Khamis, 28 Februari 2013

5 Ilmuan Masuk Islam Saat Sedang Membuat Kajian, Kebesaran Allah swt

1. Maurice Bucaille --> masuk Islam kerana jasad Fir’aun



Dalam pengkajiannya, dia terkejut setelah menemukan sisa-sisa garam yang melekat pada jasad mumia firaun adalah bukti terbesar bahawa dia telah mati kerana tenggelam. Sedangkan berita ini telah dibicarakan kaum muslimin sejak dahulu lagi, bagaimana ianya boleh berlaku..??


2.Jacques Yves Costeau --> Jumpa Islam Dalam Lautan


Seorang ahli selam Perancis untuk suatu dokumentari. Saat-saat pelik apabila dia menemukan mata air di dasar laut dimana ianya bersifat tawar dan sedap. Apa yang peliknya, air tersebut tidak bercampur dengan air masin dan seolah-olah ada dinding yang memisahkan kedua-dua air tersebut.

Sampai pada suatu hari ia bertemu dengan seorang profesor muslim dan menceritakan fenomena ganjil itu kepadanya. Profesor tersebut lalu teringat ayat Alquran tentang bertemunya dua lautan (surat Ar-Rahman ayat 19-20) yang sering dikaitkan dengan Terusan Suez.


Ayat itu berbunyi: “Dia membiarkan dua lautan mengalir yang keduanya kemudian bertemu, antara keduanya ada batas yang tidak dilampaui masing-masing”.


Kemudian dibacakan surat Al-Furqan ayat 53 : “Dan Dialah yang membiarkan dua laut mengalir (berdampingan); yang ini tawar lagi segar dan yang lain masin lagi pahit; dan Dia jadikan antara keduanya dinding dan batas yang menghalangi.”


3. Demitri Bolykov --> saat yakin matahari akan terbit dari Barat




Dari hasil kajiannya sebagai seorang ahli fizik, dia mempercayai bahawa suatu masa nanti matahari akan terbit melalui barat.


4. Dr.Fidelma O’Leary --> menemukan rahsia sujud dalam solat





Dalam penelitian sebagai seorang doktor berkenaan fungsi otak:
Akhirnya dia menemukan bahawa ternyata darah tidak akan memasuki urat saraf di dalam otak manusia secara sempurna kecuali ketika seseorang tersebut melakukan sujud dalam solat. Bererti, kalau manusia tidak menunaikan ibadah solat, otak tidak dapat menerima darah yang secukupnya untuk berfungsi secara normal.


5. Profesor William --> menemukan tumbuhan yang bertasbih



Ringkasan:
Menemui getaran halus ultrasonik yang tertransfer dari alat perakam menggambarkan garis-garis yang membentuk lafaz Allah dalam layar. Para ilmuwan Inggeris ini lantas terkagum dengan apa yang mereka saksikan.


Rabu, 27 Februari 2013

Langkah2 pertama jika mengalami kecederaan sukan dan sbagainya

R I C E

R - Rest
. anda kena rehat jika dah cedera. jangan dok gatal pegi main balik
. kurangkan pergerakan dibahagian yang cedera

I - Ice
. apply ice ditempat yang sakit (jika lebam)
. balut ice dengan kain
. jangan biar ice terlalu lama di tempat yang sakit (boleh mnyebabkan cold burn)
. untuk mengurangkan bengkak

C - Compress
. balut tempat yang sakit
. balutan yang tidak terlalu ketat

E - Elevate
. tinggikan bahagian yang sakit (e.g: alas kaki semasa baring jika kaki yang cedera)

Finally, pergi ke hospital . . .

Selasa, 26 Februari 2013

Sejarah RASUL ULUL 'AZMI

Diceritakan bahawa terdapat seramai 124,000 orang nabi dan 313 orang daripadanya ialah rasul. Rasul-rasul ini diutuskan oleh Allah SWT untuk memimpin dan memandu umat pada zaman mereka supaya mentauhidkan Allah, melaksanakan suruhan-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Semenjak dari zaman Nabi Adam a.s sehinggalah ke zaman Nabi Muhammad SAW, dakwah mereka untuk mendaulatkan syariat Islam sentiasa menghadapi cabaran.

Daripada 313 orang rasul ini, 25 orang daripadanya adalah wajib diketahui oleh umat Islam. Namun begitu, hanya lima orang rasul sahaja yang layak menerima gelaran Ulul 'Azmi iaitu Rasul pilihan dan Agung. Mereka yang terpilih ialah Nabi Muhammad SAW, Nabi Ibrahim a.s, Nabi Musa a.s, Nabi Isa a.s, dan Nabi Nuh a.s.

Di bawah dipaparkan secara ringkas antara amalan, dugaan dan peristiwa yang dihadapi oleh rasul-rasul pilihan yang melayakkan mereka digelar Ulul 'Azmi khususnya untuk pengetahuan anak-anak kita.

1. NABI MUHAMMAD S.A.W.
Bapanya Abdullah meninggal dunia sewaktu Baginda masih di dalam kandungan. Ibunya, Siti Aminah pula meninggal dunia ketika Baginda masih kecil. Kemudian bapa saudara Baginda, Abu Talib dan isterinya yang tercinta Siti Khadijah r.h.a pula meningggal dunia pada peringkat awal kenabiannya. Mereka antara orang yang banyak menyokong dan membantu kehidupan serta usaha-usaha dakwah Rasulullah SAW.Kematian anak-anak Baginda berlaku pada waktu mereka masih kecil lagi. Yang tinggal dan membantu Baginda dalam menegakkan Islam ialah Siti Fatimah al-Zahrah.

Penentangan hebat kafir Quraisy terhadap Baginda khususnya daripada Abu Jahal, Abu Lahab, Abu Sufyan dan Ketua Munafik, Abdullah bin Ubay bin Salul.Cedera dalam Perang Uhud di mana umat Islam tewas kepada tentera Quraisy Makkah.Menghadapi ancaman hebat daripada penduduk Makkah selama 13 tahun menjadi Nabi serta menghadapi tentangan puak Yahudi Bani Quraidzah, Bani Nadhir dan Bani Qainuqa' di Madinah.Baginda taat beribadah, hormati orang tua, menyanyangi kanak-kanak, banyak berpuasa, berjaga malam, tangkas di medan perang, pemimpin yang berwibawa dan sebagainya.

2. NABI IBRAHIM A.S
Penentangan kaumnya terhadap dakwah yang Baginda bawa khususnya daripada bapa Baginda sendiri.Dihukum bunuh dengan dilemparkan ke dalam api yang marak oleh Raja Namrud. Dengan izin Allah SWT, api menjadi sejuk dan baginda terselamat.Baginda taat beribadat kepada Allah SWT.Baginda memperoleh anak (Nabi Ismail) apabila mengahwini Siti Hajar setelah sekian lamanya tidak dikurniakan anak bersama Siti Sarah. (Siti Sarah kemudiannya mendapat anak lelaki, Nabi Ishak).Kisah penyembelihan anaknya Nabi Ismail a.s yang dijalankan semata-mata takwa terhadap Allah SWT.

3. NABI MUSA A.S
Walaupun baginda menjadi anak angkat Raja Fira'un yang zalim baginda tetap tegas menjalankan usaha dakwah menegakkan agama Allah. Penentangan Raja Fira'un dan kaumnya terhadap Baginda menjadi-jadi dengan cubaan membunuh Baginda.Raja Fira'un memanggil tukang-tukang sihir untuk menundukkan Nabi Musa a.s tetapi tongkat yang dianugerahi mukjizat menjadi ular besar menelan semua ular-ular tukang sihir tersebut.

Baginda terpaksa melarikan diri bersama-sama pengikutnya melintasi Laut Merah yang terbelah (dengan pertolongan Allah) sedangkan Fira'un dan bala tentera yang mengekorinya tenggelam di dalam arus laut yang deras itu.Asiah, isteri Raja Fira'un (Ibu angkat Nabi Musa a.s) menerima dakwah yang baginda bawa.
Baginda kuat beribadah, kurang tidur dan banyak berzikir.

4. NABI ISA A.S
Baginda tabah menghadapi tomahan masyarakat kerana dilahirkan (tanpa bapa) oleh ibu baginda, Siti Maryam. Ini semua adalah kudrat dan kehendak Allah SWT.Penentangan berterusan daripada kaumnya sendiri.Baginda kuat beribadah, kurang tidur dan banyak berpuasa.

5. NABI NUH A.S
Dakwah Baginda tidak diterima oleh anak dan isteri baginda sendiri.Umur Baginda yang melebihi 900 tahun kebayakannya digunakan untuk mengajar umat Baginda mengesakan Allah.Baginda tabah menjalankan usaha dakwah sehinggakan waktu banjir besar melanda kaumnya, Baginda masih tetap mengajak isteri dan anak Baginda supaya bertaubat dan mentaati perintah Allah. Isteri dan anak Baginda akhirnya tenggelam dalam banjir manakala baginda bersama pengikut setia dan binatang-binatang selamat berlayar di dalam bahtera.Baginda kuat beribadah, tidak mudah putus asa dalam usaha dakwah dan menyayangi semua mahluk Allah.


Isnin, 25 Februari 2013

Selawat

Apakah pentingnya selawat? Kenapa semua orang berselawat? Besar sangatkah selawat itu? Mari kita sama-sama selidik kebesaran selawat ini. Tak seronoklah berselawat bila kita tak tahu kelebihan-kelebihan selawat.

1. Sabda Rasullah SAW: Barangsiapa yang berselawat ke atasku sekali, nescaya Allah akan turunkan rahmat ke atasnya 10 kali ganda - (Hadis Riwayat Muslim.)

2. Allah akan hapuskan dosa-dosa kecil dengan kita mengamalkan berselawat sebanyak 11 kali setiap kali selesai menunaikan solat fardu.

3. Jodoh ditentukan oleh Allah. Amalkan selawat 100 kali sehari, insyaAllah akan dipermudahkan bertemu jodoh sama ada lelaki @ wanita.

4. Setiap penyakit ada penawarnya. Bacalah selawat 7 kali pada air dan minum. Insya Allah, perut yang sakit atau memulas akan sembuh.

5. Sesiapa yang amal membaca selawat 3 kali setiap selepas solat 5 waktu akan dihilangkan kebuntuan fikiran dalam menghadapi apa jua masalah.

6. Amalkan membaca selawat sebanyak 1000 kali sehari, insya Allah akan dikurniakan kebijaksanaan pemikiran. Di samping itu berusahalah untuk menerokai pelbagai ilmu.

7. Sesiapa yang mengamalkan berselawat 11 kali setiap hari, dengan izin Allah dirinya akan lebih dihormati dan dihargai oleh orang lain.

8. Menurut Sayyid Ahmad Dahlan, sesiapa yang berselawat walau sekali pada malam Jumaat, saat mautnya kelak akan dipermudahkan Allah seperti yang dihadapi oleh para nabi.

9. Sesiapa yang berselawat 41 kali sehari, Insya Allah akan dihindarkan daripada sifat tercela seperti hasad dengki dan sebagainya dalam dirinya.
10. Sesiapa yang amalkan berselawat 1000 kali pada malam Jumaat, insya-Allah akan beroleh kebahagiaan sama ada di dunia mahu pun di akhirat.

11. Amalkan selawat 11 kali tiap kali selesai solat fardu kerana Allah akan mengindahkan akhlaknya menjadi lebih disenangi di kalangan orang lain.

12. Berselawat 33 kali sehari dapat menjernihkan hati, mudah memahami akan sesuatu ilmu yang diajarkan, di samping beroleh ketenangan fikiran.

