Jumaat, 2 November 2018

Macam ni punya suamipun ada ka???

Sepasang suami isteri, dah lama kahwin tapi tak ada cahaya mata. Si suami teramat lah kedekut, bukan setakat taik hidung masin, taik mata pun masin gak.. Salah satu aktiviti tahunan mereka ialah mengunjungi satu pameran udara.
Tahun pertama, si isteri nak sangat naik sebuah pesawat ringan. Pergilah mereka berjumpa dengan pilot pesawat tu. 'Encik, berapa saya kena bayar untuk menaiki pesawat ni?' Tanya si suami tak mahal encik, cuma RM50 untuk satu pusingan' jawab pilot tu. 'Uuiishh..mahalnya, tak jadi la saya nak naik' jawab si suami lalu menarik tangan isterinya berlalu dari situ. 'Alaa... abang ni, RM50 pun nak berkira, setahun sekali je bang, tak pernah saya naik pesawat cam tu' rayu si isteri dengan nada manja dengan harapan si suami akan ubah fikiran. ‘ Jangan nak ngada2, RM50 tu banyak benda lain kita boleh beli. Kecewalah si isteri atas sifat kedekut suaminya. Bukannya tak mampu, dalam bank melambak lagi duit dia.
Tahun kedua, mereka pergi lagi. Si isteri sekali lagi memujuk suaminya untuk menaiki pesawat tu. Berjumpalah mereka dengan pilot tu, pilot yang sama tahun lepas. Tapi kali ni, bayarannya dah jadi RM80... Apa lagi sekali lagi kecewalah si isteri tadi.
Tahun ketiga, mereka pergi lagi... Si isteri tadi awal2 lagi dah pujuk si suami untuk menaiki pesawat ringan tu. 'Baiklah, kalau bayarannya kurang dari RM30, kita naiklah kata suami yang membuatkan si isteri menarik muka masam kerana dia tahu bayarannya pasti akan meningkat lagi tahun ni. Mereka menuju ke pesawat yang sama macam tahun lepas dan jumpa dengan pilot yang sama juga. Seperti yang dijangkakan, bayarannya dah jadi RM100. Segeralah si suami menarik tangan isterinya berlalu dari situ.
Si pilot tadi yang kesiankan si isteri yang saban tahun mengimpikan untuk menaiki pesawat tu memanggil mereka semula. 'Encik, berapa yang encik sanggup bayar?' 'Aku cuma nak bayar bawah RM30 ajer jawab si suami. Setelah berfikir seketika, berkatalah si pilot tadi 'Baiklah, Encik boleh naik pesawat tu dengan bayaran RM20 sahaja tapi dengan satu syarat' Gembiralah si suami tadi, RM20 ajer tapi apa syaratnya' 'semasa di udara, encik dan isteri encik tak boleh mengeluarkan satu suara pun. Kalau bersuara juga, saya akan kenakan bayaran RM10 bagi setiap perkataan yang keluar dari mulut encik atau isteri encik jawab pilot tadi sambil tersenyum. Baiklah saya setuju' jawab si suami dengan yakin bolehnya. Maka, naiklah mereka akan pesawat tu...
Pilot tadi pun ada niat lain sebenarnya. dia nak ajar si suami yang kedekut tadi. Dia pun buat lah aksi2 acrobatik yang diakui membahaya. Macam2 aksi dia buat, tapi hairan gak dia sebab suami isteri yang duduk kat belakang dia tak menjerit pun. Dia cuba lagi buat aksi2 yang merbahaya, berpusing2 pesawat tu, tapi still senyap gak. Setelah muslihat dia tak berjaya, pilot tu pun mendaratkan lah pesawat dia. Rasa rugi pulak sebab cuma boleh dpt RM20 ajer. Bila dah mendarat, cuma si suami yang turun dari pesawat tu. 'Ehh? mana isteri encik? tanya pilot tu terkejut. 'Dia dah jatuh masa kau pusing2 pesawat tadi Hahh apasal tak cakap 'Kalau aku cakap nanti kena tambah bayaran lak jawab si suami Sambil menghulurkan RM20 kepada pilot tadi dan terus berlalu...

Moralnyer..: Carilah suami yang mengasihi isterinya.

MEDAL OF HONOR TO ALL MY FOLLOWERS. PLACE IT TO YOUR BLOG.TQ FOR YOUR SUPPORT.

WSB

PENAFIAN / DENIAL

B'jue Corner tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan kandungan di dalam blog ini.

B'jue Corner irresponsible on any loss or damage undergone because use content in this blog.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...