Sabtu, 16 Mac 2019

Marilah kita kenali Orangutan



Orang utan ialah sejenis spesies yang istimewa dan haiwan ini mempunyai rupa bentuk seperti manusia tetapi bezanya haiwan ini mempunyai bulu yang panjang yang berwarna coklat keperang-perangan dan mempunyai tangan yang panjang. Nama lain bagi orang utan adalah mawas ,orang utang, orang hutan dan maias. Haiwan ini adalah seekor haiwan yang sangat cerdek dan mempunyai sifat umpama manusia seperti sedih ,gembira ,marah dan sebagainya. Haiwan ini juga mempunyai 96 peratus DNA manusia. Orang utan jantan dewasa yang berumur 15 tahun ke atas boleh berdiri setinggi 1.4 meter dan mempunyai berat 50-100kg. Manakala orang utan betina pula mempunyai berat diantara 34-40kg. Seekor orang utan betina boleh beranak sekurang-kurangnya 3-4 kali dengan purata seekor anak dalam setahun.

ADAKAH ANDA TAHU DI MANA ORANGUTAN INI BERADA SEKARANG ???



Kawasan yang masih wujudnya orangutan adalah di Indonesia , seperti di Kalimantan , Sumatera dan di Kepulauan Jawa.Selain itu di negara kita juga masih ada lagi orangutan seperti di Semenanjung Malaysia ,Sabah dan Sarawak. Antara kawasan yang memelihara orang utan ini di negara kita adalah di Sepilok ,Sabah dan di pergunungan Kinabalu.

ADAKAH ANDA TAHU ORANG UTAN MAKAN APA???

Orang utan tergolong dalam kalangan haiwan omnivor.Oleh itu, makanan kesukaan orang-utan adalah buah-buahan.Mereka turut makan:
1.Daun-daunan
2.Biji-bijian
3.Kulit kayu
4.Tunas tanaman (yang lunak)
5.Bunga-bungaan

6.Serangga dan haiwan-haiwan kecil.
Orang-Utan tidak perlu meninggalkan pohon iaitu habitat mereka jika ingin minum kerana biasanya mereka meminum air yang terkumpul di lubang-lubang di antara cabang pohon.

Tetapi sejak kebelakangan ini kepupusan orang utan sangat membimbangkan semua pihak, pelbagai aspek yang menyebabkan kepupusan tersebut yang kebanyakannya disebabkan faktor manusia itu sendiri. Pelbagai kempen telah dilakukan sejak tahun 2009 lagi untuk menyedarkan masyarakat pentingnya menjaga habitat yang amat bernilai ini.
Fakta sebenar tentang Orang-Utan pada masa sekarang baca disini

MEDAL OF HONOR TO ALL MY FOLLOWERS. PLACE IT TO YOUR BLOG.TQ FOR YOUR SUPPORT.

WSB

PENAFIAN / DENIAL

B'jue Corner tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan kandungan di dalam blog ini.

B'jue Corner irresponsible on any loss or damage undergone because use content in this blog.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...