Isnin, 20 Februari 2017

5 Teknologi 80’an Yang Pasti Anda Rindui

1. Sony Walkman TPS-L2


Tahun : 1980
Sony merupakan pencetus revolusi dalam peranti audio mudah alih. Ia memberikan kita kemudahan untuk mendengar pelbagai jenis muzik, di bila dan di mana kita mahu mendengarnya. Ia merupakan suatu kejayaan yang besar buat Sony waktu itu. Model itu menjadi model yang paling diingati waktu itu dengan ‘dual headphone jack’ untuk dua orang dan butang ‘Hot Line’ bagi merendahkan bunyi bagi perbualan ‘built in mic’. Sama ada diluar atau di kediaman, Walkman ini pastinya memberi kepuasan terbaik bagi penggunanya.

2. Promax J-1 Super Jumbo


Tahun: 1987
Melihat saja radio ini pastinya menggamit zaman ghetto awal ‘groovy’ atau hip hop 80’an waktu itu. Dengan dentuman kuat bunyi dari 3 pembesar suara dan 8 inci ‘woofer’ pastinya menarik minat ‘partygoers’ ketika itu. Tambahan ‘equalizer’ EQ Ten-band bagi peningkatan prestasi bunyi, dan sarung hitam besar ditambah pula dengan paparan berwarna warni, pastinya kelihatan ‘swag’. Sesuai utk ‘block party’ dan keraian musim panas yang hebat pada zaman itu.

3. E-mu SP-1200


Tahun : 1987
Dianggap sebagai salah satu teknologi penting di zaman era kegemilangan ‘hip hop’ 80’an. Penulis majalah muzik Village Voice menyifatkan set DJ ini sebagai ‘dirty heartbeat’ bagi ‘New York Hip Hop’ dengan bunyi digital yang tersndiri dan ‘bass’ yang sangat menakjubkan. Rata rata pemuzik dan produser waktu itu menggunakannya termasuklah Marley Marl, DJ Premier, Pete Rock dan Dr.Dre.

4. Bose Aviation Headset Series I


Tahun: 1988
Ia mungkin dilancarkan di akhir dekad 80’an, tetapi ia mengambil masa beberapa bulan sebelum Bose melancarkan ‘noise reduction’ yang menjadi impak besar bagi industri penerbangan dan audio. Direka khusus untuk juruterbang, Bose Aviation Series berjaya mengurangkan ambien bunyi ketika penerbangan dan mewujudkan pendengaran yang selesa buat juruterbang. Sehingga kini, Bose telah menjadi asas kepada teknologi ‘noise reduction’, yang tidak dapat ditandingi oleh pesaing pesaing industri audio.

5. Audio-Technica Sound Burger


Tahun: 1983
Audio-Techica mengeluarkan Sound Burger sebagai nama kepada teknologi terbarunya ketika itu. Kedengaran pelik bukan? Walaupun begitu, ianya begitu unik sekali terutama bagi peminat piring hitam yang ingin keluar dari rumah dengan membawa alatan ‘portable’ tersebut.

MEDAL OF HONOR TO ALL MY FOLLOWERS. PLACE IT TO YOUR BLOG.TQ FOR YOUR SUPPORT.

WSB

PENAFIAN / DENIAL

B'jue Corner tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan kandungan di dalam blog ini.

B'jue Corner irresponsible on any loss or damage undergone because use content in this blog.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...