Khamis, 22 November 2018

Sejarah Selfie



Gambar selfie pertama dirakam di dunia ini dipercayai diambil pada tahun 1909 oleh Joe Byron di atas sebuah bumbung bangunan di New York.
Joe Byron merupakan pemilik syarikat Byron telah merakam gambar itu bersama empat rakannya iaitu Pirie MacDonald , Kolonel Marceau , Pop Teras dan Ben Falk. Mereka berempat merupakan pasukan jurugambar di Manhattan yang telah merakam ratusan ribu gambar.

Gambar selfie kumpulan jurugambar itu telah ditayangkan di Muzium Bandaraya New York untuk tatapan orang ramai. Menerusi gambar itu juga, Joe dikesan sebagai jurugambar pertama yang telah merakamkan gambar sendiri yang kini menjadi satu kegilaan di kalangan pemilik akaun sosial Instagram.

Bagaimanapun terdapat sumber yang percaya bahawa gambar selfie pertama dirakam pada tahun 1839 oleh seorang ahli kimia, Robert Cornelius.

Pada masa kini terdapat pelbagai gambar selfie yang menarik telah dirakam di seluruh dunia, gambar gambar selfie ini boleh dilihat banyak di laman sosial seperti Facebook, instrgram dan lain lain laman sosial.

MEDAL OF HONOR TO ALL MY FOLLOWERS. PLACE IT TO YOUR BLOG.TQ FOR YOUR SUPPORT.

WSB

PENAFIAN / DENIAL

B'jue Corner tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan kandungan di dalam blog ini.

B'jue Corner irresponsible on any loss or damage undergone because use content in this blog.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...