Anda pastinya pernah
menukar rim kereta bukan? Samada rim anda sudah rosak ataupun ingin
kelihatan lebih menarik, pastinya setiap insan yang memiliki kereta
perlu menukar rim mereka.
Biasanya, kita hanya menyerahkan bulat-bulat kepada kedai tayar atau rim ketika membeli rim tanpa mengetahui apa spesifikasi rim yang digunakan oleh kereta kita. Disini saya ingin kongsikan tips bagaimana anda mengenal dan faham kod spesifikasi rim kereta anda.
Kod rim biasanya di’punch’ pada bahagian dalam rim. Ini digunakan
sebagai rujukan ketika memasang rim pada kereta. Setiap huruf dan nombor
mempunyai maksud tersendiri. Untuk rim seperti gambar di atas, kod rim
adalah 8.5Jx20H2 ET52.
Kod ditulis berbeza-beza mengikut pengeluar namun kebiasaanya menggunakan kod yang standard. Nampak seperti sebuah rim yang besar. Mari kita fahami apakah maksud kod yang biasa digunakan pada rim kereta kita.
Ambil kod 15×6.5-JJ 114.3-4-ET33 sebagai contoh. Angka 15 adalah diameter rim dalam unit inci. 6.5 adalah lebar rim dalam unit inci. JJ adalah bentuk bibir rim. 114.3 adalah pitch circle diamater (PCD) rim dalam unit mm. Angka 4 pada nombor 5 adalah jumlah lubang pada rim dan ET33 adalah jarak offset rim dari garisan tengah rim.
1. Diameter rim
Diameter rim adalah jarak antara hujung ke hujung rim atau lebih biasa dipanggil saiz rim. 15 inci, 16 inci dan sebagainya. Penukaran saiz rim perlulah merujuk kepada peraturan 3 peratus supaya tidak menjejaskan sistem odometer dan speedometer kereta anda.
2. Lebar rim
Kelebaran rim adalah jarak bahagian rim yang dipasangkan dengan bahagian tayar yang bersentuh dengan jalan. Rim yang lebih lebar biasanya menggunakan tayar yang lebih nipis. Lebar rim dikira dalam inci namun lebar tayr dikira dalam mm seperti 205, 215 dan sebagainya.
3. Bentuk bibir rim
Bentuk bibir rim biasanya dinyatakan dalam bentuk huruf sepeti J, JJ, JK dan sebagainya. Anda perlu mengetahui kod ini untuk memilih tayar yang sesuai dengan kereta anda.
4. Pitch Circle Diameter (PCD)
PCD adalah jarak antara 2 titik tengah lubang skru pengikat rim anda. Jarak PCD berbeza mengikut bilangan lubang skru pada sesebuah rim. PCD setiap pengeluar adalah berbeza dan anda perlu mengetahui PCD kereta anda sebelum membeli rim. Bagi Proton dan Perodua, PCD mereka adalah 100.
5. Jumlah lubang skru
Jumlah lubang skru bergantung kepada jenis dan saiz kereta. Jika kereta dari saiz yang besar dan mempunyai enjin berkuasa tinggi, biasanya mempunyai bilangan lubang skru yang lebih banyak pada hub tayar.
6. Rim Offset (ET)
Rim offset perlu anda ketahui ketika memilih rim. ET33 bermaksud offset 33mm kehadapan. lebih kecil offset bermaknya rim akan terkeluar dari ruang tayar seperti rim Rota. Offset penting kerana jika anda salah memilih offset, tayar anda mungkin sangkut pada fender ataupun pada komponen suspensi sebelah dalam.
Seperti tayar, rim juga amat penting untuk anda mengetahui spesfikasinya kerana jika salah memilih rim, anda mungkin menanggung kerugian yang besar. Diharap post kali ini dapat menambah pengetahuan kita mengenai rim kereta. Jika post ini bermanfaat, sharekan dengan rakan-rakan anda yang lain.
@via sembang-auto.com