13. Sesiapa yang berselawat tak kiralah banyak mana hitungannya setiap hari akan dapat keberkatan dalam apa jua dengan syarat ia berusaha mencari keredhaan-Nya.

14. Amalan berselawat sebanyak yang mungkin setiap hari menjamin keselamatan hidup dan pertolongan Allah, lebih-lebih lagi pada saat kita menghadapi kesukaran hidup.

15. Menurut Syibab Ahmad, sesiapa berselawat 3 kali setiap selesai solat Subuh, Maghrib & Isyak, Allah akan menghindarkannya daripada sebarang bencana.

16. Sesiapa yang amalkan berselawat sebanyak 1000 kali setiap hari, Allah akan memeliharanya daripada sebarang ancaman musuh serta bahaya fitnah.

17. Amalan berselawat secara teratur setiap hari mampu membersihkan kekeruhan jiwa, dipermudahkan Allah akan segala urusan dan mendapat keampunan daripadaNya.

18. Menurut As-Shawi, sesiapa yang membaca selawat secara rutin, akan terpelihara hatinya daripada gangguan serta tipu daya syaitan yang melalaikan.

19. Membaca selawat 10 kali pada setiap waktu pagi dan petang akan memperolehi keredhaan serta dijauhkan diri daripada mendapat kemurkaan Allah.

20. Sesiapa yang membaca selawat sebanyak 7 kali selama 7 Jumaat berturut-turut, ia bakal mendapat syafaat (pertolongan) daripada baginda SAW.

21. Menurut Al-Hafiz Dimyati, sesiapa yang berhajat menemui Nabi SAW dalam mimpinya maka amalkan membaca selawat sebanyak 70 kali sehari.

22. Ada riwayat yang menyatakan bahawa amalan berselawat 80 kali tiap selepas solat Asar pada hari Jumaat, insya-Allah akan dihapuskan dosa-dosa kecil seseorang.

23. Sesiapa yang sering mengamalkan berselawat pada setiap hari, Allah akan bukakan pintu rahmat dan rezeki yang tidak disangka-sangka baginya.

24. Jiwa yang resah gelisah dapat ditenangkan dengan zikir, termasuklah berselawat sekerap yang mungkin kerana Allah itu Maha Luas rahmat-Nya.

25. Ulamak berpendapat, sesiapa yang mengamalkan selawat saban hari tak kira berapa hitungannya, insya-Allah dihindarkan daripada taun dan wabak penyakit berbahaya yang lain.

26. Membaca selawat 1000 kali selepas solat hajat 2 rakaat mampu menghilangkan keresahan, rasa dukacita serta dikabulkan Allah akan hajatnya.

27. Menurut para ulama, sesiapa yang inginkan saat kematiannya dalam kesudahan yang baik, maka berselawatlah sebanyak 10 kali setiap selesai solat Maghrib.

28. Para Ulamak berpendapat, Allah akan sempurnakan hajat yang baik dengan sentiasa berselawat 40 hingga 100 kali setiap hari, diikuti dengan usaha yang berterusan.

29. Sabda Nabi SAW: Barangsiapa yang berselawat kepadaku sebanyak 100 kali pada hari Jumaat, maka ia akan datang pada hari kiamat dengan keadaan bercahaya - Hadis Riwayat Abu Naim.

30. Sabda Nabii SAW: Barangsiapa berselawat kepadaku 10 kali pada waktu pagi dan 10 kali pada waktu petang tiap hari, ia akan beroleh syaafaatku pada hari kiamat - Hadis Riwayat Thabrani
Demikianlah betapa banyaknya ganjaran bagi orang-orang yang berselawat. Oleh itu, marilah kita perbanyakkan selawat dan salam ke atas baginda Nabi Muhammad Rasulullah s.a.w. Mudah-mudahan kita tergolong dalam orang-orang yang beruntung di dunia dan di akhirat, insya-Allah.


Ahad, 24 Februari 2013

Jangan Dipukul Anak Kecil Yang Sedang Menangis

Baginda Rasulullah s.a.w. bersabda :

'' Janganlah kamu pukul anak-anak kamu di sebabkan mereka menangis dalam masa setahun. Kerana pada empat bulan pertama kelahirannya Ia bersyahadat LAA ILAAHA ILLALLAH. Pada empat bulan kedua pula ia berselawat ke atas Nabi s.a.w. Dan pada empat bulan seterusnya pula ia mendoakan kedua ayah bonda nya.'' ( H.R. Abdullah Ibnu Umar r.a. )

Baginda Rasulullah s.a.w. menjelaskan bahawa tangisan anak di waktu kecil pada bulan pertama adalah tanda ia bertauhid kepada Tuhan Nya dan empat bulan kedua pula ia membacakan selawat kepada Nabi nya dan empat bulan seterus nya ia memohon istighfar untuk kedua ayah bonda nya.

Bersabda Baginda Rasulullah s.a.w. :

'' Anak-anak sebelum sampai ia baligh maka apa-apa yang di perbuat nya daripada kebaikan maka di tuliskan untuknya dan kedua ibu bapanya. Dan apa yang di perbuat nya daripada kejahatan maka tiadalah di tulis untuk nya dan tidak pula di tulis untuk kedua ibu bapa nya. Apabila ia telah baligh maka berlakulah yang di tulis itu atasnya ia itu segala amal baik atau buruknya.'' ( H.R.Imam Anas bin Malik r.a.)

P/S : Anak adalah anugerah Allah. Didiklah mereka sebaik-baiknya. Asuhlah mereka dengan kasih sayang bukannya kekerasan dan tengkingan. Janganlah tangisan mereka itu merupakan tangisan terakhir yang mampu kita dengar kesan dari perbuatan kejam kita terhadap mereka.


Sabtu, 23 Februari 2013

Tingginya Sifat Kasih Sayang Rasulullah S.A.W.

Kisah hidup Rasulullah SAW yang menunjukkan betapa tingginya sifat kasih sayang baginda.

1. Pernah seorang Arab Badwi menarik dengan begitu kasar jubah buatan Najran yang kasar kainnya, yang dipakai oleh Rasulullah SAW hingga berbekas leher baginda. Tetapi Rasulullah SAW tidak marah, malah menghadiahkan jubah itu kepada Arab Badwi tersebut.

2. Seorang wanita tua selalu menyakiti Rasulullah SAW dengan meletakkan duri, najis dan lain-lain halangan di jalan yang selalu dilalui oleh Rasulullah SAW. Namun Rasulullah SAW tidak bertindak balas. Pada satu ketika apabila wanita itu sakit, Rasulullah SAW menziarahi dan menunjukkan kasih sayang terhadapnya. Wanita tua itu terharu dengan kebaikan Rasulullah, lantas memeluk Islam di tangan baginda.

3. Rasulullah SAW pernah dilihat oleh para Sahabatnya mencium anak kecil, lantas seorang Sahabat menegurnya, “Engkau mencium anak kecil, ya Rasulullah?” Kerana pada sangkaannya Rasulullah tidak pernah mencium anak kecil. Baginda mengiyakan lantas bersabda, “Barang siapa tidak mengasihi, dia tidak akan dikasihi.”

4. Rasulullah SAW sangat mengasihi Sahabat-sahabatnya. Jika seorang Sahabat sudah dua tiga hari tidak kelihatan, baginda akan bertanya, “Ke mana perginya si polan si polan itu…”

5. Jika ada orang yang meminta tolong pada Rasulullah SAW, tidak pernah baginda tidak menunaikannya. Baginda sangat prihatin dan amat mengambil berat kesusahan orang lain. Rasulullah SAW bersabda: “Barang siapa yang menunaikan satu hajat saudaranya, akan ALLAH tunai 70 hajatnya.”

6. Pernah satu ketika seorang Arab Badwi kencing di satu sudut dalam Masjid Nabi. Ada di antara para Sahabat marah kerana sikap tidak beradab itu. Tetapi Rasulullah SAW tetap tenang dan berkata, “Biarkan dia menyelesaikan hajatnya…” Setelah lelaki tersebut selesai, Rasulullah SAW sendiri membasuh najis itu dan kemudiannya barulah memberitahu Arab Badwi tersebut adab-adab di dalam masjid.

7. Ketika Rasulullah SAW berdakwah dengan anak angkatnya Zaid bin Harisah di Thaif, baginda telah dibaling dengan batu oleh kanak-kanak dan pemuda-pemuda nakal yang disuruh berbuat begitu oleh penduduk kota tersebut. Akibatnya, lutut Rasululah SAW telah berdarah. Melihat penganiayaan itu, malaikat sangat marah sehingga menawarkan untuk menghempap penduduk Thaif dengan bukit-bukit sekitar bandar itu. Tetapi Rasulullah SAW menolaknya dan berkata, “Jangan, mereka tidak tahu saya ini rasul-Nya.” Malaikat menjawab: “Tuan benar.” Selepas itu baginda terus berdoa untuk penduduk Thaif: “Ya ALLAH berilah petunjuk bagi kaumku, mereka tidak mengetahui.”

8. Pernah seorang Sahabat duduk secara menghimpit paha atas paha dengan Rasulullah SAW. Baginda membiarkannya sahaja untuk menjaga hati Sahabat tersebut supaya tidak menganggap yang Rasulullah SAW tidak sudi duduk bersamanya.

9. Sewaktu hijrah ke Madinah, Rasulullah SAW telah dikejar dengan kuda oleh seorang bernama Suraqah yang bercita-cita merebut hadiah yang ditawarkan oleh kafir Quraisy Makkah jika berjaya membunuh Rasulullah SAW. Setiap kali kuda Suraqah mendekati Rasulullah SAW, setiap kali itulah kudanya tersungkur jatuh. Rasulullah SAW tidak bertindak apa-apa. Rasulullah memaafkannya. Akhirnya Suraqah menyerah dan berjanji tidak akan cuba membunuh Rasulullah SAW lagi.

10. Satu ketika seorang musuh bernama Da`thur mendapati Rasulullah SAW sedang berehat di satu batu. Dia terus melompat dan meletakkan pedangnya di leher Rasulullah SAW dan berkata, “Siapa yang akan menyelamatkan nyawa kamu dan tanganku?”

Rasulullah SAW spontan menjawab, “ALLAH!”

Mendengar jawapan Rasulullah itu, Da`thur menggeletar hingga pedangnya jatuh daripada tangan.

Rasulullah SAW mengambil pedang itu dan bertanya, “Kali ini siapa yang akan menyelamatkan kamu dari tanganku?”

Da`thur tergamam dan menjawab, “Tiada siapa.”

Akhirnya Rasulullah SAW memaafkan Da`thur. Melihat kasih sayang yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW itu, Da`thur pun mengucap dua kalimah syahadah (masuk Islam).

11. Rasulullah SAW sangat penyayang dengan anak-anaknya dan bertimbangrasa dengan isteri-isterinya. Pada kesilapan isteri-isterinya, baginda selalu memberi maaf. Baginda juga membantu kerja-kerja rumah dan menampung jubah dan kasutnya sendiri.

12. Rasulullah SAW selalu berjalan dengan fakir miskin dan sering menziarahi janda-janda, bertanya akan keperluan hidup mereka. Bahkan dengan orang-orang miskin dan melarat, baginda selalu duduk bersama mereka, berbual, makan minum dan bermesra dengan mereka.

