Iblis akan sentiasa mengganggu manusia,  mulai dengan memperdayakan manusia dari  terjadinya dengan setitik mani  hingga ke akhir hayat mereka, dan yang  paling dahsyat ialah sewaktu  akhir hayat iaitu ketika sakaratul maut. 
Iblis mengganggu manusia sewaktu sakaratul maut disusun menjadi 7  golongan dan rombongan. 
Hadith Rasulullah S.A.W. menerangkan: 
"Ya Allah aku berlindung kepada Engkau dari tipuan syaitan diwaktu sakaratul maut. "
Rombongan 1
Akan  datang Iblis dengan berbagai rupa aneh seperti emas, perak dan   lain-lain, serta sebagai makanan dan minuman yang lazat-lazat.   disebabkan orang yang di dalam  sakaratul maut itu di masa hidupnya  sangat tamak dan haloba kepada  barang-barang tersebut, maka diraba dan  disentuhnya barang-barang Iblis itu,  pada waktu itu nyawanya putus dari  tubuh. 
Inilah yang dikatakan mati  yang lalai dan lupa kepada Allah SWT inilah jenis mati fasik dan  munafik, ke nerakalah tempatnya. 
Rombongan 2
Akan datang Iblis kepada orang  yang didalam sakaratul maut itu  merupakan diri sebagai rupa binatang  yang di takuti seperti, Harimau,  Singa, Ular yang berbisa. Yang apabila orang  yang sedang sakaratul maut  itu memandang ke binatang itu, maka dia pun  menjerit dan melompat  sekuat hati. 
Maka seketika itu juga akan putuslah  nyawa itu dari badannya, maka  matinya itu disebut sebagai mati lalai dan  mati dalam keadaan lupa  kepada Allah SWT, matinya itu sebagai Fasik dan  Munafik dan ke  nerakalah tempatnya. 
Rombongan 3
Akan datang Iblis mengacau dan memperdayakan orang yang di dalam sakaratul maut itu dengan menyerupai binatang kesayangannya. 
Apabila tangan orang  yang hendak mati itu meraba-raba kepada binatang  kesayangan itu dan  waktu tengah meraba-raba itu dia pun mati, maka  matinya itu di dalam  golongan yang lalai dan lupa kepada Allah SWT.  Matinya itu mati Fasik  dan Munafik, maka nerakalah tempatnya. 
Rombongan 4
Akan datang Iblis merupakan dirinya  sebagai rupa yang paling dibenci  oleh orang yang akan mati, seperti  musuhnya ketika hidupnya dahulu maka  orang  yang di dalam sakaratul maut itu akan menggerakkan dirinya untuk   melakukan sesuatu kepada musuh yang dibencinya itu. 
Maka sewaktu itulah  maut pun datang dan matilah ia sebagai mati Fasik dan Munafik, dan  nerakalah tempatnya
Rombongan 5
Akan  datang Iblis merupakan dirinya dengan rupa sanak-saudara yang  hendak  mati itu, seperti ayah ibunya dengan membawa makanan dan  minuman,  sedangkan orang yang di dalam sakaratul maut itu sangat  mengharapkan  minuman dan makanan lalu dia pun menghulurkan tangannya  untuk mengambil  makanan dan minuman yang dibawa oleh si ayah dan si ibu  yang dirupai  oleh Iblis, berkata dengan penuh kasih 
"Wahai anakku inilah saja makanan  dan bekal yang kami bawakan untukmu  dan berjanjilah bahawa engkau akan  menurut kami dan menyembah Tuhan  yang kami sembah, supaya kita tidak  lagi bercerai dan marilah bersama  kami masuk ke dalam syurga. "
Maka  dia pun sudi mengikut tawaran itu dengan tanpa berfikir lagi,  ketika  itu waktu matinya pun sampai maka matilah dia di dalam keadaan  kafir,  kekal di dalam neraka dan terhapuslah semua amal kebajikan  semasa  hidupnya. 
