Rabu, 19 Julai 2017

5 tips semasa berada di dalam bilik bersalin, untuk suami!

1. Pastikan isteri menjamah sedikit makanan bagi mengalas perut
Pada masa kelahiran, isteri anda akan bertarung nyawa untuk zuriat anda. Maka, isteri anda memerlukan tenaga yang banyak! Oleh itu, apa yang boleh dilakukan oleh anda adalah memastikan isteri menjamah sedikit makanan yang memberi tenaga. Makanan seperti kurma kerana ia mampu membekalkan sumber tenaga yang banyak.
Sekiranya seorang isteri tidak mampu untuk meneran, risiko masa melahirkan akan menjadi lebih panjang serta memenatkan bagi semua pihak. Malah bayi juga mempunyai risiko lemas. Jadi, bagi memastikan kelancaran proses kelahiran, suami perlu menggalakkan isteri untuk makan supaya bertenaga.

2. Membimbing aturan pernafasan isteri sewaktu meneran
Ketika seorang isteri sedang melahirkan anak, dia berada dalam keadaan yang tidak boleh berfikir jelas disebab kesakitan yang kuat. Oleh sebab itu, penafasan isteri mudah menjadi tidak teratur. Penafasan yang tidak teratur akan menyukarkan lagi proses kelahiran kerana isteri akan menggunakan tenaga yang banyak mengambil nafas pendek berulang kali.
Jadi, suami perlu berada di sisi isteri bagi membimbing aturan penafasan isteri agar lebih teratur. Penafasan yang teratur akan membantu isteri melalui proses kelahiran dgn lebih mudah serta kurang sakit.

3. Kerap menyentuh isteri dengan kasih sayang
Semasa isteri sedang melahirkan anak, emosi akan mudah terganggu akibat daripada kesakitan yang dialaminya. Emosi yang tidak stabil akan menyukarkan isteri untuk fokus dengan melahirkan dan akhirnya menyebabkan isteri kehabisan tenaga.
Di ketika ini, belaian dan usapan anda dengan penuh kasih saying diikuti dengan selawat yang dibacakan mampu menenangkan hati dan emosi isteri. Apabila isteri berada dalam keadaan tenang, isteri boleh fokus dengan proses kelahiran. Tempoh kelahiran juga akan menjadi pendek jika isteri dapat melahirkan dengan tenang.

4. Memberi kata-kata semangat kepada isteri
Kata-kata semangat serta pujian anda kepada isterinya mampu menaikan semangat bagi mempermudahkan proses kehamilan. Andaikata anda hambar sewaktu menemani isteri dalam bilik bersalin, tentu isteri mudah hilang semangat dan ini akan menyebabkan proses kelahiran penuh stress.
Sebagai suami, anda perlu memberi kata-kata positif pada isteri. Tenaga yang hilang akan kembali jika melihat semangat positif suami dalam membantu isteri menghadapi masa-masa yang sukar secara langsung juga membantu mempermudahkan proses kelahiran.

5. Jangan panik!
Di dalam bilik bersalin ialah tempat terakhir anda patut panik! Isteri anda pasti akan bertambah stress dan sakit jika melihat anda panik. Jadi, anda perlu sentiasa tenang dan terus memberi sokongan serta kata-kata positif kepada isteri anda. Panik juga akan membuatkan anda resah, ini juga salah satu punca kenapa ramai para suami tiba-tiba pengsan di dalam bilik bersalin.
Ketika panik, bekalan oksigen akan berkurangan dan anda akan rasa pernafasan anda semakin pendek, ini akan membuatkan isteri anda turut merasa keadaan yang sama. Jadi untuk mengelakan kejadian sedemikian berlaku, anda perlu sentiasa tenang dan elakan rasa panik!


Peranan suami amat besar semasa berada di dalam bilik bersalin. Jadi anda juga harus memastikan diri anda bersedia untuk berada di dalam dewan bersalin.

MEDAL OF HONOR TO ALL MY FOLLOWERS. PLACE IT TO YOUR BLOG.TQ FOR YOUR SUPPORT.

WSB

PENAFIAN / DENIAL

B'jue Corner tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan kandungan di dalam blog ini.

B'jue Corner irresponsible on any loss or damage undergone because use content in this blog.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...