13. Pernah di satu pagi Hari Raya, Rasulullah SAW bertemu seorang kanak-kanak yang menangis di tepi jalan. Baginda terharu dan bertanya, “Mengapa engkau menangis?” Kanak-kanak tersebut menjawab, “Ayah saya telah mati syahid sementara ibu saya sudah berkahwin lain. Nasib saya terbiar dan saya tidak ada baju barn dan lain-lain persediaan untuk berhari raya.” Rasulullah SAW mengalirkan air mata mengenangkan nasib kanak-kanak tersebut. Baginda berkata: “Sukakah kamu kalau aku menjadi ayahmu dan Aisyah (isteri Rasulullah) menjadi ibumu?” Sungguh tidak terkira gembiranya rasa hati kanak-kanak itu, bila mendengar Rasulullah SAW yang mulia menjadi ayahnya. Baginda pun membawa pulang kanak-kanak tersebut ke rumahnya. Kanak-kanak itu dimandikan, dipakaikan dengan baju raya dan dijamu makan. Betapa gembiranya hati kanak-kanak itu, begitulah gembiranya hati Rasulullah SAW kerana dapat menggembirakannya.

14. Pada ketika yang lain, dalam perjalanan menuju ke pasar, Rasulullah SAW melihat seorang budak (hamba sahaya) sedang menangis di tepi jalan. Bila baginda tanyakan mengapa menangis, budak itu menjawab bahawa dia menangis kerana duit yang diberi oleh tuannya telah hilang. Rasulullah SAW terus mengganti duit yang hilang itu dengan duit baginda sendiri. Tetapi apabila baginda balik dari pasar, dilihatnya budak yang sama masih menangis. “Kenapa kamu masih menangis?” tanya Rasulullah SAW. “Kali ini saya menangis kerana takut dimarahi dan dipukul oleh tuan saya kerana saya sudah terlambat pulang dan pasar,” jawab budak itu.

Untuk mengelakkan budak itu daripada dimarahi, Rasulullah SAW sendiri menemaninya pulang. Rupanya rumah itu dihuni oleh sekumpulan wanita. Rasulullah SAW terus memberi salam. Setelah tiga kali memberi salam, barulah salam Rasulullah SAW itu dijawab. Rasulullah SAW bertanya, “Apakah kamu tidak dengar salam saya sebelumnya?” Wanita-wanita itu menjawab, “Kami dengar, tetapi sengaja kami tidak jawab supaya kami mendapat doa daripada Rasulullah SAW banyak kali…”

Rasulullah SAW terus menerangkan mengapa budak itu lambat. Baginda meminta supaya budak itu tidak dirotan, tetapi sekiranya mereka tidak puas hati, Rasulullah menawarkan dirinya sebagai ganti untuk dirotan. Lantas Rasulullah SAW menyingsing lengan bajunya. Mendengar kata Rasulullah SAW itu, kumpulan wanita itu lantas berkata, ” Tidak, ya Rasulullah. Mulai sekarang, kami merdekakanlah budak ini.” Itulah kesan kasih sayang yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW.

16. Rasulullah SAW berjiran dengan seorang Yahudi. Baginda sangat menjaga hak-hak jiran. Baginda tidak pernah melakukan sesuatu yang menyakiti hati jirannya malah baginda selalu menghadiahkan makanan dan lain-lain hadiah kepada jiran Yahudinya itu.

17. Rasulullah SAW juga sangat mengambil berat tentang hak-hak kafir zimmi. Baginda bersabda: “Siapa yang menzalimi kafir zimmi walaupun orang Islam sayalah pembelanya (penebusnya).”

18. Rasulullah SAW juga sangat mengasihi binatang. Baginda melarang kanak-kanak menyeksa binatang. Untuk menyembelih binatang, Rasulullah SAW berpesan supaya menggunakan pisau yang tajam, agar binatang tersebutcepat mati dan tidak lama dalam kesakitan. Rasulullah SAW sering mengingatkan supaya unta-unta dan himar tidak dibebani oleh muatan yang berlebihan daripada apa yang sanggup ditanggung. Pernah seekor kucing tidur atas serban Rasulullah SAW. Maka baginda menggunting bahagian tempat kucing itu tidur di atasnya kerana tidak mahu mengejutkan kucing tersebut. Ketika dalam perjalanan dan Madinah ke Makkah di tahun kemenangan, Rasulullah melihat seekor anjing di tepi jalan. Anjing itu mengeluarkan suara seakan-akan membujuk anaknya yang sedang mengerumuninya untuk menyusu. Maka Rasulullah meminta seorang Sahabat untuk menjaga jangan sampai ada dan kalangan anggota rombongan baginda yang mengganggu anjing itu dan anak-anaknya. Ketika Rasulullah melihat seekor himar yang telah diberi tanda dengan besi panas di mukanya, baginda menentangnya dan melarang haiwan diberi tanda dan dipukul di mukanya.

19. Ketika Rasulullah meninggalkan kabilah Saqif, ada seorang lelaki yang memohon kepada beliau, “Wahai Rasulullah, berdoalah untuk kebinasaan mereka.” Rasulullah berkata, “Ya ALLAH, berilah petunjuk kepada kabilah Saqif dan bawalah mereka (ke jalan yang benar).”

20. Satu ketika Abu Zar keluar bersama hamba sahayanya yang berpakaian seperti apa yang beliau pakai, lalu ada orang bertanya, “Mengapa kamu berbuat demikian?” Abu Zar menjawab, beliau mendengar Rasulullah berkata: “Hamba sahaya itu adalah saudaramu, mereka di jadikan oleh ALLAH di bawah kekuasaanmu. Maka barangsiapa saudaranya di bawah kekuasaannya (di bawah jagaannya), hendaklah dia memberi makan dengan apa yang dia makan dan memberi pakaian dengan pakaian yang is pakai, dan janganlah hamba itu disuruh melakukan pekerjaan di luar batas kemampuannya. Apabila mereka diperintahkan bekerja maka bantulah mereka.”

INILAH sebahagian daripada cerita-cerita sebagai bukti betapa pengasih dan pemaafnya Rasulullah SAW, model agung kecintaan yang paling unggul dan patut dicontohi oleh manusia sepanjang zaman. Cerita-cerita itu menunjukkan betapa kasih dan sayangnya Rasulullah SAW sama ada kepada manusia atau bintang, yang sepatutnya dicontohi oleh umat Islam ...

Sila Share wahai sahabat.. agar seluruh umat sedar akan agungnya akhlak Rasulullah s.a.w ..

Allah Taala berfirman dalam Surah Al ~ Qalam :: 4

" Wainnaka laa'la khuluqin azim "
( Sesunguhnya engkau ( Muhammad ) yang mempunyai akhlak terpuji ) ..


Jumaat, 22 Februari 2013

Letupan Paling Epic di Dunia



1) Ikan paus 50 tan meletup

Seekor ikan paus yang ditangkap untuk tujuan penyelidikan tiba-tiba meletup di sebuah jalan di Taiwan pada tahun 2004 mengejutkan pejalan kaki dan orang sekeliling yang berada berdekatan. Ikan paus sperma yang mati di pantai itu dibawa ke Tainan, meletup disebabkan pengumpulan gas yg terbentuk di dalam badan ikan paus terbabit, Tekanan yg kuat menyebabkan ianya meletup secara tiba-tiba.



2) Rokok meletup

Kejadian ini berlaku di Indonesia. Seorang lelaki kehilangan 6 batang gigi dan mendapat 51 jahitan di mulut selepas sebatang rokok yang dihisapnya meletup. Andi Susanto yg berumur 31 mengatakan kejadian itu berlaku apabila dia sedang menghisap sebatang rokok sambil menunggang motosikal. Dia kemudiannya mendapat gantirugi sebanyak USD535 kira RM2000 daripada syarikat pengeluar rokok tersebut. Akibat kejadian itu, Andi berniat untuk berhenti merokok… Agak-agaknya ape la yang ada dalam rokok andi tu? mercun??
moral of the story : jgn isap rokok sambil bwk moto,..hehe



3)Ipod Meletup

Pemilik ipod ini, Ken Stanborough, 47 mengatakan ipod yang dipakainya mengeluarkan bunyi pelik dan berasa semakin panas. Kemudian mengeluarkan asap, dengan sepantas kilatnya dia melontar ipod itu, tak sampai 30 saat ipod tu meletup dengan mengeluarkan bunyi ‘pop’, huhu, cam ujian oksigen ngan CO2 masa zaman sekolah menengah lak ada bunyi ‘pop-pop’ nih..



4) Laptop meletup semasa persidangan
Semasa mengadakan satu persidangan di Jepun, sebuah laptop jenama Dell tiba-tiba je meletup. Nasib baik la pemilik laptop tu takde depan laptopnya semasa kejadian tu berlaku, kalau tak hilang la mukanya yang hensem tu..



5) Jamban Meletup
Camner la jamban pun boleh meletup?? Kejadian ni berlaku kepada John Jenkins, 53 menggunakan jamban ni, sebaik je dia menyalakan rokoknya, lobang tandas tu meletup..isk3, bahaya tol.. Akibat kejadian ni, mamat nih menyaman sebuah syarikat arang dan kontraktor tempatan atas tuduhan cuai. Saman itu menyatakan muka, leher, lengan dan kaki Jenkins mengalami lecur selepas rokok yg dinyalakan oleh Jenkins membuatkan gas metana yg bocor di bawah jamban ini berapi dan meletup..hoho



6)Kerusi pejabat pun meletup gak
Camner la kerusi meletup, mengikut sumber2 yang diceritakan, kerusi ni meletup disebabkan silinder gas yg berada di bawah kerusi tu, silinder gas tu digunakan utk memudahkan kerusi tu naik turun. Apabila silinder tu dalam tekanan tinggi, ianya boleh meletup! Menurut ceritanya, itu yg berlaku..tapi xtau la kot2 ada orang letak bahan letupan bawah tu. Kejadian ni menyebabkan seorang budak lelaki 14 tahun maut dimana besi yang tercabut akibat letupan itu mengenai rektum budak tu menyebabkan dia mati serta merta.. pergh, sula cara moden..



7) Chewing gun meletup
Ni lagi satu citer yang tak masuk akal, Seorang pelajar yg berusia 25 tahun, Vladimir Likhonos, mati di rumah ibu bapanya selepas sedara maranya mendengar satu bunyi ‘pop’ yg kuat. Selepas ditemui, sedara maranya terkejut menjumpai Vladimir mengalami luka yang teruk di rahang. Menurut pihak forensik, Vladimir telah memakan chewing gum yang mengandungi satu bahan kimia yang tidak dikenali.



8) Telefon bimbit meletup
Ni salah satu kejadian yg biasa kita dengar, kat Malaysia pun kita penah dengar cerita-cerita telepon meletop nih, bagaimanapun citer ni berlaku kat China. Seorang lelaki mati selepas henfon nya meletop. Mengikut cerita, selepas dia masukkan bateri yang baru dicas ke dalam henfonnya, dan dia letak kat poket, henfon dia tros meletop. Dia mati disebabkan luka teruk di leher dan
arteri utama.