Rombongan 6
Akan  datanglah Iblis merupakan dirinya sebagai ulama'-ulama' yang  membawa  banyak kitab-kitab, lalu berkata ia: "Wahai muridku, lama sudah  kami  menunggu akan dikau, ternyata kamu sedang sakit di sini, kerana  itu kami  bawakan kepada kamu doktsr dan ubat untukmu. " Lalu diminumnya  ubat,  itu maka hilanglah rasa penyakit itu, kemudian penyakit itu  datang lagi.  
Lalu  datang pula Iblis yang menyerupai ulama' dengan berkata: "Kali  ini kami  datang kepadamu untuk memberi nasihat agar kamu mati didalam  keadaan  baik, tahukah kamu bagaimana hakikat Allah?"
Berkata orang yang sedang dalam sakaratul maut: "Aku tidak tahu. "
Berkata ulama' Iblis: "Ketahuilah, aku ini adalah seorang ulama' yang  tinggi dan hebat, baru saja kembali dari  alam ghaib dan telah mendapat  syurga yang tinggi. Cubalah kamu lihat  syurga yang telah disediakan  untukmu, kalau kamu hendak mengetahui Zat  Allah SWT hendaklah kamu  patuh kepada kami. "
Ketika itu orang  yang dalam sakaratul maut itu pun memandang ke kanan  dan ke kiri, dan  dilihatnya sanak-saudaranya semuanya berada di dalam  kesenangan syurga,  (syurga palsu yang dibentangkan oleh Iblis untuk  tujuan menggoda orang yang sedang dalam sakaratul maut). 
Kemudian orang yang sedang dalam sakaratul maut itu bertanya kepada ulama' palsu:
"Bagaimanakah Zat Allah?" Iblis merasa gembira apabila jeratnya mengena. 
Lalu berkata ulama' palsu: "Tunggu, sebentar lagi dinding dan tirai akan dibuka kepadamu. "
Ketika tirai dibuka selapis demi selapis  tirai yang berwarna warni  itu, maka orang yang dalam sakaratul maut itu  pun dapat melihat satu  benda yang sangat besar, seolah-olah lebih besar  dari langit dan bumi. 
Berkata Iblis: "Itulah dia Zat Allah yang patut kita sembah. "
Berkata orang  yang dalam sakaratul maut: "Wahai guruku, bukankah ini  benda yang  benar-benar besar, tetapi benda ini mempunyai enam sisi,  iaitu benda  besar ini ada kiri dan kanannya, mempunyai atas dan bawah,  mempunyai  depan dan belakang. 
Sedangkan Zat Allah tidak menyerupai  makhluk, sempurna Maha Suci Dia  dari sebarang sifat kekurangan. Tapi  sekarang ini lain pula keadaannya  dari yang di ketahui dahulu. Tapi  sekarang yang patut aku sembah ialah  benda yang besar ini. "
Dalam keraguan itu maka Malaikat Maut  pun datang dan terus mencabut  nyawanya, maka matilah orang itu di dalam  keadaan kafir dan kekal di  dalam neraka dan terhapuslah segala amalan  baik selama hidupnya di  dunia ini. 
Rombongan 7
Rombongan Iblis yang ketujuh ini terdiri dari 72 barisan sebab dari  menjadi 72 barisan ialah kerana dia menepati Iktikad Muhammad S.A.W  bahawa umat Muhammad  akan terbahagi kepada 73 barisan). Satu  barisan/golongan yang benar iaitu  ahli sunnah waljamaah, 72 yang lain  masuk ke neraka karena sesat. 
Ketahuilah  bahawa Iblis itu akan mengacau dan mengganggu anak Adam  dengan 72 macam  yang setiap satu berlainan di dalam waktu manusia  sakaratul maut. 
Oleh  kerana itu hendaklah kita mengajarkan kepada orang yang hampir  meninggal  dunia akan talkin Laa Ilaaha Illallah untuk menyelamatkan  dirinya dari  gangguan Iblis dan syaitan yang akan berusaha  bersungguh-sungguh  menggoda orang yang sedang dalam sakaratul maut. 
Disebutkan dalam sebuah hadith yang  artinya: "Ajarkan oleh kamu  (orangyang masih hidup) kepada orang yang  hampir mati itu: Laa Ilaaha  Illallah. "


Tiada ulasan:
Catat Ulasan