Pernah terbaca kisah mengenai bangsa Pompeii? Ini secara ringkas sejarah Kota Pompeii:
Kota Pompeii didirikan sekitar abad ke-6 Sebelum Masihi (M) oleh kaum Osci atau Oscan iaitu satu kelompok masyarakat ditengah Itali.
Pompeii berkembang pesat dan maju dari segi pembangunan. Akan tetapi, disebalik kemajuan seni bina dan aspek kesenian yang memukau, kota itu sebenarnya membangun sebagai pusat pelacuran serta kegiatan yang melampui batas kemanusiaan. Rumah pelacuran dibina dengan jumlah yang tidak terhitung malah alat kelamin lelaki digantung dipintu pusat pelacuran berkenaan.
Masyarakat Pompeii pada ketika itu juga dikatakan mengamalkan kepercayaan Mithra yang menyakini bahawa alat kelamin serta persetubuhan tidak sepatutnya dilakukan secara sembunyi tetapi mesti dilakukan ditempat terbuka.
Ibarat balasan ke atas kaum Luth yang mengadakan hubungan sejenis (Gay
dan Lesbian), Pompeii yang merupakan sebuah kota pelacuran dan seks
sejenis juga lenyap dari peta dunia. Sekitar 23 Ogos tahun 79 Masihi,
keadaan di Pompeii (kini satu kawasan Itali) kelihatan sibuk sama
seperti kota purba yang lain, penduduknya bergerak ke sana sini, berjual
beli dalam bangunan atau gedung agam serta bersosial antara satu sama
lain.
Tiba-tiba lenyap satu kejadian misteri melanda kota sehingga menyebabkan
bangunan dan penduduknya lenyap bagaikan tidak pernah wujud dalam peta
dunia. Kewujudan kota Pompeii yang suatu ketika dulu menjadi antara kota
terkemuka dalam Empayar Rom, hilang dalam lipatan sejarah.Tiada siapa
yang mengetahui kewujudan kota berkenaan.
Masa berlalu sehinggalah tahun 1594, sekumpulan pekerja diarahkan
menggali terowong di kaki gunung berapi Vesuvius bagi projek membekalkan
air kepada sebuah kampung berdekatan.Kerja mengorek tanah dijalankan
dengan giat tetapi aktiviti tersebut terpaksa dihentikan selepas mereka
menemui benda aneh tertanam didalam tanah. Tinggalan aneh berbentuk
artifak itu dikeluarkan dan penemuannya terus tersebar luas menyebabkan
semakin banyak kerja cari gali dilakukan dikawasan itu.
Pada tahun 1631,gunung berapi Vesuvius meletus tujuh kali sehingga
memusnahkan apa sahaja yang berada berhampirannya termasuk kawasan
penemuan artifak berkenaan. 76 tahun kemudian, kerja mengorek kembali
dipelopori oleh Putera dElboeuf selepas beliau mendengar kewujudan
artifak berharga dan harta karun yang tertanam dikawasan berkenaan.
Tinggalan artifak yang pernah terkubur dibawah tanah ditemui dan misteri
kehilangan kota Pompeii selama ribuan tahun akhirnya terbongkar.
Selain artifak berupa barangan tembikar dan purba, turut dijumpai adalah
puluhan patung batu berbentuk manusia dalam keadaan yang
mengerunkan.Penemuan aneh itu adalah sekumpulan jasad manusia yang
seolah-olah bertukar menjadi patung batu ketika sedang menjamu selera.
Lebih menakutkan adalah kejadian misteri yang melenyapkan secara tidak
langsung turut menyimpan wajah sebenar kota Pompeii apabila turut
ditemui puluhan jasad manusia yang sedang mengadakan hubungan seks
termasuk seks diluar tabii bertukar menjadi batu. Jelas kelihatan raut
muka penduduk yang menunjukkan expresi terkejut dan ketakutan teramat
seolah-olah bencana yang datang itu secara tiba-tiba.
Sumber: KoleksiCeritaBest