9) Deoderan meletup, remaja cedera
Seorang remaja cedera selepas dia baru je men’deoderan’kan dirinya di dalam tandas rumahnya di Santiago. Dia mengalami luka lecur di bahagian mukanya dan dikejarkan ke hospital untuk rawatan lanjut. Letupan tu mengakibatkan bumbung dan tingkap tandas pecah..fuhh, bahaya ni



10) Mesin basuh meletup
Kejadian ni berlaku apabila sorang mamat ni yg bernama Glenn Johnson meletak gasolin ke dalam mesin basuhnya untuk menghilangkan kesan gris pada bajunya. Menurutnya lagi, dia dah 25 tahun mengamalkan cara tersebut untuk menghilangkan gris pada pakaiannya. Dia letak detergen, air
dan sedikit gasolin utk tujuan tersebut. Katanya ayah dia yg ajar… tapi dia mengaku dia dah terlebih letak gasolin menyebabkan ada gas2 gasolin yg terbebas keluar dari mesin basuh tu yg mungkin menyebabkan letupan terjadi…


Khamis, 21 Februari 2013

Kisah Misteri yang Tidak Terjawab hingga hari ini

1. Kereta James Dean berhantu

Pada bulan September 1955, James Dean maut dalam kemalangan kereta yang mengerikan iaitu ketika dia memandu kereta Porche sportnya. Sesudah itu kereta tersebut secara kebetulan ibarat pembawa ****.

a) Semasa kereta sport itu ditarik dari tempat kemalangan dan dibawa ke bengkel, mesin winchnya rosak dan jatuh mengenai mekanik, dan menghancurkan kedua kakinya.

b) Bengkel dimana porche milik James Dean diperbaiki, hangus terbakar.

c) Kemudian kereta itu dipamerkan di Scramento, namun tiba-tiba meletup dan melukai peha seorang remaja.

d) Di Oregon, trailer dimana kereta itu diperbaiki tergelincir dan menghentam sebuah kedai.

e) Akhirnya, tahun 1959, secara misteri kereta itu meletup menjadi 11 bahagian.


2. Bayi jatuh, diselamatkan dua kali oleh orang yang sama




  • Di Detroit tahun 1930an, ibu muda berterima kasih banyak-banyak kepada pemuda bernama Joseph Figlock. Semasa Figlock sedang jalan-jalan, bayi ibu muda tersebut jatuh dari tingkap atas dan mengenai Figlock. Keduanya tidak terluka dan selamat. Sangat beruntung ya!




  • Tapi setahun setelah itu, bayi yang sama jatuh dari jendela yang sama, dan kebetulan sekali pemuda yang sama berjalan dibawahnya, dan lagi keduanya selamat, macam dalam filem kan?

3. Peluru yang sampai ke sasaran setelah bertahun-tahun



  • Henry Ziegland mengira dia pantai mengelak. Tahun 1883, dia memutuskan cinta dengan seorang gadis yang kemudian kekasihnya sangat stress dan bunuh diri. Abang kekasihnya sangat marah kemudian berjumpa Ziegland dan menembaknya.



  • Setelah yakin abang kekasihnya sudah membunuh Ziegland, dia menghalakan pistol ke dirinya sendiri dan bunuh diri. Tetapi Ziegland hanya tergores sedikit di wajah dan pelurunya tersasar dan melekat di pokok. Tentu saja Ziegland berasa sangat beruntung.



  • Bertahun-tahun kemudian dia memutuskan untuk menebang pohon itu, dengan peluru yang masih terlekat. Kerana merasa pokok itu susah ditebang dia memutuskan untuk meletupkannya dengan memakai dinamit. Malang sekali letupan itu membuatkan peluru itu mengenai kepalanya, dan dia meninggal.

4. Kembar yang hidupnya kembar



  • Cerita mengenai kembar seiras yang hidupnya hampir seiras memang mengejutkan, tapi mungkin tidak ada yang lebih mencengangkan dari yang satu ini. Cerita dari saudara kembar yang berasal dari Ohio , yang dipisahkan sejak lahir, dan dipelihara oleh keluarga angkat yang berbeza.



  • Tidak mengenal satu sama lain, kedua keluarga menamakan mereka dengan nama yang sama, James. Inilah awal dari kebetulan2 itu, Kedua James membesar tanpa mengenal satu sama lain, namun keduanya menjalani latihan ketenteraan, tertarik pada mechanical drawing dan pertukangan, dan menikahi wanita dengan nama Linda.



  • Keduanya memiliki anak lelaki yang diberi nama James Alan. Keduanya juga menceraikan isterinya dan menikahi wanita lain, keduanya memiliki nama Betty. Dan keduanya memiliki anjing dengan nama Toy. 40 tahun setelah terpisah, sepasang kembar ini berkumpul kembali dan manjalani kehidupan mereka yang kembar.

5. Novel yang berkaitan Titanic



Morgan Robertson, tahun 1898, menulis “Futility”. Menggambarkan maiden voyage (pelayaran perdana) dari kapal mewah untuk melintasi samudera Pasifik yang bernama Titan. Meskipun banyak yang berkata kapal ini tidak boleh tenggelam, kapal ini berlanggar lapisan ais dan tenggelam dan menyebabkan ramai yang terkorban.

Tahun 1912, Titanic, transatlantic luxury liner, mengalami peristiwa yang sama seperti yang digambarkan novel. Kalau di novel, bulan kemalangan adalah April, peristiwa tenggelamnya Titanic juga April. Kalau di novel penumpangnya ada 3000 orang, dalam realiti Titanic seramai 2,207 orang.

Dalam novel ada 24 lifeboat, realiti ada 20. Sebulan setelah Titanic tenggelam, sebuah kapal melintasi Atlantik yang dipenuhi kabus tebal dengan seorang anak muda yang mengendalikan. Kemudian dia teringat kembali mengenai Titanic, dan mengingat bahawa nama kapalnya sendiri adalah Titanian, dia mulai cemas dan menghentikan kapal.
6. Dua bersaudara terbunuh oleh pemandu teksi yang sama, selang setahun


Tahun 1975, seorang pemuda yang memandu vespa tiba-tiba dilanggar teksi dan mati serta merta. Satu tahun kemudian, saudara lelaki pemuda ini mengalami hal yang sama . Faktanya, dia memandu vespa yang sama.

Dan lebih aneh lagi, dia dilanggar teksi yang sama dan dipandu oleh pemandu yang sama, mau yang lebih aneh lagi? Teksi ini membawa penumpang yang sama!

7. King Umberto



Di Monza, Itali, King Umberto I, pergi ke suatu restoran untuk makan malam. Semasa pemilik restoran ini meminta pesanan King Umberto, Raja mulai menyedari dia dan pemilik restoran ada ada persamaan, baik dalam hal wajah dan bentuk badan . Kedua lelaki ini mula berbincang mengenai kemiripan keduanya dan menemui :


a) Keduanya lahir di hari yang sama dan tahun yg sama, (March 14th, 1844).


b) Keduanya lahir di kota yang sama.


c) Kedua lelaki ini menikahi wanita dengan nama yang sama, Margherita.


d) Tuan punya restoran ini membuka restorannya pada hari yang sama saat King Umberto dinobatkan sebagai raja Itali.
e) Pada 29 Julai 1900, King Umberto dimaklumkan bahawa pengusaha restoran itu telah meninggal hari itu kerana tembakan misteri, saat dia mengungkapkan rasa penyesalannya, dia terbunuh oleh pemberontak.

Rabu, 20 Februari 2013

Koleksi Petua-petua untuk anda

1- Masalah kencing tidak lawas
Atasi masalah kencing tidak lawas dengan menggunakan air basuhan beras yang ketiga. Minum air basuhan tersebut segelas setiap hari dan lihatlah perbezaannya.

02- Bibir Merekah
Minum air kelapa muda yang dicampur dengan kuning telur dan sedikit madu lebah. Amalkan meminumnya sekali dalam sehari dan nantikan hasilnya.

03- Segarkan Kulit Muka
Sapukan jus epal hijau kemuka dan biarkan selama 5 hingga 10 minit kemudian cuci muka dengan air bersih.

04- Rawati Kulit Melecur
Tuangkan susu cair atau susu pekat manis keatas bahagian yang terkena air panas. Pastinya ia tidak akan mengelembung dan berparut.

05- Merawat Sakit Tekak
Jika anda menghidap sakit tekak, anda perlu mendapatkan beberapa keping asam keping. Asam keping ini hendaklah dibakar hingga menjadi hangus. Setelah itu ditumbuk dan digaul dengan sedikit air sirih. Setelah itu sapukan pada bahagian tekak anda yang sakit. Insya Allah tekak anda akan sembuh seperti sediakala.

06- Mengurangkan Batuk
Ambil satu ataupun dua sudu nasi panas yang baru saja masak. Kemudian masukkan ke dalam cawan dicampurkan sedikit air. Setelah itu, embunkan nasi tersebut selama semalam. Keesokan harinya, minumlah air tersebut. Ulangi petua ini hingga beberapa hari. Insya Allah, batuk anda akan sembuh dengan segera.

07- Asma/Sesak Nafas
Ambil 4-5 helai daun buah keras laut. Ramaskanlah daun tersebut dengan air bersih. Kemudian saringlah setengah gelas. Embunkan semalaman sebaik-baiknya dilakukan pada waktu pagi. Apabila bangun tidur, ambil air tersebut dan dicampur dengan sedikit madu. Minumlah berulangkali setiap pagi ramuan ini.

08- Menurunkan panas badan
Daun bunga raya amat berguna unutk menurunkan panas badan ketika demam. Ambil beberapa helai daun bunga raya dan ramas di dalam air hingga hancur.Sapukan pada kepala dan seluruh tubuh hingga basah. Biar kering sendiri dan ulang lagi hingga reda panasnya.

09- Manfaat Air Nenas
Kencing batu karang menyakitkan, badan berasa tidak arah dan demam. Setiap kali buang air berasa sakit. Mungkin petua ini dapat membantu anda. Kupas sebiji nenas dan cincang.Campur segelas air serta sedikit garam dan dikisar halus.Minum air nenas segelas setiap hari sehingga penyakit anda nampak pulihnya.

10- Menyegarkan Mata Gatal dan Letih
Ambil beberapa helai daun sireh muda. Kemudian, cuci bersih. Ramas-ramaskan ia dan masukkan ke dalam air suam. Selepas itu, tapis airnya. Selanjutnya rendamkan mata sambil kerdipkan berulang kali. Lakukan selalu dan hasilnya anda akan merasai perubahannya.

11- Penawar Resdung
Petua yang paling mudah dan berkesan ialah dengan mengamalkan menyedut air ke dalam hidung (seperti sebelum kita ber wuduk).Kemudian picit sebelah hidung dan hembuskan sekuat hati. Buatlah berulang-ulang kali sehingga selesai kedua-duanya. Selepas itu basuhlah muka dengan bersih. Lakukan ini setiap kali setelah sampai ke satu-satu destinasi, baik ke pejabat,bersantai, beriadah atau pulang ke rumah malah ke mana saja. Kesannya sungguh menakjubkan.

12- Sembuhkan luka selepas bersalin
Bagi wanita yang baru bersalin dan ingin luka cepat sembuh, anda boleh amalkan petua berikut: Mula-mula ambil beberapa helai daun jambu batu dan dua keping asam keping. Kemudian rebus sehingga mendidih. Biarkan seketika sehingga air tadi menjadi suam. Cuci bahagian luka tadi dengan menggunakanair tersebut.
Insya Allah luka akan cepat sembuh.

13- Legakan Sakit Kepala
Setiap orang mungkin mengalami sakit kepala yang amat sangat akibat tekanan di tempat kerja dan sebagainya.Jadi untuk menghilangkan rasa sakit kepala itu, ambil tiga atau empat keping asam gelugor atau asam keping. Rendamkan dalam air suam semalaman. Minum air tersebut pada keesokkan harinya. Insyaallah sakit kepala anda akan hilang serta merta.

14- Kilatkan rambut dengan biji betik
Ambil biji betik yang sudah masak sebanyak dua genggam, Bersihkan kulit biji yang berair itu, dan jemursampai kering. Bila sudah kering, gorengkannya tanpa minyak sampai hangus. Setelah itu bolehlah ditumbuk atau digiling biji betik itu hingga lumat. Pindahkan pada piring dan bancuh dengan air. Sebelum menggunakannya bersihkan rambut anda terlebih dahulu . Keringkan rambut anda dan sapukan bahan tadi tanpa syampu. Anda akan dapat lihat hasilnya. Rambut anda akan kelihatan hitam dan berkilat.

