesakit. Malah jika dilihat ramai pelawat ketika kita sampai, kita disaran untuk balik lebih awal.

Jika ketika kita sampai ada saudara-maranya, jumpa pesakit untuk seketika, berikan buah tangan (jika ada) dan beritahu pesakit kita mendoakan penyakitnya cepat sembuh sebelum beredar. Saudara-maranya mungkin mahu menghabiskan masa berkualiti bersama pesakit terutama bagi yang datang dari jauh.

Jika pelawat terlalu ramai, pesakit dan ahli keluarganya akan berasa penat. Jadi kita perlu sensitive dengan keadaan mereka. Lihat riak wajah pesakit dan ahli keluarganya, jika mereka Nampak penat atau tidak mengalu-alukan kedatangan kita, segera minta diri untuk balik.

Pesakit dan ahli keluarganya tidak akan menyekat kedatangan pelawat. Namun jika pelawat terlalu ramai dan pesakit memerlukan banyak rehat, ahli keluarga boleh mendapatkan bantuan pihak ketiga seperti jururawat untuk memberitahu pelawat supaya menyingkatkan masa lawatan.

Pada masa sama, kita perlu menjaga perasaan pesakit lain yang sebilik atau satu wad dengannya, apatah lagi jika tiada orang melawat pesakit berkenaan.

Untuk mengambil hati, kita boleh menyapa pesakit lain tetapi jangan bertanya mengenai penyakitnya. Kebanyakan pesakit tidak selesa bercerita mengenai penyakit mereka kepada orang tidak dikenali.

Selain itu jika anda datang di luar waktu melawat, minta kebenaran daripada pihak hospital, keluarga atau pesakit sendiri.

*Bersikap positif dan bercakap mengenai perkara baik saja – cari topic perbualan yang disukai pesakit seperti mengenai keluarganya, anaknya, kejayaannya atau pengalaman manis dan lucu yang pernah anda lalui bersama.

*Tunjukkan wajah ceria apabila bertemu pesakit – Jangan datang jika anda berasa tertakan atau sangat sedih.

*Bersihkan tangan (mencuci dengan air dan sabun atau menggunakan cecair pembasmi kuman) sebelum bersalaman dengan pesakit.

*Bawa buah tangan atau hadia – Antara hadia yang selalu dibawa ialah bunga, buah, bahan bacaan seperti novel, komik, buku motivasi atau buku agama atau barang disukai pesakit.

*Beri sokongan dalam bentuk fizikal – Jika tinggal berhampiran rumah pesakit, kita boleh memberi bantuan kepada urusan keluarganya.

*Boleh bawa makanan jika dibenarkan berbuat demikian – Bagaimanapun, langkah terbaik ialah bertanya doctor atau jururawat mengenai keperluan pemakanan pesakit.

*Jika keadaan mengizinkan, anda boleh membaca al-Quran atau surah Yasin kepada pesakit.

*Perlahankan nada dering telefon bimbit anda atau letakkan dalam mod diam atau getaran.

*Keluar dari bilik jika doktor atau jururawat memeriksa keadaan pesakit atau bercakap dengannya.

*Sudahi kunjungan anda dengan kata-kata perangsang dan doa.

MEDAL OF HONOR TO ALL MY FOLLOWERS. PLACE IT TO YOUR BLOG.TQ FOR YOUR SUPPORT.

WSB

PENAFIAN / DENIAL

B'jue Corner tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan kandungan di dalam blog ini.

B'jue Corner irresponsible on any loss or damage undergone because use content in this blog.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...