Penggunaan
alat-alat kebersihan mulut telah bermula semenjak berabad-abad lalu.
Bermacam peralatan sederhana digunakan untuk membersihkan mulut mereka
dari sisa-sisa makanan, mulai dari tusuk gigi, batang kayu, ranting
pohon, kain, bulu burung, tulang haiwan hingga duri landak. Diantara
peralatan tradisional yang mereka gunakan dalam membersihkan mulut dan
gigi adalah kayu siwak atau chewing stick.
Miswak / Siwak (Chewing Stick) telah digunakan oleh orang Babylon semenjak 7000 tahun yang lalu, yang mana kemudian digunakan pula di zaman kerajaan Greek dan Rom, oleh orang-orang Yahudi, Mesir dan masyarakat kerajaan Islam. Siwak mempunyai nama-nama lain dalam setiap komuniti, seperti di Timur Tengah disebut dengan miswak,
siwak atau arak, di Tanzania disebut miswak, dan di Pakistan dan India disebut dengan datan atau miswak.Istilah siwak sendiri pada kenyatannya telah umum digunakan selama masa kenabian Nabi Muhammad yang memulakan misinya sekitar 543 M. Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda: “Seandainya tidak memberatkan umatku, nescaya akan kuperintahkan mereka untuk bersiwak setiap akan solat (dalam riwayat lain: setiap kali berwudhu’).
”Kajian yang dilakukan oleh Erwin dan Lewis (1989) menyatakan bahawa pengguna siwak mempunyai relativiti yang rendah dijangkiti kerosakan dan penyakit gigi walaupun mereka mengambil bahan makanan yang kaya dengan karbohidrat.
Al-Lafi dan Ababneh (1995) melakukan kajian terhadap kayu sugi dan melaporkan bahawa siwak mengandungi mineral-mineral-mineral yang dapat membunuh dan menghalang pertumbuhan bakteria, mengikis plaque, mencegah gigi berlubang serta memelihara gusi. Siwak mempunyai kandungan kimia yang bermanfaat, termasuk:Antibacterial Acids, seperti astringents, abrasive dan detergent yang berfungsi untuk membunuh bakteria, mencegah jangkitan, menghentikan pendarahan pada gusi. Penggunaan kayu siwak yang segar pertama kali, akan terasa agak pedas dan sedikit membakar, kerana terdapat kandungan serupa mustard yang merupakan bahan antibacterial acid tersebut.
Sumber : http://detikislam.blogspot.com/2013/...terhadap.html#