15- Hilangkan Lemak
Jika anda mengalami masaalah berat badan anda boleh menggunakan air asam jawa sebagai minuman harian.ini kerana, air asam jawa boleh menjadi alternatif bagi mengurangkan lemak dalam badan anda. Caranya; Ambil sebuku asam jawa, Ramas dengan air sebanyak satu gelas. Masukkan air asamjawa tadi kedalam peti sejuk. Minum air tadi selepas makan tengahari atau selepas makan malam. Amalkan meminumnya setiap hari dan anda akan dapati tubuh anda bertambah segar dan langsing.

16- Merawat Ketumbit
Jika ada dikalangan keluarga atau rakan-rakan anda menghadapi masaalah ketumbit di mata, Tak perlulah risau kerana ianya mudah dirawat dengan bawang putih sahaja. Caranya, ambil seulas bawang putih, guris sedikit bahagian hujungnya dengan kuku agar keluar airnya dan sapukan pada kelopak mata yang ber ketumbit tadi 3 kali sehari. Insyaallah ketumbit akan beransur baik dalam masa singkat.


17- Menghilangkan Panau.
Panau adalah sejenis penyakit kulit yang tidak menyakitkan. Namun ianya membuat kulit anda kelihatan tidak menarik. Oleh yang demikian jika anda mengalami masaalah panau, cubalah petua di bawah ini:
Ambil lengkuas atau bawang putih, gosokkan pada panau itu sehingga kulit anda terasa perit dan kemerah-merahan. Ulangi selama seminggu. Insyaallah panau anda akan beransur hilang dan kulit anda akan kelihatan lebih menarik.

18- Melangsingkan badan.
Melangsingkan badan,cara paling mudah dan murah ialah:
1-Dua biji lobak merah dipotong
2-Sebiji mentimun segar,
3-Sebiji limau nipis,
Kemudian ketiga-tiga bahan ini dikisar dan diperah airnya untuk diminum.Amalkan dua kali sehari setiap pagi dan malam. Insyaallah badan yang gedempol akan beransur langsing dan menarik.

19- Awet muda dan menarik.
Wajah anda kelihatan tua kurang menarik dan berminyak.
Amalkan ketiga-tiga cara di bawah.
1-Banyakkan ketenangan, berzikir dan sentiasa mengingati Allah.
2-Minum segelas air suam setiap pagi sebaik bangun tidur.
3-Makan sehelai daun pegaga segar setiap hari selama 40 hari.

20- Khasiat bawang putih.
Mereka yang menghidap lelah dan semput seringkali menghadapi masaalah bila termakan makanan dingin seperti rambutan, mentimun dan betik. Untuk ke klinik kita akan mengambil masa dan kos yang tinggi, Oleh itu cubalah petua di bawah:
Dua ulas bawang putih-ditumbuk,
Tiga sudu minyak masak.
Campurkan kedua bahan tadi dan sapu pada leher, dada dan belakang. Dalam masa sepuluh minit kita akan lihat perubahannya. Ia juga boleh digunakan ketika batuk.

21- Sakit Tekak
Sakit tekak sewaktu bangun pagi?Terus kebilik air dan tepukkan air sejuk di tengkuk anda. pastinya kahak akan "longgar" dan mudah keluar selepas itu.
Hilangkan atau elakkan sakit tekak dengan meminum air tomato seminggu 3 kali. Sakit atau perit tekak akan hilang.

22- Merdukan Suara
Merdukan suara dengan air suam yang diperahkan limau nipis. campurkan gula batu dan biarkan semalaman. Keesokkannya, sebelum gosok gigi atau berkumur dan minum air itu.

23- Rawat Muntah
Rawati muntah kanak-kanak dengan daun limau purut. Tumbuk atau mesinkan dengan campurkan sedikit air. Minum seperti biasa. ia akan beransur sembuh.

24- Hilangkan sedu
Hilangkan sedu dengan menarik nafas sedalam yang boleh, lakukan 3 atau 4 kali. Pastinya sedu anda beransur hilang selepas itu.

25- Hilangkan kutu
Hilangkan kutu pada rambut dengan beberapa biji bawang putih yang ditumbuk lumat. Campur dengan minyak masak dan lumurkan pada rambut. Balut dengan kain selama sejam sebelum dicuci.

26- Segarkan Diri
Ingin segar diwaktu pagi? Selepas bangun daripada tidur, minum terus air suam. Amalan ini dipercayai awet muda sejak turun temurun.

27- Hilangkan batuk
Hilangkan batuk dengan mengambil sedikit gula melaka dan makan. anda akan lihat hasilnya yan memuaskan setelah beberapa ketika.

28- Segarkan Mata
Segarkan mata dengan beberapa helai daun sirih muda, cuci bersih. Ramas dan masukkan kedalam air suam dan tapis airnya. Rendamkan mata sambil kerdipkan mata berulangkali.
Segarkan mata dengan menggunakan uncang teh yang telah digunakan. Tekap ke mata anda. Hasilnya mata anda akan terasa sejuk dan segar.

29- Gusi bengkak
Atasi bengkak gusi dengan menghancurkan umbut nenas. Campurkan dengan sedikit garam halus. Tampalkan pada gusi yang ada kesan bengkak. Biarkan sehingga kering.

30- Suara Serak
Atasi suara serak dengan sebuku asam jawa, rendam dan ramas didalam air. Kemudian campur dengan segelas air sejuk. Masukkan ke dalam peti sejuk. Minum dua kali sehari.
Atasi suara serak dengan dua biji bawang besar, Buang kulit dan mesin hingga hancur, tapiskan dan ambil airnya. Minum sekadar dua kali sehari selama dua hari berturut-turut.
Ubati suara serak dengan beberapa biji limau nipis dan mesinkannya dengan dicampur sedikit air lalu dipanaskan, kemudian sedutkan wapnya melalui mulut beberapa kali.

31- Badan Lesu
Sekiranya anda sering diserang angin yang menyebabkan badan lesu, didihkan daun mengkudu dan sedikit halia. saringkan airnya dan minum pagi dan petang.

32- Sembuhkan luka
Sembuhkan luka dengan daun lidah buaya (aloe vera) dan sapukan lendirnya pada luka tersebut. dengan caratersebut, luka akan sembuh dengan lebih cepat.

33- Sengatan kala jengking
Redakan kesakitan akibat disengat kala jengking dengan menumbuk lada hingga halus dan dicampur dengan minyak kelapa. Tampalkan pada tempat yang terkena sengat tadi.

34- Hilangkan jerawat batu
Hilangkan jerawat batu dengan ambil sedikit beras, tumbuk hingga halus dan campurkan dengan sedikit air. Gunakan pada waktu hendak tidur, tiga kali seminggu.

35- Serikan wajah
Serikan wajah dengan rendamkan teh semalaman. Sapukan seluruh muka keesokkan harinya sebelum mandi. Wajah anda akan berasnsur-ansur licin serta kelihatan segar.

36- Menyegarkan kulit muka
Segarkan kulit muka dengan perahan jus epal hijau yang dikatakan menyegarkan kulit muka. Sapu kemuka dan biarkan selama 5 hingga 10 minit kemudian cuci muka dengan air bersih.

37- Rawat kulit melecur
Rawati kulit yang melecur dengan susu cair atau susu pekat manis. Tuang keatas bahagian yang terkena air panas. Pastinya ia tidak akan mengelembung dan berparut.

38- Hilangkan bau mulut
Hilangkan bau mulut dengan menumbuk lumat sepuluh kuntum bunga cengkih dan tiga ulas bawang putih. Gosokkan pada gigi dan berkumur hingga bersih. Lakukan 3 hari sekali.

39- Masalah kencing manis
Ubati kencing manis dengan hempedu ayam. Simpannya di dalam peti sejuk. Esoknya ketika hempedu itu telah beku, telannya bersama air sejuk. Lakukan selama seminggu.

40- Minyak hilangkan ketuat
Jika minyak menggoreng anda sudah terlalu hitam, jangan di buang. Gunakan ia untuk menghilangkan ketuat. Caranya sapu minyak tersebut pada ketuat dan ulangi langkah tersebut 3-4 kali sehari sehingga ketuat itu hilang.

41- Timun atasi panas badan
Bagi ibu-ibu yang baru bersalin pasti akan mengalami panas di badan. Ambil timun kemudian kisar bersama garam. Tapis dan ambil airnya. Kemudian simpan di dalam peti sejuk. Barulah diminum.

42- Masalah senggugut
Daun betik dikatakan boleh menghilangkan sengugut. Ambillah segengam ditumbuk dan airnya hendaklah diminum pada setiap pagi selama tiga hari pada setiap bulan.

43- Kulit perut berkedut
Elakkan kulit dibahagian perut berkedut dengan sesudu air kecil air limau nipis, sesudu air kapur sirih dan 20 titik minyak kayu putih. Gaul dan sapu pada kesan-kesan pecah dalam masa dua minggu.

44- Masalah kembung perut
Atasi masaalah kembung perut dengan dua ulas bawang putih. Bakar bawang putih tersebut dan kupas kulitnya dahulu serta makanlah bawang putih berkenaan.

45- Masalah sesak nafas
Atasi masaalah sesak nafas dengan merebus beberapa biji buah mata kucing. Apabila ia mendidih, sejukkan dan minum. Buat seberapa banyak yang boleh dan amalkannya selalu.

46- Masalah kencing tidak lawas
Atasi masalah kencing tidak lawas dengan menggunakan air basuhan beras yang ketiga. Minum air basuhan tersebut segelas setiap hari dan lihatlah perbezaannya.

47- Melegakan tekak perit
Rendamkan sebiji buah kembang semangkuk di dalam mangkuk, biarkan seketika kemudian minum airnya.

48- Elak gatal ulat bulu
Parut sepotong kunyit, campurkan dengan kapur sirih dan air. panaskan ramuan ini di atas api dan setelah dingin, sapukan pada bahagian yang gatal dan bengkak.


Source: Famili Azam Dot Com | Laman Famili Berinformasi

Selasa, 19 Februari 2013

Berjuta nyawa melayang kerana ...................

1. Sweat Sickness atau English Sweat di England pada tahun 1485(3 juta nyawa melayang)

Penyakit ini mula menular pada tahun 1485 tanpa diketahui puncanya sehingga sekarang. Sepertimana penyakit ini datang bergitulah juga ia berakhir. Wabak ini berakhir dengan tiba-tiba dipercayai pada tahun 1551. Wabak ini bergitu memberhaya sehingga ia boleh membunuh dalam hanya beberapa jam sahaja.
Antara simptom-simptom yang biasa dihidapi oleh mangsa adalah mangsa akan mula berasa cemas,pening-pening dan diikuti dengan demam yang teruk, sakit-sakit sendi di bahagian leher dan bahu. Peringkat ini dikenali peringkat sejuk.

Dalam masa beberapa jam, peringkat panas akan memberi kesan. Mangsa akan berasa panas dan berpeluh dengan kadar yang banyak. Daripada simpton berpeluh inilah pandemik ini mendapat namanya.
Pada peringkat akhir, mangsa akan pengsan dan seterus membawa kepada maut.
Dianggarkan kira-kira 3 juta nyawa melayang ketika wabak ini merebak di England dan utara Eropah.


ilustrasi kedasyhatan English Sweat


2. Smallpox di Mexico tahun 1520 (4 juta orang nyawa melayang)

Smallpox atau cacar diketahui kewujudannya seawal 3000BC apabila kesan wabak cacar tertera kemas pada mumia mesir. Wabak Cacar merebak dengan cepat hinggakan pada abad ke-18, seramai 200,000 nyawa melayang setiap tahun akibat daripada wabak ini.

