Isnin, 4 Mac 2019

5 Rahsia Yahudi Didik Anak Jadi Bijak & Beriman!

Bilangan mereka tidak ramai.  Hanya beberapa juta sahaja di dalam dunia.
Sejak zaman-berzaman, mereka sering dicemuh, diperangi dan dipulaukan kerana perangai dan tingkah laku mereka.
Namun, itu tidak menjadikan mereka tercicir dalam kelompok hidup manusia lain. Malah, mereka sendiri yang menguasai orang lain. Daripada filem-filem blockbuster Hollywood, politik dunia hingga ke sistem perbankan dunia, semuanya adalah kepunyaan mereka.

Bagaimana mereka melakukannya? Apa yang bagus sangat dengan Yahudi ini? Kenapa Allah berikan semua keistimewaan kepada Yahudi?
Sebelum anda membuat pelbagai andaian dan sentimen kebencian terhadap Yahudi, anda perlu tahu yang rahsia orang Yahudi ini sebenarnya ada pada kita, namun akibat mainan media dan penipuan orang Yahudi, kita alpa dan mengabaikan rahsia ini.
Anda nak tahu apakah rahsianya? Nak tahu bagaimana nak membentuk anak yang bijak dan beriman? Ia bermula sebelum pertemuan di antara si ibu dan si ayah lagi.

1. Ke mana tumpahnya kuah, kalau tidak ke nasi.
Lazimnya orang Yahudi mementingkan keturunan kerana mereka tahu bahawa jika si ibu dan si bapa adalah bijak pandai, maka anak-anak mereka pun begitu juga. Suku kaum Ashkenazi Yahudi yang tinggal di Eropah Timur pada zaman dahulu amat memilih siapa bakal menantu kepada anaknya untuk memastikan keturunannya adalah bijak dan mempunyai I.Q yang tinggi.
Terdapat satu ungkapan di dalam kitab Talmud yang mengatakan ‘Seorang lelaki patut menjual seluruh hartanya supaya dia dapat berkahwin dengan anak perempuan seorang alim, sama juga jika mahu mengahwinkan anak perempuannya dengan seorang alim’. Ini menunjukkan bahawa orang Yahudi amat memandang tinggi golongan bijak pandai di kalangan mereka.
Pada zaman Rasulullah S.A.W sekalipun, kita mengetahui bahawa sebilangan golongan Yahudi yang tinggal di Madinah adalah golongan ahli agama yang bijak, atau lebih dikenali sebagai Ahli Kitab. Sebab itulah banyak surah-surah di dalam al-Quran yang banyak ditujukan kepada golongan Ahli Kitab ini kerana mereka sememangnya faham tentang ilmu bahasa dan kesusasteraan.
Apa yang anda boleh pelajari?
Apa yang anda wariskan kepada anak anda adalah hasil daripada apa yang anda selalu lakukan. Jika anda seorang usahawan yang gigih bekerja, lambat laun anak anak mungkin akan mengikuti jejak langkah anda hasil dari tarbiyah dan pemerhatian. Jika anda seorang guru yang berkaliber, tidak mustahil anak juga akan menjadi guru juga.
Walaupun faktor genetik memainkan peranan penting terhadap perkembangan intelek anak, namun faktor persekitaran juga mempengaruhi ‘apa yang anak anda akan jadi’nanti.

