ASSALAMUALAIKUM
ustaz, saya nak bertanya mengenai mengajak isteri menonton filem lucah
untuk tujuan mempelajari tentang cara-cara melakukan seks. Ini kerana
isteri saya tidak begitu pandai melakukan seks dan untuk meransangkan
nafsunya dulu sebelum melakukan hubungan kelamin. Apa pendapat ustaz?
JAWAPAN :
Wa’alaikumussalam, Hukumnya haram secara sepakat ulama walaupun niatnya baik. Ia diharamkan kerana;
Pertama : Islam mengharamkan melihat aurat orang lain, terutamanya bahagian sulit. Nabi SAW bersabda, Ertinya;
“Janganlah seorang lelaki melihat aurat lelaki yang lain, dan janganlah wanita melihat aurat wanita yang lain”
Sudah
tentu apabila melihat filem tersebut, akan dilihat aurat si pelakon
tadi malah dalam keadaan yang tidak diizinkan oleh Islam pula.
Kedua:
Islam juga tidak menggalakkan si suami melihat kemaluan isteri dan
begitu juga sebaliknya, sebagaimana disiplin seks Islam yang dinyatakan
oleh Sayyidatina Aisyah r.a berkenaan hubungannya dengan baginda SAW.
Jika demikian hukumnya, maka sudah tentu melihat kemaluan selain
pasangan yang halal di dalam filem lucah lebih lagi ditegah oleh Islam.
(hadith berkaitan hal ini tidak sahih, jadi harus melihat kemaluan
pasangan kita)
Ketiga
: Terdapat cara lain untuk mempelajarinya, iaitu dengan membeli buku
panduan seks dalam Islam yang melakarkan gambar-gambar lukisan sahaja.
Keempat
: Filem-filem ini sudah tentu dilakonkan oleh orang bukan Islam serta
sudah tentu menjalani hubungan seksual tidak menurut displin Islam dalam
hubungan seks. Termasuklah melakukan seks secara yang diharamkan oleh
Islam. Justeru, meniru teknik yang diharamkan sudah tentu diharamkan
juga.