Namun, wabak ini paling diingati apabila ia menyerang masyarakat Inca pada 1520 di Mexico. Dipercayai, wabak ini dibawa oleh tentera-tentera penceroboh Sepanyol yang diketuai oleh Panfilo de Narvaez di Varacruz. Disebabkan wabak ini, tamadun Inca menjadi lemah dan memudahkan panglima tentera penceroboh Sepanyol iaitu Hernan Cortes menawannya selepas itu. Wabak ini telah membunuh lebih 4 juta rakyatnya termasuk Rajanya sendiri, Huayna Capac.

Permulaan bagi simpton smallpox adalah demam, kesejukan, rasa loya,mula sakit kepala, kesakitan di bahagian otot-otot dan seterusnya muntah-muntah.

Smallpox boleh merebak dengan cepat hanya melalui pernafasan dan ia semakin mudah merebak apabila berlaku face to face contact sepertimana berlaku pada masyarakat Inca pada 1520. Smallpox berpunca daripada virus Variola.


Hernan Cortes

3. Ukraine Famine di Ukraine tahun 1921 (5 juta meningal dunia) dan 1932(7 juta meninggal dunia)

Ukraine Famine atau lebih dikenali sebagai Holodomor adalah wabak penyakit kebuluran yang melanda seluruh Ukraine. Dianggarkan kira-kira 5 juta rakyat Ukraine meninggal dunia daripada kanak-kanak,dewasa dan orang tua. Subjek Holodomor menimbul kontroversi apabila ia dikatakan dimulakan oleh Soviet Union untuk melemahkan golongan penentang komunis di Ukraine. Namun, ia dinafikan sekeras-kerasnya oleh pihak Soviet. Sehingga sekarang, kerajaan Ukraine pro-barat masih lagi berusaha untuk mengaitkan Soviet dengan Holodomor.


Kematian berlaku di mana sahaja di Ukraine ketika kemuncak wabak ini merebak

4. Wabak Influenza di seluruh dunia tahun 1918-1919 (22 juta-50 juta org meninggal dunia)

Epidemik Influenza atau dikenali juga sebagai Spanish Flu mula dikesan pada 4hb March 1918 di Kansas dan 11hb March 1918 di New York. Semenjak itu, dengan cepatnya wabak ini menular ke serata Amerika Syarikat dan seterusnya ke seluruh dunia. Kadar cepat merebaknya wabak ini disebabkan oleh Perang Dunia Pertama(WW1) yang meletus pada waktu itu. Sebenarnya Sepanyol langsung tidak menyebabkan tersebarnya wabak ini miskipun wabak ini dikenali Spanish Flu. Nama ini hanya dikenali disebabkan oleh liputan meluas media ketika wabak ini merebak di Sepanyol.

Wabak penyakit ini telah menyebabkan 1/3 populasi dunia jatuh merudum. Wabak ini mula reda menjelang bulan November 1919. Tentang bagaimana ia berhenti merebak masih lagi menjadi persoalan sepertimana bagaimana ia datang. Namun, ramai mempercayai bahawa doktor sudah mengambil pendekatan yang efektif dalam menanggani wabak ini daripada terus merebak.

Antara individu berprofil tinggi yang meninggal dunia adalah Frederick Trump(datuk Donald Trump) , Prince Erik, Duke of Västmanland(putera keluarga diraja Sweden) dan ramai lagi. Walaubagaimanapun, bukan semua yang terkorban. Antara individu berprofil tinggi yang selamat adalah Wilhelm II(Maharaja Jerman) dan Franklin D. Rossevelt(Presiden Amerika).

Click here to view the original image of 505x426px.

Sebuah hospital di Kansas City yang padat dengan pesakit.

5. Black death di seluruh Eropah tahun 1347-1351 (75 juta orang meninggal dunia)

Wabak ini telah menyebabkan populasi Eropah merudum sebanyak 30% hingga 60% dan seterusnya populasi dunia jatuh daripada 450 juta kepada 350 juta hingga 375 juta pada akhir 1400. Eropah menuntut 150 tahun untuk kembali kepada populasi asalnya.! Bergitulah hebatnya wabak ini sehingga ia dinamakan Black Death.

Dipercayai oleh ramai saintis bahawa ia berpunca daripada Asia Tengah yang dibawa oleh virus tikus hitam,Indian Rat Flea. Tikus-tikus ini kemudian di bawa belayar bersama-sama di atas kapal dan seterusnya sampai di Eropah dan Mediterranean. Ia mula dikesan di Crimea,Itali.

Teori lain yang lebih kukuh adalah ia adalah letusan lain bagi wabak Bubonik yang pernah menular satu ketika dahulu. Ia disebabkan oleh Bakteria Yersinia Pestis.

Walau apapun puncanya, wabak ini memang mengerikan. Hawar Maut membawa 3 jenis virus iaitu bubonik yang menyerang dan merosakkan limpa. Virus buboe dikaitkan dengan tanda bengkak-bengkak di leher, ketiak bernanah dan berdarah. Virus septicamic pula menyebabkan keracunan dalam darah, menyerang paru-paru sebelum menular ke lain-lain bahagian anggota badan. Kebanyakan mangsa virus bubonik maut dalam tempoh 4 hingga 7 hari selepas terkena jangkitan. Miskipun demikian, terdapat mangsa yang terselamat, akan tetapi sistem tubuh badan mereka menjadi teruk akibat kedashyatan virus Black Death.
Terdapat satu lagenda yang dikaitkan dengan Black Death. Diturunkan secara turun-temurun mengenai peperangan antara Puak Tartar dengan puak Genoise(masyarakat Genoa di Itali sekarang) di Crimea. Peristiwa ini dipercayai berlaku pada 1346. Pada waktu kemuncak peperangan, puak Tartar mendapati ramai tentera mereka dijangkiti ‘penyakit misteri’ dan mati dalam masa hanya beberapa hari. Kira-kira dalam 1000 orang tentera mereka mati. Puak Tartar mengambil peluang ini untuk melakukan serangan biologi ke atas musuh mereka. Puak Tartar melontar mayat-mayat tentera mereka yang dihidapi penyakit misteri itu ke dalam kubu pihak musuh. Disebabkan daripada peristiwa inilah, wabak Black Death mula muncul dan seterusnya tersebar ke Naples dan kemudian ke seluruh Eropah hingga hampir memusnahkan beberapa dinasti diraja di Eropah.

Click here to view the original image of 800x600px.

wabak Black Death hampir merencat pertumbuhan populasi Eropah.

6. HIV/AIDS di seluruh dunia daripada 1981 hingga sekarang-(membunuh hampir 25 juta dan semakin meningkat dari hari ke hari)

Sebut sahaja HIV/AIDS pasti dapat meneka wabak apakah ini. AIDS adalah singkatan bagi Acquired Immune Deficiency Syndrome atau Sindrom Daya Tahan Penyakit. Penyakit AIDS disebabkan oleh virus HIV(Human Immunodeficiency Virus). Virus inilah yang bertanggungjawab melemahkan sistem pertahanan badan semulajadi manusia.

Wabak ini pertama kali ditemui pada 1981 di Amerika Syarikat yang biasa dihidapi oleh golongan Gay di Amerika. Pada masa itu, istilah penyakit ini dinamakan GRID(Gay-Related Immune Defiency). Dalam pada waktu yang sama, saintis turut menemui bukti darah yang mempunyai wabak yang sama di Belgian Congo. Mangsa meninggal dunia dengan penyakit yang tidak dapat dikenalpasti. Daripada darah warga Congo inilah pertama kalinya istilah AIDS diterbitkan.

AIDS adalah wabak masa kini yang paling ditakuti di dunia. Saintis masih belum menemui pengubat sebenar bagi wabak ini. Wabak ini mampu melumpuhkan seluruh antibodi dan sistem imun manusia sekaligus. Bayangkan jika mangsa menghidapi selesema biasa sahaja pun boleh membawa maut kepadanya. AIDS sentiasa dikaitkan dengan pengkongsian jarum ketika pengambilan dadah dan seks rambang terutama golongan gay, lesbian dan pelacur.
Setakat ini, tiada ubat untuk merawat wabak AIDS ini.!


Freddie McCurry antara insan yang meninggal dunia akibat jangkitan virus HIV kerana gaya hidup Gay beliau.

Penutup

Sebenarnya, banyak lagi wabak-wabak yang membawa maut seperti Wabak penyakit Kuning yang menyerang Amerika Syarikat pada 1793 sehingga membunuh 5000 orang penduduknya. Malah aktor kesayangan warga Malaysia tahun 60-an, Nordin Ahmad juga meninggal dunia akibat jangkitan demam kuning. Selain itu, penyakit Kusta atau Leprosy adalah antara yang memberhaya pernah merebak di dalam tamadun manusia. Dicatatkan sekurang-kurangnya penyakit kusta mula diketahui sejak 600BC dan merebak dengan meluas di tamadun Mesir purba, tamadun China dan tamadun Mesopotamia. Pada abad ke-13, kira-kira 19,000 buah hospital dibina di Eropah bagi menampung beribu-ribu pesakit kusta.

Antara wabak lain yang sangat ditakuti adalah wabak Tifus yang pernah melanda manusia sejak abad ke-5 sebelum masihi.Diriwayatkan Kota Athen hampir musnah akibat wabak ini. Antara yang meninggal dunia adalah pemimpin Athen sendiri iaitu, Pericles dan dua orang anaknya. Namun ia tidak berhenti di situ, tentera Napolean turut menghidapi wabak Tifus ini ketika peperangan antara Napoleon dan Russia sehingga memakan korban beribu orang tenteranya. Bergitu juga ketika peperangan antara Kristian Sepanyol dan Ummayah Andalusia, Kristian Sepanyol kehilangan kira-kira 20,000 orang tentera apabila diserang wabak Tifus. Wabak Tifus mudah merebak di kawasan kotor terutamanya di kem tentera, penjara dan kawasan perumahan tidak terancang.


Isnin, 18 Februari 2013

Ahad, 17 Februari 2013

Kentut

Dari mana datang kentut ni?

Pemikiran kita selalu kata kentut datang dari bontot. Tapi sebenarnya, kentut nih berasal dari gas yang kita telan, gas dari darah yang pergi ke usus, gas dari reaksi kimia dan gas yang dijana oleh bakteria dalam usus dan keluar melalui bontot. Bukan lah bontot punca sebenar kentut!

Kenapa kentut yang tak bunyi lagi busuk?

Salah satu sumber kentut ialah bakteria. Respirasi oleh bakteria dan proses pencernaan akan hasilkan haba serta hasil sampingannya adalah gas busuk. Diameter gelembung gas yang lebih kecil adalah lebih hangat serta menghasilkan metabolisme bakteria yang berbau busuk. Maksudnya, diameter gas yang kecil, tak hasilkan bunyi cuma hasilkan bau yang boleh membunuh.

Berapa banyak kita mampu kentut sehari?

Manusia normal boleh kentut lebih kurang setengah liter sehari ataupun sebanyak 14 kali kentut. Tapi ada je yang kentut tak sampai 14kali kan?

Selain jenis makanan, apa lagi penyebab kentut?

