Kalau air kencing anda tidak mempunyai warna iaitu jernih sahaja, ini kerana anda telah minum terlalu banyak air. Memang betul minum banyak air sangat bagus untuk kesihatan tetapi jangan terlebih kadar air pula ya. Jika keadaan sebegini berlaku, anda boleh kurangkan sedikit minum air untuk mendapatkan warna air kencing yang sihat.
2. WARNA KUNING PUCAT
Inilah warna air kencing yang menjadi penanda aras kesihatan tubuh badan seseorang itu. Minum air dengan cukup dan jangan terlebih kandungan air, kerap pergi ke tandas dan mengamalkan pemakanan yang sihat adalah faktor yang membantu anda untuk mendapatkan air kencing berwarna kuning pucat ini. Ini bermaksud, tubuh badan anda adalah normal dan terhidrat.
3. WARNA KUNING JERNIH / KUNING TERANG
Air kencing berwarna kuning yang tidak terlalu pekat dan tidak terlalu pucat ini juga adalah penanda aras bahawa tubuh badan anda adalah di tahap yang normal. Salah satu penyebab kepada air kencing berwarna ini adalah kerana anda terdedah kepada cahaya matahari dalam tempoh yang lama. Jadi, kurangkan dari terdedah dengan cahaya matahari untuk mendapatkan warna air kencing yang lebih sihat.
4. WARNA KUNING PEKAT SEPERTI MADU
5. WARNA COKLAT
Air kencing warna coklat? Tahu atau tidak, jika air kencing anda berwarna ini, anda mungkin mempunyai masalah hati atau ‘severe dehydration’ iaitu dehidrasi terlampau. Untuk mengatasinya pada peringkat awal, pastikan anda minum air dengan secukupnya. Jika keadaan masih berlarutan, pastikan anda berjumpa dengan doktor untuk proses yang seterusnya.
6. WARNA KEMERAH-MERAHAN
Jika anda banyak makan ubi merah atau ‘blueberries’, jadi mungkin itu
adalah sebabnya. Tetapi jika tidak? Ini bermakna terdapat darah dalam
air kencing anda. Mungkin kadang-kadang ada yang terlepas pandang
khususnya wanita yang fikir ada kena mengena dengan darah haid, tetapi
tidak seperti apa yang anda sangka. Jika ada darah dalam air kencing,
ini mungkin penyebab kepada masalah buah pinggang, tumor, jangkitan
kuman dalam air kencing mahupun masalah prostat.
7. WARNA OREN
Kadang-kadang ramai yang keliru sama ada air kencing mereka berwarna
kuning pekat atau oren kan? Jika air kencing anda berwarna oren, ini
boleh juga terjadi di atas faktor pemakanan. Makan terlalu banyak lobak
merah juga menjadi penyebab kepada air kencing berwarna sebegini, tetapi
dalam masa dua hari air kencing akan kembali normal. Sebab lain ialah,
anda mungkin ada masalah dengan hati. Jadi, anda dinasihatkan untuk
mendapatkan rawatan doktor supaya masalah ini boleh diselesaikan.
8. WARNA KEBIRUAN ATAU KEHIJAUAN
Air kencing berwarna biru terjadi di atas faktor pengambilan ubat.
Faktor pemakanan juga adalah penyebab kepada air kencing berwarna biru
ini. Tengok macam aneh kan? Faktor lain juga adalah mungkin saluran
urinari atau air kencing anda telah dijangkiti bakteria dan menyebabkan
air kencing menjadi warna biru. Dapatkan nasihat doktor supaya anda
sentiasa mendapat rawatan yang sepatutnya.
9. AIR KENCING BERBUIH
Air kencing berbuih ini dikatakan terjadi kerana buah pinggang
menyahkan segala toksin dan protein yang berlebihan di dalam buah
pinggang. Air kencing berbuih juga terjadi kerana masalah dalam sistem
urinari dimana jangkita kuman pada saluran air kencing telah berlaku.
Jadi, perkara ini adalah agak serius dan jangan perlu dipandang
remeh.Untuk individu yang tidak hamil, tidak mengalami dehidrasi dan
tidak mengambil supplemen tetapi masih mempunyai air kencing berbuih,
anda perlu dapatkan nasihat dan rawatan doktor untuk mengelakkan hal
yang lebih teruk.
Selamat menjalani hidup yang lebih sihat !
Sumber : siraplimau