Sabtu, 4 Februari 2017

Vespa Dan Fakta Menarik Tentangnya

Sebagai meraikan ulangtahun ke 70 kelahiran Vespa kami ingin kongsikan beberapa fakta-fakta menarik tentang skuter yang paling popular di dunia ini. Vespa mungkin satu-satunya motosikal di dunia yang menyebabkan satu kategori terbina untuknya. Sebelum vespa, semua bentuk motosikal adalah sama.
BINTANG FILEM


Sepertimana yang ramai sedia maklum, Vespa juga merupakan antara “bintang filem” yang cukup popular dan telah membintangi banyak filem anataranya ialah Dear Diary (1993), Alfie (2004) lakonan Jude Law, The Interpreter (2005) lakonan Nicole Kidman.
Selain daripada itu ia juga telah ditampilkan dalam filem Quadrophenia, Absolute Beginners, American Grafitti, The Talented Mr. Ripley, 102 Dalmatians dan Transformers.
Itu baru filem-filem Barat, di Malaysia juga boleh tahan popular khususnya dalam filem-filem arahan P. Ramlee, antaranya ialah Keluarga 69, Ali Baba Bujang Lapok dan Nasib Do Re Mi.
VESPA SEBAGAI IKON SELEBRITI


Ramai bintang filem telah menunggang Vespa di dalam filem-filem lakonan mereka antaranya ialah Audrey Hepburn, Milla Jovovich, John Wayne, Henry Fonda, Sting, Antonio Banderas, Matt Damon, Gerard Depardieu, Jude Law, Eddie Murphy, Owen Wilson, Nicole Kidman dan ramai lagi.
Di negara kita antara artis yang menggunakan Vespa di dalam filem lakonan mereka selain daripada P.Ramlee ialah Aziz Sattar, Mahmud June dan Mat Sentul.
BAGAIMANA KAREKTER VESPA TERBINA?

Vespa memulakan karier sebagai bintang filem pada tahun 1950 (empat tahun selepas ia diperkenalkan), dalam sebuah filem yang dihasilkan di Itali berjudul Sunday.
Seterusnya ia terus dipopularkan di serata dunia bila membuat penampilan dalam filem Hollywood, Roman Holiday lakonan Audrey Hepburn dan Gregory Peck.
Deruman Vespa 125 yang ditampilkan di dalam filem itu dikatakan memikat 100,000 pembeli yang telah membeli Vespa selepas menonton filem tersebut.
TAHUKAH ANDA VESPA BERMAKSUD “LEBAH”?

Vespa jika diterjemahkan daripada Bahasa Itali bermaksud “lebah”, malah jika diperhatikan bentuk badannya juga memang kelihatan seperti seekor lebah.
Jangan pula terkejut bila rekaan yang diasaskan daripada seekor lebah ini berjaya kekal sehingga ke hari ini dan menjadi ikon skuter di seluruh dunia. Menariknya juga Vespa model asal memang menghasilkan bunyi seperti seekor lebah.
KELAB YANG STAILO DAN POPULAR!

Populariti Vespa telah berjaya mewujudkan kelab-kelab Vespa di seluruh dunia dan ia juga menjadi antara kelab permotoran yang tertua di dunia (masa ni SYM dan Demak belum lahir ke dunia).
Itali mempunyai ahli kelab Vespa paling ramai di dunia manakala di negara jiran kita, warga Indonesia merupakan komuniti Vespa kedua paling ramai di dunia dengan jumlah keahlian sekitar 40,000 orang dan kian bertambah hari demi hari.
SIMBOL KREATIVITI ITALI

Vespa yang telah dihasilkan pada tahun 1946 merupakan simbol kreativiti orang Itali dan mengekalkan statusnya sebagai ikon yang kekal bertahan dalam lipatan sejarah rekaan automobil sama seperti Volkswagen Beetle.
IKON FESYEN


Vespa turut menjadi ikon fesyen di serata dunia. Salah satu kerjasama yang cukup dikenali ialah gabungan antara Vespa dan jenama fesyen jalanan yang cukup ternama dari England khususnya golongan muda-mudi, Fred Perry.
VESPA – KALIS CURI
Ini fakta yang cukup menarik, dikatakan sehingga ke hari ini, tidak ramai pencuri yang tertarik untuk mencuri Vespa kerana ia bukan sahaja berat untuk disorong (apatah lagi jika ia model lama yang dihasilkan daripada besi).
Selain itu, ia sukar untuk dijual semula kerana Vespa hanya diminati oleh penggemarnya sahaja. Jadi boleh dikatakan yang Vespa mempunyai sistem pencegah kecurian yang semulajadi. Sebenarnya Vespa moden memang sudah dilengkapi dengan immobiliser untuk keselamatan.
Itulah antara beberapa fakta menarik mengenai Vespa yang sempat kami gali. Apa tunggu lagi, sempena menyambut ulangtahun ke 70 Vespa, kami rasa inilah masanya yang paling sesuai untuk berdandan dan mendapatkan sebuah Vespa untuk membawa pasangan anda bersiar-siar ala Pak Maon.

MEDAL OF HONOR TO ALL MY FOLLOWERS. PLACE IT TO YOUR BLOG.TQ FOR YOUR SUPPORT.

WSB

PENAFIAN / DENIAL

B'jue Corner tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan kandungan di dalam blog ini.

B'jue Corner irresponsible on any loss or damage undergone because use content in this blog.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...