2. Ini yang mereka buat bila si ibu mengandung…
Jangan terkejut jika anda melihat keadaan ini apabila si ibu sedang hamil. Menurut Dr Stephen Carr Leon yang membuat pengamatan ini semasa beliau berada di Israel, mendapati si ibu akan menyanyi dan bermain piano manakala si bapa pula akan menghadap buku matematik bersama-sama dengan si ibu menyelesaikan masalah matematik yang rumit!
Rasional kepada kecenderungan ini adalah orang Yahudi mahukan anak-anak mereka menjadi genius samada di dalam akademik, muzik dan sebagainya. Hobi secara tiba-tiba si ibu dan bapa ini akan merangsang sel-sel otak bayi untuk menerima saranan yang diingini oleh ibu dan bapa.
Walaupun terdapat perselisihan pendapat tentang kesan muzik yang boleh meningkatkan IQ bayi di dalam kandungan, muzik klasikal boleh memberikan kesan positif terhadap perkembangan awal bayi.
Saintis terkenal, Albert Einstein datang dari keluarga yang meminati sains. Ibu dan ayahnya sering memberikannya buku-buku sains ketika beliau masih kecil.
Sememangnya, orang-orang Yahudi tahu kesan pendidikan awal terhadap anak-anak mereka, walaupun masih dalam rahim ibu lagi.
Apa yang anda boleh pelajari?
Anda tidak perlu meletakkan headfon pada perut anda supaya bayi di dalam kandungan anda. Cukup hanya dengan membaca al-Quran sekurang-kurangnya seusai solat fardhu boleh memberikan kesan yang baik untuk perkembangan otak dan rohani bayi.
Baca surah-surah seperti Surah al-Fatihah, Surah At-Taubah, Surah Yusuf, Surah Maryam, Surah Luqman, Surah Yaasin, Surah An-Nahl dan doa-doa daripada Rasulullah S.A.W. untuk kebaikan anda dan bayi di dalam kandungan serta mendapat perlindungan dan pahala daripada Allah S.W.T
Jika anda inginkan anak yang genius, cuba pelajari sesuatu yang baru seperti belajar bermain Sudoku, permainan silang kata atau apa sahaja permainan yang memerlukan kemahiran berfikir dan penaakulan. Kalau tidak minat sekalipun, sekurang-kurangnya anda lakukan sesuatu yang bermanfaat dan positif kerana ia akan mempengaruhi anak anda nanti.

3. Jaga pemakanan
Makanan yang masuk ke dalam perut bukan hanya untuk mengenyangkan, tapi untuk membentuk tubuh badan yang sihat dan cerdas. Orang-orang Yahudi mengambil berat hal ini sejak anak-anak masih kecil lagi. Mereka tahu bahawa untuk menjadikan anak-anak mereka bijak dan cergas, sel-sel otak perlu sering berhubung dan cekap.
Pemilihan menu semasa makan juga dijaga. Ikan tidak akan dihidang bersama dengan daging kerana menurut mereka, makanan laut dan makanan darat tidak boleh dimakan bersama kerana ia boleh memudaratkan kesihatan. Buah-buahan juga tidak dimakan selepas makan hidangan utama, tetapi dimakan sebelum itu.
Untuk anak-anak yang bersekolah, mereka akan memberikan pil minyak ikan, kacang badam dan madu.
Apa yang anda boleh pelajari?
Tidak dapat dinafikan, orang Yahudi memang sudah mengamalkan apa yang telah dianjurkan oleh Rasulullah S.A.W 1400 tahun yang lalu. Mungkin mereka tahu tetapi tidak mahu orang Islam tahu.
Makanan-makanan sunnah seperti madu, kismis, buah delima, kurma, habbatus sauda dan buah zaitun memang ada khasiat dan keberkatannya. Sekarang ramai usahawan Muslim yang mengeluarkan produk-produk ini. Ada yang dipakej dalam bentuk makanan dan minuman. Sokonglah mereka.
Anak-anak sememangnya memerlukan makanan-makanan baik. Jadi, jangan biarkan perut mereka diisi dengan makanan yang tidak berkhasiat, mengandungi karbonat yang tinggi, banyak asid, pewarna tiruan dan lemak yang tidak menyihatkan.

