Sabtu, 26 Ogos 2017

Sifat-Sifat Munafik

Munafik adalah golongan manusia yang pada zahirnya menyatakan dan menunjukkan kebaikan tetapi menyembunyikan kejahatan.
Munafik adalah golongan manusia yang berpura-pura,yang nampaknya seperti seorang muslim sebenar kerana ia mengakui sebagai orang Islam dan mengerjakan segala yang disuruh.tetapi disebalik pandangan orang ia melakukan keengkaran kepada AllahMereka melakukan pendustaan terhadap Allah dan rasulNya. Kedudukan mereka adalah lebih buruk dari kafir.

Orang munafik ini tidak dapat dikenali dengan pandangan mata tetapi dapat dikenali dengan sifat-sifat yang ada pada mereka.Antaranya ialah:

1.MELAKUKAN KEBINASAAN DI MUKA BUMI
Firman Allah:
"Apabila dikatakan kepada mereka itu,janganlah kamu membuat kebinasaan(kemungkaran)di muka bumi,mereka menjawab;sesungguhnya kami orang-orang yang hanya membuat kebajikan.Ketahuilah bahawa sesungguhnya mereka ialah sebenar-benar orang yang membuat kebinasaan(kemungkaran)tetapi mereka tidak menyedarinya" Al Baqarah 11-12

Mereka melakukan kerosakan dan kejahatan dengan berbagai alasan seperti riba yang dikatakan untuk meninggikan ekonomi masyarakat,perkara yang membawa kepada zina dengan alasan untuk muslihat umum,melakukan perkara yang haram dengan alasan untuk membantu masyarakat dan sebagainya.

2.MENUDUH ORANG MUKMIN ITU ****H
Firman Allah:
"Apabila dikatakan kepada mereka,berimanlah kamu sebagaimana orang ramai beriman,jawab mereka:adakah patut kami beriman sebagaimana orang-orang yang ****h itu?Ketahuilah sesungguhnya merekalah orang-orang yang benar-benar ****h tetapi mereka tidak mengetahuinya." Al Baqarah ayat 13

Orang munafik yang terutama mereka yang mempunyai kuasa dan kekayaan selalu merasakan bahawa mereka tidak perlu percaya kepada yang ghaib.Mereka lebih berpegang kepada akal fikiran,lojik akal dan mengangggap peraturan Allah dan sunnah Rasul adalah remeh dan tidak sesuai.

3.MALAS MENUNAIKAN IBADAT

Firman Allah:
"Dan mereka tidak mengerjakan sembahyang melainkan dengan perasaan malas sekali,dan tidak membelanjakan harta mereka pada jalan Allah melainkan dengan rasa amat berat ." At Taubah ayat 54

4.BERHUKUM KEPADA YANG LAIN DARI PERATURAN ALLAH DAN RASUL
Firman Allah:
"Dan apabila dikatakan kepada mereka,marilah kamu supaya berhukum kepada apa yang diturunkan oleh Allah(dalam Al Quran)dan kepada hukum-hukum yang dinyatakan oleh Rasul,nescaya engkau lihat golongan munafik itu menghalang engkau dengan halangan yang bersungguh-sungguh.Tetapi bilamana mereka ditimpa kemalangan disebabkan kesalahan mereka sendiri,mereka akan datang kepadamu,seraya bersumpah dengan nama Allah
'kami sekali-kali tidak menghendaki kejahatan,melainkan kebaikan dan perdamaian'."
An Nisa ayat 62

Golongan munafik selalu mendakwa mereka adalah orang Islam yang percaya kepada Allah dan Rasul tetapi apabila tiba pada soal nak melaksanakan perintah Allah,mereka rasa amat berat melakukan,berdolak-dalik dan akhirnya membenci hukum-hukum yang ditetapkan oleh Allah.Mereka lupa pada Allah pada masa mereka berkuasa dan berada,tetapi bila ditimpakan kesusahan kepada mereka,maka mereka seolah-olah menyesal.

5.BANYAK BERSUMPAH
Firman Allah:
"Dan orang-orang munafik itu bersumpah dengan nama Allah bahawa mereka dari golongan kamu,pada hal mereka bukan dari golongan kamu,tetapi mereka adalah kaum pengecut(tidak berani terus terang kekafiran mereka).Sekiranya mereka mendapat tempat perlindungan,atau gua-gua atau lubang-lubang dalam tanah,nescaya mereka akan melompat kedalamnya." At Taubah ayat 56-57
Mereka menjadikan sumpah mereka dengan nama Allah untuk melindungi kepura-puraan mereka.

