Ahad, 19 Februari 2017

5 Tanda Awal Kerosakan Sistem Suspensi Kenderaan Anda

SEMAHAL mana pun sistem suspensi tetap akan lusuh, uzur atau rosak kerana kereta anda tidak dapat mengelak daripada bergolek atas pelbagai kondisi permukaan jalan. Sayangnya, ramai yang kurang mengambil berat tentang kesihatan sistem suspensi kereta mereka, sedangkan ia berpotensi menyebabkan banyak kerosakan ke atas bahagian mekanikal lain, termasuk memendekkan jangka hayat kenderaan.
Sistem suspensi yang rosak turut membuatkan anda sukar mengawal kenderaan, sekali gus mengundang risiko bahaya terhadap keselamatan diri. Tanda-tanda sistem suspensi kereta anda memerlukan perhatian dan penyenggaraan atau ditukarkan sepenuhnya adalah seperti berikut:

1. JARAK BERHENTI LEBIH JAUH


Menurut pakar industri, kerosakan sistem suspensi boleh meningkatkan jarak berhenti kereta anda sehingga 10 peratus. Mungkin peratusan itu cuma kecil, tetapi impaknya cukup tinggi ketika anda benar-benar memerlukan kereta anda berhenti secepat mungkin. Anda boleh memandu uji kereta anda dalam kelajuan tertentu, seeloknya 60kmj dan cuba membrek kecemasan. Catatkan jarak berhenti dan semak semula dengan data terdahulu, atau pun bandingkan kereta anda dengan model sama yang lain.

2. MUNCUNG KERETA MENJUNAM, MENYIMPANG ATAU MELUNGSUR


Apabila kenderaan melungsur atau kerap berubah haluan, pemandu biasanya akan melakukan penjajaran tayar. Malangnya, tindakan itu mungkin tidak menyelesaikan semua masalah. Jika pusat stereng anda masih tidak menentu, ia mungkin berpunca daripada kerosakan spring dalam sistem suspensi.

3. RASA GEGAR PADA RODA STERENG


Melainkan jika anda sedang memandu di jalan raya yang tidak berturap, anda sepatutnya tidak akan mengalami masalah roda stereng bergegar. Jika berlaku walaupun atas permukaan jalan yang baik, anda perlu segera beri perhatian kepada sistem suspensi.

4. KERETA BERGETAR DAN BERDETAR APABILA LANGGAR BONGGOL

Jika kereta anda berdetar keterlaluan setiap kali melepasi bonggol jalan, masalah itu menandakan spring atau lengan kawalan kereta anda sudah pecah.

5. TAYAR BOTAK TIDAK RATA

Sebelah spring suspensi rosak akan membuatkan berat kereta jadi tidak sekata. Ini menyebabkan lebihan berat kereta tertumpu kepada sebelah tayar sahaja, sekali gus mengakibatkan sistem suspensi rosak. Malah, sebelah tayar lain yang masih elok berisiko haus lebih cepat. Tayar yang mengalami masalah bunga tayar tidak sekata ialah petanda jelas sistem suspensi anda sedang bermasalah.

MEDAL OF HONOR TO ALL MY FOLLOWERS. PLACE IT TO YOUR BLOG.TQ FOR YOUR SUPPORT.

WSB

PENAFIAN / DENIAL

B'jue Corner tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan kandungan di dalam blog ini.

B'jue Corner irresponsible on any loss or damage undergone because use content in this blog.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...