1. Sudah tidak ada passion dalam bekerja
Anda mesti rasa sengsara jika terpaksa bangun pagi setiap hari ke pejabat dan perlu lakukan kerja-kerja yang anda tidak suka.
Perasaan bosan di mana apabila bekerja anda lakukan ala kadar sahaja. Untuk berjaya dalam kerjaya, anda perlu ada perasaan ‘seronok’ dan semangat untuk melakukan yang terbaik, barulah dapat naik pangkat dan gaji.

2. Masalah kewangan syarikat
Jangan cari masalah dengan pilih untuk setia dengan syarikat yang asyik melengah-lengahkan bayaran gaji anda. Anda ada pelbagai bil untuk dibayar jadi masalah kewangan syarikat adalah masalah kewangan anda juga.

3. Tidak suka dengan rakan sekerja/bos
Perkara ini sebenarnya biasa berlaku dalam mana-mana syarikat. Anda perlu cuba atasi perkara ini terlebih dahulu Namun jika ianya melampau dan melarat, dan anda tidak nampak sebarang penyelesaian lain, rasanya eloklah anda angkat kaki dari situ.

4. Rasa tertekan dan negatif yang konsisten
Tekanan di tempat kerja sebenarnya merupakan perkara biasa. Namun jika ia sampai menjejaskan fikiran, ketenangan dan kehidupan anda, ada baiknya anda cari pekerjaan baru. Tekanan di tempat kerja sebenarnya boleh menjejaskan kesihatan anda secara fizikal atau mental malah lebih teruk lagi jika kedua-duanya sekali.

5. Tidak serasi dengan budaya syarikat / sudah hilang kepercayaan dengan syarikat
Mungkin ada etika atau polisi syarikat yang anda rasa salah tetapi anda ‘paksa’ diri mematuhinya demi memenuhi kehendak kerja.
Misalnya jika syarikat anda jenis yang mengamalkan rasuah untuk mendapatkan kontrak ataupun anda perlu menemani klien ke tempat-tempat hiburan walhal anda bukan orang yang selesa dengan persekitaran begitu.

6. Kerja sehingga hilang keseimbangan hidup
Anda perlu pertimbangkan untuk mula mencari kerja baru jika kebanyakan masa anda dihabiskan untuk bekerja sehingga tidak ada masa untuk diluangkan bersama keluarg.

7. Tidak ada peluang untuk menonjolkan bakat atau kebolehan anda
Adakah pihak pengurusan masih tidak ‘nampak’ kebolehan anda walaupun anda telah berusaha bersungguh-sungguh? Semua cadangan anda tidak pernah diterima pakai dan anda juga tidak dapat kenaikan pangkat walaupun sudah bertahun-tahun memberi sumbangan?
Jangan buang masa anda dan pergilah tempat yang boleh memberikan anda peluang-peluang tersebut.

8. Kerja makin bertambah tapi gaji tetap sama
Ini juga salah satu tanda anda perlu mencari pekerjaan baru. Terutama sekali jika anda dapati prestasi syarikat makin maju dan stabil tetapi tidak ada sebarang ganjaran yang diberikan kepada pekerja-pekerja. Tidak ada untungnya biarkan diri anda ‘diperah’ ,dibuli dan dipergunakan oleh majikan.




credit : [ 1 ][ 2 ]