6.MENYURUH YANG MUNGKAR DAN MENCEGAH YANG MAARUF
Firman Allah;
"Orang-orang munafik lelaki dan munafik perempuan,sesetengah mereka itu daripada setengah yang lain sama sikapnya,masing- masing mereka menyuruh melakukan yang mungkar,dan melarang daripada melakukan kebajikan,dan mereka juga bakhil,mereka tidak menghiraukan Allah,dan Allah juga tidak menghiraukan mereka,sesungguhnya orang-orang munafik itu adalah orang-orang fasik."
At Taubah ayat 67

7.MERABA-RABA MENCARI KEBENARAN
Sabda Rasulullah:
"Perumpamaan orang munafik seperti keadaan kambing yang bingung antara dua kumpulan kambing,sekali mengikut kumpulan ini dan sekali lagi mengikut kumpulan yang lain dalam keadaan tak tentu arah." Riwayat Muslim

Mereka seolah-olah meraba mencari kebenaran sedangkan kebenaran sudah nyata di depan mata mereka tetapi mereka tidak mahu menerimanya kerana mereka masih menurut nafsu syaitan dan mahukan hukum yang sesuai dengan kehendak nafsu mereka.

8.BAKHIL BERBELANJA DI JALAN ALLAH DAN MENGHALANG ORANG LAIN
Dalam ayat 7 surah Munafiqun Allah menjelaskan sifat orang munafik sebagai bakhil dan menghalang orang lain dari berbelanja di jalan Allah.Mereka mengharapkan dengan cara ini usaha menggerakkan Islam akan gagal.
Dalam masyarakat kita memang terdapat golongan begini yang bukan sahaja tidak mahu menyumbang pada usaha ke arah Islam tetapi mengeji dan memburukkan usaha tersebut agar orang lain juga tidak menyumbang.

9.BERUNDUR DARI KERJA JIHAD
Orang munafik sentiasa mencari jalan untuk mengelak dari kerja jihad seperti yang dijelaskan Allah dalan Surah At Taubah ayat 49.Mereka akan memberikan berbagai alasan seperti perniagaan dan pekerjaan yang tidak boleh ditinggalkan,keluarga dan sebagainya.
Berapa ramai manusia Islam hari ini yang bila diajak melakukan kerja jihad untuk Islam akan berbuih-buih mulutnya memberikan alasan.

10.MENGHINA ORANG YANG MEMPERJUANGKAN KEBENARAN

Dalam ayat 58 Surah At Taubah dijelaskan tabiat orang munafik yang sentiasa mengumpat dan memburukkan orang-orang yang berjuang menegakkan kebenaran dengan tujuan untuk menggagalkan mereka .Golongan munafik ini akan mencari apa juga kelemahan dan kecacatan pejuang Islam untuk difitnah dan diburukkan.
Dalam masyarakat kita hari ini, memang ramai manusia bersifat begini.Meskipun kerja baik yang dibuat di masjid,tetaplah mereka akan mencari jalan untuk menyatakan buruknya. Mereka inilah orang munafik!

11.MEMENTINGKAN BALASAN DUNIA
Orang-orang munafik sentiasa sentiasa mempersoalkan keuntungan dunia lebih dahulu daripada keuntungan akhirat.(rujuk At Taubah ayat 42)Dengan itu setiap seruan dan ajakan kepada mereka akan ditanya terlebih dahulu apakah ia membawa keuntungan kebendaan.Jika ia membawa keuntungan akhirat sahaja,maka berbagai alasan akan diberi untuk mengelaknya apalagi jika usaha berkenaan akan mengorbankan harta benda dan tenaganya.

Demikianlah sebahagian dari sifat dan perlakuan orang munafik yang kalau direnungkan memang ramai di kalangan orang yang mengaku dirinya Islam pada hari ini. Kerana ramainya mereka maka Allah telah menyatakan kedudukan mereka yang khas dalam neraka iaitu neraka paling bawah yang lebih dahsyat tempatnya dari kafir penyembah berhala.

Mereka sepatutnya tidak menjadi pemimpin, tidak perlu diberi penghormatan dalam masyarakat, tidak pandangan dan fikirannya dipedulikan dalam urusan masyarakat bahkan sepatutnya disisih dari masyarakat Islam.Tetapi kerapkali merekalah yang melonjak-lonjak dalam masyarakat.Mereka dihormati walaupun asyik di kedai kopi,meninggalkan solat, melakukan maksiat,membenci masjid dan programnya, menentang gerakan kebangkitan Islam dan sebagainya.


Tiada ulasan:

MEDAL OF HONOR TO ALL MY FOLLOWERS. PLACE IT TO YOUR BLOG.TQ FOR YOUR SUPPORT.

WSB

PENAFIAN / DENIAL

B'jue Corner tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan kandungan di dalam blog ini.

B'jue Corner irresponsible on any loss or damage undergone because use content in this blog.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...