Sabtu, 3 Disember 2016

Petua Fair Play

Artikel ini hanya sesuai dibaca jika anda berusia lebih 18 tahun. Hubungan seksual suami isteri adalah suatu adegan yang berlangsung agak lama, mengandungi 3 fasa utama bermula dari gurauan-senda sebelum jima’(foreplay),jima’ hinggalah ke peringkat gurauan-senda selepas jima’(afterplay).Ia akan mengambil masa kira-kira 1 jam.

Masa yang diambil untuk istimta’ (foreplay) adalah kira-kira 20 minit. Sesudah inzal mani (climax) pihak suami, masa yang diambil untuk gurauan-senda selepas jima’ (afterplay) pula kira-kira 10 minit. Untuk suami menjayakan kedua-dua fasa ini tidaklah sukar, cuma ada sebilangan lelaki yang ‘buta seni’ gelojoh dalam melaksanakan tanggungjawab memberi nafkah batin dengan memendekkan proses istimta’ atau langsung tidak melaksanakan ‘afterplay’.


Masalah yang agak merunsingkan sebahagian lelaki ialah di fasa jima’ itu sendiri. Ini kerana sebahagian lelaki tidak tahan lama dan akan inzal (climax) dalam masa 2 minit saja setelah memasukkan zakar ke faraj dan berdayung. Ada yang lebih bermasalah, iaitu sudah ‘surrender’ sebelum memulakan fasa.


Sebagai salah satu usaha bagi mengatasi masalah ini, berikut ada petua yang disumbangkan oleh TomCruise.


Saya salinkan gaya bahasa asal beliau dan kemudiannya saya akan berikan penerangan:
Assalamu’alaikum dan selamat sejahtera,


Ini ada satu lagi ilmu yang mungkin ramai tahu tapi tidak tahu guna..boleh guna lelaki ke perempuan tak kisah…100% berjaya…mcm mlm pulak..takla..bukan nak jual ubat..hanya berkongsi rahsia yang tidak menjadi rahsia lagi….caranya senang saja…teknik pernafasan dan bayangan …dah ramai tau ke..takpela…nak kongsi gak…utk teknik pernafasan..guna mcm kita berjoging…tarik nafas 2 x hembus 1 x…..try la….bayangan..bayang kan benda2 tak best dlm kepala masa tgh hampir nak terpancut…boleh tahan sikit guna teknik ini…..oklah..selamat mencuba.
Mana-mana lelaki yang sudah menjadi suami mungkin boleh bersetuju dengan apa yang dicatat di atas. Pertamanya mengenai cara bernafas. Mungkin apa yang patut saya tambah ialah bahawa suami patut peka (alert) dan kawal cara dia bernafas bila sedang berjima’. Kaedahnya macam-macam dan bergantung pula pada kesesuaian anda. Teknik di atas adalah salah satu daripadanya. Anda boleh cuba.


NAFAS DAYUNGAN SEPOI BAHASA


Satu cara lagi yang ingin saya kongsikan di sini ialah teknik pernafasan lambat (slow breathing) yang dipanggil Nafas Dayungan Sepoi Bahasa. Caranya ialah tarik nafas perlahan-lahan, tahan nafas beberapa ketika dan kemudian hembus nafas perlahan-lahan juga. Angin yang keluar masuk itu amat lembut seolah-olah seperti bila anda meniup lembut ke telinga isteri. Anda boleh cuba teknik tradisional Melayu ini.


KAEDAH MENGHITUNG DAYUNGAN


Dari sudut bayangan yang dicatat oleh TomCruise itu, saya ingin kongsikan juga satu teknik tradisional Cina pula. Orang Cina menyarankan agar anda sibukkan diri anda menghitung. Anda boleh hitung dayungan anda. Contohnya satu dayungan dalam, empat dayungan dangkal. Ulang lagi. Dengan cara itu minda anda tidak akan terlalu dibuai oleh keseronokan. Dan insyaAllah, anak yang bakal lahir nanti pandai matematik! (ini saya yang catat, tidak ada sebarang catatan kuno yang pernah saya temui mengenai anak pandai matematik jika bapanya menghitung dayungan!).


KAEDAH DAYUNGAN SAMBIL BERZIKIR


Dari sudut tradisional Melayu pula, ada yang berzikir semasa mendayung. Ada yang berzikir dengan menyebut ‘Ya Allah’ atau ‘Ya Qohhar’ atau ‘Ya Allah Ya Hayyu Ya Qayyum Ya ‘Azhim Ya Rabbal ‘Alamin’ dalam hati (memang elok kita ingat pada Allah dalam semua keadaan termasuk ketika jima’, ingat dalam hati saja, bukan dilafazkan melalui mulut). Cara lebih bagus, dan insyaAllah akan lahirlah ‘anak zikir’ iaitu istilah yang diberikan oleh orang-orang tua Melayu. Mudah-mudahan jika dengan jima’ itu lahir anak, dia akan jadi anak yang soleh.


MEDAL OF HONOR TO ALL MY FOLLOWERS. PLACE IT TO YOUR BLOG.TQ FOR YOUR SUPPORT.

WSB

PENAFIAN / DENIAL

B'jue Corner tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan kandungan di dalam blog ini.

B'jue Corner irresponsible on any loss or damage undergone because use content in this blog.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...