Isnin, 19 November 2018

~Sejarah Pencungkil Gigi~



Pencungkil gigi juga dipanggil tusuk gigi. Fungsinya ialah untuk membersihkan cebisan makanan yang terlekat di antara gigi kita. Ia berperanan sama seperti benang flos.

Bezanya ia dibuat daripada bahan kayu atau plastik. Pencungkil gigi ini sebenarnya sudah lama diperkenalkan kepada masyarakat awam. Ia mula digunakan 200 atau 300 tahun yang laIu. Dalam beberapa kebudayaan kuno prasejarah, pemberian cungkil gigi mempunyai erti yang amat tinggi nilainya. Ia menggambarkan kasih sayang si pemberi kepada si penerima. Pencungkil gigi dalam masyarakat di zaman lain itu juga boleh merupakan sebahagian daripada "mas kahwin" untuk menikah.

Dalam kebudayaan kaum Romania dan Greek pula, pencungkil gigi menunjukkan darjat dan kedudukan si pengguna. Lebih tinggi kedudukan seseorang, lebih biasalah ia akan menggunakan pencungkil gigi ini. Pencungkil gigi juga tidak dibuat daripada kayu sahaja tetapi boleh juga daripada belalai gajah ataupun logam mahal.

Pencungkil gigi juga pernah dihubung kaitkan dengan kepercayaan agama. Agama Hebrew menggalakkan penganutnya menggunakan pencungkil gigi pada majlis makan hari raya nya Agama Hindu pula menganggap menggunakan pencungkil gigi daripada dahan sejenis pokok buah "fig" untuk membersihkan gigi adalah amalan yang terpuji.

Sementara itu, Nabi Muhammad s.w.t. sendiri dikatakan oleh para sahabatnya pernah membuat permintaan terakhir untuk diberikan sebatang cungkil gigi sebelum beliau kembali ke rahmatullah.

Kemasyhuran pencungkil gigi juga banyak dikaitkan dengan dunia kesusasteraan. Penyair terkenal di negara Persia, Omar Khayyam, sebelum meninggal dunia melakukan tiga perkara penting. Salah satu ialah membersihkan mulutnya dengan cungkil gigi sebelum menghembuskan nafasnya.

Di zaman moden ini, pencungkil gigi selalu disediakan di restoran makan. Ia dibuat daripada kayu dan boleh berbentuk leper macam papan atau bulat. Ia mesti digunakan dengan betul jika tidak boleh mengakibatkan gusi yang terdapat di antara dua gigi tertekan ke bawah sehingga membentuk lubang.

Ini lebih berbahaya kerana lebih banyak dan lama cebisan makanan tertinggal di situ. Akibatnya ia akan menjadi tumpukan bahan makanan bakteria mulut yang banyak.

Ini akan menyebabkan asid lebih banyak terbentuk. Akibatnya gigi lebih cepat reput. Jika tidak begitu pandai menggunakannya, minta ibu atau ayah tolong atau adik boleh membeli pencungkil gigi yang berbentuk berus gigi segi tiga kecil yang dibuat daripada bahan nilon. Berus kecil ini lebih terkawal. Ia tidak hanya membersihkan celah-celah gigi tetapi juga mengurut gusi kita.




Legenda Pencungkil Gigi.

Pencungkil gigi telah ada sebelum kedatangan manusia moden. Tengkorak gigi manusia Neanderthal dan Homo Sapiens telah menunjukkan bukti-bukti penggunaan alat untuk mencungkil gigi. Ini adalah alat tertua untuk membersihkan gigi.

Mesin pembuat pencungkil gigi pertama kali dikembangkan pada tahun 1869 oleh Alessandro Franco, kemudian mesin serupa juga dipatenkan pada tahun 1872 oleh Silas Noble dan J.P. Cooley.


p/s: Memang ciptaan yang bermanfaat..Rasa feel je korek 'taik gigi'..Hehehe



Sumber: MalaysiaSensasi

MEDAL OF HONOR TO ALL MY FOLLOWERS. PLACE IT TO YOUR BLOG.TQ FOR YOUR SUPPORT.

WSB

PENAFIAN / DENIAL

B'jue Corner tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan kandungan di dalam blog ini.

B'jue Corner irresponsible on any loss or damage undergone because use content in this blog.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...