Saiz bukanlah
ukurannya, demikian slogan Muzium Patologi Iceland yang menyimpan
koleksi terbanyak spesimen zakar pelbagai haiwan di dunia.
“Saya datang untuk memastikan bahawa muzium zakar ini benar-benar wujud di Reykjavik,” kata seorang pelancong Amerika,
Jerry Anderson kepada AFP, sambil merenung spesimen zakar terbesar milik Paus Sperma di muzium itu.
Zakar sepanjang 1.70 meter dan berat 75 kilogram itu disimpan dalam cecair formaldehid di dalam bekas plexiglass besar di pintu masuk muzium.
Dalam beberapa lagi bilik besar di muzium itu juga terdapat zakar dan
bahagian-bahagian zakar pelbagai bentuk dan saiz milik pelbagai jenis
mamalia besar termasuk ikan paus, beruang, anjing laut, kucing dan juga
tikus.
Tidak seperti suasana muzium lain di dunia yang tenang dan aman, rata-rata pengunjung Muzium Patologi ini akan tergelak kecil sambil melihat 286 spesimen biologi yang dipamerkan.
Ia turut menempatkan pelbagai artifak yang bertemakan kemaluan, antaranya dulang, tiang dan telefon. Sebahagian besar pengunjung adalah warga asing dan lebih daripada 60 peratus adalah wanita.