TOMATO                 buah berwarna merah  dan boleh dimakan mentah. Namun,  bukan semua                orang  menggemarinya! Tahukah anda tomato  mengandungi pelbagai khasiat                 tersendiri, termasuk  membantu mencegah penyakit berbahaya?
Warna merah itu ialah disebabkan likopena, iaitu karotenoid atau sebatian semula jadi yang memberikan warna merah kepada tomato dan pelbagai khasiat kebaikan antioksidan semula jadi yang baik untuk kesihatan badan.
Beliau berkata, berdasarkan  kajian saintifik, likopena dapat  membantu                mencegah  penyakit tertentu seperti kanser  prostat, kanser paru-paru                 dan kanser perut. Likopena juga  dapat membantu mengurangkan paras                 kolesterol LDL  (kolesterol jahat) dan sekali gus mengawal  tekanan                darah  supaya stabil, katanya pada ceramah  kesihatan The Red Campaign                 di ibu negara, baru-baru ini.  Kempen itu dianjurkan oleh syarikat                 makanan global,  Heinz, yang mengeluarkan sos tomato,  perasa dan                pelbagai  aneka sos.
Mary berkata, sumber terbaik untuk mendapatkan likopena ialah dari sos spagheti, jus tomato, tembikai, pes tomato, sup tomato, cili sos dan sos koktel. Beliau berkata, kira-kira 80 peratus likopena terkandung di dalam produk tomato dan buah tomato tetapi hakikatnya, tomato yang sudah dimasak mengandungi likopena yang lebih tinggi.
Ini kerana, katanya, proses memasak akan memecahkan dinding sel tomato yang sekali gus membenarkan tubuh manusia menyerap likopena. Bagaimanapun, beliau berkata, sebaik-baiknya pastikan anda tidak menggunakan minyak dan lemak yang berlebihan ketika memasak untuk memastikan keberkesanan penyerapan likopena.
Antara kelebihan dan kebaikan tomato ialah....
1. Baik Untuk Kencing Manis
Kandungan Karbohidrat dalam tomato sangat rendah maka ia baik untuk pesakit diabetes. Tomato dikatakan sangat berkesan dalam mengawal peratusan gula di dalam air kencing pesakit diabetes.
2. Baik Untuk Mata
Kiranya selama ini kita dengar lobak merah dan berry baik untuk mata, tomato juga baik untuk mata sebenarnya. Kerana kaya dengan vitamin A, tomato amat bermanfaat untuk kesihatan mata khasya rabun malam dan rabun jauh serta penyakit-penyakit mata lain akibat kekurangan vitamin. Daun tomato pula berguna untuk merawat saraf optik dan lemah mata. Ambil segenggam daun tomato yang baru dipetik. Bilas dan rendam selama 15 minit dalam air panas (tidak terlalu panas) di dalam bekas tertutup. Sejatkan. Air ini merupakan tonik untuk mata dan saraf optik. Hendaklah dimakan sesudu teh sebelum mengambil sajian utama 3 kali sehari.
3. Baik Untuk Obesiti
Tomato sangat berguna dalam rawatan obesiti. Makanlah satu atau dua biji tomato ranum pada awal pagi tanpa sarapan selama 2 bulan. Ini dianggap kaedah selamat untuk pengurangan berat badan. Pada waktu yang sama, ia membekalkan elemen-elemen makanan penting untuk mengekalkan kesihatan.
4. Baik Untuk Gangguan Usus dan Hati
Minum segelas penuh jus tomato segar. Campur dengan secubit garam dan lada sulah. Diminum pada awal pagi. Ia petua berkesan untuk mengurangkan mabuk wanita mengandung, merawat masalah berkaitan hempedu dan hati serta jaundis. Juga berkesan merawat masalah penghadaman, angin dalam usus dan sembelit.
5. Baik Untuk Gangguan Pernafasan
Sebelum tidur, telan tiga ulas bawang putih. Kemudian minum segelas penuh jus tomato segar dicamputkan madu dan secubit serbuk pelaga. Ini merupakan petua berkesan merawat TB dan jangkitan paru-paru. Ia meningkatkan pertahanan tubuh dan menghalang penolakan serta percampuran ubat-ubatan yang sering berlaku pada pesakit TB. Bagi pesakit lelah, rawatan ini melegakan rasa sesak di dalam bronkiol dan pengeluaran mukus (lendir) melampau serta kejang.
6. Baik Untuk Ibu yang Menyusu
Ibu yang menyusukan bayi digalakkan makan tomato. Memakan produk berasaskan tomato (atau tomato yang dimasak) boleh meningkatkan kandungan likopena di dalam susu ibu. Ini tentunya baik untuk kesihatan bayi.
Tip Memilih TOMATO...
Untuk yang paling berkhasiat, pilihlah tomato yang paling merah ranum.
Untuk yang lebih sedap pula, rendamkan beberapa biji tomato di dalam air. Yang tenggelam itu lebih sedap berbanding yang terapung. Ini kerana yang tenggelam itu mengandungi lebih banyak kandungan gula.
http://baca-blogspot.blogspot.com
Warna merah itu ialah disebabkan likopena, iaitu karotenoid atau sebatian semula jadi yang memberikan warna merah kepada tomato dan pelbagai khasiat kebaikan antioksidan semula jadi yang baik untuk kesihatan badan.
Selain  mempunyai kebaikan antioksidan, makanan yang                  mengandungi likopena itu juga boleh mengurangkan risiko  beberapa                 jenis kanser dan penyakit jantung.Hasil kajian  pakar  penyelidik                asing mendapati bahawa kandungan  likopena  begitu tinggi dalam pes                tomato, sos tomato dan  jus  tomato.
Perunding  Pemakanan di Institut Jantung Negara  (IJN),                Mary Easaw  John, berkata cara terbaik bagi  menambah jumlah likopena                 di dalam badan manusia adalah  melalui pengambilan makanan berasaskan                 tomato dan produk  masakan yang diperbuat daripada bahan  itu.