■Tertelan udara
■Makan terburu-buru
■Makan tanpa dikunyah
■Naik pesawat udara kerana bila tekanan udara lebih rendah, sehingga gas di dalam usus mengalami pengembangan & muncul sebagai kentut.

Kentut sama ke dengan sendawa, tapi muncul dari lain lain lubang?

Sebenarnya tak sama. Sendawa datang dari perut, komposisi kimianya lain dengan kentut. Sendawa mengandungi udara lebih banyak, tapi kentut lebih banyak mengandungi gas yang dihasilkan oleh bakteria.

Kalau kita tahan kentut, mesti kentut tu hilang kan?

Kentut tak hilang tapi akan diserap oleh darah.Kalau kita tahan kentut, gas tu akan beralih ke bahagian atas & menuju ke usus. Nanti bila sampai masa akan kentut jugak. So, kentut tu tak lenyap, tapi delay sikit.

Kentut boleh sebabkan kebakaran, tak percaya?

Kentut mengandungi gas metana dan gas hidrogen yang boleh menyebabkan kebakaran. Kalau terbakar, nyalaan berwarna biru kerana kandungan unsur hidrogen. Kalau nak try, boleh try kentut depan unggun api.

Sabtu, 16 Februari 2013

Menguruskan Anak Tidak Sah Taraf

Anak tidak sah taraf juga disebut sebagai anak zina atau anak luar nikah yang dilahirkan hasil perzinaan dan bukan daripada perkahwinan yang sah atau persetubuhan syubhah (persetubuhan oleh suami dan isteri).

Akta Undang-Undang Keluarga Islam 1984 (Akta 303) Seksyen 2 mentafsirkan bahawa anak tidak sah taraf adalah istilah yang digunakan bagi anak yang tidak mempunyai nasab atau hubungan darah yang sah.

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan (MKI) kali ke-64 pada 27 Julai 2004 menyatakan bahawa anak tidak sah taraf ialah:

i. Anak yang dilahirkan di luar nikah sama ada akibat zina atau rogol dan dia bukan daripada persetubuhan syubhah atau bukan daripada anak perhambaan
ii. Anak dilahirkan kurang dari 6 bulan 2 lahzah (saat) mengikut Takwim Qamariah daripada tarikh tamkin (setubuh)
iii. Anak yang dilahirkan lebih daripada 6 bulan 2 lahzah (saat) mengikut takwim Qamariah daripada waktu tamkin (setubuh) selepas akad yang sah dan ada bukti dari segi syarak bahawa anak tersebut ialah anak tanpa nikah melalui iqrar (pengakuan) mereka yang berkenaan (suami dan isteri atau salah seorang daripadanya), atau 4 orang saksi yang memenuhi syarat-syarat mengikut Hukum Syarak

Terdapat beberapa implikasi berhubung kedudukan anak tidak sah taraf dalam Islam. Implikasi-implikasi tersebut ialah:

i. Penamaan dan Nasab
Jika seseorang anak lahir tanpa ada ikatan perkahwinan yang sah di antara ibunya dengan lelaki yang mensetubuhinya dan bukan persetubuhan syubhah, maka anak tersebut tidak boleh dibin atau dibintikan kepada bapa zina. Sebaliknya hendaklah dibinkan atau dibintikan Abdullah atau lain-lain nama ”Asma’ ul-Husna” yang
berpangkalkan Abdul. Kedudukan ini berbeza dengan anak yang bukan beragama Islam. Kesahtarafan anak akan dikira dari tarikh ibu dan bapa anak tersebut memeluk Islam.

ii. Pergaulan dan Hubungan
Dalam Islam anak tidak sah taraf bebas menjalin apa-apa hubungan atau aktiviti sepertimana yang dilakukan oleh kanak-kanak Islam yang sah tarafnya. Hukum pergaulan anak tidak sah taraf dengan lelaki yang melakukan persetubuhan dengan ibunya adalah sama dengan lelaki asing yang tiada kaitan dengannya (bukan mahram) kecuali lelaki tersebut menjadi suami ibunya maka hubungannya adalah sebagai ayah tiri. Perhubungan antara anak tidak sah taraf dengan anak-anak di sebelah ibunya yang sah taraf dan ahli keluarga sebelah ibunya yang lain adalah hubungan kekeluargaan yang sah. Namun, perhubungan ini tidak boleh diperluaskan kepada keluarga sebelah bapanya yang tidak sah kerana keluarga bapa bukan termasuk ahli keluarganya.

iii. Nafkah
Tanggungjawab nafkah dan saraan hidup anak tidak sah taraf terletak kepada ibunya. Ini adalah kerana anak tak sah taraf dinasabkan kepada ibunya dan tidak kepada lelaki yang menyetubuhi ibunya. Peruntukan mengenai tanggungjawab nafkah ini juga terdapat dalam Akta Undang-Undang Keluarga Islam 1984 (Akta 303) Seksyen 80 (1)
iaitu :

Jika seseorang perempuan cuai atau enggan menanggung nafkah seseorang anaknya yang tidak sah taraf yang tidak berupaya menanggung nafkah dirinya, melainkan seorang anak yang dilahirkan akibat rogol, Mahkamah boleh, apabila hal itu dibuktikan dengan sewajarnya, memerintahkan perempuan itu memberi apa-apa elaun bulanan yang difikirkan munasabah oleh Mahkamah.

iv. Penjagaan
Hubungan nasab (keturunan) anak tidak sah taraf dengan ibu serta ahli keluarganya tidak terputus. Oleh itu tanggungjawab menjaga anak tidak sah taraf menjadi tanggungjawab ibu dan ahli keluarga di sebelah ibunya. Akta Undang-Undang Keluarga Islam 1984 (Akta 303) Seksyen 85 memperuntukkan bahawa :

Penjagaan kanak-kanak tidak sah taraf adalah semata-mata pada ibu dan saudara mara ibu.

v. Harta Pusaka.
Anak tidak sah taraf tidak terputus hubungan kekeluargaan dengan ibunya. Begitu juga ibu tidak terputus hubungan kekeluargaan dengan anak tersebut. Oleh itu, kedua-duanya boleh mewarisi pusaka antara satu sama lain. Seseorang anak tidak sah taraf tidak boleh mewarisi harta bapanya yang tidak sah. Begitu juga bapa tidak boleh mewarisi harta anak tersebut kerana kedua-duanya telah terputus hubungan kekeluargaan.

vi. Perwalian
Hak perwalian diri anak tidak sah taraf terletak kepada ibunya. Walaubagaimanapun, wali perkahwinan bagi seseorang anak perempuan tidak sah taraf dipegang oleh Wali Hakim (iaitu Yang DiPertuan Agong/Sultan/Raja atau individu yang diberi tauliah). Ini adalah kerana seseorang perempuan tidak sah menjadi wali di dalam apa jua perkahwinan.

Sabda Rasulullah S.A.W :

Maksudnya : Sultan adalah wali kepada sesiapa yang tidak
mempunyai wali.

(Riwayat Abu Daud dan Tirmidhi)

Begitu juga lelaki yang menyetubuhi ibunya tanpa akad nikah yang sah, sama ada dia berkahwin atau tidak dengan ibunya selepas itu juga tidak sah menjadi walinya.

vii. Perkahwinan
Perkahwinan anak perempuan tidak sah taraf adalah sah,

viii. Kematian
Kematian seorang anak tidak sah taraf yang belum baligh adalah menurut hukum agama ibunya. Jika ibunya beragama Islam, maka dia dihukum sebagai seorang Islam. Oleh itu mayatnya hendaklah diurus secara pengurusan jenazah Islam. Jika ibunya bukan seorang yang beragama Islam, maka dia dihukum sebagai bukan seorang beragama Islam sekalipun lelaki yang menyetubuhi ibunya adalah seorang Islam.

ix. Pertukaran Status Anak Tak Sah Taraf
Seseorang anak tidak sah taraf boleh bertukar sifatnya apabila dia dibuang oleh ibunya dan dijumpai oleh orang lain. Pada ketika itu statusnya akan bertukar menjadi anak laqit (iaitu anak pungut). Dia akan menjadi anak angkat kepada sesiapa yang memungut dan diberi tanggungjawab memeliharanya berdasarkan peruntukan yang diberikan kepada seorang anak angkat.

x. Amal Kebajikan
Amal kebajikan anak tidak sah taraf sama ada untuk diri sendiri atau untuk masyarakat adalah sama seperti anak-anak sah taraf yang lain. Anak tidak sah taraf adalah seorang yang suci dan bersih dari sebarang dosa ibu dan bapanya.

Firman Allah S.W.T:

Maksudnya: Dan tiadalah (kejahatan) yang diusahakan oleh tiap-tiap seorang melainkan orang itulah sahaja yang menanggung dosanya dan seseorang yang boleh memikul tidak akan memikul dosa perbuatan orang lain (bahkan dosa usahanya sahaja)

(Surah al-An’am : 164)

Dalam sebuah Hadis Riwayat Muslim menjelaskan larangan melakukan khalwat antara seorang teruna dengan seorang dara, kerana ia merupakan jalan mudah ke arah perzinaan. Dalam Al-Qur’an pula jelas melarang perzinaan kerana zina itu mendatangkan dosa besar dan boleh menghuru-harakan masyarakat dan negara.

Jika seorang dara melakukan perzinaan dengan seorang teruna bererti ia telah melakukan dosa besar. Dalam Islam ia perlu dikenakan hukuman dirotan sebanyak 100 rotan seterusnya bertaubat kepada Allah. Ini sekiranya ia menyerah diri kepada pihak yang berkuasa.

Jika ia tidak menyerah diri kepada pihak yang berkuasa, maka tidak wajib kepada pihak berkuasa mencarinya kerana perzinaan itu hanya menjadi rahsia antara dia dengan pasangannya sahaja dan ia akan menerima balasan Allah pada hari kiamat kelak, kerana dosanya tidak akan gugur selagi mana belum dilaksanakan hukum hudud tersebut ke atas dirinya.


Jumaat, 15 Februari 2013

Cara Fatimah Az Zahra Memohon Maaf Kepada Suaminya

Ketaatan Fatimah Az Zahra kepada suaminya Sayyidina Ali menyebabkan Allah subhanahu wa ta'ala mengangkat darajatnya. Fatimah Az Zahra tidak pernah mengeluh dengan kekurangan dan kemiskinan keluarga mereka. Tidak juga dia meminta-minta hingga menyusah-nyusahkan suaminya. Meski begitu, kemiskinan tidak menghalangi Fatimah Az Zahra untuk selalu bersedekah. Dia tidak sanggup untuk kenyang sendiri apabila ada orang lain yang kelaparan. Dia tidak rela hidup senang dikala orang lain menderita. Bahkan dia tidak pernah membiarkan pengemis melangkah dari pintu rumahnya tanpa memberikan sesuatu meskipun dirinya sendiri sering kelaparan.

Pernah suatu hari, Fatimah Az Zahra telah membuat Ali terusik hati dengan kata-katanya. Menyadari kesalahannya, Fatimah Az Zahra segera meminta maaf berulang-ulang kali.

Melihat air muka suaminya tidak juga berubah, maka Fatimah Az Zahra berlari-lari seperti anak kecil mengelilingi Ali. Tujuh puluh kali dia 'tawaf' sambil merayu-rayu mohon untuk dimaafkan. Melihat tingkah laku Fatimah Az Zahra itu, tersenyumlah Ali dan lantas memaafkan isterinya itu.

"Wahai Fatimah, kalaulah dikala itu engkau mati sedangkan suamimu Ali tidak memaafkanmu, nescaya aku tidak akan menyolatkankan jenazahmu," Rasulullah SAW memberi nasihat kepada puterinya itu saat perkara ini sampai ke telinga Nabi SAW.

