AL-FATIHAH 
Baca 14 kali sebelum tidur:
Suami dan anak-anak akan mengingati kita selalu.
 AL-FATIHAH 
Baca 41 kali tiup dalam  air dan  minum serta buat air  mandian:
Melepaskan rasa sakit dalaman.
AL-FATIHAH 
Baca 7 kali dan usap di kepala setiap pagi dan sekali sebelum tidur.
Kepada orang berpenyakit mental.
AL-FATIHAH
Baca 3 kali tiup dalam segelas air- minum dan baca sambil mengusap kawasan yang rasa sakit. Sakit yang keterlaluan.
AL-FATIHAH 
Baca 7 kali dan sapu ke atas kepala.
Bayi yang suka menangis pada malam hari atau pada bila-bila masa.
AL-FATIHAH 
Baca 3 atau 7 kali, gunakan ibu jari dan tekan di langit-langit, (Mulut)  kemudian sapu kepada tempat yang sakit.
Luka berdarah, sengat lebah, jari terkepit di pintu, 
SUKA  DIINGATKAN: BACALAH DALAM KEADAAN KHUSYUK, TAWAKAL KEPADA ALLAH DAN  NIATLAH DENGAN JUJUR, INSYA-ALLAH IANYA MERUPAKAN PENAWAR YANG TERBAIK   KEPADA SEMUA.
YA-RAHMAN, YA-RAHIM, YA ALLAH
Buatlah sebanyak 3 kali Jumaat berturut-turut:
Baca berulang-ulang kali sepanjang kita duduk lepas sembahyang Asar sehinggalah masuknya waktu Maghrib.  
Masuk  sahaja waktu Maghrib, sebutlah Allahuakhbar, dan teruslah angkat tangan  dan berdoa kepada Allah yang MAHA berkuasa dengan apa yang dihajati.
(Percepatkan  jodoh, memanjangkan jodoh, dikurniakan cahaya mata, sembuhkan penyakit,  elakkan dari malapetaka, diampunkan dosa dan sebaginya).
AWET MUDA (dalaman dan luaran)
Zikir Baca 
Ya Badiyah -1 kali 
Ya Nur - 1 kali 
Ya Hadi - 1 kali 
Ya Allah - 3 kali 
Baca dan tiup di tapak tangan dan sapu ke raut muka kita pada setiap hari.
 Ayat Al-Waqiah (ayat 35,36,37,38)
Baca setiap hari selepas sembahyang Subuh tiup dalam air dan minum.- Rawatan untuk awet muda luar dan dalaman.
KAYA DENGAN KETENANGAN JIWA
Baca ayat Al-Waqiah setiap hari sebelum tidur.
MENGELAKKAN SAKIT KEPALA 
Bawa ayat Al-Waqiah Ayat 19 moga-moga boleh menghilangkan/ meredakan.


Tiada ulasan:
Catat Ulasan