‘C Student’ Lebih Berjaya Cipta Kejayaan Luar Biasa?
Kenapa agaknya mereka yang belajar ‘biasa-biasa’ saja di universiti, tapi lepas graduate ‘gempak’ sangat?Bukan di Malaysia saja, malah begitu juga trend nya di luar negara. Contohnya, kita sedia maklum 3 genius IT dan jutawan ini – Bill Gates, Steve Jobs, dan Mark Zuckerberg, bukanlah lepasan ijazah yang cemerlang. Malah, ada yang tidak menghabiskan pengajian di universiti.
10 Petua Kejayaan ‘C Student’ Yang Ramai Tak Tahu
1. Lebih Fleksibel
Tahukah anda, petua kejayaan ‘C student’ paling ketara adalah cara mereka membawa diri. Dalam hal ini, mereka sangat flexsibel.
Mereka faham sistem akademik yang menentukan kejayaan di universiti, tetapi mereka tidak dapat berfungsi dalam keadaan sedemikian.
Mungkin ada yang menganggap mereka lembab, tetapi sebenarnya mereka cuba mencari logik di sebalik sistem pendidikan tersebut.
2. Berani Melawan Arus Semasa
Oleh kerana ‘C student’ jarang menjadi rujukan kawan-kawan, mereka selalunya terpaksa membuat keputusan sendiri. Jadi, mereka sudah biasa mempunyai agenda yang berbeza berbanding orang lain.
Hasilnya, mereka selalu dianggap ‘pelik’ di mata orang lain.
3. Tidak Mengharapkan Pujian Cikgu / Pensyarah
Walaupun menghormati guru atau pensyarah, mereka tidak termakan dengan pujian. (Mana tidaknya, dah asyik dapat C, siapa nak puji?)
Inilah salah satu petua kejayaan ‘C student’ yang menjadikan prinsip hidup mereka lebih tinggi.
Lebih awal lagi mereka sudah memahami bahawa setiap apa yang mereka lakukan akan dinilai berdasarkan perbuatan, bukannya percakapan.
4. Tidak Obses Dengan Markah Ujian
Ironiknya, ada yang mendakwa kalau kita terlalu obses dengan markah, kita tidak punya masa untuk memikirkan masa depan kita.
Sebab itulah ‘C student’ lebih strategik dalam meluangkan masa mereka.Mereka pandai menghargai detik-detik indah yang sebenarnya memacu mereka dalam menggapai matlamat hidup sebenar. Bukannya menunggu lepas ‘graduate’, baru fikir nak buat apa.
5. Nampak Kejayaan Dari Sudut Yang Berbeza
Kebanyakan pelajar A dan B akan mudah berasa lega jika berjaya mendapat markah yang selamat.Tetapi, ‘C student’ pula lebih berasa ‘perlu’ untuk memikirkan sesuatu sebagai alternatif penyelamat hidup mereka.
Pemikiran inilah yang menjadikan mereka lebih bermotivasi , berwawasan dan berusaha mengenal minat serta kebolehan sebenar yang mereka miliki. Perlahan-lahan, mereka sebenarnya sedang mengukir perjalanan hidup yang unik, jauh daripada ‘jalan biasa’ yang ditempuhi orang ramai.
6. Pandai Memanfaatkan Peluang
Kalau anda perasan, pelajar berjaya biasanya pandai mengendalikan semuanya sendiri. Mereka bergerak sendiri untuk memajukan diri mereka.
Mereka tidak malu mengakui kelemahan diri, dan tidak pula berasa ‘bodoh’ apabila terpaksa bertanya orang lain.Sebaliknya, mereka cuba bertanya dan cuba mendampingi mereka yang lebih bijak daripada mereka. Menariknya, ini adalah satu strategi sebagai seorang pemimpin untuk mengoptimakan sesebuah pasukan.
7. Cuba Mencari Sesuatu Yang Disukai Dalam Pelajaran
Dalam mempelajari sesuatu, mereka tidak cuba untuk menghafal.Kebanyakan ‘C student’ lebih suka belajar secara meneroka dan memahami. Perlahan-lahan, minda mereka akan terlatih untuk mengekstrak perkara yang penting dan diminati sahaja dalam sesebuah topik. Ini menjadikan mereka lebih selektif dan efisyen.
8. Kebanyakannya Bukan ‘Perfectionist’
Bagi mereka, ‘siap’ kerja lebih baik daripada menunggu ia ‘sempurna’. Mereka fokus terhadap proses berbanding keputusan. Sikap ini yang menjadikan mereka mahir kerana mereka belajar melalui kesilapan.
Tidak kekok dinilai, atau diberi komen negatif. Ramai tokoh-tokoh yang berjaya mengamalkan petua kejayaan seperti ini.
9. Hidup Seimbang, Bijak Bersosial
Dalam sebuah teori The 4-Hour Body, Tim Ferriss ada menyebutkan, ‘Minimum Efecctive Dos’ (MED) – dos paling kecil yang diperlukan untuk keputusan tertentu. Dos yang melebihi tidak akan menampakkan kesan ketara. Kebanyakan ‘C student’ mengaplikasikan cara ini tanpa mereka sedari.
Mereka percaya tidak banyak bezanya antara gred A dan A- berbanding ilmu itu sendiri. Mereka pandai mencari keseimbangan dan memfokuskan terhadap benda yang penting sahaja.
Jadi, tak hairanlah mereka banyak bersosial dan aktif dengan perkara-perkara yang tidak berkaitan akademik semata-mata.
10. Angan-Angan Yang Tinggi
Oh, mereka ini banyak berangan berbanding pelajar yang mempunyai matlamat‘cliche’.
Selain berangan-angan, mereka juga tidak rasa kelakar untuk mengimpikan sebuah kejayaan yang besar.
Mereka lebih praktikal dan cuba memikirkan cara terbaik untuk memanfaatkan hidup mereka dengan tidak berantung kepada formula dan silibus matapelajaran.
Jangan Salah Anggap
Melalui perkongsian ini, bukanlah kami berniat untuk membanggakan ‘C student’. Jauh sekali untuk mengatakan bahawa gred lemah dalam pelajaran adalah laluan terbaik untuk mencapai kejayaan.Namun, ia adalah petua kejayaan yang berbaloi untuk kita fikirkan dalam meneliti semula pelan tindakan yang harus kita lakukan dalam kehidupan.