Tabiat Buruk: Gigit Kuku, Pintal Rambut, Goyangkan Peha atau Kaki
Semasa kita gelisah, kita selalu gigit kuku, pintal rambut, goyangkan
peha atau kaki, atau menggerakkan anggota badan yang lain tanpa kita
sedar. Pergerakan itu sebenarnya seperti senaman ringan yang boleh
membakar lemak dan mengurangkan tekanan tanpa kita sedar. Penyelidikan
di Kliik Mayo Rochester menunjukkan bahawa orang yang menjadi gelisah
akan meningkatkan kadar metabolisma mereka dan membakar kalori sebanyak
40 peratus. Ini kerana pergerakan badan mereka meransang hormon
membebasakn otak dan meningkatkan keupayaan anda untuk membakar lemak
yang disimpan untuk tenaga.
Tabiat Buruk: Mulut Murai dan Suka Bergosip
Dengan berbual selama 20 minit bersama kawan akrab anda dapat
mengurangkan tekanan dan rasa gelisah anda selama 4 jam seterusnya. Bagi
mereka yang suka berbual perkara yang positif atau gosip positif pula
dapat meningkatkan kegembiraan sebanyak 72%. Jadi tak salah untuk anda
berbual dan bergosip, lebih-lebih lagi mengenai perkara yang positif
mengenai orang lain.
Amalan Buruk: Makan Manisan untuk Sarapan Pagi
Kajian oleh Virginia Commonwealth University mendapati, mereka yang
makan makanan manis untuk sarapan pagi seperti donat, kek ataupun tart
manis dan tidak menghiraukan mengenai kalori boleh mengurangkan berat
badan mereka 3 kali lebih cepat dari mereka yang mengamalkan makan
bijirin pada waktu pagi.
Tabiat Buruk: Buat-buat Sibuk dan Pura-pura Penat
Lebih dari 75 peratus wanita yang menangguhkan kerja mereka sekali
sekala dan 1 dari 4 orang menanggungkan kerja mereka setiap hari dan
berehat sebentar sebenarnya agak baik untuk kesihatan mereka. Pakar
dari Germany’s University Medical Center Hamburg-Eppendorf mencadangkan
dengan berehat sebentar dari membuat kerja yang memberikan tekanan
kepada anda dapat mengurangkan rasa sakit badan dan kepala.
Tabiat Buruk: Gila SMS, Whatsapp dan BBM
Menurut kajian California’s Loma Linda University, jika anda selalu
berhubungan dengan kawan-kawan melalui khidmat pesanan ringkas membantu
hampir 100% mereka yang menghadapi tekanan dan rasa sedih. Sebabnya?
Hubungan sosial yang kuat akan dapat meningkatkan hormon antidepresi
seperti serotonin dan dopamine. Tetapi jangan pula anda text and drive.
Itu tak membawa apa-apa manfaat pun pada anda, malahan membahayakan anda
pula.
Amalan Buruk: Ketagih Kopi
Kafein sebenarnya membantu peredaran gula dalam darah ke otot dan sel
otak dan mengurangkan 50% risiko terkena penyakit prediabetes.
Amalan Buruk: Makan Coklat
Coklat merupakan makanan kegemaran manusia di serata dunia dan jika anda
memakan dark chocolate sebanyak 2 aun setiap hari, anda dapat
mengurangkan risiko terkena masalah arteri tersumbat sebanyak 14% dan
meningkatkan peredaran darah ke jantung sebanyak 48% dan coklat juga
mempunyai bahan antioksida.
Amalan Buruk: Makan kuning telur
Pernah tak dengar kajian dari Kanada bahawa makan kuning telur sama je
teruk seperti merokok? Tapi jika anda makan telur 15 biji sehari tanpa
bersenam, itu mungkin akan membahayakan anda. Penyelidik dari University
Of Texas mendapati bahawa kuning telur dipenuhi dengan bahan
antioksidan dan boleh mengurangkan penyakit kataraks dan buta sebanyak
40%.
Tabiat Buruk: Malas bersenam
Bagi mereka yang sudah bekerja, memang tiada masa untuk bersenam, Amat
sukar utak amalkan bersenam setiap hari. Tetapi mengikut kajian dari
Louisiana State University, bersenam tidak semestinya dapat menurunkan
berat. Menurut kajian jika anda membuat senaman ringan dalam jangka masa
yang pendek dan berulang-ulang, ia lebih membantu dalam menurunkan
berat badan anda.
Amalan Buruk: Minum Susu Penuh Krim
Jika anda bukan penggemar susu tanpa lemak atau keju kurang lemak, ini
ada berita baik untuk anda. Kajian dari Harvard mendapati, di dalam
bahan makanan tenusu penuh lemak, ada asid lemak yang dapat membantu
otot badan anda membakar gula dalam darah dengan lebih cepat dan mereka
yang mempunyai kandungan asid lemak yang tinggi mampu mengurangkan 60%
risiko terkena penyakit diabetes.