Begitulah yang ditetapkan Allah SWT mengenai kedudukan suami sebagai pemimpin bagi seorang isteri. Betapa seorang isteri itu perlu berhati-hati di saat berhadapan dengan suami. Apa yang dilakukan Fatimah Az Zahra itu
bukanlah suatu kesengajaan. Semoga kita bisa mengambil hikmah dari kisah agung ini..

Adakah isteri zaman ini pernah meminta maaf apabila menyakiti hati suaminya ??

Khamis, 14 Februari 2013

Empat Wanita Dalam Syurga dan Empat Wanita Dalam Neraka

4 Wanita Dalam Surga :


1. Wanita yang menjaga diri dari berbuat haram, berbakti pada Allah swt, Rasul dan suaminya.


2. Wanita yang menerima dengan senang hati keadaan serba kekurangan dengan suaminya dan banyak keturunannya serta penyabar.


3. Wanita yang bersifat pemalu dan bila suaminya pergi ia menjaga diri dan harta suaminya dan jika suaminya datang ia mengekang mulutnya dari perbuatan yang tidak layak.


4. Wanita yang ditinggal mati suaminya dan mempunyai anak masih kecil lalu menahan dirinya untuk kawin lagi karena ingin mengurus anak-anak dan mendidik
serta memperlakukannya dengan baik, dan bersedia kawin lagi karena khawatir anaknya akan sia-sia /terlantar.


4 Wanita Dalam Neraka ( kecuali telah bertobat) :

1. Wanita yang mulutnya jelek pada suaminya dan jika suaminya pergi ia tidak menjaga dirinya dan jika suaminya datang ia memaki / memarahinya.


2. Wanita yang memaksa suaminya membeli apa yang suaminya tidak mampu.


3. Wanita yang tidak menutupi dirinya dari laki-laki lain dan keluar rumah dengan menampakkan perhiasan dan kecantikannya untuk menarik perhatian laki-laki lain.


4. Wanita yang tidak mempunyai tujuan hidup kecuali makan, minum dan tidur serta tidak berbakti pada Allah swt dan suaminya.
_
Ya Allah,jadikanlah kami menjadi hamba yang bersukur atas segala Rizki yang kau beri,dan mudahkanlah rizki kami ya Allah.*Aamiin*


Wallahu a’lam bishawab.

Rabu, 13 Februari 2013

BAHAYA TIDUR PAGI

[Pertama]
Tidak sesuai dengan petunjuk Al Qur'an dan As Sunnah.


[Kedua]
Bukan termasuk akhlak dan kebiasaan para salafush soleh (generasi terbaik umat ini), bahkan merupakan perbuatan yang dibenci.


[Ketiga]
Tidak mendapatkan barokah di dalam waktu dan amalannya.


[Keempat]
Menyebabkan malas dan tidak bersemangat di sisa harinya.
Maksud dari hal ini dapat dilihat dari perkataan Ibnul Qayyim. Beliau rahimahullahberkata, "Pagi hari bagi seseorang itu seperti waktu muda dan akhir harinya seperti waktu tuanya." (Miftah Daris Sa'adah, 2/216). Amalan seseorang di waktu muda berpengaruh terhadap amalannya di waktu tua. Jadi jika seseorang di awal pagi sudah malas-malasan dengan sering tidur, maka di petang harinya dia juga akan malas-malasan pula.


[Kelima]
Menghambat datangnya rezeki.
Ibnul Qayyim berkata, "Empat hal yang menghambat datangnya rezeki adalah [1] tidur di waktu pagi, [2] sedikit solat, [3] malas-malasan dan [4] berkhianat." (Zaadul Ma’ad, 4/378)


[Keenam]
Menyebabkan berbagai penyakit badan, di antaranya adalah melemahkan syahwat. (Zaadul Ma’ad, 4/222)

Selasa, 12 Februari 2013

Squeezing Boobs Can Stop Breast Cancer





If you need another excuse to show some love to the mammaries, scientists have found that squeezing breasts can actually prevent malignant breast cells from triggering cancer. Yes, squeezing. Guys and gals, do your part in stopping cancer, please.
Gautham Venugopalan, a lead member on the research team from the University of California in Berkeley, says that experiments have shown that applying physical pressure to the cells can guide them back to a normal growth pattern, as opposed to just letting it follow cancerous growth. Specifically:
"People have known for centuries that physical force can influence our bodies... When we lift weights our muscles get bigger. The force of gravity is essential to keeping our bones strong. Here we show that physical force can play a role in the growth—and reversion—of cancer cells."
The experiment involved growing malignant cells within silicone and squeezing the silicone during the first stages of cell growth. Over time, those malignant cells started to grow normally. Venugopalan says that, those malignant cells just need "the right cues to guide them back to a healthy growth pattern". Squeezing them are those right cues. So, folks. Let's squeeze more.
[Karramba Production/Shutterstock]

Isnin, 11 Februari 2013

~JENIS MAKANAN PENCEGAH KANSER PAYU DARA~

Satu dari 10 wanita dianggarkan menghidap kanser payudara, yang disebabkan oleh gaya hidup moden. Untuk menghindarinya, mulailah membiasakan diri menjaga kesihatan payudara dengan mengambil makanan sihat.

Menjaga payudara agar tetap sihat bukanlah perkara yang sukar. Tidak susah, pencegahannya boleh dilakukan oleh sesiapa saja, iaitu dengan menjaga pemakanan kita. Diet yang seimbang dan pemilihan yang betul akan membantu kita mencegah kanser. Cukup dengan mengambil lima makanan yang kaya nutrisi ini, maka anda pun akan mendapatkan keadaan payudara yang sihat.

1. Sayur-sayuran Hijau

Mulailah untuk memakan pelbagai sayur-sayuran hijau seperti kubis, brokoli, kembang kol, bayam sebagai menu diet anda. Kandungan vitamin, serat dan antioksidan di dalamnya membantu menghilangkan radikal bebas dan racun lain dari dalam tubuh. Antioksidan dan serat juga memainkan peranan penting dalam melindungi tubuh dari segala bentuk kanser, terutama kanser payudara.

2. Protein

Makanan yang kaya dengan protein sangat baik untuk kesihatan payudara anda. Cubalah untuk membiasakan mengambil makanan yang terbuat dari kacang soya seperti susu soya, tempe dan tahu. Untuk camilan sehat, kacang-kacangan boleh menjadi pilihan yang tepat kerana kandungan proteinnya yang luar biasa.

3. Jus Buah

Hampir semua orang tahu bahawa vitamin C merupakan zat antioksidan yang paling kuat, yang secara efektif dapat menjaga kesihatan payudara. Semakin sering mengambilnya, semakin banyak pula zat antioksidan dalam tubuh anda. Buah ini juga mempunyai peranan penting terhadap peningkatan sitem imun.

4. Pelbagai Ikan

Ikan yang kaya dengan asid lemak Omega 3 dan mengandung vitamin D yang sangat tinggi. Kedua-dua bahan ini sangat baik untuk kelangsungan payudara, oleh itu anda harus memastikan ikan sentiasa dimasukkan ke dalam menu diet anda.

5. Pelbagai Buah Beri

Selain rasanya yang lazat, buah beri mengandung nutrisi yang baik seperti serat dan vitamin C. Menariknya, buah beri boleh ditambah ke dalam menu makanan seperti meletakkannya pada yoghurt, salad, cereal dan smoothie anda.

Ahad, 10 Februari 2013

Tip Ingin Di Hormati Orang Lain

Kita sering tertanya, mengapa kita sukar untuk dihormati oleh orang lain. Apa salah kita? Apa yang telah kita buat? Untuk dihormati oleh orang lain, banyak caranya. Jom kita berkongsi beberapa cara untuk kita dihormati tidak kisah dalam apa jua situasi pun.

Cara 1: Hormati Diri Orang Lain


Sehebat mana kita, sekaya mana kita, hormatilah orang lain walaupun orang yang tidak sama taraf dengan kita. Apabila kita menghormati orang lain, biasanya secara automatik mereka juga akan menghormati kita.


Belajarlah merendah diri sesekali, walaupun waktu itu kita berhadapan dengan seorang tukang sapu di pejabat kita. Jangan terlalu sombong dan Ego kerana kita ketua di situ.


Formula mudah di sini: Untuk dihormati, maka kita perlu hormati orang lain.


Cara 2: Hormati Pendapat Orang Lain


Jika kita lihat, inilah yang tidak banyak berlaku. Masing-masing dengan pegangan sendiri dan teramat sukar untuk menghormati pendapat orang. Lain orang lain pandangan hidup dan caranya.


Jangan kita asyik menunding jari mencari salah orang lain, sedangkan kerja yang kita lakukan belum tentu semmpurna di sisi Allah SWT.


Bagi saya, perasaan susah untuk menghormati pendapat orang lain adalah datang daripada seruan syaitan yang mana akhirnya membuatkan dua manusia bertelagah satu sama lain. Padahal tiada siapa yang salah. Sebaliknya semuanya betul, cuma cara atau pandangan sahaja yang berbeza. Jadi, belajarlah menghormati pendapat orang lain dan jangan sampai syaitan ketawa berdekah-dekah melihat anak adam bertelagah sesama sendiri tanpa ada sebab yang kukuh.


Hormatilah orang lain, insyaAllah hati kita tenang dan hidup orang lain pun tenang. Dan yang lebih enak, pendapat kita pun juga akan dihormati oleh orang lain.


Cara 3: Menghargai


Jika ada peluang untuk menghargai orang lain, hargailah walaupun sekadar ucapan terima kasih. Ia tidak sukar untuk diucapkan. Berikan sebuah senyuman dan ucapkan terima kasih. Jangan jadi orang yang sombong dan jangan jadi orang yang amat kedekut untuk menghargai orang lain.
Setakat ini, sejauh mana kita berterima kasih (menghargai) kepada orang bawahan kita. Yang mempermudahkan hidup kita, berterima kasih kepada ibubapa kita, kepada guru, pensyarah, kawan-kawan, bos, tukang sapu sampah (cleaner) dan ramai lagi orang di sekeliling kita. Janganlah hanya apabila kita diberi wang atau material baru kita mahu menghargai dan berterima kasih.
Untuk menghargai tidak semestinya dengan ucapan terima kasih. Mungkin dengan sedikit pujian yang ikhlas (jangan lebih-lebih pulak), memberi hadiah dan juga doakan kebaikan untuk mereka.


Kesimpulan
Jika diperhatikan tiga kaedah di atas, semuanya berbentuk MEMBERI. Lumrah alam ini atau fitrah manusia, jika kita memberi biasanya kita akan menerima benda yang sama atau lebih kurang daripada itu.


Bak kata pepatah Melayu, “ORANG MEMBERI KITA BERBAHASA” Dan lumrah alam juga kalau kita ‘menyakiti’ orang lain, biasanya kita akan menerima perkara yang lebih kurang sama (balasan), sama ada daripada mereka, orang lain atau terus daripada Tuhan Yang Maha Adil.
Di mana saja kita, apa jua situasi, selagi boleh, cubalah untuk menghormati orang lain. Hormati diri mereka dan cara/pendapat mereka.


MEDAL OF HONOR TO ALL MY FOLLOWERS. PLACE IT TO YOUR BLOG.TQ FOR YOUR SUPPORT.

WSB

PENAFIAN / DENIAL

B'jue Corner tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan kandungan di dalam blog ini.

B'jue Corner irresponsible on any loss or damage undergone because use content in this blog.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...