Lelaki  bukan Islam digalakkan untuk  berkhatan bagi mengelakkan risiko pasangan  mereka dijangkiti kanser  serviks. Amalan itu terbukti berkesan melalui  satu kajian terhadap  lelaki Yahudi yang berkhatan.
Kajian tersebut mendapati pasangan lelaki Yahudi tidak dijangkiti kanser berkenaan. Selain aktiviti sosial, faktor lain yang menyumbang terhadap kanser tersebut ialah merokok dan jangkitan virus Human Papilloma (HPV).
 
 
Kajian tersebut mendapati pasangan lelaki Yahudi tidak dijangkiti kanser berkenaan. Selain aktiviti sosial, faktor lain yang menyumbang terhadap kanser tersebut ialah merokok dan jangkitan virus Human Papilloma (HPV).
Virus Human Papilloma (HPV)
Bagi  mengelakkannya, pelalian HPV boleh dilakukan kepada lelaki  terutama  bagi yang terdedah dengan aktiviti seks seawal 15 tahun.  Bagaimanapun,  mereka disaran untuk berkhatan bukan sahaja mengelakkan  jangkitan kanser serviks malah mengekalkan faktor kesihatan yang lain.
Kajian  juga menunjukkan remaja berusia 10 hingga 15 tahun kurang  terdedah  kepada ancaman penyakit itu selain berada pada tahap imunisasi  yang  tinggi. Pada usia tersebut remaja perempuan masih lagi dianggap  belum  terdedah dengan hubungan seksual dan risiko jangkitan HPV.
Penyelidik dari Universiti Johns Hopkins   juga membuat kajian dan mendapati pasangan lelaki berkhatan mempunyai   kadar jangkitan human papillomavirus (HPV) 28 peratus lebih rendah   daripada biasa.
Dalam laporan disiarkan di jurnal perubatan Lancet, seorang daripada penyelidik terbabit, Dr Maria Wawer, berkata amalan berkhatan sepatutnya diterima umum sebagai langkah mengawal penyebaran HPV di kalangan wanita.
Dr Maria Wawer
“Bagaimanapun, ia hanyalah sebahagian daripada langkah perlindungan."
Mereka  juga mengumpulkan maklumat mengenai hampir 1,000 wanita  dijangkiti HPV  yang dikenal pasti sebagai pasangan seks suami  masing-masing.
Selepas  dua tahun, hanya 27.8 peratus daripada pasangan lelaki  berkhatan  dijangkiti virus berkenaan berbanding 38.7 peratus di  kalangan lelaki  tidak berkhatan.
Jangkitan HPV dikenali sebagai punca utama seseorang wanita mendapat  kanser serviks. Bagaimanapun, ia juga boleh menyebabkan masalah sama  pada dubur, zakar, kepala dan leher.
Berkhatan Dalam Islam
Perkataan  berkhatan berasal dari perkataan 'khitan' iaitu potong.  Dalam Malayalam  ianya juga disebut sebagai Maarkham. Kebiasanya ianya  juga disebut  sebagai 'sunat'. Ini digunakan untuk menunjukkan bahawa  ianya dilakukan  sebagai 'kebiasaan' pada zaman Nabi Ibrahim A.S.
Yahudi juga mengamalkan berkhatan
Menurut kitab Fathul Mueen,   berkhatan adalah wajib bagi lelaki dan perempuan. Walaubagaimanapun  ada  juga sebilangan besar ulama berpendapat bahawa berkhatan untuk  wanita  hanyalah sunat. Ini mungkin sebabnya mengapa berkhatan  dikalangan wanita  tidak diamalkan sepenuhnya. Selain dari itu,  berkhatan untuk lelaki  adalah sunat dihebahkan sementara untuk wanita  pula ianya adalah  sebaliknya. Sekiranya bersunat itu akan dalam apa-apa  cara membahayakan  diri kanak-kanak tersebut, maka ianya patut di  tangguhkan ke suatu masa  yang lebih selamat.
Berkhatan  adalah sebaik-baiknya sebaik-baiknya dilakukan pada hari ke 7  atau hari  ke 40 bayi dilahirkan. Satu lagi masa yang baik adalah  semasa umurnya  mencapai 7 tahun, ia itu umur apabila mereka perlu  dinasihatkan untuk  sembahyang. Berkhatan menjadi wajib untuk dilakukan  apaila seseorang  mencapai akil baligh.
Berkhatan  untuk lelaki dilakukan dengan membuang 'foreskin', kulit  yang menutupi  kepala zakar (glans penis) sehingga nampak keseluruhan  glans penis  keluar. Ianya boleh dilakukan dengan berbagai cara.
Untuk  kanak- kanak perempuan pula ianya dilakukan untuk memenuhi  syarat  berkhatan pada namanya. Ini bermaksud memotong pada sebahagian  kecil di  'daging berbentuk balung ayam di atas saluran kencing' (yakni  kelentit  atau klitoris). Ini patut dilakukan sesedikit yang mungkin dan  tidak  mencacatkan.
Mencegah lebih diutamakan di dalam Islam berbanding merawat. Indahnya Islam.



Tiada ulasan:
Catat Ulasan