4. Sains, matematik dan perniagaan
Matapelajaran Matematik dan perniagaan diberikan perhatian utama. Bagi anak-anak yang belajar di sekolah rendah, mereka akan didedahkan dengan aspek pengiraan sejak kecil lagi. Dibantu dengan pemakanan yang sihat dan aktiviti kurikulum seperti memanah, dan menembak, ia tidak menjadi masalah kepada anak-anak orang Yahudi mempunyai minda yang tajam dan boleh mencapai IQ yang tinggi dalam masa yang singkat.
Semasa berada di sekolah tinggi, pelajar-pelajar akan digalakkan untuk terlibat di dalam sains dan rekacipta. Sekolah mewajibkan setiap pelajar untuk menghasilkan satu produk yang boleh memperbaiki kehidupan orang-orang Yahudi. Jika mereka berjaya dan menghasilkan ciptaan yang berpotensi tinggi, idea tersebut akan dibawa ke institusi yang lebih tinggi iaitu universiti.
Di universiti pula, perniagaan dipandang serius terutama pelajar di dalam jurusan perniagaan. Kerja kursus yang diberikan mungkin agak sama seperti universiti-universiti lain di dunia – buat satu perniagaan dan hasilkan keuntungan.
Tapi yang hebatnya adalah pelajar hanya akan diberi lulus sekiranya kumpulan projek itu dapat membuat keuntungan sebanyak 1 juta dolar! Agak memeranjatkan bagi kita tetapi bagi mereka, ia adalah perkara biasa. Tidak mustahil ekonomi dunia ini dipegang oleh mereka.
Apa yang anda boleh pelajari?
Anak anda belajar di sekolah yang sama dengan rakan-rakan sebayanya, dengan matapelajaran yang sama, dengan guru yang sama. Namun, tahap intelek berbeza-beza.
Anda mungkin tidak boleh mengubah corak pendidikan negara tetapi anda boleh mengubah cara anda memberikan pendidikan kepada anak anda semasa berada di rumah.
Dedahkan anak-anak dengan membaca buku seawal usia yang mungkin. Ajar mereka tentang asas-asas agama, al-Quran dan adab. Ikuti saranan Nabi S.A.W untuk mendidik anak:
“Ajarkan anak-anak kamu solat ketika mereka masuk usia tujuh tahun. Pukullah mereka sekiranya mereka melalaikan solat apabila mereka berusia 10 tahun dan pisahkan tempat tidur mereka.” (Hadis Riwayat Ahmad dan Abu Daud)
Cungkil bakat dan kebolehan anak samada di dalam bidang akademik atau sukan. Beri sokongan dan galakan. Sudah pasti anak-anak mempunyai kecerdasan tertentu.

5. Rohani juga perlu dijaga
Walaupun ada di kalangan orang Yahudi yang berfahaman sekular dan tidak mementingkan agama, namun ada di kalangan mereka yang masih berpegang dengan ajaran agama.
Orang Yahudi Ortodok masih mengekalkan adat resam dan peraturan agama Judaism yang dianuti. Mereka berpendapat bahawa agama penting di dalam kehidupan dan dengan menjalankan ibadah, seseorang dapat mengubah dirinya.
Anak-anak dididik dengan pendidikan agama supaya mereka mampu menjadi orang Yahudi yang berguna kepada bangsanya nanti.
Apa yang anda boleh pelajari?
Pendidikan agama sememangnya penting untuk anak-anak. Dengan keadaan zaman yang penuh pancaroba ini, hanya kekuatan rohani sahaja yang mampu menangkis segala macam fitnah dan cubaan dunia.
Dekatkan anak-anak dengan al-Quran. Latih mereka supaya mereka boleh membaca al-Quran, memahami maknanya dan menghafalnya.
Jika anda tidak dapat menghantar anak anda ke sekolah pondok, cukup sahaja dengan didikan dan pengawasan anda. Anda boleh membentuk sahsiah dan keperibadian anak anda jika anda melakukannya ketika mereka masih kecil.
Inilah resepi mendapatkan anak yang bijak dan soleh.

MEDAL OF HONOR TO ALL MY FOLLOWERS. PLACE IT TO YOUR BLOG.TQ FOR YOUR SUPPORT.

WSB

PENAFIAN / DENIAL

B'jue Corner tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan kandungan di dalam blog ini.

B'jue Corner irresponsible on any loss or damage undergone because use content in this blog.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...